Anda di halaman 1dari 2

Memanaskan badan sebelum aktiviti

Memanaskan badan penting sebelum melakukan sebarang senaman atau aktiviti fizikal. Ia
bertujuan menyediakan badan secara fizikal dan mental untuk aktiviti fizikal sekali gus mengelakkan
daripada kecederaan.

Di bawah ini menunjukkan beberapa kepentingan mamanaskan badan.

Meningkatkan suhu badan

Apabila suhu badan meningkat, otot-otot, tendon dan legamen akan dipanaskan menjadikan
mereka lebih luntur apabila mengecut. Ini akan mengelak anda dari mendapat kecederaan otot.

Meningkatkan pengaliran darah ke otot-otot

Ini akan menambah bekalan darah ke otot-otot serta meningkatkan bekalan oksigen dan
glukosa yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga.

Menambahbaiki proses pengecutan otot

Otot yang panas adalah lebih anjal dan cekap untuk menghadapi sebarang kegiatan yang lebih
lasak.

Merangsang transmisi atau pengaliran saraf

Ini akan menambahbaik penyelarasan antara otot dan saraf serta membantu pergerakan
sesetengah otot untuk berfungsi dengan lebih berkesan.

Menyediakan sistem kardiovaskular lebih awal

Apabila badan dipanaskan, kita akan memberi masa kepada organ-organ dalaman seperti
jantung, paru-paru serta saluran darah untuk lebih bersedia menghadapi gerak kerja yang lebih
mencabar nanti.

Menggalakkan penggunaan oksigen dengan lebih berkesan

Suhu badan di dalam otot menggalakkan penguraian adunan kimia oksigen dan darah. Ini akan
membantu membebaskan oksigen untuk digunakan dengan lebih mudah oleh otot bagi
menghasilkan tenaga.
Menyejukkan Badan Selepas Senaman

Ranai di kalangan kita mengabaikan aktiviti menyejukkan badan selepas bermain atau latihan.
Kebanyakkan mereka lebih suka untuk terus berehat bagi melepaskan penat.

Aktiviti senaman tidak boleh dihentikan dengan serta merta kerana ini akan memberikan
kesan dan risiko kesakitan kepada otot dan badan keseluruhannya. Ia perlu dilakukan sama seperti
proses memanaskan badan untuk menurunkan kadar kembali kepada keadaan biasa dan
mengembalikan otot kepada keadaan otot.

Apabila kita melakukan aktiviti, darah banyak disalurkan ke bahagian anggota yang melakukan
aktiviti aktif. Jika aktiviti dihentikan serta merta, darah akan terperangkap dalam otot yang sedang
bekerja dan tidak berkeupayaan untuk balik ke jantung menyebabkan seseorang itu berasa pening.
Ia juga boleh menyebabkan kesakitan pada otot disebabkan oleh asid laktik yang terkumpul dalam
otot.

Tujuan utama kita perlu melakukan aktiviti menyejukkan badan:

(1) Menurunkan suhu badan secara beransur-ansur.

(2) Menjajar semula otot-otot.

(3) Mengurangkan kesakitan dan kerengsaan selepas aktiviti.

(4) Menggalakkan pengaliran darah ke jantung.

(5) Membantu mengeluarkan bahan buangan dari badan.

(6) Mententeram atau merelakskan anda.

Anda mungkin juga menyukai