Anda di halaman 1dari 11

[Type here] [Type here] [Type here]

PERANCANGAN AKADEMIK
SEMESTER OKTOBER SESI 2021/2022

STID1103
APLIKASI KOMPUTER DALAM PENGURUSAN

PENGAJIAN LUAR KAMPUS


PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Disediakan oleh: Fazli Bin Azzali


STID1103 Aplikasi Komputer Dalam Pengurusan Semester Oktober Sesi 2021/2022

PUSAT PENGAJIAN PENGKOMPUTERAN


UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Kursus : Aplikasi Komputer Dalam Pengurusan


Kod Kursus : STID1103
Jam Kredit :3
Pra Syarat : Tiada

1.0 SINOPSIS KURSUS

Kursus ini ditawarkan sebagai kursus teras universiti. Pelajar didedahkan dengan penggunaan aplikasi
komputer yang banyak digunakan oleh organisasi samada untuk tujuan pengurusan fungsi perniagaan,
komunikasi dan lain-lain lagi. Pelajar akan diajar kaedah yang betul untuk menggunakan perisian yang
tentu bagi menulis laporan, memasukkan data untuk tujuan statistik dan konsep asas sesuatu pangkalan
data.

Pelajar juga akan didedahkan cara bagaimana menterjemahkan data kepada carta dan rajah, persediaan
yang sesuai sebelum sesuatu persembahan, strategi mempersembahkan sesuatu maklumat secara
elektronik. Di samping itu, pelajar juga terlibat dalam penggunaan internet termasuklah proses
pembinaan dan penyelenggaraan sesuatu laman web.

2.0 OBJEKTIF KURSUS

Diharapkan selepas mengikuti kursus ini pelajar akan dapat:

1. Memperoleh pengetahuan asas tentang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terkini.
2. Membantu pelajar melengkapkan diri dengan penggunaan beberapa aplikasi berkaitan dengan
pengurusan, yang popular di kalangan golongan profesional dan usahawan

3.0 KANDUNGAN KURSUS

BIL KANDUNGAN KURSUS PERTEMUAN


1 BAB 1 – INFRASTRUKTUR IT DAN TEKNOLOGI TERKINI
o Pengenalan Infrastruktur IT Pertama
- Definisi Infrastruktur IT
- evolusi Infrastruktur IT
- Pemacu Evolusi Teknologi Infrastruktur
o Komponen Infrastruktur IT
- Platform perkakasan dan perisian computer
- Platform system pengoperasian
- Aplikasi Perisian Enterprise
o Trend Platform Perkakasan Kontemporari
- Platform Digital Mudah Alih Muncul
- Pengkomputeran Grid
- Pengkomputeran Awan
- Pengkomputeran Autonomi

Copyright: Mohd Tarmizi Musa


1
STID1103 Aplikasi Komputer Dalam Pengurusan Semester Oktober Sesi 2021/2022

2 BAB 2 – RANGKAIAN DAN TELEKOMUNIKASI Pertama


o Tren Rangkaian dan Telekomunikasi
o Rangkaian komputer
o Teknologi rangkaian digital
o Rangkaian komunikasi
o Revolusi tanpa wayar
3. BAB 3 – INTERNET GLOBAL Ketiga
o Memperkenalkan konsep Internet
o Internet Addressing and Architecture
o Perkhidmatan Internet dan Alat Komunikasi
o The World Wide Web
4. BAB 4 – PEMBANGUNAN LAMAN WEB Ketiga
o Memperkenalkan Web Page: fungsi dan kategori
o Terangkan kaedah dalam merekabentuk, membangun dan
menerbitkan laman web
o Kandungan laman Web
o HTML coding untuk pembangunan laman web
5. BAB 5 – PENGURUSAN PROJEK Kedua
o Kepentingan Pengurusan projek
o Pemilihan projek
o Alatan Pengurusan Projek
o Laluan kritikal
o Kelebihan Alatan Pengurusan Projek

6. BAB 6 – SISTEM AUTOMASI PEJABAT


o Pengenalan kepada Aplikasi Pemprosesan Perkataan Pertama
- Mencipta, mengedit dan memformat dokumen
- Berkongsi dokumen yang telah siap
- Menjana borang
- format dokumen yang besar, menstrukturkan kandungan,
membina indeks.

