Anda di halaman 1dari 25

Bab 5

SOSIAL MOBILITI
DALAM PENDIDIKAN
PENGENALAN
Mobiliti sosial bermaksud pergerakan individu atau kumpulan antara
kedudukan yang berbeza dalam hieraki stratifikasi sosial
masyarakat.
Mobiliti sosial adalah peluang yang diberikan kepada status sosial
seseorang untuk menaikkan taraf diri daripada tahap yang rendah
ke aras yang lebih baik
Menurut pandangan fungsionalisme, pendidikan mempunyai
peranan penting sebagai alat mobiliti sosial. Ianya berkait rapat
dengan stratifikasi sosial.
Paul B. Horton mentakrifkan mobiliti sosial sebagai gerakan
perpindahan dari satu kelas sosial ke kelas sosial yang lain
Kimball Young dan Raymond W. Mack pula lebih kepada struktur
sosial yang melihat wujudnya pola-pola yang mengatur kelompok
sosial berkenaan
FAKTOR MEMPENGARUHI
MOBILITI SOSIAL
Pekerjaan - Berdasarkan pangkat dan kedudukan di dalam sesuatu
pekerjaan
Contohnya : doktor lebih tinggi kedudukan berbanding
jururawat.

Pendidikan - Ia menentukan jenis pekerjaan yang dilakukan oleh


seseorang individu. Mereka yang mempunyai pendidikan yang tinggi
lebih banyak pilihan pekerjaan serta pendapatan yang lebih tinggi.

Perkahwinan – Untuk meningkatkan status sosial yang lebih tinggi dapat


dilakukan melalui perkahwinan.
Contohnya : seseorang wanita yang berasal dari keluarga sangat
sederhana menikah dengan lelaki dari keluarga kaya dalam
masyarakatnya. Maka, perkahwinan ini dapat menaikkan
status wanita tersebut
Pelaburan- Penglibatan dalam bidang peniagaan boleh meningkatkan imej
seseorang dalam masyarakat. Penglibatan dalam bidang ini akan menyebabkan
sesorang menjadi kaya dan memiliki Pelbagai kemewahan dan Pengumpulan harta
yang banyak. Ini menunjukkan kejayaan dalam bidang pelaburan adalah perkara
yang penting dalam menaikkan identiti dan lambang kedudukan seseorang.
kuasa- Orang yang mempunyai kuasa ialah penghulu, pegawai atasan di sesebuah
pejabat.
Contoh: JKKK, ketua unit dalam sesuatu jabatan, wakil rakyat, polis, dan pekerja
beruniform yang lain. Walaupun sesetengah jenis pekerjaan tersebut bukanlah
mempunyai pekerjaan yang berpangkat tinggi, namun kuasa yang ada pada
mereka menyebabkan mereka dihormati. Isteri dan keluarga mereka akan dapat
menumpang rasa ego dan megah dengan kuasa yang dimiliki itu
kemajuan negara- Masayarakat yang menduduki negara yang mundur dengan
negara yang maju adalah berbeza. Masyarakat yang menduduki negara yang maju
biasanya merasa megah dan besar diri apabila mereka berada bersama sama
dengan masyarakat yang mendiami di negara yang mundur. Sebagai contoh orang
melayu brunei akan merasa megah dengan kekayaan yang ada pada sebahagian
besar masyarakat mereka dan memandang rendah dengan orang melayu di negeri
negeri lain
Penghormatan diri- Orang yang berpendapatan sederhana tetapi apabila dia
mendapat penghormatan diri atau menerima sesuatu anugerah secara tidak
langsung boleh menaikkan mobiliti diri mereka.
Desakan hidup golongan pendatang - Sesuatu golongan boleh memajukan diri
mereka apabila mereka berhijrah ke tempat lain. Sebagai contoh, orang Cina
sebelum sampai ke Tanah Melayu pada zaman dahulu adalah golongan miskin
tetapi disebabkan desakan hidup semasa berada di Tanah Melayu, kebanyakkan
mereka telah bertambah kaya dan dapat hidup dengan selesa
KESAN POSITIF
1. Seseorang akan berusaha untuk meningkatkan prestasi untuk
maju kerana adanya peluang untuk berpindah strata. Selain itu,
peluang ini mendorong seseorang itu untuk bersaing, dan bekerja
keras agar dapat beralih ke strata atas.
Contoh: Seorang anak miskin berusaha belajar dengan gigih agar

dapat kekayaan pada masa depan.

