Anda di halaman 1dari 8

TEKS PENGACARA MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG SKNA 2018

Mengumumkan ketibaan ___________________________________________________


_______________________________________________________________________

ke tempat duduk utama. Hadirin dan hadirat semua diminta berdiri bagi menyanyikan lagu
Negaraku dan Ibu Pertiwiku.

*lagu Negaraku & Ibu Pertiwiku*

Terima kasih diucapakan kepada semua, para hadirin dijemput duduk.

Pagi yang indah penuh ceria.


hari yang berbahagia penuh bermakna
kita raikan,
Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Sekolah Kebangsaan Nanga Assam 2018.

BismilLahir Rahmanir Rahim . Assalamu `Alaikum W.B.T

Yang Berusaha ____________________________________________________________


_________________________________________________________________________

Yang Berusaha, Pn Norila binti Gani, Guru Besar SK Nanga Assam.


Yang Dihormati, En. Rohady bin Mili, Guru Penolong Kanan 1,
En. David anak Minggot, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En. Azemi bin Seruji, Guru
Penolong Kanan Kokurikulum,

Guru-guru dan anggota kumpulan pelaksana SKNA, murid-murid, ibu bapa


seterusnya hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara
Hari ini menanam jagung,
Dibawa ke Perlis bersama peria,
Hari ini kita berkampung,
Meraikan majlis penuh ceria

Selamat datang ke :

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SKNA 2018.


Saya Norafidah Zulkifli dan
saya Nur Nathirah Ghazali,
akan mengacarakan majlis ini sehingga ke penghujungnya.

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan
kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk meraikan
kejayaan anak-anak kita.

Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua hadirin sekalian
kerana sudi menghadirkan diri ke majlis ini terutamanya kepada Yang Berusaha
_______________________________________________________________________
kerana sudi meluangkan masa dan memilih untuk menghadirkan diri ke majlis kami ini.
Ucapan terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk
memberi sokongan kepada anak-anak dan pihak sekolah. Semoga usaha kita semua
sentiasa diberkati.

Hadirin yang dimuliakan,


Bagi memulakan majlis kita pada pagi ini, kita akan disajikan dengan persembahan tarian
Lan E’ Tuyang di bawah bimbingan Cik Vornica Ruby. Dipersilakan…

*Tarian Lan E’ Tuyang*


Begitulah tadi persembahan tarian Lan E’ Tuyang yang merupakan satu tarian tradisional
orang ulu.

Kini, majlis mempersilakan pula Yang Berusaha Pn Norila binti Gani, Guru Besar SK Nanga
Assam untuk menyampaikan ucapan aluan. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

*Ucapan GB*

Terima kasih diucapkan kepada Pn Norila binti Gani Guru Besar SK Nanga Assam atas
ucapan tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput yang dihormati __________________________


YDP PIBG untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.

*Ucapan YDP*

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Dihormati,


__________________________________________ selaku Yang Dipertua Persatuan Ibu
bapa Dan Guru-guru Sekolah Kebangsaan Nanga Assam atas ucapan tersebut.

Hadirin yang dihormati,

Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih dan berterusan. Usaha yang
tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan dan kecemerlangan.
Oleh itu, murid-murid yang berjaya sepatutnya diberi penghargaan. Semoga ini akan
menjadi pencetus semangat untuk terus berjaya dalam mengejar ilmu dan cita-cita.
Acara yang seterusnya adalah penyampaian hadiah dan sijil penghargaan untuk prestasi
pelajar terbaik bagi di dalam kelas bagi penggal 1 dan 2.

Terlebih dahulu, majlis menjemput Yang Berusaha


____________________________________________________ mengiringi Yang Berusaha
________________________________________________________, ke atas pentas untuk
menyempurnakan acara. Dipersilakan.

*Penyampaian hadiah dan sijil penghargaan sidang 1 - kelas aliran perdana*


Kita mulakan dengan penerima hadiah keputusan peperiksaan terbaik dalam kelas ***
Seterusnya, penyampaian hadiah bagi keputusan peperiksaan terbaik dalam mata pelajaran
teras ***

Terima kasih diucapkan kepada ________________________________________ &


___________________________________________________________________
Tanpa membuang masa, majlis menjemput _________________________________ bagi
mengiringi ___________________________________________________________ untuk
menyampaikan hadiah seterusnya.

Bagi penyampaian Hadiah Peningkatan Keseluruhan Akademik Murid ***


Berikut adalah penerima Anugerah Khas Linus 2.0 ***
Seterusnya, penyampaian Anugerah Peningkatan Konstruk LBI Linus 2.0 ***

Terima kasih diucapkan kepada ___________________________________ &


____________________________________________ atas kesudian menyampaikan
hadiah sebentar tadi.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Dari kedah ke bandar Perlis,


Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan menyusul memeriahkan majlis,
Semoga hadirin terhibur di hati.

Kita teruskan lagi acara kita pada pagi ini, marilah bersama-sama kita menyaksikan
persembahan daripada murid-murid pra sekolah SKNA yang bertajuk “Goyang Dua Jari”.
Dipersilakan.

*Persembahan*

Terima kasih kepada murid-murid pra sekolah yang telah membuat persembahan sebentar
tadi. Persembahan itu tadi telah dilatih di bawah bimbingan Puan Hajah Zaleha.
Baiklah, majlis diteruskan lagi dengan acara cabutan tiket bertuah. Dipersilakan
___________________________ ke atas pentas untuk mencabut nombor cabutan tiket
bertuah.
Terima kasih diucapkan kepada ________________________________ kerana sudi
menyampaikan hadiah cabutan tiket bertuah.

