Anda di halaman 1dari 128

KAJIAN KES ETNOMATEMATIK: GEOMETRI

PADA MOTIF SONGKET TENUN


TRADISIONAL MELAYU

oleh

MASNIRA RAMLI

Disertasi diserahkan untuk memenuhi


sebahagian keperluan bagi
Ijazah Sarjana Sains .Matematik

April2010
PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam Yang Maha

Penyayang kepada semua makhluk ciptaan-Nya. Selawat dan salam disampaikan

kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga serta sahabat-sahabat baginda.

Dalam usaha untuk menyiapkan kajian ini, rasa syukur dipanjatkan kepada

Allah SWT kerana dengan limpah rahmatNya dan keizinanNya, dapatlah kajian

yang bertajuk Kajian Kes Etnomatematik: Geometri Pada Motif Songket Tenun

Tradisional Melayu disiapkan. Bimbingan dan sokongan padu daripada orang

sekeliling amatlah dihargai. Segala nasihat, maklwnat, komen yang positif dan

segala-galanya untuk kebaikan bersama daripada pembimbing yang banyak

membimbing penulis dalam menyiapkan kajian ini iaitu Puan Noor Hayati Marzuki,

diucapkan setinggi-tinggi terima kasih, sesungguhnya tidak terbalas segala tunjuk

ajar dan pertolongan puan. Tidak lupa juga kepada ibubapa yang banyak berkorban

selama ini, adik-beradik, sahabat handai dan para pendidik yang lain yang banyak

membantu penulis. Segala budi, tunjuk ajar, pe1iolongan dan sebagainya tidak

mampu dibalas, hanya doa dan rahmatNya mampu dipohon untuk anda sekalian.

Sebagai penulis, besar harapan terhadap kajian ini dan diharapkan usaha ini

berguna kepada semua dalam mengembangkan ilmu dan pengetahuan. Segala

kelemahan dan kesilapan adalah kelemahan daripada penulis sendiri, oleh itu jika

terdapat sebarang kesilapan, harap ditegur dan dibetulkan demi manfaat bersama.
ii
JADUAL KANDUNGAN