o Pengenalan kepada Aplikasi Lembaran Kerja Kedua


- Mencipta Lembaran Kerja dan Carta
- Sel Rujkan relatif dan mutlak
- Membuati nama sel, formula dan fungsi
- Membuat, Menyusun dan Jadual pertanyaan
- Menjana Jadual Pivot
- membina Dynamic Dashboard
- Lembaran kerja untuk menyokong Pembuatan Keputusan

o Pengenalan kepada Aplikasi Persembahan Keempat


- Amalan terbaik persembahan
- Membuat dan Memformat Grafik bermaklumat
- Ciri-ciri persembahan

Copyright: Mohd Tarmizi Musa


2
STID1103 Aplikasi Komputer Dalam Pengurusan Semester Oktober Sesi 2021/2022

7. BAB 7 – PANGKALAN DATA DAN PENGURUSAN MAKLUMAT Kedua


o Menngurus Data dalam Persekitaran Fail Tradisional
o Pendekatan Pangkalan Data untuk Pengurusan Data
o Manipulasi data, QBE dan SQL
o Membuat Laporan dan Borang
o Prestasi Perniagaan dan Pembuatan Keputusan
8. BAB 8 – E-DAGANG: PASARAN DIGITAL & BARANGAN DIGITAL Kedua
o E-dagang dan Internet
o E-dagang: Perniagaan dan Teknologi
o E-dagang mudahalih
o Pengoptimum enjin carian (Search Engine Optimization SEO)
o Pemasaran Digital (Facebook, Twitter, Instagram, Blog)
9. BAB 9 – KEMUNCULAN TEKNOLOGI TERKINI Keempat
o Pengenalan kepada Industri 4.0
o Road to Industry 4.0
o Disiplin yang berkaitan, Sistem, Teknologi yang membolehkan
Industri 4.0
o Tren Masa Depan Teknologi
10. BAB 10 - MENINGKATKAN PEMBUATAN KEPUTUSAN Keempat
o Fungsi Sistem Maklumat Organisasi
o Membuat Keputusan dan Sistem Maklumat
o Sistem untuk membuat keputusan
- Sistem Pengurusan Maklumat (MIS)
- Sistem Sokongan Keputusan (DSS)
- Sistem Sokongan Keputusan Pelanggan Berasaskan Web
- Sistem Maklumat Geografi (GIS)
11. BAB 11 – Keselamatan dan Etika Keempat
o Perniagaan / Keselamatan IT, Etika dan Masyarakat
o Jenayah Komputer
o Isu Privasi
o Tanggungjawab Etika Profesional Perniagaan
o Garis Panduan Etika

12. Peperiksaan Akhir Kelima

Copyright: Mohd Tarmizi Musa


3
STID1103 Aplikasi Komputer Dalam Pengurusan Semester Oktober Sesi 2021/2022

4.0 PENGENDALIAN KURSUS

Selain daripada nota kuliah dan buku rujukan utama, pelajar dinasihatkan untuk membaca rujukan lain
serta cuba menjawab soalan-soalan latihan yang selalunya disediakan di hujung setiap bab. Pelajar juga
dinasihatkan supaya mengaplikasikan setiap teori menggunakan perisian-perisian yang bersesuaian
dengan topik yang dipelajari. Kaedah ini dapat membantu pelajar untuk memahami dengan lebih jelas
serta dapat meningkatkan kemahiran pelajar menggunakan aplikasi berkomputer dalam menganalisa
dan menyelesaikan hal yang berkaitan.

Di samping pembelajaran kendiri, lima sesi perjumpaan antara pelajar dengan tenaga pelajar telah
diatur dan jadual perjumpaan telah ditetapkan. Di dalam setiap pertemuan yang telah dijadualkan
penumpuan akan lebih diberikan kepada sesi perbincangan dan soal jawab. Maka dengan itu pelajar
dinasihatkan membuat beberapa persediaan berikut sebelum hadir ke setiap sesi perjumpaan.

1. Membaca terlebih dahulu topik-topik yang telah ditetapkan untuk setiap sesi perjumpaan.
2. Memberi kerjasama dan bersedia untuk melibatkan diri dalam sesi perbincangan dan latihan
yang diberikan.
3. Mengaplikasikan setiap latihan menggunakan komputer.

Jadual sesi pertemuan disertakan dalam bahagian seterusnya. Walau bagaimanapun adalah diingatkan
bahawa jadual tersebut tertakluk kepada pindaan. Oleh itu, pelajar diminta sentiasa berhubung dengan
pihak tenaga pengajar dan juga phak PACE-UUM untuk mendapatkan maklumat terkini.

