Anda di halaman 1dari 24

TITAS 2011

Penghargaan

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dapat menyiapkan tugasan yang telah
diamanahkan kepada saya dalam tempoh masa yang ditetapkan.Saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah Titas saya iaitu Encik Abu Hisham
kerana memberi kepercayaan serta tunjuk ajar serta bimbingan kepada saya dalam
menjayakan tugasan ini.
Terima kasih sekali lagi yang tidak terhingga kepada pensyarah saya kerana
beliau telah banyak membantu saya dengan memberi nasihat serta dorongan untuk
menyiapkan tugasan ini.Dengan tugasan ini, saya banyak menimba ilmu pengetahuan
tentang globalisasiandan isu isu yang berkaitan dengan globalisasian.Dengan ilmu
yang ada, saya akan bekalkan apabila ke sekolah untuk mengajar kelak dan
menyumbang bakti di sekolah. Malah,ribuan terima kasih kepada rakan-rakan
seperjuangan kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan sokongan dalam
menyiapkan tugasan ini.Terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara langsung
atau tidak dalam menjayakan tugasan ini.
Akhir kata, saya berharap agar ilmu yang saya peroleh ini dapat
mempertingkatkan pengetahuan saya dan dapat membezakan mana yang baik dan
buruk dalam isu globalisasi.Sekian Terima Kasih.

1
TITAS 2011
1.0 Menjelaskan konsep globalisasi yang komprehensif.

Istilah globalisasi, pertama kali digunakan oleh Theodore Levitt tahun 1985
yang menunjuk pada politik-ekonomi, khususnya politik perdagangan bebas dan
transaksi kewangan. Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia
dibawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi
sesebuah negara. Ia adalah satu proses yang sejagat dan diterima oleh seluruh dunia.
Globalisasi telah berlaku dalam kalangan manusia sejak tahun 1000 dan 1500M lagi.
Pada ketika itu, ia dijalankan oleh pedagang China dan India yang telah menyelusuri
semua negeri melalui jalan darat dan laut. Kata globalisasi berasal daripada perkataan
‘globe’ yang bererti bola dunia. Jadi, dengan globalisasi, ia merujuk kepada satu
keadaan di mana dunia ini seolah-olah berfungsi sebagai satu entiti.(UM, 2006).
Menurut Kamus Dewan globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan
dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan perkembangan teknologi
maklumat yang amat pesat sehingga tidak terbatas. Kamus Dewan 1995 menyatakan
globalisasi berasal dari perkataan global yang membawa maksud menyeluruh dan
sejagat. Menurut Profesor Oscar Ugarteche, globalisasi adalah pertumbuhan dalam
kegiatan ekonomi yang merentasi sempadan kebangsaan (nasional) dan kerantauan.
Globalisasi dizahirkan dalam meningkatkan pergerakkan barangan dan perkhidmatan
menerusi perdagangan dan perlabuhan serta pergerakkan manusia merentasi
sempadan. Martin Albrons pula menyifatkan globalisasi adalah satu proses yang
dengannya manusia di seluruh dunia dihimpunkan masuk menjadi satu masyarakat
dunia yang dipanggil masyarakat global. Pengertian lain dari globalisasi seperti yang
dikatakan oleh Barker (2004) adalah bahawa globalisasi merupakan penyambungan
global ekonomi, sosial, budaya dan politik yang semakin mengarah ke berbagai arah di
seluruh penjuru dunia dan merasuk ke dalam kesedaran kita. Manakala orang barat
mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti
merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh
meliputi seluruh manusia dunia ini. Ini lebih cenderung kepada semua adalah hak milik
bersama dan menekankan dunia tanpa sempadan dan batasan.Bagi pandangan Islam,
daripada Dr.Taha Jabir al-Alwani, globalisasi adalah usaha pihak yang mempunyai

2
TITAS 2011
kuasa dan pengaruh (global power) untuk mewujudkan centralization iaitu memaksa
agenda ekonomi, politik dan social mereka kepada yang lemah. Superpower tersebut
akan memimpin dan memandu negara-negara lain dalam acuan yang mereka sediakan
untuk meletakkan diri mereka sebagai pusat dan yang lain sebagai pinggiran.Al-Qardari
pula berpendapat globalisasi menjadikan sesuatu berada di peringkat antarabangsa.
Sesetengah pengkaji mengatakan istilah globalisasi pertama kali digunakan oleh
Roland Robertson dalam tahun 1980-an; ia digunakan untuk merujuk kepada proses
yang membolehkan pelbagai Negara dan masyarakat di dunia berada dalam keadaana
saling merangkumi dan mempengaruhi dalam pelbagai bidang, termasuk budaya.
Globalisasi membatalkan segala sempadan negara, beridentiti kebangsaan dalam
lapangan ekonomi dan membiarkan segala urusan dapat bergerak bebas
menyeberangi alam.Hal ini juga disokong kuat lagi dengan kata-kata Mahathir (bekas
perdana menteri Malaysia) sendiri, globalisasi adalah konsep yang dihasilkan dan
digunakan oleh negara-negara berkuasa untuk membukakan ekonomi negara-negara
lemah kepada pasaran dunia:

“‘Globalisasi’ adalah perkataan yang seolah-olah menghuraikan kedatangan


bersama kesemua negara-negara di dunia… Ia direka oleh negara-negara kaya,
seolah-olah dalam balasan kepada kemajuan-kemajuan teknologi dan kelajuan
serta kemudahan pengangkutan. Tetapi tekanannya adalah pada aliran bebas
kapital serta perdagangan barangan dan perkhidmatan. Manusia dan benda-
benda lain tidak dapat mengalir dengan sebegitu bebas.”
Koleksi-koleksi ucapan Mahathir,2002

Dalam era globalisasi ini, dunia semakin dikecilkan ruangnya daripada yang asal.
Jika dulu dunia ini seluas lautan mata memandang dan dipenuhi dengan sempadan-
sempadan yang tertentu mengikut norma-norma kehidupan tradisional, namun kini ia
tidak berlaku lagi.Teknologi maklumat yang pesat merupakan medium utama agenda
globalisasi ini. Jika diibaratkan dari dulu, teknologi sememangnya mundur, jadi usaha
globalisasi tidak berlaku dengan pesatnya. Selain itu, globalisasi ialah suatu himpunan

3
TITAS 2011
proses pengaliran global berbagai-bagai jenis objek yang melibatkan pelbagai bidang
aktiviti manusia. Objek yang diglobalisasikan boleh jadi fizikal atau bukan fizikal. Boleh
jadi ia dalam bentuk maklumat, idea, nilai, institusi, atau sistem.
Himpunan proses pengaliran global ini dan bidang aktiviti manusia yang terlibat
kian kait mengait, saling bergantung dan kompleks sifatnya..
Dunia bukan sahaja tidak bersempadan geografi tetapi pengaruh globalisasi
menjangkau sempadan ekonomi, teknologi, bahasa, budaya, ideologi, politik dan dari
segenap aspek kehidupan sesebuah masyarakat sehingga membentuk identiti
masyarakat.Jadi, maksud dan konsep globalisasi adalah berbeza bagi setiap negara
dan ideology negara tersebut.