Hal am an

PENGHARGAAN ii

JADUAL KANDUNGAN iii

SENARAI JADUAL vii

SENARAI RAJAH viii

SENARAI GAMBAR RAJAH xiii

ABSTRAK xiv

ABSTRACT XV

BAB 1: PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Kajian 3

1.3 Objektif 6

1.4 Soalan Kajian 7

1.5 Hipotesis Kajian 8

iii
1.6 Skop Kajian 9

1.7 Batasan Kajian 10

1.8 Kajian Terdahulu 11

BAB 2 : METADOLOGI

2.1 Pengenalan 12

2.2 Data Kualitatif dan Kuantitatif 13

BAB 3 : KAJIAN LITERATUR

3.1 Pengenalan 15

3.2 Pengenalan Geometri 16

3.2.1 Sejarah Awal Geometri 17

3.2.2 Sejarah Awal Geometri Islam 19

3.2.3 Konsep dan Struktur Ge01~1etri 22

3.3 Etnomatematik 31

3.4 Pengenalan Songket Tradisional Melayu 33

3.4.1 Sejarah 36

3.4.2 Proses Pembuatan Songket 38

3.4.3 Motif dan Corak Songket 40

3.4.4 Struktur Songket 45

iv
BAB 4 : APLIKASI GEOMETRI DALAM MOTIF DAN CORAK

SONGKET TRADISIONAL MELAYU

4.1 Pengenalan 49

4.2 Songk:et Tradisional dan Pemikiran Matematik Melayu 50

4.3 Maklumat Kajian 52

4.3.1 Kajian Kes 1 : Bunga Pecah Empat 52

4.3.2 Kajian Kes 2 : Tampuk Manggis 54

4.3.3 Kajian Kes 3 : Bunga Melur 55

4.3.4 Kajian Kes 4 : Bunga Cendawan 56

4.3.5 Kajian Kes 5 : Pucuk Rebung 58

4.4 Aplikasi Geometri Pada Motif Songket 61

4.4.1 Analisis Kajian Kes 1 : Bunga Pecah Empat 64

4.4.2 Analisis Kajian Kes 2 : Bunga Tampuk Manggis 70

4.4.3 Bunga Tampuk Manggis 3 : Bunga Melur 74

4.4.4 Analisis Kajian Kes 4 : Bunga Cendawan 79

4.4.5 Analisis Kajian Kes 5 : Pucuk Rebung 83

BAB 5 : PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 90

v
5.1.1 Soalan Kajian 1 90

5.1.2 Soal2.n Kajian 2 91

5.1.3 Soalan Kajian 3 93

5.1.4 Soalan Kajian 4 94

5.1.5 Soalan Kajian 5 94

5.2 Kesimpulan 96

RUJUKAN 98

LAMPIRAN

LAMPIRAN A 101

LAlVIPIRAN B 105

vi
SENARAI JADUAL

Halaman

Jadual 3.1 :Nama dan bilangan sisi poligon 30

Jadual 4.1 : Perbezaan antara susunan dua bentuk segi empat

yang berbeza 84

Jadual 4.2 : Perbezaan antara panjang dua sisi hipotenus,h 89

vii
SENARAI RAJAH

Halaman

Rajah 3.1 : Kedudukan garis simetri 23

Rajah 3.2 : Simetri pencerminan 24

Rajah 3.3 : Simetri putaran 24

Rajah 3.4 : Simetri translasi atau tetjemahan 24

Rajah 3.5 : Segitiga bersudut tepat 25

Rajah 3.6: Susunan gentingan segiempat sama sisi 26

Rajah 3.7: Gentingan bentuk segitiga 26

Rajah 3.8 : Gentingan bentuk segiempat 26

Rajah 3.9: Gentingan bentuk heksagon 26

Rajah 3.10: Paksi simetri 27

Rajah 3.11: Perulangan bentuk segitiga 28

Rajah 3.12 :Sarong 46

Rajah 3.13 : Selendang 47

viii
Rajah 4.1: Lengkung yang terhasil daripada sambungan

titik-titik pada motif songket 62

Rajah 4.2 : Putaran kelopak bunga rnelengkapi sudut 360° 65

Rajah 4.3 : Kedudukan garis sirnetri sernasa penyusunan segi

ernpat sarna sisi 65

Rajah 4.4 : Salah satu dari bentuk kelopak Bunga Pecah Ernpat 66

Rajah 4.5 : Garis sirnetri jenis pencerminan rnernbahagi sekata

antara dua bahagian struktur kelopak. 66

Rajah 4.6 : Salah satu jenis rnotifbunga pecah ernpat dengan garis

sirnetri 67

Rajah 4. 7 : Bentuk poligon bersisi tujuh bagi salah satu kelopak

bunga pecah ernpat 68

Rajah 4.8 : Bentuk poligon bersisi Iapan bagi salah satu kelopak

bunga pecah ernpat 68

Rajah 4.9 : Bentuk poligon bersisi enarn bagi salah satu kelopak

bunga pecah ernpat 69

Rajah 4.1 0 : Bentuk poligon bersisi tujuh bagi salah satu kelopak

bunga pecah ernpat 69

ix
Rajah 4.11 : Motifbunga tampuk manggis dan simetri putaran

kelopak bunga 70

Rajah 4.12 : kedudukan garis simetri pada sepasang kelopak

bunga tampuk manggis 71

Rajah 4.13 : Garis simetri jenis putaran pada kedudukan

kelopak bunga berbeza 71

Rajah 4.14: Sepasang kelopak bunga yang boleh dibentuk menerusi

susunan berulang bentuk segi empat sama sisi 72

Rajah 4.15 : Tapak(titik) kelopak bunga tampuk manggis bertemu 72

Rajah 4.16: Gambaranjarak penyusunan antara kelopak bunga

dan tapaknya 73

Rajah 4.17 : Poligon yang terbentuk dari kelopak bpnga tampuk manggis 73

Rajah 4.18: Kepelbagaian bentuk motifbunga melur 75

Rajah 4.19: Kedudukan garis simetri 75

Rajah 4.20 : Garis simetri pada jenis kelopak bunga melur yang

berbeza. 76

Rajah 4.21 : Kedudukan garis simetri pada motif salah satu bentuk

bunga melur dan putaran kelopak bunga untuk

X
pembentukan motif 77

Rajah 4.22: Bentuk poligon bersisi empat (atau rombus) bagi salah

satu kelopak bunga melur 78

Rajah 4.23 : Bentuk poligon bersisi enam bagi salah satu

jenis kelopak bunga melur 78

Rajah 4.24: Bentuk poligon bersisi empat (atau rombus) bagi salah

satu kelopak bunga pecah empat 78

Rajah 4.25 : Motifbunga cendawan 79

Rajah 4.26 : Rombus 80

Rajah 4.27 : Garis simetri pada kelopak bunga cendawan yang berbeza 81

Rajah 4.28 : Tapak(titik) pencantuman setiap kelopak bunga cendawan 81

Rajah 4.29 : Ruang b<1rsudut 90° yang menempatkan kelopak-kelopak

bunga 82

Rajah 4.30 : Bentuk poligon yang diterbitkan dari bentuk kelopak bunga

cendawan 83

Rajah 4.31 : Pembentukan asas pucuk rebung 84

Rajah 4.32 : Pucuk Rebung Be1juang 86

Rajah 4.33 : Kedudukan garis simetri pucuk rebung betjuang 87

xi
Rajah 4.34 : Pucuk Rebung Kendung 87

Rajah 4.35 : Kedudukan garis simetri pucuk rebung kendung 88

xii
SENARAI GAMBAR RAJAH

Halaman

Gambar Rajah 4.1: Bunga dengan empat kelopak 53

Gambar Rajah 4.2: Corak songket motifbunga pecah empat 53

Gambar Rajah 4.3: Buah manggis 54

Gambar Rajah 4.4: Songket motiftampuk manggis 55

Gambar Rajah 4.5: Bunga melur 56

Gambar Rajah 4.6: Salah satu jenis cendawan yang ada di Malaysia 57

Gambar Rajah 4.7: Songket motif cendawan 58

Gambar Rajah 4.8: Pucuk rebung 59

Gambar Rajah 4.9: Motifpucuk rebung ditenun pada bahagian

kepala kain 60

Gam bar Rajah 4.10 : Kepelbagaian bentuk motif pucuk rebung 61

Gambar Rajah 4.11: Bentuk-bentuk motifbunga pecah empat 64

xiii
ABSTRAK

Menenun songket merupakan satu seni agung yang telah lama betiapak di Malaysia.

Songket adalah sejenis tekstil bertenun benang emas atau perak. Ianya fabrik yang

penuh kemewahan, yang diguna pakai dalam istiadat tertentu, dihasilkan dari benang

sutera atau kapas dan bertenunkan benang emas atau perak membentuk motif-motif

yang bersimetli. Dalam kajian ini, bentuk motif songket dikaitkan dengan konsep

geometri, dimana kaitan antara budaya (seperti seni songket) dan matematik (seperti

konsep geometri) merupakan satu bidang matematik yang dikenali sebagai

Etnomatematik. Menerusi bidang ini, pemikiran dan kemahiran matematik orang

melayu terutamanya pada zaman dahulu cuba dibuktikan menerusi bentuk motif

songket. Adakah pemyataan yang penenun mengaplikasikan konsep geometri pada

motif songket dari zaman awal kemunculan songket adalah benar? Adakah benar

pemyataan bahawa kaum Melayu dahulu lemah dalam penguasaan ilmu matematik?

Kajian ini akan menjawab persoalan-persoalan tersebut, yang mana pemikiran dan

penggunaan ilmu matematik dikaitkan dengan penciptaan motif songket. Kombinasi

bentuk-bentuk geometri menghasilkan motif yang indah dan bersimetri. Ini semua

memerlukan pemikiran dan kebijaksanaan dalam penguasaan ilmu matematik itu

sendiri untuk diguna pakai di dalam proses pembentukan motif songket.

xiv
AN ETHNOMATHEMATIC RESEARCH: GEOMETRY ON THE

PATTERNS OF MALAY TRADISIONAL WEAVES SONGKET

ABSTRACT

In Malay culture, songket woven is one of the arts that exist in Malaysia a long time

ago. Songket belongs to the brocade family of textiles, rich, luxurious, ceremonial

fabric, hand woven in silk or cotton, and intricately patterned with gold and

sometimes silver threads which stand out in subtle relief on the background cloth. In

this research, we try to relate the songket motives with the concepts of geometry

where the connection between culture (such as the art of songket) and mathematics

(such as concepts of geometry) is a field of mathematics known as

Ethnomathematics. Through this field, the writer attempted to prove the Malay's

mathematical skills and way of thinking, especially in the past through the songket

motives. Is the statement about the application of the geometry concept by the

weaver from the early emergence of songket is true? Is it true that Malays are

feeble-minded on learning and understanding the mathematics? This research was

carried out to answer the above questions, where the way of Malay's mathematical

thinking is see related by the generation of songket motif. Combinations of the

geometry shapes produce the different symmetrical motif. All of this needs thinking

skill and cleverness in mathematical knowledge to use by the wovers in creating the

different songket motifs.

XV
BABl

PENGENALA,.~

1.1 Pengenalan

Etnomatematik adalah satu cabang atau bidang penyelidikan matematik yang

mempunyai hubungkait dengan sesuatu budaya etnik. Ia telah diperkenalkan pada

pertama kalinya oleh Ubiratan D'Ambrosio pada tahun 1977 dan diperkenalkan

kepada umum pada 1984 (Fithri, 2009). Namun sebelum diperkenalkan oleh

Ubiratan D' Ambrioso kepada khalayak ramai, kajian yang seakan sama dengan

etnomatematik telah dilakukan lebih awal lagi dimana hubungan antara nombor

dengan budaya telah ditulis didalam sebuah buku yang bertajuk The Meaning of

Number dan Alvin White dalam Humanistic Mathematics (Fithri, 2009).

