Anda di halaman 1dari 33

Kajian mini ini dijalankan bagi

menganalisis item yang dipilih iaitu


Peperiksaan Akhir Tahun 2017 bagi mata
pelajaran Teknologi Maklumat dan
Komunikasi Tahun 6 berdasarkan
penggunaan indeks kesukaran item dan
indeks diskriminasi item.

ANALISIS ITEM
MPPR 1103
INTRODUCTION TO MEASUREMENT
AND EVALUATION
(DR ADIBAH BINTI ABDUL LATIF)

SITI SARAH BINTI BAHAROM


MPP 172025
KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT

1 PENGENALAN 2
2 LATAR BELAKANG MASALAH 4
3 PENYATAAN MASALAH 5
4 OBJEKTIF 5
5 METODOLOGI 5
6 ANALISIS 8
6.1 Data Mentah 8
6.2 Statistik Item 10
6.3 Graf Indeks Kesukaran Vs Indeks
Diskriminasi 14
7 PERBINCANGAN 16
8 KESIMPULAN 22
9 RUJUKAN 23
10 LAMPIRAN 24

1
1. PENGENALAN

Mata Pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) diajar kepada


murid Tahap II sekolah rendah sebagai persediaan ke sekolah menengah yang
menekankan kepada penguasaan ilmu pengetahuan berkaitan teknologi
maklumat dan kemahiran insan seimbang.

Matlamat Standard Kurikulum TMK Tahap II adalah untuk menyediakan


penanda aras pencapaian murid dari Tahun 4 hingga Tahun 6. Ini adalah bagi
memastikan murid menguasai pengetahuan dan kemahiran khusus disiplin ilmu
TMK yang perlu dipelajari, menggalakkan kreativiti dan menyediakan
pembelajaran yang menarik.

Di akhir pembelajaran TMK Tahap II, murid akan dapat:

i. memahami tentang perisian dan peranti komputer;


ii. memahami ukuran data dan keselamatan komputer;
iii. menggunakan pengetahuan multimedia dan aplikasi khusus untuk
membangunkan persembahan multimedia tak linear;
iv. memahami rangkaian komputer dan fungsi internet;
v. memahami data, maklumat dan membangunkan pangkalan data;
vi. mengenali pengaturcaraan dan memahami algoritma untuk
membangun atur cara; dan
vii. menjana idea dan maklumat secara kreatif dan inovatif.

Peruntukan waktu bagi mata pelajaran TMK ialah sebanyak 60 minit


seminggu diajar secara bergilir dengan mata pelajaran Reka Bentuk dan
Teknologi (RBT) selama setahun.

Standard Kurikulum TMK terbahagi kepada Standard Kandungan dan


Standard Pembelajaran. Standard Kurikulum Tahap II terdiri daripada lima modul
iaitu Dunia Komputer, Eksplorasi Multimedia, Sistem Rangkaian dan Dunia
Internet, Dunia Pangkalan Data dan Pengaturcaraan. Standard Kandungan ini
memberikan petunjuk tahap kebolehan dalam lingkungan Standard Pembelajaran
TMK. Standard Kandungan dalam lingkungan Standard Pembelajaran akan
diperkenalkan dan dikuasai oleh murid. Murid Tahun 6 hanya terlibat dengan
modul ke-lima sahaja iaitu Pengaturcaraan. Standard kandungan yang terdapat
dalam setiap modul adalah seperti dalam Jadual 1.

2
Jadual 1: Standard Kandungan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

MODUL PENERANGAN
Dunia Komputer Modul ini diperkenalkan kepada murid
i. Memperihal Komputer dan untuk memmuridi bagaimana sebuah
Fungsinya sistem komputer itu berfungsi,
memahami fungsi perisian dan peranti
ii. Mengenal Perisian Komputer
yang terlibat, berupaya memanipulasi
iii. Memahami Peranti Komputer ukuran data, serta mampu menjaga
iv. Memahami Ukuran Data keselamatan data dan komputer.
v. Menjaga Keselamatan Data
dan Komputer
Eksplorasi Multimedia Modul ini diperkenalkan kepada murid
i. Mengkaji Multimedia untuk menunjukkan bagaimana
maklumat dipersembahkan dalam
ii. Menggunakan Aplikasi
bentuk multimedia, membina bahan
Khusus untuk Membangun
multimedia menggunakan aplikasi
Bahan Multimedia
khusus dan membangunkan
iii. Membangun Persembahan persembahan multimedia interaktif tak
iv. Multimedia Interaktif Tak linear
Linear
Sistem Rangkaian dan Dunia Modul ini merangkumi topik rangkaian
Internet dan internet secara teori dan amali.
i. Mengenal Rangkaian Murid akan diberikan pengetahuan
Komputer mengenai rangkaian yang
membolehkan komputer berinteraksi
ii. Memahami Fungsi Peranti
antara satu sama lain, perkhidmatan
Rangkaian Komputer
dalam Internet serta kemahiran
iii. Mengenal Internet membangunkan laman blog.
Dunia Pangkalan Data Modul ini diperkenalkan kepada murid
i. Memahami Data dan untuk mengenali data dan maklumat,
Maklumat memmuridi ciri-ciri pangkalan data dan
jenis data dalam pangkalan data serta
ii. Mengkaji Sistem Pangkalan
membangunkan satu sistem pangkalan
Data
data yang mudah.
iii. Membangunkan Sistem
Pangkalan Data
Pengaturcaraan Modul ini akan melatih murid belajar
i. Memahami Pengaturcaraan menggunakan pemikiran logik dalam
menyelesaikan masalah melalui
ii. Menggunakan Algoritma
penggunaan aplikasi pengaturcaraan.
Melalui Pseudokod dan Carta
Murid juga akan memmuridi proses
Alir
yang terlibat dalam membangunkan
iii. Mengatur cara dan Menguji sesuatu atur cara melalui pendekatan
iv. Menghasilkan Projek pembangunan atur cara yang sistematik
Pengaturcaraan dan mudah.

