Anda di halaman 1dari 1

MEMANASKAN BADAN / REGANGAN

Latihan memanaskan badan atau aktiviti regangan ialah aktiviti yang


dilakukan sebelum sesuatu jenis sukan dijalankan. Ianya dapat membantu dalam
menyediakan diri untuk melakukan aktiviti seterusnya dengan berkesan. Fisilogi juga
dapat disediakan untuk melakukan aktiviti dengan menggunakan tindakbalas kimia yang
ada dalam tubuh.

FAEDAH-FAEDAH REGANGAN
1. Menambah / mempercepatkan peredaran darah – peredaran darah berlaku
dengan lebih efektif di mana jumlah nutrien akan lebih disalurkan agar sistem
tenaga mencukupi.
2. Membantu otot bekerja dengan lebih optima – otot dapat bersedia untuk
melakukan aktiviti pergerakan tanpa sebarang gangguan fisiologi.
3. Dapat mengelakkan kecederaan semasa melakukan aktiviti sebenar.
4. Otot jantung dapat bekerja dengan lebih baik untuk mengepam darah.
Keupayaan jantung bekerja akan dapat dikawal.
Lain-lain faedah :
i. Sendi-sendi bergerak dengan licin tanpa rintangan.
ii. Mengurangkan /mengelakkan penyakit ‘Muscular Skeletal’.
iii. Membenarkan pergerakan yang maksima.
iv. Mempercepatkan pembuangan kumuh – supaya tidak terasa
sakit/tegang.
v. Relekskan otot yang tegang hasil daripada aktiviti yang dilakukan.
vi. Darah tidak terkumpul dibahagian tertentu.
vii. Mengekalkan kelembutan.

MENYEJUKKAN BADAN (COOLING DOWN)


Mengapakah kita perlu menyejukkan badan selepas melakukan latihan ?
Tujuan utama kita perlu melakukan aktiviti menyejukkan badan adalah untuk
mengembalikan beberapa komponen tubuh badan kepada keadaan yang normal
selepas kita mengoptimumkan kecergasan fizikal tubuh badan bagi tujuan mendapatkan
prestasi yang maksimum .
Selepas kita melakukan aktiviti penyejukkan badan (cooling down) di dapati :-
 Fleksibiliti tubuh badan akan meningkat.
 Mengurangkan kekejangan otot dan rasa sakit/sengal.
 Mengurangkan/menurunkan kadar asid laktik.
 Menurunkan kadar nadi kepada kadar nadi rehat.
Bagaimana cara untuk melakukannya ?
Biasanya selepas melakukan sesuatu aktiviti latihan seluruh angota tubuh badan
berada dalam keadaan tegang/stress kerana kita menggunakan secara optimun untuk
mendapatkan prestasi yang tinggi. Bagi tujuan memulihkan kembali kepada keadan
yang normal, hendaklah dilakuan aktiviti regangan seperti mana kita melakukan aktiviti
memanaskan badan . Pada peringkat ini aktiviti regangan adalah bertujuan
mendapatkan
fleksibiliti yang lebih baik.
 Lakukan aktiviti regangan dalam keadaan biasa atau releks.
 Aktiviti dilakukan dengan kiraan yang lebih 12-15 saat/kiraan

Anda mungkin juga menyukai