Bidang ini masih terlalu awal usia pengenalannya kepada dunia hari ini jika

dibandingkan dengan bidang-bidang matematik yang lain. Bidang ini lebih

cenderung kepada sistem matematik yang cuba dikaitkan dan diteljemahkan didalam

bidang lain terutamanya bidang yang tidak melibatkan penggunaan pemahaman sains

seperti kebudayaan. Matlamat utama etnomatematik diperkenalkan adalah untuk

mengaitkan pemahaman antara dua cabang yang berbeza iaitu pemahaman

matematik dan pemahaman budaya dipersekitaran kita, tetapi ianya lebih cenderung

pada penghargaan akan kedua-dua cabang yang banyak memberi fungsi pada

kehidupan kita selama 1111. Tetapi menurut D'Ambrosio, etnomatematik

1
diperkenalkan untuk mengangkat kembali harga diri dan maruah bangsa-bangsa yang

telah dijajah (Fitili-i, 2009). Namun begitu, secara langsung atau tidak, pengaruh

sesuatu budaya banyak dipengaruhi oleh penjajahan yang telah berlaku pada dahulu

kala sehinggalah zaman sekarang.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut akan hubungan budaya dan matematik,

penulis cuba untuk membuktikan sejauh mana konsep-konsep matematik dapat

diadaptasikan pada kain songket yang menjadi kebanggaan masyarakat melayu di

Malaysia. Songket merupakan sejenis tekstil yang bertenun benang emas atau perak.

Ia boleh dikatakan sebagai simbol kemewahan untuk majlis-majlis tertentu. Pantulan

cahaya akan memberi kesan kilauan pada tekstil tersebut dan ini membuatkan ianya

menjadi satu tekstil yang amat halus keseniannya dan istimewa dikalangan peminat

seni terutamanya seni tenun. Tenunan yang kemas dengan corak-corak yang indah

telah membuatkan songket menjadi satu daripada hasil kraftangan yang terbaik di

Malaysia.

Perkataan songket dikatakan berasal daripada "menyungkit" kerana dalam

bahasa Siam 'kek' membawa erti menyungkit, manakala 'songkok' yang berasal dari

China juga membawa kepada makna yang sama. Songket merupakan sejenis kain

yang ditenun tangan dan mempunyai corak yang agak rumit untuk ditenun. Namun

begitu, dengan kecanggihan teknologi, proses tenunan songket pada masa kini dapat

dipennudahkan dengan mesin-mesin yang lebih canggih. Kebanyakan negara yang

mengeluarkan songket menggunakan mesin adalah seperti Indonesia dan Thailand.

Maka tidak hairanlah ianya mudah untuk diperolehi pada masa sekarang dengan

harga yang lebih murah. Namun begitu, Malaysia masih mengekalkan kaedah

tradisional kerana hasil yang diperolehi lebih bennutu tinggi selain dapat

mengekalkan nilai kesenian yang diterapkan dari zaman awal kemunculannya lagi.

2
Dengan keindahan corak pada songket dan keunikan proses tenunan, maka

penulis cuba untuk memahami dengan lebih lanjut akan konsep matematik seperti

penggunaan geometri yang boleh dikaitkan dengan songket. Penggunaan konsep

geometri ini boleh dilihat pada motif-motif dan corak-corak yang ditenun pada

songket. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, penulis cuba untuk memerhati dan

memahami motif dan corak yang dihasilkan melalui perspektif konsep dan pemikiran

matematik. Pendekatan konsep matematik akan diaplikasikan sebaik mungkin untuk

rriengaitkan apa yang tersirat disebalik motif dan corak songket tenun.

1.2 Latar Belakang Kajian

Menurut Kamus Dewan (terbitan 2005), seni ditakrifkan sebagai sesuatu yang

halus (kecil, elok), tipis dan halus, sesuatu yang enak didengar dan dilihat. Budaya

pula membawa maksud tamadun, peradaban, cara perkelakuan seperti berfikir dan

sebagainya. Manakala kebudayaan memberi e~i keseluruhan cara hidup yang

merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir. Seni dan budaya memang
l

tidak dapat dipisahkan didalam kehidupan normal sesuatu masyarakat, seperti juga

masyarakat Melayu dimana kehidupan kita sentiasa dikelilingi oleh kesenian dan

kebudayaan yang diamalkan sejak turun temurun.

Salah satu seni yang masih bertahan sehingga kini adalah songket. Songket

ialah sejenis tekstil yang dikenali sebagai satu kain yang bertenun emas atau perak

dikalangan penduduk Malaysia. Dalam usaha mengekalkan keaslian songket Melayu,

Kementerian Kebudayaan dan Kesenian telah mengambil pelbagai pendekatan

antaranya ialah mewujudkan perkampungan kesenian sepetii di Kampung

Penambang yang terletak di negeri Kelantan. Selain daripada wau bulan dan batik,

3
songket turut cuba dipertahankan di kampung tersebut. Inisiatif ini diambil bagi

mengekalkan warisan yang diperkenalkan sejak dari zaman dahulu lagi. Ia juga bagi

memastikan generasi muda tidak lupa akan peninggalan lama dengan arus perubahan

dunia semasa.

Di Kampung Penambang, rata-rata pemilik atau pengusaha songket tenun ini

adalah milik persendirian. Pada awal kemunculannya, ia diusahakan secara kecil-

kecilan dan tradisional. Namun kini, seiring dengan perkembangan semasa,

perusahaan ini telah diperkembangkan dengan meluaskan lagi pasaran songket yang

dikeluarkan, tidak terhad pada pasaran setempat lagi. Perusahaan songket kini lebih

cenderung sebagai satu tarikan pelancongan. Namun begitu, perusahaan ini masih

mengekalkan ciri-ciri tradisi. Pada hari ini, perusahaan ini masih dimonopoli oleh

kaum wanita, begitu juga pada masa dahulu. Ini menggambarkan suasana seperti

dahulu kala di mana setiap orang terutamanya golongan wanita disetiap rumah mesti

memiliki kemahiran menenun. Kerana keunikan ciri-ciri motif dan corak dan teknik

penghasilan tekstil ini, penulis telah terpanggil untuk mengkaji seni songket ini dari

sudut pandangan dan pemikiran matematik. Secara sedar mahupun tidak, semasa

proses penghasilan songket, terdapat banyak teknik atau konsep matematik yang

diaplikasikan oleh seseorang penenun. Untuk pengetahuan semua, kesenian yang

terdapat di negara kita banyak yang melibatkan penggunaan konsep matematik, cuma

ianya tidak disedari terutamanya oleh penggiat seni tersebut.