3
2. LATAR BELAKANG

Menguji ujian bilik darjah (analisis item) adalah satu keperluan sebelum ujian
bilik darjah boleh ditadbir. Ujian bilik darjah harus dinilai bagi memastikan ia dapat
berfungsi dengan berkesan. Gronlund & Linn (1990) telah menghasilkan satu
senarai semak yang boleh digunakan untuk membantu menilai ujian yang dibina:

Rajah 1: Senarai Semak Penilaian Ujian Bilik Darjah

Manfaat analisis item tidak terhad kepada penambahbaikan item ujian


semata-mata. Faedah lain yang diperolehi daripada analisis item adalah:
 data analisis item dapat menyediakan asas untuk perbincangan kelas
yang mantap berkaitan keputusan ujian;
 data analisis item menyediakan asas untuk kerja pemulihan;
 data analisis item menyediakan asas untuk penambahbaikan umum
arahan kelas (PdP); dan
 prosedur analisis item dapat meningkatkan kemahiran dalam
pembinaan ujian.

4
3. PENYATAAN MASALAH

Amalan yang biasa dilakukan setelah sesuatu ujian bilik darjah telah selesai
(penskoran dan perbincangan keputusan) adalah membuang ujian tersebut.
Amalan ini adalah sia-sia memandangkan penyediaannya yang memerlukan
perancangan yang teliti dan kerja keras (Gronlund & Linn, 1990). Guru
mempunyai sedikit bukti berkaitan kualiti ujian yang digunakan. Biasanya ia
diperoleh daripada kritikan murid atau rakan guru yang lain semasa perbincangan
dijalankan. Ujian tersebut boleh digunakan semula dengan menilai keberkesanan
item ujian. Kaedah ini juga dapat meningkatkan kualiti item yang dibina.

Salah satu kesilapan yang paling biasa dibuat oleh pengguna baru dalam
analisis item adalah bahawa mereka percaya analisis ujian adalah dilakukan
secara keseluruhan, bukan per item itu sendiri (Salkind, 2012). Analisis item
adalah untuk setiap item dalam satu masa. Jadi, jika item ujian ialah 50, maka
indeks kesukaran dan indeks diskriminasi boleh dikira untuk setiap item pada
ujian itu (50 set nilai indeks kesukaran dan diskriminasi). Amalan mendapatkan
purata bagi kedua-dua indeks ini untuk keseluruhan item adalah tidak wajar
kerana tujuan analisis item ini adalah untuk mendapatkan maklum balas
mengenai berapa baik item tersebut. Kemudian item tersebut boleh disemak
semula supaya dapat digunakan dengan lebih baik pada masa akan datang atau
bagi tujuan bank item.

4. OBJEKTIF

Mini kajian ini dijalankan bagi mencapai objektif berikut:

i. Menganalisis item dari aspek diskriminasi item dan kesukaran item


ii. Menentukan keberkesanan item dengan menjawab persoalan berikut:

a. Adakah ujian rujukan norma dapat membezakan antara pencapaian


tinggi dan rendah (diskriminasi)?
b. Adakah kesukaran item ujian sesuai?
c. Adakah item ujian bebas daripada petunjuk tidak relevan dan
kecacatan lain?
d. Adakah setiap distraktor berkesan?

5. METODOLOGI

Bagi kebanyakan ujian bilik darjah rujukan-norma, analisis item yang


dipermudahkan adalah memadai kerana bilangan murid dalam sesebuah kelas
ialah antara 20-40 orang. Sepuluh murid berpencapaian tinggi dan 10 murid
berpencapaian rendah dipilih untuk dianalisis jawapan mereka. Tetapi, bagi tujuan

5
mini kajian ini, analisis item dijalankan secara manual melalui perisian Microsoft
Excel 10.0 berasaskan teori ujian klasik kerana bilangan sampel yang terlalu
sedikit iaitu 14 orang. Ia melibatkan kesemua murid di dalam kelas 6 Nilam.
Proses yang terlibat adalah:

i. Dengan menggunakan aplikasi yang mudah seperti Microsoft Excel


markah mentah dikunci masuk.
ii. Markah mentah murid dan pilihan jawapan bagi setiap item dikunci
masuk dengan tepat.
iii. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan, 7 orang Kumpulan Atas (skor
tertinggi) dan 7 orang Kumpulan Bawah (skor rendah)
iv. Indeks Kesukaran setiap item dihitung (peratusan murid yang mendapat
item tersebut betul).
v. Indeks diskriminasi dihitung bagi setiap item (perbezaan antara bilangan
murid di bahagian atas dan bawah yang mendapat item tersebut betul)
vi. Keberkesanan setiap distraktor bagi setiap item dinilai keberkesanannya
berdasarkan pilihan jawapan murid.
vii. Perbincangan dan intepretasi berkaitan keberkesanan item dijalankan
berpandukan Jadual 2 dan Jadual 3.