4
TITAS 2011
2.0 Menghuraikan lima pengaruh positif globalisasi terhadap peradaban dunia.

2.1 Bidang Ekonomi


Globalisasi dalam ekonomi bermaksud saling kebergantungan antara negara di
seluruh dunia dalam proses pengeluaran sesuatu aktiviti ekonomi dari segi bahan,
buruh, modal, pasaran dan teknologi. Kebergantungan negara membangun kepada
negara maju dan berbanding sebaliknya untuk melengkapkan dan kukuhkan ekonomi
masing-masing dengan perusahaan multinasional. Dengan adanya globalisasi dari segi
ekonomi, negara-negara yang maju akan melebarkan sayap perniagaannya di semua
apsaran yang sesuai terutama di pasaran negara membangun. Ini membuka peluang
untuk negara-negara membangun membuka kilang dan secara tidak langsung ia dapat
memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dan ini dapat meningkatkan
taraf hidup masyarakat tersebut. Menurut Chandra Muzaffar, dengan wujudnya
globalisasi ekonomi di serata dunia, peratusan pengangguran akan berkurang dan ini
adalah cara untuk mengurangkan kadar kemiskinan di seluruh dunia. Contohnya seperti
kilang-kilang elektronik daripada negara Jepun yang membuka kilang di Malaysia.
Selain itu, dengan kebergantungan ekonomi antara satu sama lain, negara-negara
dapat berkongsi bahan mentah dan memperoleh keuntungan bagi mengimangi
ekonomi dunia. Contohnya seperti negara Amerika Syarikat, Jepun, dan Jerman yang
memperolehi bahan api dan petroleum daripada negara-negara membangun di Asia
Barat. Dengan adanya import eksport antara negara-negara, ia dapat memenuhi
kehendak dan keperluan rakyat yang tiada batasan. Aliran keluar masuk wang ke
dalam negara juga dapat mengukuhkan ekonomi di mana ekonomi negara adalah aset
terpenting bagi menjalankan urusniaga negara. Dengan pelaburan yang besar daripada
negara-negara maju, secara dasarnya dapat membantu kadar pertumbuhan ekonomi
dan mengembangkan sektor-sektor ekonomi di negara-negara membangun.

5
TITAS 2011
2.2 Bidang Teknologi
Dengan peningkatan teknologi yang diakibatkan oleh proses globalisasi, kita
dapat lihat dunia seolah-olah kecil dan tidak mempunyai sempadan. Teknologi telah
mengubah wajah ekonomi konvensional yang lambat dan mengendalikan interaksi
sumber daya fizik secara lokal menjadi ekonomi digital yang serba cepat dan
mengandalkan interaksi sumber daya informasi secara global.Teknologi boleh
dibahagikan kepada beberapa seperti teknologi pengangkutan, teknologi
pembangunan, teknologi maklumat dan sebagainya. Bagi teknologi pengangkutan,
revolusi telah menggerakkan dunia kepada pelbagai penciptaan-penciptaan yang hebat
untuk berkhidmat kepada manusia. Kini, ia dapat membolehkan kita bergerak dari satu
ke satu tempat yang lain dengan cepat. Contohnya seperti kapal terbang, kereta, kereta
api, motorsikal dan kapal. Ini dapat memudahkan manusia dan mempercepatkan masa
dengan kadar yang cepat dan tidak memudaratkan kesihatan. Selepas wujudnya
globalisasi, keadaan dunia tanpa sempadan kini membolehkan maklumat bergerak
bebas tanpa halangan. Teknologi adalah salah satu perkara yang dapat
diglobalisasikan (CSGR,n.d). Kita dapat membuat panggilan (suara, gambar dan video)
pada bila-bila masa dan tempat. Kita sudah tidak mengutamakan surat menyurat selain
urusan rasmi kerana ia melambatkan masa bagi pengaliran maklumat.Penggunaan
internet juga boleh dilakukan dengan sambungan wayar dan tanpa wayar (Wifi). Ini
jelas menunjukkan jarak dan masa bukan lagi halangan untuk mendapatkan maklumat
dan berhubung antara satu sama lain. Kesan globalisasi juga, kita dapat lihat setiap
kawasan di dunia ini tidak kira pendalaman mahupun tidak, pasti ada rangkaian 3G
yang membuka laluan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih pantas dan efisyen
dan ini memudahkan manusia. Jaringan komunikasi dan informasi tidak terhad kepada
semua golongan, dan ini memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran bagi guru
dan pelajar. Pelajar dapat mengakses internet untuk memperoleh maklumat dan idea
untuk memudahkan mereka melaksanakan tugasan yang diberikan. Kita dapat lihat di
semua institusi pendidikan di Malaysia kini telah dilengkapi dengan semua
pengaksesan internet secara mudah dan ini membuktikan kepentingannya teknologi
maklumat bagi melahirkan pelajar yang berilmu seiring dengan Falsafah Pendidikan
Malaysia.Melalui pengakses mengakses internet dengan laman-laman global seperti