Memang tidak dinafikan terdapat kata-kata yang mengatakan bahawa orang

Melayu lemah apabila dikaitkan dengan ilmu matematik. Ini juga diakui oleh orang

Melayu sendiri. Pandangan masyarakat dahulu kala mengatakan matematik tiada

kepentingan dalam urusan kehidupan harian kecuali hanya penggunaan nombor yang

dianggap penting bagi melancarkan urusan jual beli sahaja. Ini menunjukkan

4
pemikiran mereka terhadap matematik adalah terhad pada sesuatu perkara yang

remeh atau kecil sahaja. Adakah pemikiran seperti ini akan membelenggu

masyarakat Melayu untuk selarna-lamanya? Oleh itu, pendedahan perlulah dilakukan

agar pandangan masyarakat Melayu terutamanya golongan dewasa yang tidak

mendapat pendedahan awal mengenai kepentingan dan kegunaan ilmu matematik

berubah.

Salah satu daripada tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk menyanggah

dakwaan yang golongan Melayu tidak pandai dan lemah dalam bidang matematik

tetapi sebaliknya pengetahuan dan kemahiran matematik telah lama dikuasai dan

diaplikasikan oleh orang melayu. Salah satu cara untuk membuktikannya adalah

melalui hasil seni yang dihasilkan oleh orang Melayu sejak turun temurun. Melalui

kesenian songket, terdapat elemen-elemen matematik yang telah diterapkan dari

dahulu lagi, tetapi ianya tidak disedari oleh penenun mahupun peminat hasil tenun ini

sendiri. Oleh itu, penulis terpanggil untuk mengkaji apakah konsep-konsep

matematik yang diglinakan untuk menghasilkan motif dan corak songket. Motif

beserta corak i songket dipilih kerana ia merupakan elemen terpenting yang akan

menjadikan songket itu berbeza dari jenis-jenis kain lain seperti batik.

Kemahiran menenun yang tinggi diperlukan dalam diri penenun, begitu juga

pengetahuan dan kemahiran metematik. Ianya diperlukan bagi menghasilkan motif

dan corak-corak yang seimbang, indah dan mempunyai ukuran simetri yang tertentu

bagi membezakan setiap jenis corak yang dihasilkan. Keseimbangan motif yang

ditenun untuk menghasilkan corak yang cantik dan halus perlu dititik berat oleh

penenun agar hasil yang diperolehi kemas dan bemilai. Oleh itu, kajian ini

diharapkan dapat memberi kesan yang jelas untuk dipaparkan agar orang Melayu

menyedari dan mengubah pandangan mereka terhadap penggunaan ilmu matematik

5
adalah tidak terhad, terutamanya dalam bidang kesenian dan kebudayaan.

Diharapkan lagi agar kajian tentang motif dan corak tenunan songket tradisional

Melayu dapat mernbuktikan yang ilrnu matematik banyak rnembantu dala~-n

penghasilan sesuatu hasil seni terutamanya penghasilan songket.

1.3 Objektif

Fokus kajian etnomatematik dibawah tajuk "Kajian Kes Etnomatematik :

Geometri Pada Motif Songket Tenun Tradisional Melayu" ialah terhadap hubungkait

konsep geometri dengan motif songket. Kajian terperinci diperlukan untuk melihat

sejauh mana pemikiran dan pengetahuan orang melayu dahulu kala terhadap

penggunaan konsep-konsep matematik seperti konsep geometri pada hasil seni

seperti songket. Kajian ini adalah bertujuan mengubah pandangan dan pemikiran

orang melayu mengenai penggunaan dan kepentingan ilmu matematik. Untuk

membuktikannya, beberapa objektif yang lebih terperinci untuk mencapai tujuan

tersebut ditetapkan, antaranya ialah;

1. untuk menyatakan bagaimana konsep geometri dikaitkan dengan motif

songket.

2. membuktikan bentuk motif songket boleh dibentuk dari gabungan bentuk-

bentuk geometri tertentu seperti bentuk segiempat sama sisi.

3. mencungkil pengetahuan, pemikiran dan cara penggunaan orang melayu

dahulu kala terhadap konsep matematik terutamanya konsep geometri pada

motif songket.

6
4. untuk rnembuktikan orang melayu rnempunyai pengetahuan dalam ilmu

matematik dan turut menggunakannya, tidak terhad pada urusan kira-kira

sahaja.

1.4 Soalan Kajian

Matlamat yang cuba dicapai dalam kajian m1 berkait dengan beberapa

persoalan, antaranya ialah ;

1. Adakah idea dan pemikiran penenun sama atau serasi dengan pernikiran dan

idea dari sudut pandangan rnaternatik iaitu motif yang rnereka hasilkan pada

songket adalah berkait rapat dengan konsep geornetri?

2. Apakah yang dapat diperoleh dari interaksi dan perkongsian idea dengan

penenun? Adakah pihak penenun songket dapat rnenerirna dan rnernaharni

konsep geornetri yang cuba dikaitkan dengan motif songket?

3. Pemahkah sejarah awal penghasilan songket sebelum ini dikaitkan. dengan


l

mana-mana konsep matematik khususnya konsep geometri?

4. Adakah bentuk asas geometri lain selain dari segi empat dan segi tiga boleh

diaplikasikan dalam motif songket?

5. Adakah pemikiran kaum melayu dahulu dan kini terhadap matematik

berbeza, dan adakah kelemahan (ilmu matematik) yang dikaitkan dengan

kaum melayu dahulu masih membelenggu kaum melayu pada masa kini?

7
1.5 Hipotesis Kajian

Melalui kajian ini, diharapkan hasil kajian yang diperolehi dapat memberi

kita maklumat-maklumat yang berguna untuk kegunaan kita bersama. Antara

andaian awal atau hipotesis kajian ini adalah seperti berikut :

1. Penggunaan konsep matematik terutamanya konsep geometri asas telah

lama diaplikasikan dalam penghasilan songket tanpa disedari oleh

penenun.

2. Gabungan bentuk-bentuk geometri asas yang sama (proses menggenting)

seperti bentuk segiempat sama sisi menghasilkan pelbagai bentuk motif

songket.

3. Bentuk-bentuk geometri yang tertentu boleh diaplikasikan untuk

membentuk motif kain songket, tetapi dua bentuk asas geometri

bersimetri yang teringkas yang boleh memenuhi kesemua ruang

(menggenting) atau bentuk mana-mana motifkain songket adalah;

I. bentuk segi empat sama sisi atau segi empat tepat .

II. bentuk seg1 tiga samada seg1 tiga sama kaki atau seg1 tiga

sama sisi kerana gabungan bentuk seg1 tiga menghasilkan

bentuk segi empat.

4. Pada asasnya, tidak wujud apa-apa lengkungan pada motif dan corak

songket, tetapi dari sudut pandangan mata pad a jarak yang jauh, motif dan

corak tersebut terbina dari lengkungan-lengkungan yang biasa kita dapati

pada mana-mana motif dan corak.