5.1. Indeks Kesukaran (p)

Indeks kesukaran (p) menunjukkan jumlah respon yang betul dalam


kedua-dua kumpulan. Pengukuran nilai p adalah bertujuan untuk mengenal
pasti konsep yang perlu diajar semula, iaitu apabila guru mendapati item yang
dibina tidak dapat dijawab oleh sebahagian besar murid. Selain itu, nilai p
juga mampu mengenal pasti dan melaporkan kekuatan dan kelemahan
bahagian-bahagian kurikulum, iaitu sama ada murid dapat menguasai
sesuatu sukatan itu. Nilai p turut memberi maklum balas kepada murid
tentang kekuatan dan kelemahan mereka bagi setiap tajuk pengajaran yang
diuji. Nilai p boleh dihitung menggunakan formula berikut:

p = NT + NR
T

di mana;

p = indeks kesukaran
NT = jumlah murid dalam kumpulan atas
NR = jumlah murid dalam kumpulan bawah
T = jumlah murid keseluruhan

6
Jadual 2: Interpretasi bagi nilai Indeks Kesukaran (p)

Indeks kesukaran Pentafsiran Item Keputusan


p > 0.8 Terlalu Mudah Ubah suai item
0.6 < p < 0.8 Mudah Item sesuai dan boleh diterima
0.4 < p < 0.6 Sederhana Sukar Item amat sesuai
0.2 < p < 0.4 Sukar Item sesuai dan boleh diterima
0.00 < p < 0.20 Terlalu Sukar Ubah suai item
(Mehrens dan Lehmann, 1984)

Menurut Nitko (2004), nilai indeks kesukaran yang ideal ialah di antara
0.30 – 0.80 @ 30% - 80 %.

5.2. Indeks Diskriminasi (d)

Indeks Diskriminasi (d) digunakan untuk pengukuran tentang sejauh


mana sesuatu item dapat membezakan kumpulan murid berpencapaian tinggi
dan rendah. Mehrens dan Lehmann (1984) berpendapat bahawa item yang
baik akan dapat membezakan atau mendiskriminasikan antara murid yang
berkeupayaan rendah dan yang berkeupayaan tinggi. Julat nilai d boleh
berada dalam lingkungan -1.00 hingga 1.00. Diskriminasi yang positif
menunjukkan bahawa item tersebut boleh dijawab oleh ramai murid kumpulan
tinggi tetapi ramai murid kumpulan rendah tidak dapat menjawabnya dengan
betul. Diskriminasi yang negatif pula menunjukkan bahawa item tersebut
tidak boleh dijawab oleh ramai murid kumpulan tinggi tetapi kumpulan rendah
pula yang boleh menjawabnya. Nilai d boleh dihitung melalui penggunaan
persamaan yang berikut:

d = NT - NR
0.5T

di mana;

d = indeks diskriminasi
NT = jumlah murid dalam kumpulan atas
NR = jumlah murid dalam kumpulan bawah
T = jumlah murid keseluruhan

7
Jadual 3: Interpretasi bagi nilai Indeks diskriminasi (d)

Indeks
Pentaksiran Item Keputusan
diskriminasi (d)

d > 0.40 Diskriminasi positif yang Item amat sesuai dan


tinggi/item sangat baik diterima

0.30 < d < 0.39 Diskriminasi positif yang Item sesuai dan diterima
sederhana/ item baik

0.20 < d < 0.29 Diskriminasi positif yang Item agak baik dan
rendah/ item sederhana baik boleh diterima

0.10 < d < 0.19 Diskriminasi positif yang Item marginal, perlu
sangat rendah/ item kurang diubahsuai
baik

d<0 Diskriminasi negatif/ item Item perlu dibuang atau


tidak baik disemak semula

(Ebel dalam Hopkins dan Stanley, 1941)

6. ANALISIS

Kertas Peperiksaan Akhir Tahun 2017 untuk mata pelajaran Teknologi


Maklumat dan Komunikasi (TMK) adalah kertas ujian sumatif berbentuk soalan
objektif (aneka pilihan jawapan). Terdapat 30 item kesemuanya dengan empat
alternatif jawapan A, B, C dan D. Analisis yang ditunjukkan adalah bagi setiap item.
Maka perbincangan yang dijalankan akan berdasarkan satu item dalam satu masa.

6.1. Data mentah

Skor dan pilihan jawapan murid 6 Nilam bagi Peperiksaan Akhir Tahun
(PAT) 2017 untuk mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK) adalah seperti dalam Jadual 4.

8
Jadual 4: Skor Dan Alternatif Jawapan Murid 6 Nilam Bagi Kertas Teknologi Maklumat & Komunikasi Peperiksaan Akhir Tahun 2017
(Ujian Objektif)
KUMPULAN

MARKAH
NAMA

NOMBOR ITEM
PENUH
ID
MURID

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30
Kunci 100 D A A C A C A B D D B D A D D B A C B D D D B D D A C D C A
A11 nisha 82 D A B C B C A B D A D C A B C C A C B D D D B D C A C D C A
A06 nurqistina 78 D A D C B A A B C B D C A B B D A C B D D D B D D A C D B A
ATAS (A)

A02 htadusrie 74 D C A A B C A B D D B D A D B C B D A B D C B D A C C D C B
A04 shaarminie 74 A A A B D C A B D B D D A D D A D A B C D A B B D A C D B C
A01 shamyuktha 72 A A C B D C A B C A B A D D D A C A B D D D B A D A C D A B
A07 munirah 72 D A D B D C A B D D C D D A B B A D C B D A D D A A C D B A
A09 nurlatla 72 D A B B A C A B D A B C A B B C C B D A D D B D A A C D B C
A10 puteri 70 C A B B C B A B D B D A A C D C A B C D D C B D C A B D C A
A13 saffa 70 D A D B B A C B A A B B A A B C A B D A D D B D D A C D B A
BAWAH (B)

A08 nursabrina 68 A B B C A D A B D D C B A A C B D C A B D D C B C A C D A C
A12 diana 68 D A B C B C D C A A D B D D B C C A D B D B B D D A C D C A
A14 nurul fateha 68 D A B B A A A B A C C B A C B C A A B C D A B D D B C D B C
A03 gittasry 60 D A B C B A C A A A C B A C A D C B A A D C B D C B C D A B

A05 preissha 56 D C B A D C C B A D C D D B B C B D A C D A B C B A A C D B
6.2. Statistik Item

Indeks kesukaran item (p) dan indeks diskriminasi (d) bagi 30 item
tersebut adalah seperti dalam Jadual 5. Kedua-dua indeks ini
dibandingkan untuk menghasilkan keputusan/ penilaian terhadap
keberkesanan item tersebut.