5.0 PENILAIAN KURSUS

Penilaian subjek ini dilakukan berdasarkan tiga komponen iaitu Tugasan, Kuiz, Peperiksaan (Ujian 1 dan
Ujian 2). Ketiga-tiga komponen ini akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam bahagian seterusnya.
Agihan markah adalah seperti berikut:

Tugasan (Tiga) – 30 %
Kuiz (Tiga) – 30 %

Ujian 1 – 20 %
Ujian 2 – 20 %
Jumlah – 100 %

6.0 KUIZ

Sebanyak TIGA (3) kuiz akan diberikan dimana setiap kuiz akan membawa markah sebanyak 10%. Pelajar
adalah diingatkan agar menepati tarikh akhir penghantaran kuiz tersebut. Bagi memudahkan
penyerahan kuiz, maka semua pelajar telah ditetapkan untuk menghantar sendiri kuiz kepada pensyarah
pada pertemuan yang telah ditetapkan.

7.0 TUGASAN

Pelajar akan diberikan TIGA (3) tugasan pada pertemuan pertama, kedua dan ketiga. Setiap tugasan
tersebut membawa markah 10% bagi setiap tugasan. Pelajar adalah diingatkan agar menepati tarikh
akhir penghantaran tugasan tersebut. Bagi memudahkan penyerahan tugasan, maka semua pelajar
telah ditetapkan untuk menghantar sendiri tugasan kepada pensyarah pada pertemuan yang telah
ditetapkan.

Copyright: Mohd Tarmizi Musa


4
STID1103 Aplikasi Komputer Dalam Pengurusan Semester Oktober Sesi 2021/2022

Nota: Kelewatan menyerahkan tugasan dan kuiz akan dikenakan penalti dalam bentuk pemotongan
markah.

8.0 UJIAN 1

Ujian 1 akan diadakan pada pertemuan ke-3 (TIGA) yang merangkumi topik-topik berikut:
1. BAB 1 – INFRASTRUKTUR IT DAN TEKNOLOGI TERKINI
2. BAB 2 – RANGKAIAN DAN TELEKOMUNIKASI
3. BAB 5 – PENGURUSAN PROJEK
4. BAB 6 – SISTEM AUTOMASI PEJABAT (MS Word)
5. BAB 6 – SISTEM AUTOMASI PEJABAT (MS Excel)
6. BAB 7 – PANGKALAN DATA DAN PENGURUSAN MAKLUMAT

Masa yang diberikan ialah 1½ jam. Soalan berbentuk betul/salah, pelbagai pilihan, padanan ataupun
berstruktur akan diberikan. Pelajar dikehendaki menjawab semua soalan berdasarkan arahan yang
diberikan semasa peperiksaan. PERATURAN BERKENAAN KECURANGAN AKADEMIK ADALAH TERPAKAI
TERPAKAI DI DALAM UJIAN INI.

9.0 UJIAN 2

Ujian 2 akan diadakan pada pertemuan ke-5 (LIMA) yang merangkumi topik-topik berikut:
1. BAB 3 – INTERNET GLOBAL
2. BAB 4 – PEMBANGUNAN LAMAN WEB
3. BAB 6 – SISTEM AUTOMASI PEJABAT (MS Power Point)
4. BAB 8 – E-DAGANG: PASARAN DIGITAL & BARANGAN DIGITAL
5. BAB 9 – KEMUNCULAN TEKNOLOGI TERKINI
6. BAB 10 - MENINGKATKAN PEMBUATAN KEPUTUSAN
7. BAB 11 – KESELAMATAN DAN ETIKA

Masa yang diberikan ialah 1 jam 45 minit. Soalan berbentuk betul/salah, pelbagai pilihan, padanan
ataupun berstruktur akan diberikan. Pelajar dikehendaki menjawab semua soalan berdasarkan arahan
yang diberikan semasa peperiksaan. PERATURAN BERKENAAN KECURANGAN AKADEMIK ADALAH
TERPAKAI TERPAKAI DI DALAM UJIAN INI.

10.0 RUJUKAN UTAMA

Modul STID1103 Aplikasi Komputer Dalam Pengurusan. Jabatan Penerbitan dan Teknologi Media,
Universiti Utara Malaysia: Sintok.

11.0 RUJUKAN TAMBAHAN

Laudon K.C. and Laudon J.P. (2015), Management Information System, 15 th Edition, Pearson.
Vermaat, M.E., Sebok, S.L., Freund, S.M., Campbell, J.T., and Frydenberg, M. (2016). Discovering
Computers: Tools, Applications, Devices, and the Impact of Technology. 1 st Edition, Course
Technology.

