Anda di halaman 1dari 9

PENGAJIAN KURIKULUM

PENDIDIKAN ISLAM
SEKOLAH RENDAH
(PIMK2063R)
NURUL SYAQIRAH BINTI SAM-ON
2021122390147
SUHAILA BINTI MOHD ALIHAN
20211223
KURIKULUM PENDIDIKAN
ISLAM SEKOLAH RENDAH DI
MALAYSIA
PENGENALAN
Pendidikan Islam merupakan salah satu daripada usaha berterusan untuk menerapkan
ilmu pengetahuan agama Islam kepada para pelajar dan masyarakat awam. Ia
merangkumi usaha memberi pengetahuan tentang agama Islam yang meliputi akidah,
syariah dan akhlak. Ia menekankan kepada penghayatan terhadap akidah dan
kepercayaan dalam Islam, perlaksanaan ibadat ibadat khusus dan umum serta
memberikan panduan dalam membentuk sikap bertanggungjawab dalam diri terhadap
pencipta, manusia dan alam. Dalam usaha menjadikan kehidupan seorang insan itu
memiliki cara hidup yang berlandaskan ajaran Islam yang sebenar, maka ilmu yang
disampaikan mestilah mengikut kaedah yang betul dan memudahkan masyarakat
terutama para pelajar memahami isi kandungan agama Islam.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga perlu sentiasa dinilai agar segala kelemahan
dapat diperbaiki dan ditambah baik. Harapannya supaya hasil pembelajaran yang
disampaikan oleh para pendidik dapat melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan
serta dapat menjadikannya sebagai amalan harian dalam setiap aspek kehidupan mereka.
MATLAMAT
Matlamat Pendidikan islam adalah untuk menghasilkan muslim yang berilmu, beriman, berketrampilan ,
beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan Al Quran al Sunnah supaya menjadi hamba dan khalifah yang
bertaqwa dan menyumbang ke arah mempertingkat tamadun bangsa dan negara.

Menurut al-Ghazali, pendidikan bukan sahaja bertujuan untuk mengisi fikiran para pelajar dengan ilmu
pengetahuan, tetapi juga untuk memupuk akhlak yang murni .
OBJEKTIF
Murid yang mengikuti proses pembelajaran dan pengajaran melalui KSSR Pendidikan Islam berkebolehan:

1. Membaca surah-surah terpilih dengan betul dan bertajwid serta mengamalkan dalam kehidupan seharian.
2. Menghafaz surah- surah terpilih dalam Al Quran untuk bacaan dalam solat dan ibadat harian.
3. Memahami maksud surah terpilih untuk diamalkan dan dihayati pengajarannya.
4. Membaca dan memahami hadis- hadis terpilih untuk diamalkan dan dihayati pengajarannya.
5. Memahami dan meyakini asas- asas akidah sebagai pegangan dan banteng dalam kehidupan beragama.
6. Memahami dan mengamalkan asas ibadah sebagai memenuhi tuntutan fardhu ain dan kifayah.
7. Memahami dan mengambil ikhtibar daripada sirah Rasulullah s.a.w bagi menanam rasa cinta kepada
baginda.
8. Memahami adab dan menghayati nilai-nilai akhlak dalam kehidupan seharian.
9. Membaca dan menulis jawi serta mencintainya sebagai warisan budaya bangsa.
KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM
BERDASARKAN 6 TUNJANG KERANGKA KSSR
6 TUNJANG KERANGKA KSSR
KOMUNIKASI : KEMAHIRAN LISAN DAN BUKAN LISAN SEMASA BERINTERAKSI ANTARA GURU DAN PELAJAR

SAINS DAN TEKNOLOGI : MENGUASAI PENGETAHUAN SAINS, MATEMATIK DAN KEMAHIRAN BERASASKAN
TEKNOLOGI
PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN ESTETIKA : PERKEMBANGAN SEIRING DENGAN KESEJAHTERAAN DIRI DAN
MEMUPUK DAYA BERIMAGINASI
KETERAMPILAN DIRI : MEMUPUK PEMBENTUKAN SAHSIAH DIRI DAN BERKEPIMPINAN MELALUI AKTIVITI
SEKOLAH (KURIKULUM DAN KOKURIKULUM)
KEMANUSIAAN : PENGUASAAN ILMU TERHADAP KEMASYARAKATAN, NEGARA DAN GLOBAL DAN
BERSEMANGAT PATRIOTISME
KEROHANIAN, SIKAP DAN NILAI : PENGHAYATAN TERHADAP KEAGAMAAN, KEPERCAYAAN, SIKAP DAN NILAI.

TUJUAN : DAPAT MELAHIRKAN MURID YANG MEMPUNYAI NILAI-NILAI MURNI BERTERASKAN


KEAGAMAAN ,BERPENGETAHUAN, BERKETERAMPILAN, BERFIKIRAN KRITIS DAN KREATIF SERTA INOVASI.
FOKUS KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

 PRASEKOLAH : PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI, KEROHANIAN, FIZIKAL, KOGNITIF, SAHSIAH, PERSEDIAAN


KE SEKOLAH RENDAH SERTA PENDEDAHAN KEMAHIRAN 3 M DAN MENAAKUL.

 TAHAP 1 (TAHUN 1- TAHUN 3) : PENGUASAAN KEMAHIRAN 3 M DAN MENAAKUL,KEMAHIRAN ASAS


TMK, PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI, KEROHANIAN, FIZIKAL, KOGNITIF, SIKAP DAN NILAI.

 TAHAP 2 (TAHUN 4- TAHUN 6) : PENGUKUHAN DAN APLIKASI 3 M DAN MENAAKUL, KEMAHIRAN ASAS
TMK, PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI,KEROHANIAN,FIIKAL, SIKAP DAN NILAI.
FOKUS KSSR PENDIDIKAN ISLAM
BIDANG TUMPUAN

AL-QURAN Murid dapat membaca al-quran dengan bertajwid dan menghafaz surah-surah
lazim untuk diamalkan dalam kehidupan harian.

HADIS Murid dapat mempelajari ilmu-ilmu hadis dan memahami maksud hadis untuk
dijadikan panduan dalam kehidupan.

AKIDAH Murid dapat memahami konsep akidah yang menepati syariah dan dijadikan
panduan dalam kehidupan harian.
IBADAH Murid dapat mempelajari konsep asas ibadah dan diamalkan sebagai panduan
dalam menjalankan ibadah.
SIRAH Murid dapat mengetahui tentang fakta sirah dan mengamalkan sunnah Rasullullah
saw sebagai bukti kecintaan kepada baginda.

ADAB Murid dapat mengamalkan adab-adab yang bertepatan dengan syariah islamiah.

JAWI Murid dapat membaca suku kata dan menulis huruf-huruf jawi serta dapat
membina ayat dalam tulisan jawi.
 Memastikan murid mencapai 6 tahap standard penguasaan selepas proses pengajaran
dan pembelajaran diadakan untuk matapelajaran Pendidikan Islam.
 Tahap penguasaan ilmu, amali,amalan, iltizam, penghayatan dan pentabiatan.
 Pentabiatan merupakan tahap penguasaan paling tinggi iaitu apabila murid dapat
menjelaskan maklumat dan mengamalkan nilai yang dipelajari dalam bentuk perubahan
tingkahlaku seperti menjadi seorang murid yang bertakwa dan membimbing rakan dalam
menjalankan tanggungjawab sebagai seorang muslim.

Anda mungkin juga menyukai