Jadual 5: Analisis Item Kertas TMK Tahun 6 PAT 2017

Nombor Statistik Item Penilaian


Keputusan
Item p %p d d p
1 0.71 71 0.00 Marginal Mudah Ubah Suai
Kurang
2 0.79 79 0.14 Mudah Ubah Suai
Baik
Sederhana Sangat
3 0.14 14 0.29 Ubah Suai
Baik Sukar

4 0.36 36 -0.14 Tidak Baik Sukar Buang/ Baiki

5 0.21 21 -0.14 Tidak Baik Sukar Buang/ Baiki

Sangat Terima (Amat


6 0.57 57 0.57 Sederhana
Baik Sesuai)

Sangat Terima (Amat


7 0.71 71 0.57 Mudah
Baik sesuai)

Sederhana Sangat
8 0.86 86 0.29 Ubah Suai
Baik Mudah

Sangat Terima (Amat


9 0.50 50 0.43 Ideal
Baik Sesuai)

10 0.29 29 0.00 Marginal Sukar Ubah Suai

Sederhana
11 0.29 29 0.29 Sukar Terima
Baik
Sederhana
12 0.29 29 0.29 Sukar Terima
Baik

13 0.71 71 0.00 Marginal Mudah Ubah Suai

10
Statistik Item Penilaian
Nombor
Keputusan
Item p %p d d p

Sederhana
14 0.29 29 0.29 Sukar Terima
Baik
Kurang
15 0.21 21 0.14 Sukar Ubah Suai
Baik
Sangat
16 0.14 14 0.00 Marginal Ubah Suai
Sukar
17 0.43 43 0.00 Marginal Sederhana Ubah Suai
Kurang
18 0.21 21 0.14 Sukar Ubah Suai
Baik
Sangat Terima (Amat
19 0.36 36 0.43 Sukar
Baik Sesuai)
Sederhana
20 0.29 29 0.29 Sukar Terima
Baik
Sangat
21 1.00 100 0.00 Marginal Ubah Suai
Mudah
Sederhana
22 0.43 43 0.29 Sederhana Terima
Baik
Sangat
23 0.86 86 0.00 Marginal Ubah Suai
Mudah

24 0.71 71 0.00 Marginal Mudah Ubah Suai

25 0.43 43 0.00 Marginal Sederhana Ubah Suai

Kurang
26 0.79 79 0.14 Mudah Ubah Suai
Baik

Sederhana Sangat
27 0.86 86 0.29 Ubah Suai
Baik Mudah

Kurang Sangat
28 0.93 93 0.14 Ubah Suai
Baik Mudah

29 0.29 29 0.00 Marginal Sukar Ubah Suai

30 0.43 43 0.00 Marginal Sederhana Ubah Suai

11
Jadual 6: Frekuensi Pilihan Jawapan Murid Bagi Kertas TMK Tahun 6 PAT
2017

NOMBOR KUMPULAN ALTERNATIF JAWAPAN


ITEM MURID A B C D JUMLAH
A 2 0 0 5 7
1 B 1 0 1 5 7
JUMLAH 3 0 1 10 14
A 6 0 1 0 7
2 B 5 1 1 0 7
JUMLAH 11 1 2 0 14
A 2 2 1 2 7
3 B 0 6 0 1 7
JUMLAH 2 8 1 3 14
A 1 4 2 0 7
4 B 1 3 3 0 7
JUMLAH 2 7 5 0 14
A 1 3 0 3 7
5 B 2 3 1 1 7
JUMLAH 3 6 1 4 14
A 1 0 6 0 7
6 B 3 1 2 1 7
JUMLAH 4 1 8 1 14
A 7 0 0 0 7
7 B 3 0 3 1 7
JUMLAH 10 0 3 1 14
A 0 7 0 0 7
8 B 1 5 1 0 7
JUMLAH 1 12 1 0 14
A 0 0 2 5 7
9 B 5 0 0 2 7
JUMLAH 5 0 2 7 14
A 3 2 0 2 7
10 B 3 1 1 2 7
JUMLAH 6 3 1 4 14
A 0 3 1 3 7
11 B 0 1 4 2 7
JUMLAH 0 4 5 5 14
A 1 0 3 3 7
12 B 1 5 0 1 7
JUMLAH 2 5 3 4 14
A 5 0 0 2 7
13 B 5 0 0 2 7
JUMLAH 10 0 0 4 14

12
NOMBOR KUMPULAN ALTERNATIF JAWAPAN
ITEM MURID A B C D JUMLAH
A 1 3 0 3 7
14 B 2 1 3 1 7
JUMLAH 3 4 3 4 14
A 0 4 1 2 7
15 B 1 4 1 1 7
JUMLAH 1 8 2 3 14
A 2 1 3 1 7
16 B 0 1 5 1 7
JUMLAH 2 2 8 2 14
A 3 1 2 1 7
17 B 3 1 2 1 7
JUMLAH 6 2 4 2 14
A 2 1 2 2 7
18 B 2 3 1 1 7
JUMLAH 4 4 3 3 14
A 1 4 1 1 7
19 B 3 1 1 2 7
JUMLAH 4 5 2 3 14
A 1 2 1 3 7
20 B 2 2 2 1 7
JUMLAH 3 4 3 4 14
A 0 0 0 7 7
21 B 0 0 0 7 7
JUMLAH 0 0 0 14 14
A 2 0 1 4 7
22 B 2 1 2 2 7
JUMLAH 4 1 3 6 14
A 0 6 0 1 7
23 B 0 6 1 0 7
JUMLAH 0 12 1 1 14
A 1 1 0 5 7
24 B 0 1 1 5 7
JUMLAH 1 2 1 10 14
A 3 0 1 3 7
25 B 0 1 3 3 7
JUMLAH 3 1 4 6 14
A 6 0 1 0 7
26 B 5 2 0 0 7
JUMLAH 11 2 1 0 14
A 0 0 7 0 7
27 B 1 1 5 0 7
JUMLAH 1 1 12 0 14

