Anda di halaman 1dari 3

Meningkatkan suhu badan Apabila suhu badan meningkat, otot-otot, tendon dan ligamen akan dipanaskan menjadikan mereka

lebih luntur apabila mengecut. Ini akan mengelak anda dari mendapat kecederaan otot. Meningkatkan pengaliran darah ke otot-otot Ini akan menambah bekalan darah ke otot-otot serta meningkatkan bekalan oksigen dan glukosa yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga. Menambahbaiki proses pengecutan otot Otot yang panas adalah lebih anjal dan cekap untuk menghadapi sebarang kegiatan yang lebih lasak. Merangsang transmisi atau pengaliran saraf Ini akan menambahbaik penyelarasan antara otot dan saraf serta membantu pergerakan sesetengah otot untuk berfungsi dengan lebih berkesan. Menyediakan sistem kardiovaskular lebih awal Apabila badan dipanaskan, kita akan memberi masa kepada organ-organ dalaman seperti jantung, paruparu serta saluran darah untuk lebih bersedia menghadapi gerak kerja yang lebih mencabar nanti.

Menggalakkan penggunaan oksigen dengan lebih berkesan Suhu panas di dalam otot menggalakkan penguraian adunan kimia oksigen dan darah. Ini akan membantu membebaskan oksigen untuk digunakan dengan lebih mudah oleh otot bagi menghasilkan tenaga.
Menyejukkan badan Cara terbaik untuk memberhentikan kereta atau basikal bukanlah dengan melanggar tembok atau berhenti mengejut! Begitu juga dengan aktiviti menyejuk atau merehatkan badan. Perlahankan pergerakan fizikal yang dilakukan selama kira-kira 5-10 minit sebelum berhenti melakukan aktiviti berkenaan. Jika anda berlari, perlahankan larian dan diakhiri dengan berjalan. Proses menyejukkan badan turut merangkumi aktiviti aerobik dan regangan badan. Aktiviti ini akan membantu menurunkan kadar degupan jantung dan pernafasan ke paras normal, mengelakkan kekejangan atau kesakitan otot, mengelakkan rasa pening dan merehatkan otot.

Anda mungkin juga menyukai