Anda di halaman 1dari 22

PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG TAHUN 1 2017

PENDAHULUAN

Program Transisi Prasekolah ke Tahun Satu merupakan satu


program yang telah dirangka dengan tujuan untuk membantu
kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan
transisi dari pendidikan tidak formal sama ada di rumah
ataupun di prasekolah ke pendidikan formal di Tahun 1 Sekolah
Rendah. Program ini dilaksanakan dalam tempoh 3 minggu .
Adalah diharapkan kanak-kanak yang datang dari latar
belakang yang berbeza akan dapat menyesuaikan diri dan
bersedia meneruskan pembelajaran formal.

KONSEP DAN COGANKATA

“ MINDA CERDAS MATA BERCAHAYA “

MINDA CERDAS :
Kemampuan murid Tahun 1 membina dan mengaplikasikan
kemahiran berfikir secara aktif melalui aktiviti berkumpulan dan
saling membantu di antara satu dengan yang lain serta
penglibatan yang menyeluruh dalam aktiviti-aktiviti terancang
menunjukkan minda cerdas

MATA BERCAHAYA :
Murid Tahun 1 ini dapat merasakan satu keseronokan untuk
terus belajar bersama-sama dengan kawan-kawan, suasana,
persekitaran dan guru-guru baru.
RASIONAL

Mengurangkan perbezaan pembelajaran supaya murid bersedia mengikuti


program transisi Tahun 1 pada tahap yang hampir sama. Pengalaman
positif pendidikan di prasekolah perlu diteruskan untuk dimanfaatkan oleh
semua murid.

MATLAMAT / TUJUAN

1. Murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran guru-guru dan


kawan-kawan baru dalam masa yang singkat.

2. Dapat meningkatkan minat dan semangat murid – murid untuk


datang ke sekolah tanpa banyak masalah.

3. Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi dan


jasmani.

4. Mengenali dan membina hubungan mesra di kalangan murid dan


murid, murid dan guru dalam masa yang singkat.

5. Mengurangkan rasa malu, takut dan tidak yakin.

6. Mendedahkan murid dengan suasana persekitaran di sekolah baru.

7. Memupuk semangat kerjasama dikalangan murid.

8. Membina dan meningkatkan kemahiran murid yang lemah dan


potensi diri mereka.

OBJEKTIF
1. Memperkembangkan sosio-emosi, menyesuaikan diri kepada
persekitaran pembelajaran yang formal.

2. Memperolehi pengetahuan dan kemahiran asas yang diperlukan


oleh sukatan Tahun 1.

3. Mencapai tahap perkembangan kognitif yang hampir sama untuk


memudahkan pengajaran dan pembelajaran.

4. Menangani perbezaan murid yang masuk ke Tahun 1 dalam aspek


kognitif, afektif dan psikomotor serta latar belakang dan
pengalaman.

5. Menyepadukan pendekatan prasekolah dengan pendekatan yang


lebih formal di Tahun 1.

6. Melicinkan perjalanan pengurusan dan pentadbiran kurikulum


sekolah

7. Mewujudkan keyakinan pihak sekolah dan kepercayaan ibu bapa


terhadap keperluan anak-anak mereka.

SASARAN

1. Murid Tahun 1
2. Guru Tahun 1
3. Pihak sekolah
4. Pihak Prasekolah
5. Ibu bapa
6. PIBG

PELAKSANAANNYA

Secara keseluruhannya, Program Transisi dan Guru Penyayang ini


mengambil jangkamasa selama 3 bulan tetapi tempoh pelaksanaannya
hanya diberi penekanan pada sesi orientasi yang hanya perlu dijalankan
selama 3 minggu sahaja. Segala aktiviti perlu dirancang secara terperinci
dan padat agar matlamat dan objektif tercapai dengan jayanya.
Persediaan dan perlaksanaan program ini dibahagikan kepada tiga tahap
utama :

1. Persediaan awal ( Oktober hingga Disember )


a)Guru didedahkan tentang konsep dan objektif program. Pihak pentadbir
telah mengadakan taklimat dan kursus dalaman kepada bakal guru
tahun 1 sesi 2017. Ianya diadakan pada minggu ketiga bulan Disember
2016 di Bilik Guru SK Tanjung Kupang.

b) Menubuhkan jawatankuasa induk program

c) Menubuhkan jawatankuasa pelaksanaan program.

d) Merangka aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk murid Tahun 1.

e) Penyediaan Bahan Bantu Belajar dan persiapan-persiapan lain.

f) Menceriakan bilik darjah.