6
TITAS 2011
Yahoo, Hotmail, Google, HTML (Hypertext Markup Language), Friendster, pelajar dapat
berkenalan dengan orang luar negara dan ini menjadikan semua orang boleh
berhubung hanya dengan teknologi di hujung jari tanpa batasan.
Konsep perdagangan elektronik melalui internet, yang dikenal dengan nama e-
Commerce dan e-Bussiness yang lahir telah banyak membantu manusia menjalankan
aktiviti perniagaan dan urusniaga seharian. Seseorang itu hanya perlu menekan papan
kekunci untuk melaksanakan transaksi pembayaran bil, pinjaman, membeli belah dan
sebagainya tanpa perlu ke bank. Ini jelas telah menjimatkan masa dan kos seperti
mana 20 tahun lalu yang semua urusniaga perlulah secara verbal dan sangat lambat
untuk melakukan sesuatu transaksi. Seorang suri rumah boleh melakukan perniagaan
secara online di rumah tanpa perlu meninggalkan anaknya di samping memperolehi
pendapatan. Perkembangan teknologi juga telah memunculkan komunikasi baru dalam
bentuk Computer Mediated Communication (CMC). iaitu komunikasi dengan
mediasi komputer melalui jaringa n on line internet yang memungkinkan adanya
komunitas virtual yang berkomunikasi secara intensif di dunia maya, antara orang
banyak dengan orang banyak yang pesertanya berasal dari berbagai belahan
dunia tanpa batas (McQuail, 2002 hal: 113).Ini seperti e-conference yang selalu
dilakukan oleh pemimpin-pemimpin negara untuk bermesyuarat. Menurut catat an
Nua.com,pertumbuhan pengguna internet ( growth of internet users) sampai tahun
2001, jumlahnya sudah mencapai 500 juta orang (Lister et all, 2003:204). Teknologi
dalam bidang kesihatan juga telah mengakibatkan orang ramai lebih selamat dan
terjamin. Penggunaan ubat-ubatan moden yang telah menggantikan ubatan tradisional
serta teknologi mesin-mesin di hospital telah menyebabkan pelbagai penyakit dapat
dirawati dengan lebih cepat dan mudah. Teknologi dalam mendapatkan air bersih juga
adlaah kejayaan globalisasi yang banyak memberi impak kepada kehidupan manusia
kini yang pelbagai penyakit dapat dihindari seperti taun, malaria dan sebagainya. Ini
dapat dibuktikan dengan lebih daripada 85% penduduk dunia dapat hidup sehingga
mencapai umur 60 tahun dan lebih iaitu 2 kali ganda daripada 20 tahun yang lalu.

7
TITAS 2011
2.3 Bidang Budaya
Globalisasi sebenarnya di mana ia adalah suatu proses penyeragaman dan
penyamarataan "semua untuk satu dan satu untuk semua". Jadi, pelbagai budaya
berjaya keluar masuk ke dalam sesuatu masyarakat walaupun melanggari norma-
norma tertentu sesuatu masyarakat tersebut malah diterima. Pelbagai budaya dapat
dipelajari dan berkongsi oleh semua orang seperti daripada budaya barat dan
timur.Budaya barat yang mengamalkan kekemasan berpakaian dan kesopanan santun
di meja makan telah menjadi ikutan pelbagai etnik dan kaum. Pengglobalisasian
budaya dalam gaya hidup berjiran dalam budaya timur juga banyak mempengaruhi
orang barat yang mementingkan jiran dan komuniti dalam apa-apa jua urusan
masyarakat. Budaya tolong menolong juga diterima pakai oleh semua seperti apabila
berlakunya peperangan di sesuatu negara, contohnya di Palestin, semua negara di
dunia telah menyediakan tabung bencana dan cuba untuk menyalurkan bantuan dari
pelbagai segi termasuklah ubat-ubatan, bahan binaan, pendidikan dan kewangan bagi
membaik pulih negara berkenaan. Ini jelas budaya tolong menolong telah banyak
membantu bagi negara-negara yang memerlukan.

2.4 Bidang Sosial dan Kebudayaan


Pengglobalisasian juga berlaku dalam aspek sosial dan kebudayaan. Di serata
dunia, mempunyai berjuta-juta budaya yang menggambarkan identiti sesebuah
masyarakat dan ideologi negara.Globalisasi dalam sosial makanan telah membuatkan
kita mengenali makanan yang berasal dari luar negara seperti McDonald, Pizza Hut dan
Kentucky Fried Chicken yang mempunyai hampir 7500 restoren di seluruh negara.
Selain itu, kita juga dapat mengenal pakaian-pakaian daripada barat dan juga timur.
Dengan pemakaian yang lebih ringkas dan mudah seperti jeans dan t-shirt yang
daripada barat, dapat mengselesakan kita untuk menjalankan aktiviti seharian.
Pemakaian budaya India, Cina juga Melayu diterima oleh semua golongan di dunia.
Seperti sari, cheongsam dan baju kurung yang bukan hanya dipakai oleh kaum tertentu
sahaja, namun oleh orang ramai. Dengan globalisasian sosial dan kebudayaan, kita
dapat memperlihatkan seni muzik yang pelbagai di pentas global seiring dengan
memperkenalkan budaya masing-masing. Muzik-muzik dan filem-filem dari barat telah

8
TITAS 2011
mempelbagaikan dan mengvariasikan industri muzik yang dapat memenuhi kehendak
dan kesukaan masyarakat yang sememangnya tidak mahu ketinggalan zaman.
Contohnya muzik Makyong yang hebat diperkenalkan di Jerman telah mendapat
sokongan dan sambutan yang hebat apabila ditayangkan. Mereka dapat melihat
pelbagai seni budaya daripada Timur. Ini jelas menunjukkan pengglobalisasian sosial
dan budaya banyak mempengaruhi masyarakat sekarang. Media massa dan media
cetak yang memainkan peranan dalam penyebaran seni-seni budaya untuk
diperkenalkan. Contohnya seperti pertandingan muzik Battle Of the Band Global yang
mempersembahkan seni muzik daripada semua negara berentap di atas satu pentas.
Jadi, dengan pertandingan-pertandingan ini, dapat memperkenalkan pelbagai
kebudayaan kepada penonton. Seni tulis dan tarian juga tidak terkecuali. Tarian kini
yang terkenal seperti kontemperori, jazz, dan sebagainya telah boleh ditarikan oleh
semua masyarakat tanpa berbilang agama dan kaum.