13
NOMBOR KUMPULAN ALTERNATIF JAWAPAN
ITEM MURID A B C D JUMLAH
A 0 0 0 7 7
28 B 0 0 1 6 7
JUMLAH 0 0 1 13 14
A 1 4 2 0 7
29 B 2 2 2 1 7
JUMLAH 3 6 4 1 14
A 3 2 2 0 7
30 B 3 2 2 0 7
JUMLAH 6 4 4 0 14

* Petunjuk: Kunci jawapan


A Kumpulan Atas (Murid berpencapaian tinggi)
B Kumpulan Bawah (Murid berpencapaian rendah)

Frekuensi alternatif jawapan pula digambarkan dalam Jadual 6 bagi


menjalankan penilaian terhadap fungsi distraktor. Terdapat 11 item
yang mengandungi distraktor yang tidak berfungsi dan item 21
menunjukkan fungsi item yang paling lemah kerana ia terlalu mudah
dan kesemua distraktornya tidak berfungsi.

6.3. Graf Indeks Kesukaran Vs Indeks Diskriminasi

Taburan item bagi kertas TMK PAT 2017 murid 6 Nilam lebih jelas
digambarkan dalam Rajah 2. Item yang paling ideal adalah pada
%indeks kesukaran 50% dan indeks diskriminasi +1.00 (Salkind,
2012). Graf menunjukkan terdapat 4 item sahaja iaitu item 6, 7, 9, dan
19 yang terkandung dalam kawasan item yang sesuai dan boleh
diterima tanpa pengubahsuaian. Namun terdapat juga 5 item yang
boleh diterima kerana indeks diskriminasi yang sederhana baik iaitu
item 11,12, 14, 20 dan 22. Rumusan keseluruhan item dinyatakan
dengan lebih terperinci dalam Jadual 7. Faktor yang mempengaruhi
keberkesan item ini dan cadangan pengubahsuaian dihuraikan dengan
lebih mendalam dalam bab perbincangan.

14
Rajah 2: Taburan Analisis Item Kertas TMK Tahun 6 PAT 2017

d > 0.3 (item sesuai


dan boleh diterima)

30 < p < 80 (item sesuai dan


boleh diterima)

Jadual 7: Kesimpulan Analisis Item Kertas TMK Tahun 6 PAT 2017

7.1. Diskriminasi Item 7.2. Kesukaran Item

Frekuensi Klasifikasi Frekuensi


Klasifikasi Item % %
Item Item Item
Marginal 11 37 Sangat Mudah 5 17
Tidak Baik 2 7 Mudah 6 20
Kurang Baik 5 17 Ideal 1 3
Sederhana Baik 8 27 Sederhana 5 17
Baik 0 0 Sukar 11 37
Sangat Baik 4 13 Sangat Sukar 2 7
Jumlah 30 100 Jumlah 30 100

15
7.3. Keputusan Tindakan

Frekuensi
Klasifikasi Item %
Item
Terima (Amat
4 13
Sesuai)
Terima 5 17
Ubah Suai 19 63
Buang/ Baiki 2 7
Jumlah 30 100

Berdasarkan Jadual 7, 20% item TMK Tahun 6 PAT 2017 adalah sesuai dan
boleh diterima. Manakala 19 item perlu diubahsuai dan 2 item perlu diteliti semula
samada perlu dibuang atau diperbaiki.

7. PERBINCANGAN

Sepertimana yang diterangkan dalam bab terdahulu, perbincangan akan


dijalankan secara individu bagi setiap item. Aspek yang dibincangkan adalah hasil
daripada analisis indeks diskriminasi, indeks kesukaran dan kefungsian distraktor
bagi setiap item. Analisis ini adalah sangat bergantung kepada kemampuan
murid. Bagi sesetengah item yang pada pendapat guru adalah sangat bagus akan
dipengaruhi oleh kemampuan pelajar untuk menjawabnya. Item yang lengkap
disertakan dalam Lampiran 1.

Item 1 adalah item marginal, item yang tidak dapat mendiskriminasikan murid
berpencapaian tinggi dan rendah kerana indeks diskriminasinya 0. Alternatif A
adalah distraktor yang lemah kerana ia menarik perhatian murid kumpulan atas
lebih daripada kumpulan bawah. Manakala alternatif B adalah distraktor yang
tidak berkesan kerana tiada murid yang memilihnya. Alternatif C pula berfungsi
seperti yang sepatutnya kerana ia menarik perhatian murid kumpulan bawah
sahaja. Masalah utama dalam item ini adalah wujudnya kekeliruan dalam
alternatif iaitu dari segi penggunaan bahasa bukan dari segi kandungan. Alternatif
A dan kunci jawapan D mempunyai maksud yang hampir sama tetapi
menggunakan ayat pasif dan aktif. Alternatif A boleh diubahsuai dengan
menggunakan jenis ayat yang sama iaitu Komputer ialah alat elektrik yang
berupaya menerima data untuk menghasilkan maklumat. Manakala alternatif B
pula boleh diubah kepada komputer ialah alat elektrik yang berupaya untuk
menerima dan memproses data.