Copyright: Mohd Tarmizi Musa


5
STID1103 Aplikasi Komputer Dalam Pengurusan Semester Oktober Sesi 2021/2022

12.0 MAKLUMAT TENAGA PENGAJAR

Pensyarah/Pusat Hari dan Masa WhatsApp E-mel


Rundingan
Fazli Bin Azzali
Pusat Pengajian Sepanjang masa 012-5285595 faz0812@gmail.com
Pengkomputeran, secara ONLINE
06010 UUM Sintok
Kedah Darul Aman

13.0 MUAT TURUN

Nota boleh dimuaturun melalui UUM online learning.

14.0 TUTORIAL ONLINE

Pelajar boleh mempelajari perisian Microsoft Office secara kendiri melalui laman web berikut:
https://edu.gcfglobal.org/en/subjects/microsoft-office/

15.0 JADUAL PERTEMUAN DAN PENGAJARAN

Tarikh Pertemuan Topik Tempoh


23/10/2021 (Sabtu) – Pertemuan – 1  Penerangan keseluruhan kursus.
ONLINE  Tugasan 1 akan  BAB 1 – INFRASTRUKTUR IT DAN
diberikan TEKNOLOGI TERKINI 4 jam
 Kuiz 1 (Take Home)  BAB 2-RANGKAIAN DAN
Tarikh hantar TELEKOMUNIKASI
(27 Nov 2021) - OL  BAB 6 – SISTEM AUTOMASI
PEJABAT (MS Word)
27/11/2021 (Sabtu) – Pertemuan – 2  BAB 5 – PENGURUSAN PROJEK
ONLINE  Penyerahan Tugasan-  BAB 6 – SISTEM AUTOMASI
1 PEJABAT (MS Excel) 4 jam
 Tugasan 2 akan  BAB 7 – PANGKALAN DATA DAN
diberikan PENGURUSAN MAKLUMAT
 Kuiz 2 (online)  BAB 8 – E-DAGANG: PASARAN
DIGITAL & BARANGAN DIGITAL

18/12/2021 (Sabtu) – Pertemuan – 3 UJIAN 1


ONLINE  Penyerahan Tugasan-  BAB 3 – INTERNET GLOBAL
2  BAB 4 – PEMBANGUNAN LAMAN 4 jam
 Tugasan 3 akan WEB
diberikan
 Ujian 1 (Peperiksaan
Pertengahan Semester)

15/01/2022 (Sabtu) – Pertemuan – 4  BAB 6 – SISTEM AUTOMASI


ONLINE  Penyerahan Tugasan- PEJABAT (MS Power Point)
3  BAB 9 – KEMUNCULAN 4 jam

Copyright: Mohd Tarmizi Musa


6
STID1103 Aplikasi Komputer Dalam Pengurusan Semester Oktober Sesi 2021/2022

 Kuiz 3 (online) TEKNOLOGI TERKINI


 BAB 10 - MENINGKATKAN
PEMBUATAN KEPUTUSAN
 BAB 11 – KESELAMATAN DAN
ETIKA

08-15/02/2022 Pertemuan – 5 UJIAN 2 1 ½ jam


– ONLINE  Ujian 2 (Peperiksaan
Akhir Semester)

16.0 Masa Pengajaran

Masa Tempoh Tempat Kaedah


8.00 pg – 12.00 tgh 4 jam ONLINE Pengajaran / Perbincangan

Copyright: Mohd Tarmizi Musa


7
STID1103 Aplikasi Komputer Dalam Pengurusan Semester Oktober Sesi 2021/2022

FORMAT MUKA SURAT DEPAN UNTUK TUGASAN & KUIZ


(Tugasan & Kuiz perlu diasingkan dan dihantar berasingan)

PENGAJIAN LUAR KAMPUS


PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

KOD DAN NAMA KURSUS


STID1103 APLIKASI KOMPUTER DALAM PENGURUSAN

SEMESTER
OKTOBER SESI 2021/2022 (JA212)

PUSAT
KAMPUS UUM /LANGKAWI / KOTA BHARU / JOHOR BAHRU

TUGASAN 1
<MICROSOFT WORD>

DISEDIAKAN UNTUK
DR. FAZLI AZZALI

DISEDIAKAN OLEH
<Nama dan No Matrik>

TARIKH HANTAR
<Tarikh>

Copyright: Mohd Tarmizi Musa


8
STID1103 Aplikasi Komputer Dalam Pengurusan Semester Oktober Sesi 2021/2022

KEPERLUAN DAN SPESIFIKASI TUGASAN 1: MICROSOFT WORD – (Individu)

Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) melibatkan teknologi automasi memberi cabaran baharu
kepada semua sektor di negara ini. Maka itu, keperluan industri melakukan perubahan seiring dengan
transformasi digital itu untuk kekal berdaya saing. Dengan menggunakan akronim Revolusi Industri 4.0 (IR
4.0) ini, segala urusan harian manusia akan dikongsi bersama robot yang dicipta khusus untuk
mengoptimumkan keperluan dan keselesaan manusia. Rajah 1 menunjukkan Industri 4.0 adalah nama
yang diberikan kepada trend automasi dan pertukaran data semasa dalam teknologi pembuatan.
Sehubungan itu, Industri 4.0 mencakupi sembilan (9) penemuan pelbagai teknologi baharu seperti
automasi, Internet of Things (IoT), analisis dan big data, simulasi, integrasi sistem, penggunaan robotik,
siber keselamatan dan cloud yang bakal merancakkan kemajuan landskap dunia moden.

Rajah 1: Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0)

Anda dikehendaki memilih sekurang-kurangnya *TIGA (3) teknologi baharu dalam IR 4.0 yang anda
kenalpasti dan seterusnya mencipta dan satu dokumen mengenai tekologi baharu dalam IR 4.0 tersebut
menggunakan perisian MS Word. Semua dokumen MESTILAH sediakan didalam satu fail sahaja termasuk
muka depan.

Isi Kandungan
i. Definasi bagi setiap TIGA (3) teknologi baharu dalam IR 4.0. (6 Markah)
ii. Bagaimana kefungsian setiap teknologi baharu dalam IR 4.0? (6 Markah)
iii. Senaraikan DUA (2) kebaikan dan keburukan setiap teknologi baharu dalam IR 4.0. (8 Markah)
iv. Berikan DUA (2) contoh negara yang telah melaksanakan teknologi baharu dalam IR 4.0. Huraikan
teknologi baharu tersebut? (4 Markah)
v. Huraikan TIGA (3) cabaran revolusi industry 4.0 yang dihadapi oleh sektor swasta (pembuatan/
pengilang) dan sektor kerajaan di Malaysia? (6 Markah)

Dokumen anda perlu memenuhi keperluan berikut:

 Menggunakan Bahasa Malaysia.


 Tetapkan saiz kertas kepada saiz A4
 Sekurang-kurangnya 2 mukasurat dalam layout landscape.
 Antara isi kandungan yang boleh dimasukkan (tidak terhad) adalah seperti di bawah

Copyright: Mohd Tarmizi Musa


9
STID1103 Aplikasi Komputer Dalam Pengurusan Semester Oktober Sesi 2021/2022

 Tajuk
 Isi Kandungan (mukasurat i)
 Senarai Jadual (mukasurat ii)
 Senarai Rajah (mukasurat iii)
 Penggunaan teknologi baharu dalam IR 4.0 tersebut (huraian terperinci) - (mula mukasurat
1)
 Kesimpulan

 Panjang dokumen hendaklah di antara 10 hingga 12 mukasurat (tidak termasuk mukasurat roman).

Nota:
 Anda dikehendaki menggunakan ciri-ciri yang terdapat di dalam MS Word seperti isi kandungan
(Table of Content), senarai jadual/rajah (List of Figure/Table) dan sebagainya semasa penyediaan
dokumen ini.
 Anda juga dikehendaki menggunakan ciri-ciri lain yang terdapat dalam perisian MS Word seperti:-
 Pernomboran (Numbering) – contoh. 1.1, 1.2, 1.1.2 (bagi tajuk/subtajuk)
 Jadual (Table)
 Gambar (Pictures), Icons
 Kotak teks (Text Box)
 WordArt, SmartArt
 Borders
 Bullets
 Ciri-ciri lain yang sesuai

 Maklumat yang terkandung dan daya kreativiti anda akan mempengaruhi markah tugasan ini.

Kaedah Penghantaran:
 Memuatnaik (upload softcopy) dokumen anda dalam format MS Word *.doc atau *.docx ke
UUM online learning.
 Berikan nama fail tugasan 1 : nomatrik_tugasan1.docx (contoh: 99999_tugasan1.docx)

 Markah: 30 markah (10%)

*Sila sahkan pemilihan TIGA (3) teknologi baharu dalam IR 4.0 tersebut dengan pensyarah
anda.

Tarikh Akhir Penghantaran: Sebelum Pertemuan ke 2 (27/11/2021) – OL UUM

Copyright: Mohd Tarmizi Musa


10

Anda mungkin juga menyukai