2.5 Bidang Bahasa


Bahasa merupakan satu sistem simbol bunyi yg arbitari dan melalui bahasalah
manusia dapat komunikasi antara satu sama lain untuk berkomunikasi, menyampaikan
idea dan perasaan serta menyampaikan maklumat. Sejak perubahan zaman dan abad,
bahasa makin berubah mengikut peradaban manusia. Jika dilihat, bahasa yang
digunakan oleh orang-orang di abad-abad terdahulu, jika difokuskan di Malaysia, hanya
menggunakan bahasa ibunda sendiri tanpa mempedulikan bahasa lain. Namun,
semakin tahun, apabila bahasa Inggeris semakin penting dan akhirnya, rata-rata
masyarakat di Malaysia kini telah pandai bertutur dan memahami bahasa Inggeris.
Keputusannya, kini rakyat Malaysia mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
dengan orang-orang di luar negara bagi membincangkan isu-isu global yang berkaitan
dengan keamanan dunia. Tambahan, globalisasian bahasa Inggeris ini telah berlaku
kepada semua negara di mana-mana dan memonopoli keutamaan bahasa sekarang.
Dengan pengglobalisasian bahasa, semua orang dapat bertutur antara satu sama lain
dan proses komunikasi akan berjaya dan penyampaian maklumat tercapai antara satu
sama lain. Contohnya seperti, seorang pelajar perubatan Malaysia yang ingin memohon
kemasukan ke University Harvard dapat menulis permohonannya dalam Bahasa

9
TITAS 2011
Inggeris akibat daripada globalisasian bahasa dan akhirnya beliau berjaya.Ini jelas iaitu
globalisasi dalam bahasa amat penting dalam kehidupan memandangkan ia adalah
medium yang paling utama dalam apa jua urusan.

3.0 Menghuraikan lima kesan anjakan negatif yang diwujudkan oleh globalisasi
dari aspek budaya di Malaysia.
Dalam keghairahan masyarakat kini untuk diglobalkan, kita semua secara tidak
sedar kita semakin terputus dari budaya dan akar umbi sejarah kita sendiri.Tambahan
pula, budaya nenek moyang kita yang kita pegang sepanjang hidup ini, semakin lama
semakin terhakis. Antara-antara kesan yang tempias dalam pelbagai budaya ialah:

3.1 Budaya Pemakanan


Dewasa kini, kita dapat lihat pelbagai restoren makanan daripada pelbagai
negara berada di seluruh dunia. Contohnya seperti makanan Jepun yang restorennya
dan francaisnya sudah berada di serata dunia. Makanan Amerika pula semakin popular
di Malaysia.Contohnya, Mc Donald mempunyai 10,500 buah restoran di 50 buah
negara di dunia manakala Kentucky Fried Chicken mempunyai lebih daripada 7,750
restoran di 58 buah negara. Fenomena yang berlaku ini merupakan salah satu daripada
globalisasi yang melanda bidang pemakanan. Malaysia juga tidak terkecuali sebagai
salah sebuah negara penyumbang kepada kemajuan francais makanan tersebut.
Dengan kewujudan restoran serta francais makanan tersebut, rakyat Malaysia
mendapat pelbagai pilihan untuk mendapatkan makanan. Namun begitu, impak negatif
yang pengguna hadapi tidak disedari kerana makanan-makanan segera ini sebenarnya
memberikan kesan yang buruk terhadap kesihatan.Ini dapat dibuktikan dengan kajian
daripada Persatuan Pengguna Pulau Pinang pada tahun 2010, dua juta rakyat negara
ini iaitu 8.5 peratus daripada 26 juta penduduk, didapati menghidap penyakit diabetes ,
yang kebanyakannya berpunca daripada makanan.Menurut petikan akhbar English
News, Malaysia juga berada di tangga ke 6 Asia pada tahun lepas dengan bilangan
orang yang menghadapi obesiti paling ramai dan keseluruhan penghidap obesiti ialah
400million pada tahun 2005 dan dijangka meningkat sebanyak 700million pada tahun
2015. Ini jelas menunjukkan globalisasi makanan terutama daripada makanan segera

10
TITAS 2011
amatlah memudaratkan peradaban manusia. Jika dibiarkan tanpa ada langkah-langkah
mengatasi, pasti ramai lagi yang menjadi mangsa kepada obesiti. Selain itu, dengan
peningkatan jumlah restoran tersebut, pengusaha-pengusaha makanan yang berniaga
samada melalui gerai atau restoran biasa akan mengalami kesukaran untuk
mempertahankan perniagaan mereka. Walaupun ianya dilihat sebagai persaingan sihat,
namun kerajaan juga harus memberi peluang serta ruang kepada golongan ini untuk
memajukan industri makanan tempatan. Jika dilihat, ramai pengusaha-pengusaha
yang tidak dapat bertahan lama dek kerana persaingan sengit yang terpaksa dihadapi
dengan francais makanan dari luar negara tersebut.Akhirnya, pengusaha tempatan
terpaksa mengalah dan semakin lama, makanan-makanan tradisional dilupakan
sehingga makanan barat menjadi makanan ruji pada satu hari nanti.

3.2 Budaya Pertuturan


Orang-orang Melayu kini semakin sibuk dengan arus globalisasi dan pemodenan
yang membawa perubahan pesat dan mendadak tanpa batasan. Kita terkenal dengan
sopan dan santun kita dalam semua aspek terutama dalam pertuturan seperti pantun,
bersyair, gurindam dan bersajak. Namun demikian,dengan penglobalisasian yang
berlaku tanpa henti, bolehkah kita membangkitkan ungkapan ‘Takkan Melayu hilang di
dunia’ yang bermaksud bahawa bangsa Melayu bersama jati dirinya seperti peradaban,
semangat dan kehalusan bahasa Melayu tidak akan hilang semula?Kini, apa yang kita
dapat lihat, pencemaran bahasa Melayu kian melanda kerana adanya bahasa-bahasa
rojak dan bahasa-bahasa SMS yang menggabungkan bahasa Inggeris dan Bahasa
Melayu. Contohnya seperti, “Perkara ini tidak betul, so, u kena betulkan”. Kebanyakkan
remaja lebih suka menggunakan bahasa-bahasa ini daripada mengagungkan bahasa
baku sendiri. Jika dulu, di mana-mana akan menggunakan bahasa baku dan dialek
negeri masing-masing, namun sekarang akibat dengan penggunaan Bahasa Inggeris.
Masyarakat Melayu telah meselangselikan bahasa asing seperti bahasa Inggeris untuk
melestarikan budaya asing yang negatif dalam budaya Melayu sendiri. Struktur kata-
kata Melayu disusun semasa perbualan tidak teratur dan ada kegunaan bahasa
Inggeris yang kasar seperti ‘goddamit’(Nafisah,2003) dan sebagainya menjadi bahasa
yang digunakan setiap hari sehinggakan anak-anak kecil kini sudah tidak lagi

11
TITAS 2011
mengenali keindahan Bahasa Melayu. Tidak hairanlah, pada satu ketika, akan adanya
anak melayu jati tidak akan pandai berbahasa ibundanya sendiri.