2. Tahap kedua
a) Majlis Suaikenal Tahun 1.
Pendaftaran murid Tahun 1.
Beberapa aktiviti telah dirancang.Rujuk jadual pelaksanaan.

b) Orientasi Tahun 1 selama 15 hari. Pelbagai aktiviti dijalankan


antaranya
aktiviti pranombor, prabacaan, pratulisan, prawarna, dinamika
kumpulan dan lain-lain.

3. Tahap ketiga.
a) Pengajaran dan pembelajaran KSSR dimulakan.
b) Mengenalpasti murid yang boleh menguasai 3M dan sebaliknya.
c) Tindakan susulan kepada murid yang bermasalah ke kelas LINUS untuk
dipulihkan.
SK TANJUNG KUPANG

AHLI JAWATANKUASA INDUK


PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG TAHUN 1 2017

PENGERUSI
PN.ZAITON BT.JALALUDDIN
GURU BESAR

NAIB PENGERUSI 1
EN NOR MAJIDY B.ABD.MAJID
GPK PENTADBIRAN

NAIB PENGERUSI 2
PN ROZITA BT.ABD.GHANI
GPK HAL EHWAL MURID

NAIB PENGERUSI 3
EN ASNIZAM B.MASRI
GPK KOKURIKULUM

PENYELARAS
PN SUHAILA BINTI SHAMSUDIN

SETIAUSAHA
PN FAUZIAH BT ABD.MANAP

AJK
SEMUA GURU TAHUN 1
SK TANJUNG KUPANG

AHLI JAWATANKUASAPELAKSANA
PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG TAHUN 1 2017

PENGERUSI
PN.ZAITON BT.JALALUDDIN
GURU BESAR

NAIB PENGERUSI 1
EN NOR MAJIDY B.ABD.MAJID
GPK PENTADBIRAN

NAIB PENGERUSI 2
PN ROZITA BT.ABD.GHANI
GPK HAL EHWAL MURID

NAIB PENGERUSI 3
EN ASNIZAM B.MASRI
GPK KOKURIKULUM

PENYELARAS
PN SUHAILA BINTI SHAMSUDIN

SETIAUSAHA
PN FAUZIAH BT ABD.MANAP

AJK
SEMUA GURU TAHUN 1
SEMUA GURU SK TANJUNG KUPANG
SK TANJUNG KUPANG

PELAN TINDAKAN PROGRAM TRANSISI DAN GURU


PENYAYANG TAHUN 1 2017

BI PROGRAM AKTIVITI TINDAKA TARIKH


L N
1 Pendaftaran 1. Taklimat oleh pihak Pihak 29 Disember
pentadbir kepada ibu pentadbir 2016
bapa.
2. Penyemakan nama Guru
murid yang mendaftar tahun 1
mengikut bilik yang
telah ditetapkan.

2 Hari 1. Menyemak nama Guru 29 Disember


Suaikenal murid kelas 2016
2. Merekodkan butiran
murid
3. Ujian Pengesanan
4. Pemberian borang
maklumat
3 Minggu 1. Kenali rakan sekelas Guru 1–19 Januari
Orientasi dan guru. Tahun 1 2017
2. Lawatan kawasan
sekolah.
3. Dinamika kumpulan.
4. Nyanyian.
5. Program Celik Baca,
Tulis, Kira dan warna.
6. Aktiviti kognitif dan
psikomotor.
4 Pengajaran 1. Mengikut Standard Guru Minggu 4
KSSR Kurikulum dan Tahun 1 hingga
Rancangan Tahunan. November
2017
5 Kursus 1. Guru-guru didedahkan Semua Disember
Dalaman dengan Program Guru 2016
Transisi

