Anda di halaman 1dari 2

Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Rambai

MBA2042
Bukit Rambai 75250 Melaka

BORANG MINIT CURAI


Nama Guru : JUNAIDAH BINTI ABDUL JALEL

NO. KP: : 850831 – 04 - 5252

BENGKEL KERJA STRATEGI PEMANTAPAN PELAKSANAAN KSSR ( SEMAKAN 2017 )


Program :
MATEMATIK TAHUN SATU FASA DUA TAHUN 2023

Tarikh / Hari : 8 & 9 OGOS 2020 / SELASA & RABU Masa Mula 8.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG

SLOT 1 : KANDUNGAN DSKP KSSR SEMAKAN 2017 MATEMATIK TAHUN 1

-Aktiviti pembangunan kurikulum :

1. Menyemak kurikulum iaitu membuat perbandingan, membuat penanda arasan, libat urus dan perbincangan meja bulat.

2. Mendapatkan input daripada sesi perkongsian dari pakar, seminar, webinar, kursus dan lain-lain.

3. Mereka bentuk kerangka konsep

4. Menulis ( draf )

5. Memurnikan

6. memantapkan penulisan

- Elemen Kurikulum Kebangsaan :

 Suatu pengalaman pembelajaran yang terancang ke arah mencapai penghasilan pembelajaran yang dihasratkan.
 Isi kandungan mata pelajaran merangkumi ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai.
 Matlamat dan objektif pembelajaran / hasil pembelajaran yang dihasratkan melalui mata pelajaran tersebut.
 Pengalaman pembelajaran yang seharusnya dilalui melalui Teknik dan kaedah yang berkualiti kea rah mencapai objektif
pembelajaran.
 Susun atur pengalaman pembelajaran yang terancang bagi mencapai objektif pembelajaran.
 Kaedah yang digunakan dalam proses pembelajaran untuk menentukan objektif pembelajaran telah tercapai.

SLOT 2 : PBD KSSR SEMAKAN 2017 MATEMATIK TAHUN 1

- Kepentingan PBD kepada guru :

 Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh


 Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran.
 Merancang dan mengubahsuai kaedah pengajarannya,
 Mengambil tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta
 Mengetahui keberkesanan pengajarannya

-Proses pelaksanaan PdP dan PBD :

1. Merancang PdP dan Pentaksiran – Kandungan, Objektif dan Instrumen

2. Melaksanakan PdP dan Pentaksiran – Strategi pengajaran dan kaedah pengajaran.

3. Mencatat status perkembangan murid – merekod dan menganalisis

4. Melapor tahap penguasaan – Penetapan tahap penguasaan

MinitCuraiSKTBR 1
Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Rambai
MBA2042
Bukit Rambai 75250 Melaka

-Jenis Pentaksiran Bilik Darjah :

1. Formatif ( Sebagai pembelajaran )

 Mentaksir perkembangan sebagai pembelajaran – Murid membuat refleksi, murid menilai perkembangan pelajaran sendiri

2.Formatif ( Untuk pembelajaran )

 Mentaksir perkembangan untuk pembelajaran, guru merancang strategi dan kenal pasti pengetahuan, kemahiran dan nilai
murid

3.Sumatif ( Tentang pembelajaran )

 Mentaksir perkembangan tentang pembelajaran – Di akhir unit pembelajaran, penggal, bulan atau tahun. Data bukan untuk
perbandingan tetapi untuk bantu guru, ibubapa dan pihak sekolah merancang dan laksana strategi yang bermakna,

SLOT 3 : MODUL BIMBINGAN (MOBIM) MATEMATIK TAHUN 1

-Modul Bimbingan (MOBIM) Matematik Tahun 1 menekankan pembelajaran bermakna melalui strategi dan pendekatan PdP
menggunakan bahan maujud, bergambar dan abstrak iaitu Concrete, Pictorial, Abstract (CPA) dalam pembelajaran Matematik.

-MOBIM Matematik Tahun 1 ini juga menekankan kepada pembelajaran secara kontekstual, kolaboratif dan penyelesaian masalah
secara ansur maju, ke arah penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan kemahiran abad ke -21

-Objektif Modul :

 Melaksanakan kurikulum dengan peruntukan waktu sedia ada.


 Memahami kurikulum dan memperterjemahkan Dokumen Standard Kurikulum dan Petaksiran (DSKP) dengan lebih
berkesan.
 Menggunakan pendekatan CPA bagi memperkukuhkan pengetahuan dan kemahiran Matematik murid
 Merancang PdP dengan lebih berstruktur melalui integrasi beberapa standard pembelajran yang sesuai.

-Cara menggunakan modul :

 Pendekatan secara pembelajaran masteri


 Pendekatan didik hibur
 Pendekatan ansur maju
 Pendekatan penggabungjalinan kemahiran

-Kandungan Modul MOBIM Tahun 1 :

1.0 Nombor Bulat dan Operasi Asas

2.0 Pecahan

3.0 Wang

4.0 Masa dan waktu

5.0 Ukuran dan Sukatan

6.0 Ruang

7.0 Pengurusan Data

Disediakan oleh, Disemak oleh,

...................................... ....................................................

MinitCuraiSKTBR 2

Anda mungkin juga menyukai