3.3 Budaya Pemakaian


Daripada sudut budaya pemakaian, ramai rakyat Malaysia terutamanya
golongan remaja lebih suka mengikut arus pemodenan dalam cara berpakaian. Arus
pemodenan dalam berfesyen tersebut didominasi oleh barat yang telah berjaya
mempengaruhi manusia hampir di seluruh dunia dengan ideologi-ideologi cara mereka
berhias dan berfesyen. Contohnya seperti pengaruh Versace, Prada, Christian Dior,
dan banyak lagi, walaupun mahal dan tidak sopan, mereka sanggup membelinya
kerana tidak mahu dipanggil ketinggalan zaman. Cuba kita bandingkan pakaian
masyarakat Melayu pada 20 tahun lalu dengan sekarang? Ramai remaja sekarang ini
berpakaian mencolok mata tanpa mengira adat serta budaya sebagai orang timur.
Lebih parah lagi, golongan ini langsung tidak menghiraukan suruhan agama agar setiap
Muslim menutup aurat. Budaya pemakaian ini selalunya dicetuskan oleh artis-artis barat
yang menjadi kegilaan remaja tempatan dan pastinya, mereka akan meniru dan
mengikut gaya mereka tanpa mengendahkan sopan-santunnya.Kita juga sudah tidak
boleh bezakan yang mana Islam ataupun tidak.Dalam filem-filem tempatan juga,
pengarah Melayu sudah tidak peduli dengan kesopanan pelakon-pelakonnya sehingga
berpakaian tidak cukup kain juga dibenarkan tayang di pawagam. Dengan budaya
pakaian yang tidak mengikut adat timur ini, itulah punca tercetusnya pelbagai masalah
sosial dan kes jenayah seperti rogol, dan culik kerana tidak ketahanan nafsu melihat
aurat-aurat yang terdedah itu terutama aurat wanita. Itulah kesan fenomena globalisasi
yang kini sedang mencabar seluruh jati diri golongan muda. Dari globalisasi kepada
dominasi, golongan muda semakin terdedah kepada kehidupan dan nilai keperibadian
yang terputus dan terpisah jauh dari budaya hidup timur.

12
TITAS 2011
3.4 Budaya Muzik
Kita dapat lihat pelbagai jenis dan genre muzik yang berada dalam industri muzik
di dunia kini seperti jazz, RnB, metal, dan sebagainya. Industri bermaksud sebagai
suatu usaha atau kegiatan pengolahan bahan mentah menjadi barang setengah jadi,
barang jadi yang memiliki nilai tambah untuk mendapatkan keuntungan (Ishak Mad
Shah, 2004). Muzik ialah bunyi yang diterima oleh individu dan berbeza bergantung
kepada sejarah, lokasi, budaya, dan citarasa seseorang. Jadi, setiap tempat di dunia ini
mempunyai budaya muziknya tersendiri. Apabila globalisasian dalam muzik berlaku,
muzik tempatan Malaysia akan diketepikan kerana muzik yang diglobalisasikan lebih
menepati kesukaan masyarakat masa kini walaupun lirik dan iramanya tidak membawa
kebaikan. Contohnya muzik RnB yang kebanyakkannya mempunyai lirik yang
menghina tuhan, menonjolkan keganasan serta yang lucah, tanpa disedari diterima
ramai dan akhirnya meruntuhkan akhlak dan moral remaja kini yang lebih
mengagungkan lirik-lirik yang tidak bermoral. Ini kerana corong-corong radio yang
banyak memainkan lagu dari Barat daripada tempatan sendiri dan ini mempengaruhi
kegemaran pendengar. Selain itu, hal ini juga menyebabkan penurunan kutipan jualan
vcd dan royalti pemuzik tempatan dek kerana lagu-lagu luar yang masuk menjadi
majoriti dalam industri muzik. Penyanyi tempatan tidak akan mendapat keuntungan
yang sepatutnya dan tidak akan mendapat tempat di hati pendengar tempatan. Secara
tidak langsung, hal ini menjejaskan ekonomi industri muzik. Dalam jangka panjang
pertumbuhan yang seperti ini akan melambatkan pertumbuhan ekonomi industri muzik
Malaysia (Ramlah Zainal, 2008).

13
TITAS 2011
3.5 Budaya Gaya Hidup
Cabaran globalisasi yang perlu diperbahaskan seterusnya pula ialah
pengglobalisasian dalam budaya cara hidup masyarakat di Malaysia. Pada masa dulu,
orang sanggup bermatian-matian untuk mempertahankan budaya hidup masyarakat
melayu tradisional, namun kini, masyarakat generasi millinieum ini mudah berserah
kepada gaya hidup barat. Menurut Osman Bakar (1997), menerusi kolonialisme Barat
berjaya membentuk persepsi “cultural superiority” di kalangan masyarakat dunia dan
tidak terlepas masyarakat Malaysia.Gaya hidup “trial marriage” yang banyak digunakan
oleh masyarakat kini yang tanpa mengendahkan agama bagi kepentingan diri.Pada
dasarnya, budaya ini adalah daripada Barat yang pasangan kekasih yang belum
berkahwin duduk serumah di mana untuk proses “mengenali” pasangan mereka.
Mereka menggunakan konsep “trial and error” dalam kehidupan bersama mereka. Jika
mereka mendapati pasangan mereka tidak sesuai dalam waktu mereka tinggal
bersama, jadi mereka akan berpisah kerana tidak sehaluan.Selain itu, gaya hidup
mewah dan bersuka-ria sehingga ke lewat malam juga telah menjadi pegangan remaja
di Malaysia sekarang terutamanya Melayu. Ramai orang yang banyak terfokus kepada
globalisasi ekonomi sahaja menyebabkan sebahagian kita terlepas pandang dimensi
budayanya. Kebanyakkan barangan di pasaran kita bukan cuma barangan Amerika
yang banyak, tetapi turut tersebar adalah budaya konsumerisme yang menciptakan
gaya hidup bermewah-mewah, rakus dan boros. (Fazril,2010) Umat  kita  sedang 
ditransformasikan  dari  insan pengabdi Tuhan menjadi penyembah material duniawi
dan makhluk konsumeris yang lahap akibat globalisasi. Masyarakat sudah lupa hidup
dalam keserhanaan dan berbudi pekerti di samping menjunjung agama sebagai
pegangan.Natijahnya, aliran materialisme sudah menguasai kehidupan masyarakat
Timur sama ada dari sudut teori mahupun praktikal. Masyarakat tidak lagi boleh
dianggap sebagai agen sosialisasi kerana hubungan antara seseorang anggota
masyarakat dengan masyarakatnya semakin renggang.(Azhar Mad Aros,2000). Ini jelas
menunjukkan nilai murni kehidupan bermasyarakat telah pupus dan pudar daripada
budaya masyarakat Melayu khususnya masyarakat bandar terutama nilai jiran
tertangga.

