Anda di halaman 1dari 6

FALSAFAH DAN ISU SEMASA USK10102/BFTKW3

MASALAH PEMBUANGAN BAYI

GROUP 6

NAMA PENSYARAH : DR NURUL IMAN BINTI MOHD ZAIN

Group members Matrix number

ADAM MANSHUR BIN AZHAR C20A0897


WAN NURUL RIDZA IRDINA BINTI C21A2223
RIDZUAN
UMMI HANI BINTI ZAMRI C21A2210
SARAH WADIAH BINTI MOHAMAD C21A2136
AZAN
NURSYAFIQAH AFRINA BINTI C21A2066
SHAARI
NUR SAIDATUL KHALEEDA BINTI C20A1272
SABDULLAH
SITI NUR ASHIKIN BINTI ZABRI C21A2171
SITI NUR ISMAHANI BINTI ABDUL C21A2176
AZIZ
ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

PENGENALAN 1
KURANG DIDIKAN AGAMA 1
KURANG KASIH SAYANG KELUARGA 2
PERGAULAN BEBAS 2
PENGARUH BUDAYA BARAT 3
PENGARUH MEDIA MASSA 3
SIKAP INGIN TAHU 4
Isu Pembuangan bayi semakin hari semakin meruncing dilaporkan di dada akhbar dan
paling menyayat hati terdapat bayi yang tidak berdosa bukan saja dibuang, malah dibakar.
Pembuangan bayi adalah satu jenayah. Ia terjadi akibat kehamilan yang tidak diingini. Isu
pembuangan bayi ini, bukanlah sesuatu yang asing bagi masyarakat Malaysia. Pada masakini,
membuang bayi adalah salah satu cara yang paling mudah bagi remaja berakal pendek yang
hamil untuk melarikan diri dari tanggungjawab. Remaja yang mengandung di luar nikah
mereka terpaksa membuang bayi mereka kerana terdesak, malu dan takut akan akibat yang
bakal ditanggung. Isu ini bukan sahaja sukar dibendung, malah menjadi semakin parah dalam
kehidupan bermasyarakat.

Mengikut Kamus Dewan Edisi 4, halaman 208, perkataan buang bermaksud


mencampakkan, melemparkan, menghapuskan, dan menghilangkan. Perkataan bayi
bermaksud anak kecil yang baru dilahirkan oleh si ibu. Manakala, makna pembuangan bayi
pula adalah perbuatan mencampakkan atau menghapuskan anak kecil yang tidak berdosa ke
merata-rata tempat tanpa ada sifat berperikemanusiaan. Selain itu, Pengguguran atau
pembuangan bayi ini juga membawa maksud kepada penamatan proses kehamilan sebelum
kehamilan tersebut cukup bulan yang mengakibatkan berlakunya kemusnahan janin. Definisi
yang ditakrifkan dalam kamus Dewan ini menjurus ke arah menerangkan makna pembuangan
bayi yang lebih jelas.

Faktor utama yang menjadi penyumbang kepada permasalahan ini ialah kurang
didikan agama. Seseorang remaja memerlukan dorongan dan didikan agama yang sempurna
dalam diri, supaya hati mereka tidak mudah terusik dengan keseronokkan dunia yang akan
menyebabkan mereka lalai. Remaja akan hilang haluan dan pegangan dalam hidup jika ibu
bapa tidak memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak mereka seperti terlibat
dengan pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan dan melepak sehingga larut malam.
Mereka tidak dapat membezakan antara dosa dan pahala kerana terlalu banyak pendedahan
barat dalam diri mereka sehingga mereka lupa apa yang ditegaskan dalam agama. Hal ini
akan menjadi punca remaja mula mendekatkan diri dengan perkara zina dan terlibat dengan
maksiat sehingga menyebabkan remaja perempuan hamil sebelum ada ikatan. Oleh kerana
tiada didikan agama, hal ini menjadikan mereka berani untuk membuang bayi di merata
tempat tanpa rasa bersalah kerana terdesak demi menjaga aib sendiri daripada terbongkar.

1
Selain itu , faktor penyumbang kepada masalah pembuangan bayi ialah disebabkan
kurangnya kasih sayang keluarga . Kasih sayang dalam ahli keluarga amatlah memainkan
peranan yang penting terutamanya ibu dan bapa dalam memastikan kasih sayang mereka
dicurahkan sepenuhnya. Sebagai contoh, jika ibu bapa atau ahli keluarga tidak mengambil
berat tentang anak mereka , tidak meluangkan masa bersama ,tidak bertanya khabar dan
sebagainya menyebabkan mereka merasa terpinggir. Dan juga tanpa kasih sayang keluarga
mungkin anak-anak akan terasa terabai atau tidak disayangi oleh ibu bapa atau ahli keluarga.
Maka dengan berlakunya hal demikian anak mula ingin mencari kasih sayang dari orang
yang salah dan mula terjebak dalam alam percintaan ,gejala sosial dan hal-hal negatif
sehingga terlanjur yang mnyebabkan berlakunya zina sehingga terjadinya faktor pembuangan
bayi di merata tempat. Justeru itu, kasih sayang keluarga ini amatlah penting dan haruslah
dititikberatkan agar hal-hal negatif seperti pembuangan bayi ini tidak terjadi dalam kalangan
masyarakat kita.