2. Mobiliti sosial mempercepatkan perubahan sosial masyarakat ke


arah yang lebih baik.
Contoh: Penggunaan alat tradisional kepada teknologi
KESAN NEGATIF
1. Konflik antara kelas
• Dalam masyarakat, terdapat lapisan-lapisan sosial kerana ukuran-
ukuran seperti kekayaan, kekuasaan, dan pendidikan. Kelompok
dalam lapisan-lapisan tadi disebut kelas sosial.
• Apabila terjadi perbezaan kepentingan antara kelas-kelas sosial
yang ada di masyarakat dalam mobiliti sosial maka akan berlaku
konflik antara kelas.
Contoh: demonstrasi buruh yang menuntut kenaikan upah
menggambarkan konflik antara kelas buruh dengan pengusaha

2. Konflik antara kelompok sosial


• Di dalam masyarakat terdapat pula kelompok sosial yang
beraneka ragam
• Di antaranya kelompok sosial berdasarkan ideologi, profesion,
agama dan suku
• Bila salah satu kelompok berusaha untuk menguasai kelompok
lain atau terjadi pemaksaan, maka timbul konflik
• Contoh: permusuhan antara kampung.
3. Konflik antara generasi
• Konflik antara generasi terjadi apabila generasi tua yang ingin
mempertahankan nilai-nilai lama dan generasi muda ingin
membuat perubahan.
Contoh: Pergaulan bebas yang pada masa ini banyak dilakukan
generasi muda sangat bertentangan dengan nilai-nilai yang
diamalkan oleh generasi terdahulu.

4. Penyesuaian sekali
• Setiap konflik pada dasarnya ingin menguasai atau mengalahkan
lawan. Bagi pihak-pihak yang berkonflik bila menyedari bahawa
konflik itu lebih banyak merugikan kelompoknya, maka akan timbul
penyesuaian kembali yang didasari oleh adanya rasa toleransi
atau rasa penyesuaian kembali dan saling menghargai antara satu
sama lain.
MOBILITI SOSIAL DALAM
PENDIDIKAN
•Sebelum kemerdekaan

•Selepas Kemerdekaan
SEBELUM KEMERDEKAAN
• Peranan pendidikan sebagai alat mobiliti sosial
menegak adalah amat terhad.
• Ini kerana Dasar Pecah Perintah Inggeris telah
mengekalkan struktur masyarakat di mana anak-
anak meneruskan pekerjaan ibubapa mereka.
• Peruntukan Inggeris kepada Sekolah Melayu amat
kurang berbanding sekolah Inggers – menyebabkan
ramai anak Melayu tidak bersekolah.
• Pada tahun 1901 – hanya seramai 8000 orang daripada 40000 orang
kanak-kanak lelaki melayu bersekolah
• Namun, pada tahun 1903- hanya seramai 2900 menamatkan sekolah
mereka.
• Daripada jumlah itu, 24 orang mendapat pekerjaan menjadi
pembantu rumah atau pejabat, 10 orang menjadi guru sekolah
Melayu, 1 orang menjadi polis dan kerani.
• Selebihnya, mereka menjdi petani dan nelayan seperti ibubapa
mereka.
• Bagi Kaum India, anak- anak mereka yang menamatkan persekolahan hanya
berpeluang bekerja di buruh di jabatan–jabatan kerajaan seperti Jabatan
Kerja Raya.
• Selebihnya meneruskan pekerjaan ibu bapa mereka di ladang – ladang.
• Begitu juga kaum Cina, bagi mereka yang bersekolah cina mobiliti sosial
terhad dalam Komuniti Cina sahaja kerana tiada peluang untuk bekerja dalam
Kerajaan British.
• Oleh itu, keseluruhannya mobiliti mendatar lebih banyak berlaku.
SELEPAS KEMERDEKAAN

• Malaysia telah mengalami pembangunan ekonomi yang


pesat
• Banyak peluang pekerjaan disediakan
• Rakyat tempatan mengambil alih peranan– peranan yang
dahulunya dipegang oleh pegawai-pegawai Inggeris
• Jawatan di Sektor Awam telah dipenuhi oleh rakyat
Malaysia sendiri
• Di Sektor swasta, memerlukan pekerja-pekerja
profesional, eksekutif, perkeranian, mahir & separuh
mahir
• Sektor perladangan & perniagaan telah membuka peluang pekerjaan
kepada rakyat samada menjadi pemborong,peniaga dan sebagainya
• Kesimpulannya- pendidikan menjadi asas dalam mobiliti sosial
masyarakat Malaysia kerana kerjaya yang baik selalunya dikaitkan
dengan pendidikan tinggi.
Susun lapis kelas sosial

• Golongan atasan - Golongan ini terdiri daripada orang yang


kaya raya dan ahli korporat. Mereka mendapat kekayaan
hasil daripada usaha gigih mereka