14
TITAS 2011
4.0 Mengemukakan lima cadangan bagi menangani anjakan globalisasi yang
negatif mengikut perspektif Islam.

Globalisasi telah banyak melemaskan masyarakat manusia sekarang terutamanya


Muslim. Kebanyakkan mereka telah lari daripada landas agama dan mengejar duniawi
yang bertunjangkan globalisasi. Umat Muslim seharusnya memahami visi dan citra
Islami sebagai tujuan utama pendidikan atas sebab prinsip-prinsip asas kehidupan
terbit daripada al-Qur`an.Berikut adalah beberapa langkah atau cadangan untuk
menangani virus globalisasi yang negatif mengikut perspektif Islam.

4.1 Peranan Keluarga


Agama Islam sebagai ad-Deen atau way of life amat menekankan kepada
pendidikan akhlak.Tujuan utama perutusan Nabi Muhammad s.a.w. oleh Allah s.w.t
kepada manusia jugamemperlihatkan kepentingan nilai akhlak atau moral dalam Islam,
sebagaimana sabda baginda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sesungguhnya aku
diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia” (Imam Malik, hal. 132). Jadi, ini
jelas pembentukkan akhlak seseorang individu itu seharusnya dimulakan dari rumah
dan agen utamanya ialah ibu bapanya sendiri. Apabila ibu bapa atau pihak keluarga
sempurna dan berjaya dalam memupuk dan menanam akhlak yang baik, didikan
agama yang tinggi di dada, serta anasir-anasir moral yang tulus dan baik diserapkan
kepada anak-anak mereka, nescaya gangguan negatif globalisasi tidak akan berjaya
mempengaruhi remaja berkenaan. Al-Quran adalah naskhah utama dalam
pembentukan akhlak yang mulia, jadi dengan panduannya, setiap orang tidak akan
terpesong daripada akidahnya.Ibu bapa juga tidak boleh melupakan peranannya
sebagai role model kepada anak-anak mereka sepertimana anak-anak mengidolakan
ibubapa mereka.Ibu bapa seharusnya lebih meluangkan masa bersama anak-anak
mereka supaya mereka tidak terlibat dengan budaya-budaya luar yang tidak bermoral
seperti gangsterism, masalah perjudian, pergaulan bebas dan sebagainya. Masyarakat
Barat tidak menitikberatkan pendidikan akhlak dan moral di mana sesetengah mereka
menolak pegangan agama iaitu (ateist). Jadi, menerusi pendidikan akhlak dan didikan

15
TITAS 2011
agama yang tinggi daripada keluarga, pastinya impak negatif globalisasi tidak akan
berjaya menusuk ke dalam jiwa remaja kini.

4.2 Membangunkan Budaya Nasional Setiap Negara


Setiap negara mempunyai budaya yang tersendiri yang mempamerkan identiti
dan ideologi negara berkenaan. Antara cara yang boleh dilakukan bagi negara-negara
Islam ialah merangkum projek membasmi buta huruf, meningkatkan kualiti pendidikan,
menggalakkan perbincangan yang kritis untuk menjana kesepakatan umum dalam hal-
hal berkenaan di samping mengaktifkan institusi masyarakat madani untuk melindungi
jati diri dan asas budaya nasional.Dengan jati diri dan konsep asas budaya yang kuat,
setiap seorang warga masyarakat akan teguh untuk memelihara budayanya walaupun
budaya luar cuba untuk mempengaruhinya. Contohnya seperti apabila seseorang
remaja itu telah dilatih dan dibekalkan jati diri yang kuat untuk menghargai budaya
melayunya, jadi, walaupun kemana jua beliau pergi, beliau akan tetap menyanjung
Melayu bak kata pepatah, “Hujan emas di tempat orang, hujan batu di negara sendiri”.
Bagi negara umat Islam yang mempunyai warga negara yang muslim dan bukan Islam
maka batas dan kaedah hubungan antara agama yang sihat perlu dirintis untuk
menjana kesepakatan.Islam sendiri menekankan konsep perpaduan tidak kira
perbezaan agama mahupun darjat. Di sini, pemimpin negara perlu memainkan peranan
yang penting dan menjadikan kepimpinan Rasulullah s.a.w sebagai teladan. Begitu juga
tentang perlaksanaan undang-undang dan dasar Islam yang bijaksana serta dapat
mengelakkan konflik yang kadang-kadang sengaja dicetus oleh pihak asing untuk
memecahbelahkan perpaduan dalaman. Dalam masa yang sama diperingkat hubungan
antara negara-negara umat Islam perlu diadakan siri dialog agama, budaya dan
peradaban untuk menyelesaikan isu-isu yang menjadi tajuk pertikaian.