8
5. Setiap motif atau corak yang terhasil mempunyai garis simetri kerana

setiap motif pada songket adalah hasil gabungan berulang-ulang bentuk

geometri yang sama.

1.6 Skop Kajian

Walaupun perusahaan songket telah maju seiring kemajuan negara, tetapi

untuk kajian ini, penulis lebih berminat untuk mengkaji songket tradisional. Motif

dan corak songket yang dihasilkan dengan kaedah tradisional dari negeri Kelantan

telah menjadi pilihan untuk kajian ini. Ini adalah kerana Kelantan merupakan salah

satu negeri terawal yang menghasilkan songket. Skop kajian adalah terhad kepada

motif dan corak tenunan songket tradisional melayu dari negeri kelahiran Che' Siti

Wan Kembang. Untuk melihat keaslian penghasilan corak songket dan proses

menenun dilakukan secara tradisonal, sebuah perusahaan songket iaitu Che Minah

Songket yang terletak di Kampung Penambang, Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kelantan

telah menjadi1 lokasi pilihan penulis. Tempat ini dipilih kerana Kampung Penambang

merupakan salah satu kawasan yang terkenal dengan penghasilan songket tradisional

dan ia masih mengekalkan kaedah tradisional yang diwarisi dari dahulu kala lagi.

Selain itu, kampung tersebut juga merupakan satu kampung yang memang dari

dahulu lagi terkenal dengan penenun-penenun yang mahir dan halus hasil

tenunannya.

Kajian secara terperinci pada motif dan corak songket menjadi pilihan kerana

motif yang digunakan untuk menghasilkan corak yang ditenun adalah elemen

terpenting untuk menjadikan tekstil tersebut berbeza dari tekstil yang lain. Corak

songket telah dihadkan pada motif flora sahaja kerana faktor keagamaan yang kuat

9
dikalangan orang melayu di negara ini. Kajian terhadap motif songket ini lebih

menjurus kepada penggunaan bentuk-bentuk geometri beserta dengan garis simetri

dan keseimbangan penggunaan bentuk bagi menghasilkan sesuatu motif. Pemikiran

dan pengaplikasian matematik orang melayu dahulu kala dilihat dari perspektif motif

songket

1.7 Batasan Kajian

Memang tidak dinafikan terdapat begitu banyak motif dan corak songket

yang boleh kita bincangkan, namun begitu kajian dibatasi pada corak yang

bermotifkan flora sahaja. Ini kerana motif flora merupakan motif yang paling

banyak digunakan untuk menghasilkan sesuatu corak dari dahulu kala lagi kerana

penenun di negara kita dipengaruhi oleh faktor agama. Antara motif yang digunakan

untuk menghasilkan corak tertentu yang menjadi pilihan ialah:

1. bunga pecah empat

2. tampuk manggis

3. bunga melur

4. bunga cendawan

5. pucuk rebung

Pemerhatian dan analisis tentang penggunaan konsep matematik terutamanya konsep

geometri yang dihubungkaitkan dengan motif songket akan dilihat dengan lebih

terperinci melalui contoh-contoh motif yang telah disenaraikan diatas.

10
1.8 Kajian Terdahulu

Antara kajian terdahulu yang menjadi sumber rujukan penulis adalah seperti

"Analysis of Pattern on Malay Food Covers" yang ditulis oleh Noor Ashikin Adam

dari Jabatan Matematik, Universiti Aukland, New Zealand, "The Kira-Kira Method

of the Tarojan Woodcarvers of Sulawesi to divide a Segment into Equal Parts" yang

ditulis oleh Miquel Alberti Palmer, "Decagonal and Quasi-Crystalline Tilling in

Medieval Islamic Architacture" oleh Peter J.Lu dan Paul j.Steindhardt dan

"Pemikiran Saintifik dan Matematik Dalam Kraf Anyaman Buluh Melayu

Tradisional Satu Kajian Kes" dari Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti

Pendidikan Sultan Idris, Perak.

Kajian-kajian terdahulu banyak membantu penulis dari segi mencetuskan

minat yang mendalam dalam diri penulis sendiri untuk melakukan satu kajian tentang

hubungkait antara matematik dan kebudayaan melayu. Kajian terdahulu banyak

memaparkan idea-idea baru tentapg bagiamana sesuatu budaya dapat dikaitkan

dengan idea-idea dan konsep matematik yang selama ini tidak pemah terfikir oleh

akal kita. Oleh kerana etnomatematik masih baru di negara kita, maka masih banyak

yang boleh diterokai dan difikirkan bersama. Kekayaan budaya dan seni di Malaysia

boleh menjadi sumber untuk seseorang itu menyebarkan idea-idea dan pandangan

baru seperti idea yang mengaitkan ilmu matematik dan kebudayaan. Dipercayai di

negara kita, setiap budaya dan seni itu banyak menggunakan unsur-unsur matematik,

seperti corak pada kain songket.

11
BAB2

METADOLOGI

2.1 Pengenalan

Dalam menyiapkan tesis ini, satu turutan atau pemetaan proses telah

dilakukan bagi memastikan kajian ini dapat dilakukan sebaik mungkin. Kajian ini

telah dilakukan mengikut turutan seperti berikut :

1. Mendapatkan bahan bacaan atau rujukan

2. Melakukan tinjauan atau lawatan ke tapak projek

3. Mengumpulkan data

4. Menganalisis data

5. Dokumentasi

Dalam kajian ini, perolehan data telah dilakukan dengan dua kaedah iaitu kaedah

sekunder dan primer. Pengumpulan data pada peringkat awal hanya melibatkan

bahan-bahan dan buku-buku rujukan yang diperolehi dari perpustakaan dan menerusi

internet. Data-data yang diperolehi dari sumber ini akan disokong lagi menerusi data-

data yang diperolehi dari tinjauan ke lokasi sebenar. Data secara terus cuba

diperolehi secara langsung daripada penenun yang berpengalaman melalui temubual

yang dilakukan dan pemerhatian terhadap proses menenun songket. Dengan ini,

pengumpulan data untuk menyiapkan kajian ini dapat disimpulkan melalui kaedah

berikut:

12
1. Bahan bacaan :- bahan bacaan yang menjadi sumber rujukan

adalah bahan yang diperolehi dari perpustakaan dan internet.

Bahan bacaan ini !ebih menjurus pada topik geometri,

etnomatematik dan songket melayu.

11. Tinjauan :- melalui tinjauan ke tapak kajian iaitu di Kampung

Penambang, beberapa maklumat secara terus diperolehi

melalui penerangan dan pendapat penenun disana.

111. Temubual :- temubual dilakukan semasa tinjauan ke tapak

projek dilakukan. Temubual dilakukan khusus bersama

penenun yang kebanyakannya sudah berumur lebih .daripada

50 tahun kerana kemahiran dan pengalaman yang dimiliki

lebih banyak. Proses ini juga dilakukan bersama penenun

muda (antara 20-an dan 30-an) kerana umumnya pengalaman

dan pengetahuan antara dua generasi ini adalah berbeza.