6 Penyediaan 1. Bengkel penyediaan Guru Disember


BBB BBB Tahun 1 2016

SENARAI NAMA GURU TAHUN 1 2017

BIL GURU MATAPELAJARAN


1 PN. FAUZIAH BT.ABD.MANAF BAHASA MALAYSIA

2 PN. ILYANA SUHAILA BT.ABDOLLAH BAHASA INGGERIS

3 EN. AL-HAFIZ B.MOHAMMAD MATEMATIK

4 PN. SUHAILA BT.SHAMSUDIN SAINS


PEND.KESENIAN
PEN.JASMANI
PEN.KESIHATAN

5 PN.WAN MANIK B.WAN AHMAD PENDIDIKAN AGAMA


ISLAM

6 EN.MOHD.TAUFIK B.MOHD.AGUS BAHASA ARAB

7 EN.BADRUL HISHAM B.BORHAN TASMIK

SENARAI BAHAN YANG DIPERLUKAN UNTUK PROGRAM ORIENTASI


TAHUN 1 SESI 2017

BIL PERKARA KUANTITI


1 KERTAS LUKISAN 6 SET
2 KERTAS PELBAGAI WARNA 100 HELAI
3 GAM 5 untuk setiap kelas
(30)
4 GUNTING 5 untuk setiap kelas
(30)
5 PENSIL WARNA 5 untuk setiap kelas
(30)
6 CRAYON 5 untuk setiap kelas
(30)
7 PEMBARIS 5 untuk setiap kelas
(30)
8 PENSIL 5 untuk setiap kelas
(30)
9 MANILA KAD PELBAGAI WARNA 30 keping
10 MARKER PEN Setiap kelas
11 PAPAN GULUNG PUTIH BERGARIS 4 Setiap kelas
12 PLASTESIN 20 UNIT
13 ALAT TULIS SEBAGAI GANJARAN Pensil – 12 kotak
(untuk murid yang menunjukkan prestasi Pemadam- 2 kotak
yang baik) Pembaris – 48 batang

Bahan-bahan dibekalkan melalui sumber sekolah.

ENROLMEN MURID TAHUN 1 2017

BIL KELAS JANTINA JUMLAH


L P
1 ADVANCE 9 11 20
JUMLAH 20
SK TANJUNG KUPANG
Kepada,
Semua guru,
SK Tanjung Kupang

Tuan/Puan
Taklimat Program Transisi Dan Guru Penyayang Tahun 1 2017

Perkara diatas adalah dirujuk untuk makluman tuan/puan.

2. Taklimat akan diadakan seperti ketetapan yang berikut :-


Tarikh : 27 Disember 2016
Hari : Selasa
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Guru SKTK
Agenda :
1. Ucapan Pengerusi
2. Taklimat Program Transisi
3. Hari Suaikenal
4. Minggu Orientasi
5. Persiapan dan Penyediaan Bahan

3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan adalah dijemput untuk menghadiri


taklimat tersebut.

4. Kerjasama daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima


kasih.

“ MINDA CERDAS , MATA BERCAHAYA”

Saya yang menjalankan tugas,

……………………………………………..
(PN SUHAILA BT SHAMSUDIN)
Penyelaras Program Transisi dan Guru Penyayang,
SK Tanjung Kupang
Gelang Patah,Johor.
LAPORAN 3 MINGGU ORIENTASI PROGRAM TRANSISI DAN GURU
PENYAYANG TAHUN 1 2017.

Program Minggu Orientasi yang dijalankan adalah merupakan tahap yang


kedua dalam pelaksanaan Program Transisi Tahun 1.Pelaksanaan tersebut
meliputi aktiviti yang berfokuskan kepada persediaan murid untuk
pembelajaran mengikut KSSR dalam kemahiran pranombor, pratulis,
prabacaan dan prawarna.

Antara aktiviti yang telah dijalankan selama 15 hari tersebut ialah :


1. Suaikenal dengan rakan-rakan baru dan guru.
2. Pembentukan tingkah laku yang baik di kalangan murid.
3. Motivasi terhadap murid agar dapat menerima situasi persekitaran
di sekolah.
4. Aktiviti peningkatan daya kreativiti murid.
5. Aktiviti Dinamika kumpulan agar mereka bersikap kerjasama di
kalangan rakan-rakan.
6. Persembahan nyanyian pada majlis Penutupan Orientasi dapat
menerapkan keyakinan diri. Murid-murid dapat berinteraksi sesama
rakan dalam suasana yang harmonis.

Pelbagai aktiviti yang dirancang dan dijalankan dengan baik kerana


kerjasama dan semangat dedikasi guru-guru.Murid – murid rasa seronok,
ceria dan aktif dalam melakukan aktiviti yang diberikan.Murid-murid tahun
1 yang seramai 20 orang telah mencapai tahap kesesuaian diri terhadap
rakan dan guru serta persekitaran sekolah.

