Anda di halaman 1dari 1

3,980 Remaja Hamil Anak Luar Nikah

10 September 2016 12:10 AM


PUTRAJAYA 9 Sept. – Statistik Kementerian Kesihatan pada tahun lalu mendedahkan
sebanyak 3,980 atau 28.8 peratus daripada 13,831 remaja berusia 10 hingga 19 tahun
mengandung anak luar nikah.

Menurut statistik tersebut, lima negeri mencatatkan kes kehamilan remaja tertinggi iaitu
Sabah dengan 3,084 kes diikuti Sarawak (2,910), Selangor (1,461), Johor (1,319) dan
Pahang 940 kes.

Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dr.


Rose Lena Lazemi berkata, fakta tersebut jelas menunjukkan penge-
tahuan mengenai
kesihatan seksual reproduktif dalam kalangan remaja di negara ini masih rendah.

“Malah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga Kementerian Kesihatan turut


melaporkan 18,000 remaja hamil mendapatkan perkhidmatan di klinik kesihatan kerajaan
dalam setahun bermula dari 2011 hingga 2013.

“Sebanyak 25 peratus daripada jumlah itu merupakan yang tidak berkahwin dan secara
puratanya terdapat 1,500 kes remaja hamil dalam sebulan dan 50 kes sehari dilaporkan di
seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Wacana Penyelidikan Kajian Faktor Risiko
dan Pelindung Terhadap Kesihatan Seksual dan Reproduktif Remaja di Sabah dan
Sarawak anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di
sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengerusi LPPKN, Datuk Mariam Mas Yaakob dan Ketua Pengarah
LPPKN, Datuk Dr. Siti Norlasiah Ismail serta Pengarah Sektor Perkhidmatan Keluarga
LPPKN, Dr. Azizuddin Mohd. Yusoff.

Menurut Rose Lena, kurangnya kesedaran mengenai pengetahuan seks turut menjadi
penyebab utama statistik rogol semakin meningkat apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM)
melaporkan 93.5 peratus mangsa daripada 12,473 kes itu sejak 2011 hingga Jun 2015
adalah remaja berumur 13 hingga 18 tahun.

“Laporan PDRM juga menunjukkan jumlah pembuangan bayi di negara ini adalah 432 kes
sejak 2011 hingga Jun 2015 dengan kejadian kehamilan luar nikah merupakan punca
utama kes tersebut berlaku,” kata beliau.

Sehubungan itu, Rose Lena memberitahu, LPPKN akan memperkenalkan Modul Pendi-
dikan Reproduktif dan Seksual Remaja Lelaki pada Oktober ini sebagai usaha menangani
masalah salah laku seks dalam kalangan remaja.

Jelasnya, modul itu merangkumi isu seks sebelum kahwin, variasi seks, kehamilan remaja,
penderaan seksual dan penyakit kelamin serta ia mula dirintis di lima negeri iaitu Selangor,
Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Sabah.

Anda mungkin juga menyukai