2.2 Data Kualitatif dan Kuantitatif

Melalui kaedah ini, dua jenis data iaitu data kualitatif dan kuantitatif telah

diperolehi. Data kualitatif dan kuantitatif adalah data yang berbentuk;

1. Data kualitatif :- data ini adalah data yang berupa penyataan iaitu

bukan sesuatu yang boleh dikira. Untuk kajian ini, data kualitatif

diperolehi menerusi temubual dan bahan bacaan. Antara data

kualitatif yang penulis perolehi untuk menyiapkan kajian ini adalah

seperti gambar, pemyataan daripada penenun dan maklumat dari

sumber bahan rujukan seperti teori geometri.

13
n. Data kuantitatif :- data ini merupakan data yang berupa angka, boleh

dibilang dan boleh dilakukan operasi matematik. Dalam kajian ini,

data kuantitatif merupakan lanjutan daripada data kualitatif. Unt>Jk

mendapatkan data ini, analisis lanjut terhadap data kualitatif

dilakukan.

Untuk kajian ini, data kuantitatif tidak diperlukan. Hanya data kualitatif yang diberi

tumpuan oleh penulis. Setelah data dikumpulkan, langkah seterusnya iaitu

menganalisis data. Analisis data seperti menganalisis gambar-gambar yang

diperolehi dari tapak tinjauan telah dilakukan bagi mendapatkan maklumat dengan

lebih terperinc( Setiap corak yang diarnbil di analisis sebaik mungkin seperti

menganalisis bentuk-bentuk geometri yang digunakan bagi menghasilkan motif-

motif yang tertentu. Setelah semua data dianalisis dan semua maklumat yang

dikehendaki diperolehi, langkah terakhir dilakukan iaitu mendokumentasikan

maklumat dalam bentuk penulisan ilmiah, iaitu laporan kajian. Langkah ini adalah

sebagai pelengkap untuk menyiapkan kajian ini supaya semua maklpmat yang

diperolehi dapat dikumpulkan dan dicatatkan sebaik mungkin untuk rujukan

bersama.

14
BAB3

KAJIAN LITERATUR

3.1 Pengenalan

Di dalam bab ini, penulis menghuraikan secara terperinci mengenai geometri,

etnomatematik dan songket. Sejarah kemunculan geometri, kajian etnomatematik

dalam pendidikan dan kaedah pembuatan songket juga dijelaskan dengan lebih

lanjut. Sebelum ini, secara nyata belum ada perbincangan dan analisis terhadap

konsep-konsep matematik yang dikaitkan dengan penghasilan motif dan corak

songket.

Walaupun konsep yang dibincangkar?- agak menumpu kepada perkara asas,

namun penulis masih mengenengahkannya agar pembaca boleh mengimbas kembali


l

konsep-konsep yang terdapat pada tenunan songket. Teknik-teknik pemprosesan

songket juga diceritakan agar pembaca memahami dengan lebih mendalam mengenai

teknik pemprosesan songket. Pengenalan kepada motif dan corak songket turut

dihuraikan agar pembaca boleh memahami idea penulis yang cuba memberitahu

pembaca tentang kaitan konsep matematik dan budaya. Dengan ini, perihal-perihal

lain yang ada kaitan dengan kajian ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut

didalam bab ini.

15
3.2 Pengenalan Geometri

Perkataan geometri berasal daripada dua perkataan iaitu geo yang bermaksud

bumi dan metri yang bennaksud ukuran (Wikipedia, 201 0). Geometri adalah

sebahagian dari matematik yang mengambil berat persoalanan mengenai saiz,

bentuk, dan kedudukan relatif dari rajah dan sifat ruang. Pada awal kemunculannya,

ia hanya membincangkan tentang luas, jarak dan isipadu (Wikipedia, 201 0).

Geometri merupakan salah satu cabang ilmu yang tertua dan kemunculmmya

dikatakan dari sekitar 3000 sebelum masihi lagi (Wikipedia, 201 0).

Matematik umumnya dikaitkan dengan ruang dan bilangan. Menurut Drs.

Elea Tinggih iaitu penulis buku Pengertian Matematik yang dikeluarkan pada 1972,

matematik merupakan satu ilmu tentang bilangan dan ruang. Antara rumusan yang

disenaraikan oleh Drs. Elea tentang pengertian matematik dalam bukunya ialah;

I. Matematik dari masa yang lampau berkaitan dengan dua perkara iaitu

bilangan dan ruang, yang mana ia merupakan satu lapangan dari ilmu

kira-kira dan aljabar. Iajuga termasuk dalmn bidang ilmu ukur.

II. Ilmu matematik atau juga dikenali sebagai ilmu pasti merupakan ilmu

pengetahuan yang mempelajari sifat ruang dan sifat bilangan menurut

tanggapan manusia.

III. Matematik adalah ilmu tentang ruang dan bilangan, dan merupakan

dasar dari semua ilmu yang lain.

IV. Matematik adalah ilmu abstrak yang berhubungan dengan ruang dan

bilangan.

V. Matematik adalah ilmu yang berhubungan dengan ruang dan bilangan.

16
VI. Matematik adalah ilmu yang memberi huraian tentang sifat-sifat ruang

dan bilangan sebagaimana yang dikemukakan oleh fikiran manusia.

VII. Matematik adalah sesuatu ilmu yang berhubungan dengan proses-

proses bilangan dan ruang.

Perumusan yang dikemukakan tersebut menunjukkan bahawa matematik

dikaitkan dengan sifat-sifat ruang dan ukuran (bilangan) yang mana ia merupakan

ciri-ciri yang dibincangkan dengan meluas dalam bidang geometri. Ini menunjukkan

perkembangan geometri berkait rapat dengan perkembangan dalam ilmu matematik

yang membawa kepada pengenalan cabang-cabang lain dalam matematik seperti

aljabar dan kalculus. Dalam satu tempoh waktu yang panjang, memang tidak dapat

disangkal yang bidang geometri banyak menyumbang kepada perkembangan ilmu

matematik. Antara cabang-cabang geometri utama yang telah lama wujud seiring

dengan perkembangan bidang geometri adalah seperti geometri koordinat, geometri

analitik, geometri euclid, dan geometri bukan euclid. Pengenalan geometri juga telah

memberi kesan pada perkembangan cabang matematik yang lain seperti aljabar,

kemunculan kalkulus pada abad ke-17. Walaupun bidang geometri terlalu luas untuk

dibincangkan, tetapi dalam kajian ini, tumpuan lebih diberikan pada asas bentuk

geometri, konsep-konsep geometri seperti konsep simetri dan pythagoras, dan konsep

menggenting (ulangan bentuk geometri).

3.2.1 Sejarah Awal Geometri

Geometri terawal dikatakan telah wujud dari tahun 3000 sebelum masihi lagi,

dan boleh dilihat peninggalannya dari Mesapotamia purba, Mesir dan Lembah Indus

17
(Wikipedia, 2010). Geometri awal berkait rapat dengan jarak, sudut, luas dan

isipadu.