Dilaporkan oleh,

…………………………………………
(PN.SUHAILA BINTI SHAMSUDIN)
Penyelaras Program Transisi dan Guru Penyayang,
SK Tanjung Kupang,
Gelang Patah,Johor.
PENGHARGAAN

Terima kasih kepada semua pihak yang telah


terlibat secara langsung atau tidak langsung
kerana telah memberi sumbangan dan komitmen
dengan penuh dedikasi dalam menjayakan
Program Transisi Dan Guru Penyayang Tahun Satu
sesi 2017 ini.

CARTA GANTT
PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG
TAHUN 1 SESI 2017
BI AKTIVITI JA FE MA AP M JU JU OG SE OK NO DI
L N B C R EI N L O P T V S
1 Pendaftaran
murid *
2 Hari
Suaikenal *
3 Program
Orientasi/ *
Transisi
4 Pengajaran
KSSR * * * * * * * * * *
5 Pentaksiran
Berasaskan * * * * * * * * * * *
Sekolah (PBS)
6 Pengumpulan
Eviden Murid * * *
7 Laporan dan
Rekod * *
Pentaksiran
8 Perjumpaan
dengan Ibu * * *
bapa
9 Program Khas
* *
10 Penyediaan
Bahan Bantu *
Belajar (BBB)
11 Kursus
Dalaman *

LAPORAN TAKLIMAT PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG


KALI PERTAMA SESI 2017

Tarikh : 27 Disember 2017


Hari : Selasa
Masa : 9:00 pagi
Tempat: Bilik GuruSKTK
Kehadiran : Semua guru
Ketidakhadiran: Ilyana Suhaila bt Abdollah(Cuti bersalin)
Agenda :
1. Ucapan Pengerusi
2. Taklimat Program Transisi
3. Hari Suaikenal
4. Minggu Transisi
5. Persiapan dan Penyediaan bahan

BIL PERKARA TINDAKAN


1 Ucapan Pengerusi Guru Besar
1.1 Ucapan aluan dan terima kasih
1.2 Harapan beliau agar Program Transisi dan Guru Penyayang (PTGP)
dapat berjalan dengan sempurna dan berkesan

2 Ucapan Naib Pengerusi 1 Semua guru


2.1 Menerangkan program Transisi dan Guru Penyayang (PTGP) akan tahun 1
berlangsung selama 15 hari
3 Hari Suaikenal
3.1 Akan diadakan pada 29 Disember 2016 jam 8.30 pagi hingga 10.00 pagi Penyelaras
3.2 Penyediaan senarai nama murid.
3.3 Bilangan pendaftaran murid tahun 1 bagi sesi 2017 seramai 21 orang Semua guru
3.4 Penyediaan tempat soalan borang maklumat murid buku program dan
pengagihan tugasan.

4 Minggu Transisi
4.1 Akan dijalankan selama 15 hari bermula 1 Januari 2017 hingga 19
Januari 2017
4.2 Mengedarkan rancangan aktiviti selama 15 hari dan bahan-bahan
keperluan kepada guru Tahun 1 Guru Tahun 1
4.3 Pn.Suhaila memohon sedikit peruntukan untuk membeli bahan-bahan
keperluan bagi program transisi. Pentadbir

5 Ucapan Penangguhan
5.1 Ucapan terima kasih dan diharapkan semua guru dapat memberikan
kerjasama dan dapat menjayakan majlis tersebut dengan jayanya
MINDA CERDAS MATA BERCAHAYA

Disediakan oleh Disahkan oleh

……………………………………. ……………………………………..
PN SUHAILA BT.SHAMSUDIN EN.NORMAJIDY B.ABD.MAJID
Penyelaras Program Transisi 2017 Penyelia Petang
SK Tanjung Kupang SK Tanjung Kupang

SPSK PK 07/3

SK TANJUNG KUPANG
MINIT MESYUARAT PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG
TAHUN SATU
BIL 1 TAHUN 2017

Tarikh : 27 Disember 2016


Hari : Selasa
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Guru SKTK
Kehadiran
: PN. FAUZIAH BT ABD.MANAP(BM)
: PN.SUHAILA BT.SHAMSUDIN
(SN,P.KESENIAN,PJ,PK)
: PN.WAN MANIK BT.WAN AHMAD(PI)
: EN.AL-HAFIZ B.MOHAMMAD(MT)
: EN.TAUFIK B.MOHD AGUS(BA)
: EN.BADRUL HISHAM B.BORHAN(TASMIK)

1 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Al-Fatihah dan


ucapan terima kasih kepada guru-guru yang hadir.