• Pertengahan atasan - Terdiri daripada orang yang mempunyai


pendidikan tinggi dan berprofesional. Mereka biasanya
mempunyai jawatan penting seperti hakim, jurutera,
pengurus syarikat,doktor dan professor. Gaji yang diterima
adalah tinggi dan berupaya untuk menduduki di rumah yang
mewah dan berkereta besar.
• Kelas pertengahan bawah - Golongan yang bukan daripada
lulusan universiti tetapi dalam lingkungan kelulusan sekolah
menengah dan sedikit yang berkelulusan diploma. Mereka b
ekerja sebagai guru, kerani, pembantu tadbir, polis,
juruteknik, posmen, dan jururawat.
• Kelas pekerja - Terdiri daripada kolar biru atau yang bekerja
dengan kemahiran tangan dan mempunyai kelulusan PMR
sehingga SPM. Antaranya ialah pekerja beruniform, buruh
binaan, tukang paip, pekerja kilang, pemandu kenderaan
• Golongan bawahan- Golongan yang terdiri daripada mereka
yang berkelulusan amat rendah atau tidak menpunyai
pendidikan formal langsung. Antaranya ialah bekerja sebagai
petani, nelayan, dan penjaja kecil.
TERBAHAGI KEPADA:
1) Mobiliti Menegak
2) Mobiliti Mendatar
3) Mobiliti dalam satu
organisasi
4) mobiliti antara generasi
5) Mobiliti ditaja
6) Mobiliti tandingan
MOBILITI MENEGAK
pergerakan seseorang dari satu kedudukan sosial kepada yang lain dalam status
yang sama

mempunyai dua bentuk yang utama iaitu :


1) Masuk ke dalam kedudukan yang lebih tinggi
Individu-individu yang mempunyai kedudukan yang rendah masuk ke
dalam kedudukan yang lebih tinggi, di mana kedudukan tersebut telah ada
sebelumnya
- Contoh: A adalah seorang guru sejarah di salah satu SMA. Kerana
memenuhi persyaratan maka dia dilantik menjadi pengetua.

2) Membentuk kelompok baru


Pembentukan suatu kelompok baru memungkinkan individu untuk
meningkatkan status sosialnya, misalnya dengan mengangkat diri menjadi
ketua organisasi.
- Contoh: Pembentukan organisasi baru memungkinkan seseorang
untuk menjadi ketua dari organisasi baru tersebut, sehingga
status sosialnya naik.
MOBILITI MENDATAR
 Pergerakan seseorang dari satu kedudukan sosial kepada yang
lain dalam status yang berbeza

 Terbahagi kepada dua iaitu :


1) Mobiliti intergenerational
contohnya seorang anak mempunyai kedudukan baik (doktor)
berbanding dengan ibubapanya (guru)

2) Mobiliti intragenerational
contohnya : seorang guru naik pangkat menjadi guru besar dan
setelah beberapa tahun bertukar pekerjaan
menjadi
seorang (pensyarah).
Mobiliti dalam satu organisasi

• Mobiliti dalam satu generasi ialah


perubahan yang berlaku pada jangka
hayat seseorang individu.
• Sebagai contoh, seorang kerani yang
bekerja selama 10 tahun di sebuah
pejabat kerajaan telah menjadi pengawal
kewangan. Jadi perubahan ini juga
menjadi perubahan menegak dalam satu
organisasi.
Mobiliti antara generasi
• Mobiliti antara generasi melibatkan perubahan taraf
hidup antara satu generasi ke satu generasi yang
seterusnya.
• Sebagai contoh, seorang ayah yang bekerja sebagai
sorang kerani telah dapat memberi pendidikan kepada
anaknya sehingga menjadi seorang doktor perubatan. Ini
juga sebagai satu contoh mobiliti menegak dalam satu
generasi ke satu generasi. Sebaliknya seorang doktor
perubatan tetapi anaknya bekerja sebagai seorang
kerani, ia dianggap sebagai mobiliti menurun antara
generasi.
Mobiliti ditaja

• Mobiliti ini berlaku di mana ada pihak


tertentu dan juga pihak kerajaan telah
menaja atau memberi biasiswa pelajar
pelajar yang mendapat pencapaian yang
agak baik dalam peperiksaan untuk
melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi. Ia
tidak kira samaada pelajar itu berasal dari
keluarga kaya atau miskin.
Mobiliti tandingan

• Mobiliti ini merupakan satu pertandingan


di kalangan pelajar di sesebuah institusi
untuk mendapat pencapaian yang terbaik.
• Dengan pencapaian yang diperolehi
mereka akan mendapat ganjaran atau
hadiah dari pihak pihak tertentu.
sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai