Anda di halaman 1dari 4

TEKNIK PLOT

PENCERITAAN
IMBAS MUKA
Definisi
- Bayangan awal terhadap sesuatu peristiwa yang akan berlaku
berikutnya dalam cerita

i. Hamida (m/s 130)


a. Walaupun demikian, hati Hamida melonjak tak terkawal mengingatkan saat
kini dan masa depan dan dia bertanya kepada dirinya, betapa gerangan
hidupnya kelak di bawah perlindungan Abbas, sekiranya harapan anak muda
itu tercapai.

ii. Salim Alwan (m/s 108)


a. Salim Alwan memikiran perkara – perkara yang mungkin terjadi jika dia
menikahi Hamida seperti hubungan Hamida dengan isterinya, Puan Alwan,
anak – anaknya, perbelanjaan hariannya bakal bertambah, hal waris dan
keharmonian keluarganya.
MONOLOG
Definisi
- Merupakan pengucapan watak – watak yang berbicara sendirian

i. Puan Afify (m/s 192)


a. Puan Afify mengangkat bahunya dan mengeluh: “Ya Allah,
selamatkanlah aku daripada mata jahat!”

ii. Salim Alwan (m/s 371)


a. Meskipun demikian, dia masih berkata dengan marah kepada dirinya sendiri:
“Jumlah wang yang sungguh banyak, ya, tetapi penuh dengan kutukan.
Rasa-rasanya ada saja kutukan ke atas tiap-tiap sesuatu dalam hidupku ini.”
MONOLOG DALAMAN
Definisi
- Rakaman emosi dan perasaan watak tetapi tidak dilahirkan
dalam kata–kata.

i. Umm Hamida (m/s 35)


a. Umm Hamida turut tertawa seolah – olah dia pun juga hairan, meskipun
dalam hatinya dia berkata: “Malulah sedikit, perempuan. Kau fikir aku ini
boleh kau tipu dengan kelicikanmu?”

Anda mungkin juga menyukai