16
Item 2 mempunyai nilai indeks diskriminasi yang positif namun kurang baik
(0.14). Ini mungkin disebabkan oleh ketidakberkesanan distraktornya seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 6. Alternatif D adalah distraktor yang tidak berfungsi
kerana tiada murid yang memilihnya. Ia bleh diubahsuai kepada komputer meja.
Manakala alternatif C boleh diubah kepada komputer riba.

Item 3 mempunyai indeks diskriminasi yang sederhana baik dan boleh


diterima, namun ia mencatatkan tahap kesukaran yang sangat sukar. Semua
distraktor didapati dipilih secara seimbang oleh murid kumpulan atas kerana
kemungkinan murid tidak mengetahui jawapannya. Item ini adalah berkaitan fakta,
jadi ia sangat bergantung kepada keupayaan atau pengetahuan murid yang
menjawab. Maka saya mencadangkan item ini tidak perlu diubahsuai sepertimana
yang dicadangkan daripada hasil analisis, sebaliknya ia dikekalkan dan diuji
kepada kumpulan murid yang lain pula atau guru perlu mengajar semula topik
berkenaan kerana penguasaan murid yang lemah dalam topik ini.

Item 4 pula menunjukkan indeks diskriminasi negatif yang bermaksud lebih


ramai murid kumpulan bawah yang mendapat betul bagi item ini. Alternatif D
adalah distraktor yang tidak berfungsi maka ia boleh diubah kepada Notepad.
Manakala alternatif B pula tidak berkesan kerana ia menarik lebih ramai murid
kumpulan atas. Jadi ia boleh diubah kepada Microsoft Office. Item yang berindeks
negatif biasanya disebabkan wujudnya kesamaran dalam item. Tetapi secara
peribadi, saya berpendapat item ini tidak menunjukkan kesamaran dan tiada
kekeliruan dalam alternatif. Sebaliknya seperti item 3, murid menunjukkan
keupayaan yang rendah dalam topik ini.

Item 5 juga menunjukkan nilai indeks diskriminasi yang negatif. Item


berbentuk padanan masa sangat tidak menguji kognitif murid, ia sekadar menguji
ingatan murid dan ia menggalakkan masalah “guessing”. Masalah ini boleh diatasi
dengan menggunakan teori respon item tetapi bagi kes ini, bilangan sampel yang
terlalu sedikit tidak membenarkan analisis berdasarkan teori ini dijalankan. Maka,
item 5 dicadangkan supaya dibuang.

Item 6 adalah item yang sangat baik (d=0.57) dan mempunyai tahap
kesukaran yang sederhana. Kesemua distraktor juga menunjukkan keberkesanan
yang baik kecuali alternatif A menunjukkan seorang murid kumpulan atas
memilihnya. Namun saya berpendapat ia harus dikekalkan dan diterima pakai.

Item 7 adalah salah satu item yang sangat berkesan dengan indeks
diskriminasi yang sangat baik dan tahap kesukaran yang mudah. Kesemua murid
kumpulan atas menjawab dengan betul. Alternatif C dan D berfungsi sebagai
distraktor yang baik. Tetapi pilhan B tidak berfungsi kerana tiada murid yang
memilih jawapan ini kerana soalan telah mengandungi klu. Item ini boleh dibaiki
dengan menghilangkan/ memadam tulisan pada ikon yang ditunjukkan.

17
Item 8 mempunyai indeks diskriminasi yang sederhana baik, maka tahap
kesukarannya boleh diubahsuai seperti item 7 memandangkan item 7 hingga 9
adalah saling berkait. Item 9 mempunyai indeks diskriminasi yang sangat baik dan
tergolong dalam item yang amat sesuai. Namun saya berpendapat item ini masih
perlu diperbaiki seperti item 7 dan 8 kerana murid kumpulan tinggi cenderung
untuk memilih alternatif C dan D sahaja kerana klu yang diperolehi daripada item
8 dan 9. Saya mencadangkan alternatif yang berbeza digunakan bagi ketiga-tiga
item ini seperti C++, Pascal, Logo, Alice dan Arduino.

Item 10 adalah item marginal kerana tidak dapat mengukur perbezaan murid.
Item ini bukanlah item yang baik kerana ia adalah penyataan sebenar di dalam
buku teks. Malahan, guru didapati tersalah kunci jawapan kerana kunci jawapan
sebenar ialah alternatif A. Perbezaan yang ketara dalam alternatif D
membenarkan murid meneka ia adalah jawapan yang betul atau salah. Ia
dicadangkan ditukar kepada aplikasi aturcara. Alternatif B pula dicadangkan
ditukar kepada perisian aturcara.

Item 11 mencatatkan nilai d yang sederhana baik dan nilai p yang sukar.
Walaupun analisis statistik menunjukkan item ini boleh diterima, namun
berdasarkan analisis frekuensi pilihan jawapan murid, pengubahsuaian perlu
dilakukan terhadap alternatif A kerana ia merupakan distraktor yang tidak
berfungsi. Ia dicadangkan ditukar kepada arahan aturcara. Ramai murid
kumpulan atas memilih alternatif D, maka ia dicadangkan ditukar kepada aplikasi
aturcara.

Item 12 dicadangkan supaya diterima berdasarkan dapatan statistik item,


tetapi didapati alternatif C membuatkan murid berpencapaian tinggi keliru. Saya
mencadangkan supaya alternatif yang diberi melibatkan dua sahaja pilihan
jawapan yang betul. Contohnya:
I. satu set arahan tersusun
II. sebuah perisian komputer
III. dihasilkan oleh pengguna
IV. guna bahasa pengaturcaraan

A. I dan II
B. I dan IV*
C. II dan III
D. III dan IV

Item 13 adalah item marginal. Alternatif B dan C merupakan distraktor yang


tidak berfungsi. Klu sudah diberikan dalam stem, maka kebanyakan murid (10
orang) dapat menjawab dengan betul item ini. Penggunaan stem atur cara
komputer dicadangkan ditukar kepada set arahan bertertib. Alternatif B

18
dicadangkan ditukar kepada pemprosesan komputer dan Alternatif C sebagai
pengkodan komputer.