16
TITAS 2011
4.3 Peranan Ulama-Ulama
Dalam mengendalikan sesebuah negara, peranan ulama juga amat penting bagi
mengatasi anasir negatif globalisasi. Ulama-ulama harus mendalami ilmu globalisasi
dan wajar merumuskan dasar-dasar ekonomi yang lebih adil berlandaskan Islam, dan
melindungi masyarakat daripada nilai-nilai buruk dan kebejatan moral yang
rendah.Mereka boleh meyakinkan pemimpin dasar ekonomi yang kapitalis,
mementingkan kebendaan dan lintah darat yang berselindung di sebalik ekonomi
kebergantungan di mana yang membawa keuntungan sebelah pihak sahaja. Dalam
masa yang sama mereka mungkin boleh mendorong kepada kewujudan badan
koperasi institusi kewangan, syarikat dan perusahaan yang berlandaskan ekonomi
Islam atau dasar ekonomi yang lebih berperikemanusiaan dari yang ada
sekarang.Contohnya seperti perbankan yang berlandaskan Fiqh al-Muamalat. Jadi,
keberkatan ekonomi yang berlandaskan syariat Islam akan mengekalkan keamanan
negara tersebut.Firman Allah yang membawa maksud,

“Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa
Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan
riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.”
Surah Al-Baqarah (2): 279

Ulama juga boleh menggariskan dasar-dasar kerajaan dengan mengawal sistem


media negara agar tidak menayangkan filem-filem atau muzik-muzik yang
membolehkan seseorang boleh terpesong akidahnya penonton yang menonton.
Contohnya seperti lagu-lagu yang menghina tuhan, lagu-lagu yang bersifat illuminati.
Jadi, dengan adanya sekatan media hiburan ini, anak-anak muda tidak akan
terpengaruh dengan globalisasian dalam muzik dan tidak akan mengikuti adat-adat
BaratMereka boleh juga mewujudkan kempen-kempen cintakan budaya bagi
mempromosikan budaya di kalangan anak-anak muda sekarang.

17
TITAS 2011
4.4 Menjaga pemakanan yang sihat dan halalantayyiban
Amalan pemakanan seseorang akan mempengaruhi kesihatannya. Kehidupan
yang sihat bertitik tolak daripada pemakanan yang baik.Islam sendiri telah
menggariskan makanan yang halal dan haram yang mempunyai seribu kebaikkan
kepada umatnya. Seseorang haruslah menjauhkan makanan yang haram di sisi Islam
seperti makanan yang diharamkan kerana zatnya. Maksudnya asal dari makanan
tersebut memang sudah haram, seperti: bangkai, darah, babi, anjing, khamar,yang
memabukan dan selainnya, yang satu lagi ialah makanan yang suatu sebab yang tidak
berhubungan dengan zatnya. Maksudnya asal makanannya adalah halal, akan tetapi
dia menjadi haram karena adanya sebab yang tidak berkaitan dengan makanan
tersebut. Misalnya seperti makanan dari hasil mencuri, upah perzinaan, perdukunan,
makanan yang diberikan dalam acara-acara yang bid’ah, dan lain sebagainya.
Seandainya kita sebagai hamba Allah tidak menjaga kesihatan yang sewajarnya,
bagaimana mampu untuk kita menjalankan taklif yang telah dipertanggungjawabkan
oleh Allah. Dengan firman Allah dalam surah Al-Baqarah,

“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi
baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan kerana sesungguhnya Syaitan itu
ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.”

Jelaslah di dalam Al-Quran sendiri telah menggariskan supaya umatnya


memakan makanan yang baik dan sesiapa yang makan makanan yang tidak halal,
sesungguhnya dia adalah pengikut syaitan.Badan yang sihat datangnya daripada
pemakanan yang baik dan sihat juga boleh memberikan kekuatan kepada kita

18
TITAS 2011
menjalani ibadah seharian sama ada bekerja mahupun belajar.Makanan yang halal
akan membersihkan jiwa dan dapat menenangkan hati serta fikiran dan tidak mudah
dipengaruhi anasir luar kerana diberkati oleh Allah. Dengan pemakanan mengikut cara
Islam, penyakit akan dapat dihindari seperti memakan makanan buah tamar, susu,
madu,makanan yang tidak dicemari oleh bahan-bahan kimia, dan sebagainya.Seperti
dalam satu hadis Nabi s.a.w bersabda, maksudnya:

“Perut adalah sumber penyakit dan berpantang adalah sebaik-baik ubat.


Biasakanlah setiap tubuh dengan apa yang lazimnya.”
Maka jelaslah, makanan halal yang digariskan dalam Islam amat sesuai dan penting
dalam penjagaan kesihatan yang baik untuk umatnya.

4.5 Peranan Sistem Kejiranan dan Masyarakat


Sistem kejiranan juga adalah salah satu cadangan yang dapat menghindarkan
masyarakat agar tidak terjerumus ke dalam tipu helah globalisasi yang sememangnya
keburukannya membahayakan sistem kemasyarakatan sesebuah bangsa. Pada
umumnya semua jiran yang diiktiraf oleh Islam mempunyai hak-hak bersama yang perlu
dipatuhi bagi menjamin kesejahteraan bermasyarakat. Antaranya ialah menjaga jiran
daripada penganiayaan, melindungi jiran daripada orang yang berniat jahat
terhadapnya dan berbuat baik kepada jiran. Jiran haruslah memupuk amalan-amalan
murni seperti nasihat-mansihati sekiranya jirannya tersasar daripada landasan Islam
yang sebenar, melaporkan kepada pihak penguasa Jabatan Agama Islam sekiranya
berlaku kegiatan-kegiatan yang tidak bermoral di kawasan kejiranan mereka untuk
kawasan mereka diberkati oleh Allah dan sentiasa mendapat berkat. Contohnya, jika
terjadi kegiatan black metal iaitu amalan menyembah tuhan lain di samping melayan
lagu-lagu ‘heavy metal’ yang menghina tuhan, seharusnya masyarakat dan kawasan
jiran tetangga mengambil tindakan dan memulihkan individu-individu ini kembali ke
jalan Allah. Sesungguhnya Allah telah menyuruh kita saling ingat-mengingati antara
satu sama lain.