Pada tahun 300 sebelum masihi, satu cabang geometri telah diperkenalkan

iaitu Geometri Euclid yang diperkenalkan oleh Euclid (Wikipedia, 2010). Sebanyak

lapan buah buku tentang geometri telah ditulis olehnya, salah satu daripadanya

bertajuk Elements iaitu sebuah buku yang membincangkan tentang kajian sistematik

yang terawal mengenai geometri yang bennula dengan geometli satah. Pada zaman

pertengahan pula, Al- Mahani, Thabit Ibn Qurra dan Omar Khayyam merupakan

ahli-ahli matematik muslim yang telah menyumbang kepada perkembangan geometri

(Wikipedia, 201 0). Al-Mahani telah mengeluarkan konsep mengenai geometri

algebra dimana ia merupakan satu idea yang berkaitan dengan masalah geometri

seperti menyalin kubus kepada masalah algebra (Wikipedia, 2010). Manakala Thabit

Ibnu Qurra atau dikenali sebagai Thebit dalam Latin telah menyumbang kepada

perkembangan geometri analitik dan nisbah kuantiti geometri (Wikipedia, 2010).

Omar Khayyam pula telah memperkenalkan kita dengan penyelesaian geometri

kepada persamaan kubik dan penyelidikan yang dilakukannya telah menyumbang

kepada perkembangan geometri bukan euclid (Wikipedia, 201 0).

Perkembangan geometri yang seterusnya dapat dilihat pada abad ke-17

(Wikipedia, 2010). Pada abad ini, terdapat dua perkembangan terpenting iaitu

penciptaan geometri analitik atau geometri koordinat atau persamaan, dan

penyelidikan sistematik dari geometri projektif. Geometri analitik telah

diperkenalkan oleh Rene Descartes pada 1596 - 1650 dan Pierre de Fennat pada

1601 - 1665 (Wikipedia, 2010). Perkembangan geometri analitik telah membawa

kepada pengenalan kalkulus dan sains kuntitatif fizik. Geometri projektif

dikemukakan oleh Girard Desargues dari 1591 - 1661 yang berkaitan dengan

18
penyelidikan geometri tanpa ukuran (Wikipedia, 201 0). Pada abad ke -19,

perkembangan geornetri lebih kepada kesinambungan perkembangan geometri bukan

euclid oleh Lobachevsky, Bolyai, dan Gauss. Pengenalan kepada forrnulasi simetri

telah diperkenalkan dan diberi perhatian utama oleh Felix Klein (\Vikipedia, 201 0).

Perubahan besar yang berlaku terhadap bidang geometri ini telah memberi

satu kesan yang besar terhadap bidang matematik dunia. Seiring perkembangam1ya

dalam tempoh waktu yang panjang, banyak penemuan telah dikemukan dimana

penemuan tersebut terus dipelajari dan diaplikasi sehingga sekarang.

3.2.2 Sejarah Awal Geometri Islam

Pada zaman awal Islam, iaitu lebih kurang pada tahun 700M, orang Islam

telah menukar sudut perhatian mereka kepada aktiviti-aktiviti yang berbau

intelektual. Tumpuan utama mereka pada masa itu adalah bidang ilmu amali seperti

matematik dan astronomi. Unsur-unsur keagamaan merupakan penyebah utama

orang Islam pada masa itu mendalami matematik seperti geometri yang berkaitan

dengan ukuran dan ruang bumi. Dengan ilmu geometri, mereka menentukan arab

Mekah (Kaabah) yang menjadi kiblat untuk bersembahyang setiap hari.

Pada awalnya ilmu geometri telah dipelajari dari zaman Mesir Kuno lagi oleh

penduduk yang tinggal di Lembah Indus dan Babylon, tetapi pada masa itu

kebanyakan geometri Mesir Kuno dan Babylon terbatas pada ukuran panjang, luas

dan isipadu (Hasriandi, 2008). Pada abad pertengahan, bidang geometri telah

dikuasai oleh ahli matematik Muslim. Pencapaian peradaban Islam pada era

kegemilangan bidang geometri dikatakan sungguh menakjubkan. Ini diakui sendiri

oleh para pengkaji dari Amerika Syarikat dimana mereka menemui fakta bahawa

19
pada abad ke - 15 rnasihi, para cendiakawan Muslim telah rnenggunakan. pola

geornetri berbentuk kristal (Hasriandi, 2008). Ini rnengejutkan para pengkaji tersebut

kerana pakar rnaternatik rnoden menemui bentuk pola geornetri tersebut pada abad ke

-20 rnasihi. Ini menunjukkan perkembangan bidang geometri Islam telah

berkembang dengan lebih maju, dan mernbuktikan bahawa peradaban Islam telah

mampu mencapai kemajuan yang luar biasa dalam bidang geometri.

Dalarn perkernbangan bidang geometri ini, beberapa cendekiawan Islam telah

memberi pelbagai sumbangan yang digunakan sehingga kini. Pada abad ke- 19, Al-

K.hawarizmi telah menyumbang kepada beberapa perkara yag berkaitan geometri

(Hasriandi, 2008). Walaupun lebih dikenali dengan gelaran bapa aljabar, namun

beliau telah mengernbangkan geornetri dan menemui pelbagai perkara yang baru

berkaitan dengan ruang. Al-Khawarizmi telah mencipta beberapa istilah seperti

tangen dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi, dan beliau juga telah

rnenemui sistem nombor yang sangat penting bagi sistem nombor moden (Hasriandi,

·2008). Dalam sistem nombor itu juga, beliau telah mernuat istilah cosinus, sinus, dan

tangen untuk menyelesaikan persamaan trigonometri, teorem segitiga sama kaki, luas

segitiga, segi empat dan luas lingkaran dalam geometri. Selain itu, penelitiannya

dalam geometri juga telah menyumbang kepada perkembangan aljabar.

Thabit Ibnu Qurra juga telah banyak menyumbang kepada perkembangan

geometri. Beliau yang juga dikenali dengan panggilan Thebit telah melakukan

penemuan penting di bidang matematik sepe1ii kalkulus integral, trigonornetri,

geornetri analitik dan juga geometri bukan euclid (Hasriandi, 2008). Bukunya yang

berjudul The Composition of Ratio (Komposisi Nisbah) merupakan satu karyanya

yang membincangkan tentang geometri (Hasriandi, 2008). Pemikiran beliau tentang

aplikasi antara aritmatik dengan nisbah kuantiti geometri telah jauh melampaui

20
ilmuwan Yunani kuno dalam bidang geometri. Sumbangan lainnya adalah seperti

pengembangan geometri terhadap teori pythagoras. Selain itu, ilmuan Islam lain

yang menyumbang kepada perkembangan geometri adalah Ibnu al-Haitham dimana

beliau telah mengembangkan analitik geometri yang menghubungkan geometri dan

aljabar (Hasriandi, 2008). Beliau juga telah memperkenalkan konsep gerakan dan

transfonnasi dalam geometri. Salah satu karyanya yang terkemuka dalam ilmu

geometri adalah Kitab al-Tahlil wa'al Tarkib (Hasriandi, 2008). Teorinya dalam

bidang persegi merupakan teori pertama dalam geometri eliptik dan teori ini telah

dikatakan sebagai tanda awal kemunculan geometri bukan euclid. Karya-karyanya

telah banyak mempengaruhi karya ahli-ahli geometri lain seperti Nasir al-Din al Tusi

dan Omar Khayyam dari Parsi, Gersonides, Witelo, Giovanni Girolamo Saccheri ,

serta John Wallis dari Eropah (Hasriandi, 2008).