Item 14 didapati boleh diterima kerana mempunyai nilai d yang sederhana


baik dan nilai p yang sukar. Tetapi data frekuensi pilihan jawapan menunjukkan
alternatif B perlu diubah suai kerana menimbulkan kekeliruan bagi murid
kumpulan atas. Saya berpendapat item ini tidak perlu diubahsuai kerana alternatif
yang diberikan adalah tepat. Faktor keupayaan/pengetahuan murid mungkin
adalah penyebab kepada kekeliruan ini kerana alternatif D (scratch) adalah
sebuah aplikasi bukan amalan.

Item 15 menunjukkan ia perlu diubahsuai kerana indeks diskriminasinya yang


kurang baik. Namun saya tidak dapat mengulas item ini kerana ia tidak lengkap.
Situasi di atas yang dinyatakan di dalam stem tidak terkandung di dalam item
tersebut. Mungkin terdapat pembetulan kepada item ini yang tidak saya peroleh.
Namun secara peribadi, saya berpendapat item ini kurang baik kerana wujudnya
kekeliruan dalam alternatif yang diberikan. Kunci jawapan juga mencatatkan
angka yang salah D. VI,V,II,III,VI,I. Bagi mengelakkan kesalahan ini saya
mencadangkan supaya bilangan pilihan dihadkan kepada empat sahaja.

Item 16 adalah item marginal dan sangat sukar maka ia perlu diubahsuai.
Saya mencadangkan stem item diubah kepada apakah ciri pseudokod yang tiada
dalam algoritma? Alternatif C pula perlu diubah kepada Bahan. Manakala item A
pula diubah kepada Arahan. Kedua-dua alternatif ini menimbulkan kekeliruan di
kalangan murid kumpulan atas.

Item 17 didapati tidak dapat mendiskriminasikan murid berpencapaian tinggi


dan rendah. Tahap kesukarannya pula sederhana. Pilihan jawapan yang
seimbang bagi setiap alternatif menunjukkan murid tidak menguasai topik ini
(topik 2.2 simbol dalam carta alir). Kemungkinan murid tidak mempelajari topik ini
atau guru perlu mengajar semula topik ini. Item 18 juga menunjukkan dapatan
yang sama kerana ia melibatkan topik yang sama walaupun nilai d yang
dicatatkan adalah kurang baik, tapi ia menghampiri 0. (0.14). Item ini dicadangkan
dibuang.

Item 19 dicadangkan oleh analisis statistik sebagai item yang amat sesuai
kerana mencatatkan indeks diskriminasi yang sangat baik dan nilai p yang sukar.
Tetapi analisis frekuensi menunjukkan wujud kekeliruan di kalangan murid
kumpulan atas kerana ia dipengaruhi faktor keupayaan/ pengetahuan murid dan
item ini juga berada dalam topik yang sama dengan item 17 dan 18.

Walaupun item 20 mencatatkan nilai d yang sederhana baik, isu item ini
adalah sama dengan item 19. Ini bermakna item 17 hingga 19 menggunakan

19
stem yang sama. Saya mencadangkan penggunaan item sebegini dihadkan
kepada tiga sahaja bagi memastikan ujian ini adil dan berkualiti untuk murid.

Item 21 menunjukkan nilai d marginal dan nilai p sangat mudah. Ia juga


dinyatakan sebagai item yang paling lemah dalam analisis frekuensi pilihan
jawapan kerana 100% murid menjawab dengan betul dan kesemua distractor
tidak berfungsi. Saya berpendapat item ini peru dibuang. Tetapi sekiranya ingin
dikekalkan, penggunaan stimulus pelu ditukar contohnya proses di klinik
kesihatan atau proses perjalanan dengan keretapi.

Item 22 boleh diterima kerana mencatat indeks diskriminasi yang sederhana


baik dan kesukaran yang sederhana. Namun alternatif A dan C dicadangkan
untuk diubahsuai. Tetapi saya berpendapat stem item ini sendiri perlu diubahsuai.
Stem diubah kepada algoritma perlu memenuhi ciri-ciri berikut:
I. mempunyai input
II. menghasilkan output
III. menggunakan langkah ambigious
IV. menyelesaikan masalah dan betul

A. I dan II
B. I dan IV*
C. II dan III
D. III dan IV

Item 23 adalah item marginal dan sangat mudah, maka ia dicadangkan


supaya diubah suai. Distraktor A tidak berfungsi dan distraktor D menimbulkan
kekeliruan. Alternatif yang dicadangkan ialah:

A. Televisyen
B. Mesin Faks
C. Telefon Pintar*
D. Komputer riba

Item 24 menunjukkan nilai p yang tidak dapat membezakan murid


berpencapaian tinggi dan rendah. Aras kesukaran pula adalah mudah. Sekali lagi,
topik ini sudah dibincangkan dalam item 17 hingga 20. Saya mencadangkan item
ini boleh digunakan untuk menggantikan salah satu daripada item tersebut (17 -
20). Perbincangan isu item ini adalah sama dengan perbincangan item 17-20 iaitu
keupayaan pengetahuan murid.

Item 25 adalah item marginal dengan tahap kesukaran yang sederhana.