19
TITAS 2011
5.0 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, walaupun globalisasi di fahami sebagai satu proses
global, namun segala pendekatan globalisasi perlu dipantaui kerana impak negatifnya
lebih mempengaruhi masyarakat daripada positif. Demi menjamin proses pembinaan
peradaban di negara ini di atas landasan kerohanian dan moral yang dituntut oleh Islam
dan agama-agama lain tanpa terpesong berterusan tanpa banyak terjejas, kita
hendaklah untuk menilai buruk baik fenomena globalisasi ini dengan lebih teliti lagi. Kita
sebagai khalifah muka bumi ini hendaklah menjalankan tanggungjawab kita untuk
menjaga tamadun ini yang dipelihara sejak nenek moyang kita lagi agar tidak dimakan
dek arus globalisasi yang tidak henti-henti terjadi tanpa sempadan. Cabaran globalisasi
yang membawa pelbagai perkara negatif seperti budaya pemakanan,
pertuturan,pemakaian,gaya hidup, dan muzik hendaklah diatasi bersama agar
kehidupan manusia sejagat lebih teratur dan tidak berpecah belah daripada landasan
akidah yang dituntut oleh agama. Kebaikkannya hendaklah dimakmurkan dan
digunapakai sebaik mungkin dalam seiring arus pemodenan yang pesat di abad ke-21
ini. Kita perlu menggunakan segala kekuatan dan kekayaan yang ada pada kita sebaik
mungkin, terutamanya kekuatan dalaman yang terdapat dalam agama dan tradisi kita
baik yang berupa kerohanian mahu pun yang berupa intelektual atau keilmuan untuk
menjamin tidak berlakunya keruntuhan tamadun dan peradaban manusia.
Sesungguhnya kita hendaklah tidak lupus termakan dengan perkara yang kita sendiri
wujud yang pada mulanya untuk kebaikan, dan akhirnya memakan diri malah manusia
sejagat iaitu globalisasi.

20
TITAS 2011
6.0 Refleksi
Assalamualaikum w.b.t
Pertama sekali saya ucapkan terima kasih kepada semua pensyarah Tamadun
Islam dan Tamadun Asia yang banyak memberi sokongan dan dorongan dalam
menyiapkan tugasan ini.
Tugasan TITAS ini yang secara objektifnya menjurus kepada proses globalisasi
dalam peradaban manusia kini. Globalisasi adalah satu perkara yang luas, jadi dengan
adanya tugasan ini, saya dapat mengenal pasti baik buruk proses globalisasi ini secara
menyeluruh. Pada hari ini, kita berada pada zaman di mana proses penyeragaman
yang amat ketara sedang berlangsung. Akibat dari apa yang dikatakan sebagai
globalisasi, kita amat pasti bahawa hampir segala aspek dalam kehidupan kita ini tidak
akan terlepas dari disentuh oleh konsep globalisasi. Melalui tugasan ini, saya dapat
mengupas isu-isu semasa dan kekuasaan globalisasi memegang peradaban manusia
walhal proses itu adalah penciptaan manusia sendiri. Selain itu, saya dapat mengetahui
maksud sebenar globalisasi dan langkah-langkah mengatasi impak negatif globalisasi
dari perspektif Islam.

Dengan membuat tugasan ini juga, saya belajar bagaimana untuk mengolah
sesuatu maklumat yang luas kepada lebih terperinci mengikut kehendak soalan. Saya
juga banyak memperoleh pengetahuan am tentang globalisasi dalam semua aspek dan
di sisi Islam. Saya amat bersyukur dengan tugasan ini diadakan. Walaubagaimanapun,
saya juga menghadapi beberapa masalah sewaktu menyiapkan tugasan ini iaitu
mengasingkan maklumat yang penting atau pun tidak. Seperti kita tahu, isu globalisasi
telah membawa kepada pelbagai pandangan dari dan dalam negara. Jadi, saya perlu
menapis satu-satu maklumat yang saya dapat agar mengikut kehendak soalan. Selain
itu, kekurangan sumber rujukan daripada buku juga adalah salah satu cabaran saya
dalam menyiapkan tugasan ini. Buku-buku yang ada di perpustakaan IPBA tidak
mencukupi dan saya mencari alternatif lain dengan merujuk ke perpustakaan Universiti
Malaya. Alhamdulillah, usaha saya berbaloi dengan menjumpai beberapa bahan buku
rujukan yang dapat menolong saya menyiapkan tugasan ini. Saya memprolehi
pengajaran dan pembelajaran yang berguna sewaktu menyiapkan tugasan ini yang

21
TITAS 2011
berguna sewaktu saya mengajar di sekolah kelak. Sekalung penghargaan tidak
terhingga juga saya ucapkan kepada rakan sekelas yang membantu saya dalam
menyiapkan tugasan ini dalam perkongsian idea dan sumber maklumat. Alhamdulillah
tidak terhingga saya kepada Allah s.w.t kerana dengan pemberian ilmu dan ilham
sewaktu proses menyiapkan tugasan ini. Syukur.

22
TITAS 2011
7.0 Senarai Rujukan

Sumber Buku
Ahmad Zaki, Azam Hamzah,& Azhar Mad Aros.(2009). Tamadun Islam dan Tamadun
Asia (TITAS).Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Mohamad Liki Hamid.(2002). Pengajian Tamadun Islam.Selangor:PTS Publisher.
Osman Bakar.(1997).Islam & Civilization Dialogue.Kuala Lumpur:Universiti Malaya.
Universiti Malaya (UM). (2006). Tamadun Islam dan Tamadun Melayu.Kuala Lumpur:
Penerbitan Universiti Malaya.
Zawiyah Mohamed Yusof.(2008).Sains Sosial & Teknologi Maklumat.Kuala Lumpur:
Pearson Malaysia Sdn.Bhd.

Sumber Internet
Ishak Mad Shah.(2004).Kesan Globalisasi Terhadap Industri Muzik.Diambil pada 10
Mac,2011dari http://artisticarts.blogspot.com/2010/04/kesan-globalisasi-
terhadap-industri.html
Globalisasi Melayu.(n.d). Diambil pada 10 Mac,2011 dari
http://bungasarah.multiply.com/journal/item/70/Globalisasi_-_Melayu
Osman Bakar.(2008).Pengaruh Globalisasi Terhadap Peradaban.Diambil pada 10 Mac,
2011 dari http://www.scribd.com/doc/37823230/5-Pengaruh-Globalisasi-
Terhadap-Peradaban
Maksud Globalisasi.(n.d).Diambil pada 10 Mac,2011 dari
http://www.oppapers.com/essays/Maksud-Globalisasi/194940
Mohamad Salleh.(2002).Globalisasi Dan Mahathir.Diambil pada 10 Mac,2011
dari arts.anu.edu.au/suara/salleh3.rtf

23
TITAS 2011

LAMPIRAN

24

Anda mungkin juga menyukai