Fenomena pembuangan bayi dalam negara Malaysia semakin meningkat.Menurut


statistik kes- kes pembuangan bayi di Malaysia yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah
Jabatan Kebajikan Masyarakat, Zulkifli Ismail, mendapati sejumlah 577 kes pembuangan
bayi dan janin direkodkan antara Januari 2014 hingga Disember 2018. Salah satu faktor yang
menyumbang kepada kes pembuangan bayi ini ialah pergaulan bebas. Pergaulan bebas
merupakan salah satu penyakit yang melanda umat pada masa kini. Pada zaman pasca
modenisasi ini, pergaulan bebas tidak lagi menjadi satu masalah besar kepada pandangan
masyarakat. Remaja bergaul bebas tanpa mengira jantina menyebabkan generasi muda yang

melihatnya terpengaruh serta memberi impak negatif. Pergaulan yang tidak dikawal dalam
kalangan remaja antara lelaki dengan perempuan maka menyebabkan mereka bersentuhan
secara bebas tanpa menjaga batas dan melakukan perzinaan dengan sesuka hati. Lebih-lebih
lagi, remaja yang suka melepak dan membuang masa dengan sia-sia dianggap sebagai
sampah masyarakat. Oleh itu, remaja cenderung kepada pergaulan bebas antara lelaki dengan
perempuan. Maka hubungan seks telah berlaku. Lambat-laun, remaja telah menganggap
tindakan tersebut hanya untuk membebasan nafsu mereka. Jadi,masalah pembuangan bayi
dalam kalangan remaja semakin hari semakin meningkat dalam jangka masa yang singkat.
Masalah itu bagai duri dalam daging bagi negara. Jika kita tidak mengatasinya dengan segera
maka nama baik atau imej negara akan runtuh. Tambahan pula,negara kita akan kehilangan

2
banyak generasi yang bakal menerajui negara di masa hadapan. Sesungguhnya, tindakan
yang agresif dan proaktif perlu dilaksanakan bagi membendung masalah itu supaya tiada
bayi- bayi menjadi mangsa lagi.

Selain itu, faktor terjadinya masalah pembuangan bayi dalam kalangan remaja ialah
pengaruh budaya barat yang telah muncul dalam negara ini. Apa yang kita dapat lihat disini
ialah ramai di kalangan remaja sangat taksub dan suka meniru budaya barat seperti pergaulan
bebas, seks bebas, pakaian yang menjolok mata dan sebagainya. Budaya ini lah yang kita
sangat risaukan kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk seperti hamil luar nikah dan
sebagainya. Apabila berlaku kejadian seperti itu, maka terjadilah masalah pembuangan bayi
dalam kalangan remaja di negara ini. Statistik pembuangan bayi dalam negara ini meningkat
dari semasa ke semasa. Bayi yang di lahirkan bukan dengan kerelaan ibunya dibuang dengan
begitu kejam tanpa ada rasa belas kasihan. Apa yang dapat kita simpulkan di sini ialah
pengaruh budaya barat sangat memberi kesan buruk lebih-lebih lagi masalah pembuangan
bayi.

Kemunculan media sosial yang terlalu meluas menyebabkan remaja amat mudah
terdedah kepada pelbagai maklumat. Walaupun pengetahuan kini berada di hujung jari
sahaja, namun tidak semuanya sesuai untuk diketahui oleh remaja. Masalah keruntuhan
akhlak termasuklah pergaulan bebas adalah berpunca daripada maklumat-maklumat tanpa
sempadan yang diperolehi oleh remaja. Sebagai golongan yang masih belum mampu untuk
menapis maklumat dengan rasional, remaja akan terpengaruh dengan keseronokan yang
dipamerkan serta mengambil keputusan untuk berpasangan serta terlibat dalam pergaulan
bebas. Gejala sosial dan kebejatan moral semakin gawat dan meningkat hari demi hari
berikutan perkembangan media massa yang tidak terkawal dan maju umpama cendawan
tumbuh selepas hujan. Tambahan pula, kini wujud pula satu saluran maklumat yang canggih
dan sistematik iaitu Internet disusuli pula dengan penubuhan pusat kafe siber. Pusat
maklumat kafe siber menjadi sarang kepada golongan belia untuk melihat bahan-bahan
negatif dan meneroka laman-laman web pornografi yang mempunyai bahan-bahan lucah dan
unsur-unsur yang bertentangan dengan syariat Islam dan budaya masyarakat Malaysia.

3
Sikap ingin tahu juga antara faktornya pembuangan bayi dalam kalangan remaja . Hal
ini dikatakan demikian kerana sikap ingin tahu tersebut memang wujud dalam diri seseorang
remaja . Rentetan daripada itu , golongan remaja pada masa ini lebih gemar untuk mencuba
benda baharu yang berada disekeliling mereka tanpa memikirkan perkara tersebut baik
mahupun tidak . Sehubungan dengan itu , mereka beranggapan bahawa pada usia muda
seperti mereka adalah masa untuk mereka berseronok bersama kawan sehingga mereka
mudah terjebak dalam aktiviti yang tidak bermoral seperti melakukan seks bebas. Sikap ingin
tahu mereka tersebut telah mendatangkan kesan buruk terhadap diri mereka sendiri . Oleh itu
, sebagai remaja yang berfikiran matang , mereka haruslah bijak dalam menilai dan
melakukan sesuatu perkara serta berfikiran secara rasional supaya mereka tidak menyesal
kelak. Jelaslah bahawa faktor timbulnya masalah membuangan bayi adalah disebabkan oleh
sikap ingin tahu.

Anda mungkin juga menyukai