Maka ia dicadangkan supaya diubah suai. Distraktor A dicadangkan diubah
kepada alat yang mempunyai sistem pemanas yang lain seperti seterika atau

20
pemanas air bilik mandi, kerana menimbulkan kekeliruan di antara murid
kumpulan A.

Item 26 adalah item kategori mudah yang kurang baik. Ini mungkin
disebabkan kekeliruan di dalam penggunaan stem “teaching courseware”. Ia
dicadangkan ditukar kepada bahan pengajaran. Distraktor D tidak berfungsi, maka
dicadangkan diubah kepada:

I. I-think
II. VLE Frog
III. Facebook
IV. Whatsapps

A. I dan II*
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

Item 27 mencatatkan nilai d yang sederhana baik dan nilai p yang sangat
mudah. Analisis frekuensi menunjukkan distraktor D tidak berfungsi dan semua
pelajar kumpulan A menjawab dengan betul. Distraktor D boleh diubah kepada
mesin pengering.

Item 28 adalah item yang kurang baik pada tahap sangat mudah maka ia
perlu diubahsuai. Ia dibuktikan dalam analisis frekuensi pilihan jawapan di mana
distraktor A dan B tidak berfungsi. Hampir semua murid kumpulan B dapat
menjawab betul, maka kunci jawapan D perlu diubahsuai kepada Albert Einstein
(saintis) atau Thomas Edison (pencipta lampu) bukan pemain bola yang popular
seperti Cristiano Ronaldo.

Item 29 adalah item marginal pada tahap sukar. Distraktor B didapati


mengelirukan murid berpencapaian tinggi. Tetapi saya berpendapat, kekeliruan
yang timbul bukan atas faktor item sebaliknya dipengaruhi oleh keupayaan atau
tahap pengetahuan umum murid. Pengubahsuaian alternatif adalah seperti item 28
kerana item 28 hingga 30 menggunakan stem dan stimulus yang sama.

Akhir sekali, item 30 adalah item marginal dengan tahap kesukaran yang
sederhana. Ia dicadangkan untuk diubahsuai. Distraktor D tidak menjadi pilihan
murid kerana ia menjadi klu pada item 28. Perbincangan adalah sama seperti item
28 dan 29.

21
8. KESIMPULAN

Berdasarkan analisis dan perbincangan yang dijalankan, tindakan yang


diambil terhadap 30 item bagi kertas TMK Tahun 6 PAT 2017 dapat digambarkan
secara ringkasnya melalui Jadual 8.

Objektif kajian mini (i) menganalisis item dari aspek diskriminasi item dan
kesukaran item telah dihuraikan dengan mendalam di dalam bab analisis.
Manakala objektif kajian mini (ii) menentukan keberkesanan item dari aspek:

a. Diskriminasi Item

Ujian norma dapat membezakan murid berpencapaian tinggi dan


rendah sekiranya item dibina berdasarkan panduan yang diberikan.
Analisis item perlu ditadbir bagi memastikan item adalah berkualiti
dan adil kepada murid. Hasil perbincangan menunjukkan walaupun
item mempunyai indeks diskriminasi yang baik, namun item masih
perlu diperbaiki atas faktor-faktor item baik lain yang tidak dipenuhi.

b. Kesukaran Item

Hasil analisis menunjukkan item TMK Tahun 6 PAT 2017


mempunyai nisbah item mudah:sederhana:sukar iaitu 4:2:4.

c. Petunjuk tidak relevan dan kecacatan lain

Berdasarkan perbandingan Jadual 6 dan Jadual 8, terdapat 4 item


yang perlu dibaiki atas faktor mempunyai klu, penggunaan stem,
petunjuk tidak relevan dan kecacatan lain seperti yang dihuraikan
dalam bab perbincangan.

d. Keberkesanan Distraktor

Terdapat 11 item iaitu 37% item yang mengandungi distraktor yang


tidak berkesan. Cadangan pengubahsuaian distraktor berkenaan
telah dihuraikan dengan mendalam dan teliti. Penggunaan
distraktor yang berfungsi boleh mempengaruhi indeks diskriminasi
(d) item tersebut seperti item 6 yang mempunyai nilai d yang sangat
baik kerana kesemua distraktor adalah berkesan dalam menarik
perhatian murid kumpulan bawah melebihi kumpulan atas.

22
Jadual 8: Ringkasan Tindakan Terhadap 30 Item TMK Tahun 6 PAT 2017

Tindakan Nomber Item Frekuensi Item % Item

Terima 3, 6, 14, 17, 19 dan 20 6 20

1, 2, 4, 7, 10, 11, 12, 13,


Baiki 15, 22, 24, 25, 26, 29 dan 15 50
30

Mudahkan 16 1 3

Sukarkan 8, 9, 23, 27 dan 28 5 17

Buang 5, 18 dan 21 3 10

9. RUJUKAN

Bahagian Pembangunan Kurikulum (2014). Dokumen Sandard Kurikulum dan


Pentaksiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Sekolah Kebangsaan Tahun
Enam. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ebel dalam Kenneth D. Hopkins & Julian C. Stanley (1941). Educational and
Psychological Measurement and Evaluation. London:

Gronlund, N.E & Linn,R.L. (1990). Measurement and Evaluation in Teaching 6th ed.
New York: McMillan Publishing Company.

Mehrens, W.A & Lehmann, I.J. (1984). Measurement and Evaluation in Education
and Psychology (3rd ed.). Tokyo: Holt, Rinehart and Winston Holt-Saunders.

Nitko, A.J. (2004). Educational Assessments of Students. Englewood Cliffs,


NJ: Prentice Hall

Salkind, N.J (2013).Test & Measurement for People Who Hate Test & Measurement.
Los Angeles: Sage.

23
10. LAMPIRAN

24
25
26
27
28
29
30
31
32

Anda mungkin juga menyukai