Anda di halaman 1dari 2

8.

0 Kekuatan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (S)

Berdasarkan kajian mengenai kelab ini, salah satu kelebihan kelab ini adalah anggota
memiliki koperasi melalui modal syer dan yuran yang disumbangkan di samping
menjadi pengguna perkhidmatan dan barangan yang ditawarkan oleh koperasi. Dengan ini
anggota berhad menentukan jenis barangan dan perkhidmatan yang diperlukan. Koperasi
menawarkan barangan berkualiti pada harga yang berpatutan kepada anggota- anggotanya. Di
samping itu, koperasi juga menyediakan kemudahan tabungan yang terjamin dan kemudahan
pinjaman pada kadar faedah yang berpatutan. Anggota-anggota juga menikmati pulangan atas
langganan, modal yang disumbangkan dan penyertaan aktif di dalam pengurusan dan aktiviti
koperasi. Sebahagian daripada keuntungan koperasi diperuntukkan kepada tabung kebajikan
anggota bagi membiayai aktiviti-aktiviti kebajikan seperti tabung pendidikan anak-anak anggota,
khairat kematian dan sumbangan kepada aktiviti- aktiviti kemasyarakatan. Suruhanjaya Koperasi
Malaysia ditadbir secara demokrasi melalui pengundian. Selain itu, diberikan layanan yang sama
rata antara anggota tanpa mengira pangkat dan darjat. Seterusnya, Suruhanjaya Koperasi
Malaysia menyediakan produk dan perkhidmatan untuk mencapai keperluan anggota bukan
tujuan mendapat keuntungan semata-mata.

9.0 Kelemahan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (W)

Kelemahan bagi Suruhanjaya Koperasi Malaysia adalah aktiviti koperasi dikuasai oleh
segolongan individu tertentu kerana ahli-ahli koperasi kurang aktif. Selain itu, kedudukan
kewangan agak lemah kerana koperasi ditubuhkan oleh mereka yang berpendapatan rendah
seperti petani dan nelayan. Seterusnya, modal yang kecil menyebabkan koperasi tidak mampu
bersaing setara syarikat. Selain itu, Laporan kewangan perlu diaudit oleh juruaudit luaran yang
bertauliah. Seterusnya, Mesyuarat Agong Tahunan yang dihadiri oleh ramai ahli boleh
menggugat sistem pengurusan koperasi. Akhir sekali, syer tidak boleh dipindah milik dan tidak di
senaraikan oleh Bursa Saham Malaysia.

10.0 Peluang Suruhanjaya Koperasi Malaysia (O)

Peluang yang diberikan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia adalah ia menyediakan Sub
Bantuan Fizikal, Sub bantuan koperasi baru, bantuan pengukuhan atau pemantapan (Minimum
RM30,000) dan bantuan pemodenan kedai koperasi (Maksimum RM50,000). Sub Bantuan Fizikal
bertujuan untuk membantu menyediakan infrastruktur asas bagi premis perniagaan koperasi atau
tempat-tempat dimana aktiviti koperasi akan ataupun sedang dijalankan seperti pengubahsuaian
premis atau kedai, penyediaan kelengkapan dan peralatan, mesin pengeluaran dan sebagainya. Sub
bantuan koperasi baru pula bertujuan untuk membantu menyediakan infrastruktur asas sebagai
galakan atau insentif kepada koperasi-koperasi yang baru didaftarkan untuk memulakan aktiviti atau
perniagaan yang berdaya maju. Bantuan pengukuhan atau pemantapan pula bertujuan untuk
mengukuhkan dan memantapkan aktiviti atau perniagaan koperasi supaya perkhidmatan yang diberi
kepada anggota, agar imej koperasi dikalangan masyarakat dan sumbangan koperasi dalam
pembangunan Negara dapat ditingkatkan, selaras dengan Dasar Koperasi Negara (DKN). Manakala,
bantuan pemodenan kedai koperasi menyediakan bantuan bertujuan untuk memodenkan serta
membentuk keseragaman jenama di kedai runcit koperasi bagi meningkatkan keupayaan supaya
lebih berdaya saing.

11.0 Cabaran Dalam Suruhanjaya Koperasi Malaysia (T)

Melalui kajian saya dapati bahawa, salah satu cabaran yang dihadapai adalah pertindihan
aktiviti antara pihak sekolah dengan aktiviti anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Selain itu,
sindiran daripada rakan sebaya dan rasa tiada keyakinan diri untuk membuka koperasi dalam
kalangan individu adalah satu cabaran dalam kalangan Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Selain
itu, kesedaran masyarakat tentang Suruhanjaya Koperasi Malaysia agak kurang dan aktiviti yang
dilaksanakan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia tidah diuar-uarkan melalui pelbagai saluran.
Oleh itu, aktiviti yang dijalankan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia kurang mendapat sambutan
orang ramai.

Anda mungkin juga menyukai