*Penyampaian hadiah dan sijil penghargaan sidang 2 - sijil penyertaan dan penghargaan*

Terlebih dahulu, majlis menjemput Encik Azmi Seruji, GPK Kokurikulum mengiringi Encik
David anak Minggot, GPK Hal Ehwal Murid ke atas pentas untuk menyempurnakan acara.
Dipersilakan.

Kita mulakan dengan penyampaian sijil penghargaan Anugerah Nilam ***


Seterusnya penyampaian sijil galakan kehadiran tertinggi persekolahan ***
Terima kasih diucapkan kepada Encik David dan Encik Azmi.

Tanpa membuang masa majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil penghargaan.
Dijemput Encik David anak Minggot mengiringi Encik Azmi bin Seruji untuk menyampaikan
sijil.
Bagi penyampaian sijil penghargaan pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan
pengawas asrama ***
Penyampaian sijil penghargaan Ketua & Penolong Ketua Kelas ***
Diteruskan lagi dengan penyampaian sijil penghargaan AJK Kokurikulum Sesi 2018 ***
Terima kasih diucapkan kepada Encik Azmi dan Encik David atas kesudian menyampaikan
sijil penghargaan itu tadi.

********REHAT**********

Untuk meneruskan majlis, marilah kita sama-sama menghayati persembahan nyanyian yang
akan dipersembahkan oleh wakil - wakil murid tahun 3, 4 dan 5 di bimbingan Cik Vornica
Ruby. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan nyanyian ***


Baiklah, majlis diteruskan lagi dengan acara cabutan tiket bertuah. Dipersilakan
___________________________ ke atas pentas untuk mencabut nombor cabutan tiket
bertuah.
Terima kasih diucapkan kepada ________________________________ kerana sudi
menyampaikan hadiah cabutan tiket bertuah.

*Penyampaian hadiah dan sijil penghargaan sidang 3 - Pra Sekolah*

Pra sekolah;
Pemilihan anugerah pra sekolah adalah berdasarkan pencapaian akademik yg cemerlang,
sahsiah yang terpuji,hubungan baik antara rakan dan guru, mempunyai ciri2 kepimpinan yg
baik dan mempunyai rekod kehadiran yang baik.

Terlebih dahulu, majlis menjemput ___________________________________ mengiringi


___________________________________ ke atas pentas untuk menyempurnakan acara.
Dipersilakan.

Bagi kategori Anugerah Murid Terbaik Pra Sekolah 6 Tahun ***


Seterusnya, Anugerah Murid Harapan Pra Sekolah 5 Tahun ***
Penyampaian Anugerah Murid Terbaik dalam Semua Tunjang ***
Penyampaian Anugerah Peningkatan Terbaik Pra Sekolah ***
Penyampaian Hadiah Galakan Pra Sekolah ***
Penyampaian Sijil Penghargaan ***
Terima kasih diucapkan kepada ___________________ dan _____________________
atas kesudian menyampaikan sijil penghargaan itu tadi.

Baiklah, majlis diteruskan lagi dengan acara cabutan tiket bertuah. Dipersilakan
___________________________ ke atas pentas untuk mencabut nombor cabutan tiket
bertuah.
Terima kasih diucapkan kepada ________________________________ kerana sudi
menyampaikan hadiah cabutan tiket bertuah.

Pergi sekolah seawal pagi,


Melintas jalan berhati-hati,
Penyampaian Anugerah diteruskan lagi,
Penerima-penerimanya sabarlah menanti
*Penyampaian hadiah dan sijil penghargaan sidang 4 - Pra Sekolah*
Terlebih dahulu, majlis menjemput ___________________________________ mengiringi
___________________________________ ke atas pentas untuk menyampaikan sijil
seterusnya. Dipersilakan.

Sijil Penyertaan Aktiviti Kurikulum ***


Sijil Penyertaan Aktiviti Ko kurikulum ***
Penyampaian Anugerah Penghuni Asrama Terbaik ***
Penyampaian Anugerah Khas Pelajar Cemerlang ***

Bagi meneruskan majlis, anak-anak pra sekolah akan tampil ke atas pentas untuk
menyempurnakan majlis khas untuk mereka iaitu “Mini Konvokesyen”. Untuk
menyempurnakan majlis, dijemput _______________________________ Rastan tampil ke
pentas.
Murid-murid pra sekolah yang telah berjaya menamatkan pengajian peringkat awal
persekolahan ialah :

Penyampaian Sijil Graduasi Pra Sekolah ***


Penyampaian Sijil Graduasi Tahun 6 ***
Terima kasih diucapkan kepada ___________________ dan _____________________
atas kesudian menyampaikan sijil penghargaan itu tadi.

Baiklah, majlis diteruskan lagi dengan acara cabutan tiket bertuah dan kehadiran bertuah.
Dipersilakan ___________________________ ke atas pentas untuk mencabut nombor
cabutan tiket bertuah.
Terima kasih diucapkan kepada ________________________________ kerana sudi
menyampaikan hadiah cabutan tiket dan kehadiran bertuah.

Dengan berakhirnya acara tadi, maka tibalah masanya untuk kami selaku pengendali majlis
untuk mengundurkan diri. Pihak majlis juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan
maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang kami mengendalikan majlis ini.

Kalau ada jarum yang patah


Banyak kain tidak berjahit
Kalau ada silap dan salah
Jangan jadikan kenangan pahit
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu wujudnya
daripada kelemahan kami sendiri.

Sekian wabillahi taufik.

Anda mungkin juga menyukai