2 UCAPAN GURU BESAR

2.1 Pn.Zaiton mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang terpilih untuk


mengajar tahun 1.
2.2 Beliau mengharapkan semua guru dapat bekerjasama melaksanakan
program Transisi Dan Guru Penyayang.
2.3 Beliau juga mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa yang terlibat
dalam merancang program Transisi dan guru penyayang ini
2.4 Meminta agar guru yang bertugas pada minggu pertama persekolahan
sesi 2017,menyambut kedatangan murid.

3 PEMBAHAGIAN GURU KELAS DAN GURU MATAPELAJARAN TAHUN 1

3.1 Pengerusi telah memaklumkan pembahagian guru Tahun 1 mengikut


kelas dan matapelajaran. Guru-guru tersebut juga akan terlibat
dengan program Transisi yang akan berlangsung selama 15 hari.
3.2 Mengikut pendaftaran murid tahun 1 yang mendaftar adalah seramai
21 orang.
3.3 Memohon agar guru-guru tahun 1 berganding bahu untuk
menceriakan kelas.

Guru kelas :
1 ADVANCE : PN. FAUZIAH BT ABD.MANAP(BM)
: PN.ILYANA SUHAILA BT.ABDOLLAH(BI)
: PN.SUHAILA BT.SHAMSUDIN
(SN,P.KESENIAN,PJ,PK)
: PN.WAN MANIK BT.WAN AHMAD(PI)
: EN.AL-HAFIZ B.MOHAMMAD(MT)
: EN.TAUFIK B.MOHD AGUS(BA)
: EN.BADRUL HISHAM B.BORHAN(TASMIK)
4.PELANTIKAN AJK PELAKSANA PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG

PENGERUSI : PN.ZAITON B.JALALUDDIN


GURU BESAR

NAIB PENGERUSI 1 : EN.NORMAJIDY B.ABD.MAJID


GPK PENTADBIRAN

NAIB PENGERUSI 2 : PN.ROZITA BT.ABD.GHANI


GPK HAL EHWAL MURID

NAIB PENGERUSI 3 : EN.ASNIZAM B.MASRI


GPK KOKURIKULUM

PENYELARAS : PN.SUHAILA BT.SHAMSUDIN

SETIAUSAHA : PN.FUZIAH BT ABD.MANAF

AJK : SEMUA GURU TAHUN 1

3. PERANCANGAN AKTIVITI PROGRAM ORIENTASI DAN TRANSISI


a. Pengerusi mengingatkan supaya guru-guru dapat melaksanakan program
transisi seperti yang telah dirancang.
b. Penyelaras menerangkan bahawa hari orientasi akan dijalankan pada 29
Disember 2016 bermula jam 8.30 pagi.
c. Penyelaras juga memaklumkan Program Transisi akan dilaksanakan selama
15 hari bermula 1 Januari 2017 hingga 19 Januari 2017.
d. Penyelaras dan guru Tahun 1 bersama-sama membincangkan jadual
program transisi yang sesuai dijalankan berdasarkan modul Program Transisi
dan Guru Penyayang yang telah dibekalkan oleh kementerian Pelajaran
Malaysia dan mengagihkan tugas menyediakan lembaran kerja dan Bahan
Bantu Belajar kepada guru-guru tahun satu.
( Sila rujuk lampiran )
e. Pengerusi berharap agar guru-guru dapat mempelbagaikan aktiviti
pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas bagi menarik minat murid untuk
hadir ke sekolah terutama di awal persekolahan. Guru-guru digalakkan
menggunakan bahan bantu belajar (BBB) yang sesuai dengan topik yang
diajar.

4. ANGGARAN BELANJAWAN PROGRAM TRANSISI


a. Sila Rujuk Lampiran

5. PENCERAPAN
a. Pencerapan pelaksanaan Program Transisi akan dijalankan mengikut jadual
oleh pentadbir.

6. HAL-HAL LAIN
a. Pengerusi berharap guru-guru tahun satu dapat mengikut jadual Transisi
yang akan diedarkan serta dapat menarik minat murid untuk hadir ke sekolah
dan mengikuti sesi pembelajaran dan pengajaran.
b. Penyelaras berharap agar program yang telah dirancang dapat dilaksanakan
dengan jayanya.

7. PENUTUP

a. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi di atas kehadiran


guru-guru tahun 1 dalam mesyuarat kali pertama ini.

b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.15 tengahari.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

................................................................... .......................................................
(PN.SUHAILA BINTI SHAMSUDIN ) (EN.NOR MAJIDY B.ABD.MAJID)
Penyelaras Program Transisi, GPK Pentadbiran
SKTK SKTK

MINGGU TRANSISI
MURID-MURID TAHUN SATU 2017
SK TANJUNG KUPANG
۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞

MINGGU PERTAMA

OBJEKTIF :
1. Memperluaskan dan mengembangkan penggunaan
bahasa dan komunikasi murid melalui aktiviti bermain
sambil belajar.

2. Membina hubungan baik antara murid dengan guru dan


rakan sebaya dalam masa yang singkat.

3. Memupuk nilai bekerjasama dan berdisiplin di dalam diri


murid.

4. Membina keyakinan diri murid semasa berinteraksi


dengan rakan baru.

5. Mengurangkan rasa malu, segan dan takut di kalangan


murid yang berlainan latar belakang, pengalaman dan
sosio ekonomi.

6. Mendedahkan murid dengan suasana dan persekitaran


sekolah baru.

MINGGU TRANSISI
MURID-MURID TAHUN SATU 2017
SK TANJUNG KUPANG
۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞

MINGGU KEDUA

OBJEKTIF :

1. Menggalakkan murid mempertimbangkan akibat daripada


percakapan dan tingkah laku sendiri.
2. Meningkatkan hubungan mesra di kalangan murid di
dalam dan di luar kelas.

3. Memupuk semangat kerjasama dengan cara menetapkan


dan mencapai matlamat yang kolaboratif.

4. Mendedahkan murid dengan suasana pengajaran dan


pembelajaran yang menyeronokkan.

5. Mengesan potensi murid melalui Sembilan bidang yang


ditekankan dalam pendidikan pra-sekolah.

6. Mengenalpasti penguasaan kemahiran mengenal,


mengeja dan menyebut dengan betul. ( Guru
menggunakan Modul Pengisian P& P Kemahiran Bahasa
Melayu dalam Program Transisi).

7. Mengenalpasti penguasaan kemahiran mengenal dan


menyebut nombor 1 hingga 10.

8. Mengenalpasti penguasaan kemahiran mengenal dan


menyebut huruf asas jawi.

MINGGU TRANSISI
MURID-MURID TAHUN SATU 2017
SK TANJUNG KUPANG
۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞

MINGGU KETIGA

OBJEKTIF :

1. Meningkatkan lagi kemahiran bekerjasama di antara rakan


dalam aktiviti kumpulan.
2. Mewujudkan semangat berdaya saing yang positif sesama
rakan sekelas.

3. Meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi .

4. Meningkatkan kesediaan murid untuk belajar secara


formal.

5. Menentukan gaya belajar sendiri mengikut pelbagai


kecerdasan.

6. Menghargai hasil kerja sendiri dan rakan.

7. Belajar menghulurkan bantuan kepada rakan yang


memerlukan pertolongan.

SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG KUPANG

81560 GELANG PATAH,JOHOR.


PROGRAM TRANSISI
DAN GURU PENYAYANG
TAHUN 1
SESI 2017

LAGU TEMA MINGGU TRANSISI DAN GURU PENYAYANG


LAGU TEMA

KAMI MURID BARU


KAMI INGIN MAJU
KAMI SAYANGKAN DIRI
AYUH KAWAN-KAWAN
KITA TUNJUK BUKTI
RAJIN DATANG SEKOLAH SETIAP HARI 2X

LAGU ANAK CEMERLANG

SAYALAH PERMATA
ANAK KESAYANGAN
KEBANGAAN AYAH DAN IBU
SAYA DIBESARKAN
DENGAN KASIH SAYANG
HANYA YANG TERBAIK UNTUKKU
MENJADI HARAPAN DI MASA HADAPAN
SAYALAH ANAK YANG CEMERLANG 2X

Anda mungkin juga menyukai