Antara ilmuan islam lain yang turut menyumbang pada bidang geometri ini

adalah seperti Abu Nasr Mansur ibnu Ali ibnu Iraq, Abu Bakar Hussien al-Karkhi,

dan Waijan ibn Rustam Abu Sahl al-Kuhi. Abu Nasr Mansur merupakan ahli

geometri yang mendalami geometri yang berkaitan dengan astronomi, dimana ilmu

ini penting dalam menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan dengan astronomi

Islam seperti menentukan waktu solat (Hasriandi, 2008). Abu Bakar Hussien al-

Karkhi juga banyak menulis dalam bidang aljabar, aritmetik dan geometri. Manakala

Waijan ibn Rustam Abu Sahl al-Kuhi pula merupakan seorang ahli astronomi dan

geometri di Baghdad dimana beliau banyak menumpu perhatian dan usaha dalam

masalah-masalah yang dipelopori oleh Archimedes dan Apollonius (Al-Daffa',

2009).

Ahli matematik Islam menyedari kemajuan intelek manus1a merupakan

kecenderungan yang bijak untuk percapaian manusia sama ada pada waktu yang lalu,

21
sekarang mahupun yang akan datang. Umpamanya, matematik pada zaman Mesir

purbakala dan Rom menjadi alat untuk menyelesaikan masalah-masalah harian,

begitu juga pada masa kini dimana setiap apa yang dila1ui sehari-harian banyak

diaplikasi dari apa yang telah dipelajari.

3.2.3 Konsep Geometri dan Struktur Geometri

Perkembangan bidang geometri yang telah berlaku pada abad sebelum masihi

lagi memberi ruang kepada kita untuk mempelajari dan membincangkan tentang

bidang ini. Kepelbagaian teori dan cabang-cabang lain yang wujud membuktikan

yang bidang geometri memang besar pengaruhnya terhadap perkembangan ilmu

matematik dunia. Konsep geometri, pythagoras dan ulangan bentuk geometri

(menggenting) yang diperkenalkan merupakan konsep-konsep asas yang selalu

dikaitkan dengan geometri asas dimana konsep-konsep tersebut mempunym

kegunaan yang tersendiri.

I. Konsep simetri

Gruis simetri merupakan satu konsep yang telah lama wujud seiring

dengan kewujudan geometri itu sendiri. Simetri beerti sama bentuk

dan sama ukurmmya, kedua-dua bahagiannya sama atau setangkup.

Paksi Simetri merupakan garis lurus yang membahagikan sesuatu

rajah kepada dua bahagian yang mempunyai bentuk dan saiz yang

sama. Atau dengan kata lain ia merupakan gmis khayalan yang

terdapat pada rajah geometri yang bersimetri. Sesuatu bentuk boleh

mempunyai lebih daripada satu garis simetri, sepe1ii rajah di bawah

22
dimana bentuk segiempat tepat mempunyai dua garisan simetri pada

kedudukan paksi-x dan paksi-y.

Paksi-y

Paksi-x

Rajah 3.1 : Kedudukan garis simetri

Bilangan garis simetri tidak terhad bagi sesuatu bentuk selagi

ia tidak membezakan ruang antara garis simetri tersebut, contohnya

seperti bulatan yang mempunyai bilangan paksi simetri yang tidak

terhingga kerana garis lurus yang melalui pusatnya merupakan paksi

simetri baginya. Objek simetri geometri yang mempunyai bilangan

simetri tebanyak adalah ruang kosong kerana setiap bahagian dapat

diputar, dicerminkan atau diterjemahkan tanpa sebarang perubahan.

Didalam konsep garis simetri, terdapat tiga jenis simetli utama iaitu;

• Pencerminan atau pantulan merupakan satu operas1

mencerminkan objek pada sebuah garis sebagai bidang

cem1in (Wikipedia, 201 0).

23
r---,

iF!=i
L---..l

Rajah 3.2 : Simetri pencerminau

• Putaran merupakan satu operasi memutarkan objek

dengan satu titik sebagai pusat putaran (Wikipedia,

2010).

r----,

lFl.:l
L---.J

Rajah 3.3 : Simetri putaran

• Translasi atau terjemahan adal~h satu operas1

mengubah objek dari satu kawasan ke kawasan lain

dengan pergerakan vektor (Wikipedia, 2010).

r----,

!F!F
L--- .J

Rajah 3.4 : Simetri translasi atau terjemahan

Simetri tidak saja terhad kepada sesuatu ruang geometri, tetapi ia juga

dilihat dari pelbagai sudut perspektif sains seperti simetri dalam fizik,

kimia, biologi, dan tidak ketinggalan dalam logik dan seni sepe1ii seni

24
bina. Simetri bagi matematik juga dapat dilihat dalam persamaan yang

menyatakan persamaan simetri, contohnya a2c + 3ab + b2 c. Jika nilai

a dan b diubah, tiada berlaku perubahan nilai dalam hasil penambahan

dan pendaraban. Ini juga menunjukkan satu sifat simetri itu sendiri.

II. Teorem Pythagoras

Teori Pythagoras adalah satu teori yang mengaitkan ketiga-tiga sisi

dalam segi tiga yang bersudut tepat. Kuasa dua bagi hipotenus

(garisan condong) segi tiga bersudut tepat adalah sama dengan hasil

tambah kuasa dua bagi dua sisi lain.

B~
A
Rajah 3.5 : Segitiga bersudut tepat

A 2 + B 2 = C2 dan C boleh dirumuskan sebagai C = .JA 2 + B2

III. Menggenting (Tilling/Tessellation)

Menggenting merupakan satu proses yang terbentuk apabila

berlakunya perulangan demi perulangan sesuatu bentuk tanpa berlaku

sebarang pertindihan antara bentuk yang berulang tersebut untuk

memenuhi suatu ruang. Teknik menggenting bentuk geometri yang

pertama dilakukan adalah menggunakan bentuk segi empat.

25
I I I I I I I I I I
Rajah 3.6: Susunan gentingan segiempat sarna sisi

Namun begitu, penggunaan konsep gentingan ini telah dipelbagaikan.

Kini konsep gentingan yang selalu dibuat adalah melibatkan bentuk

poligon sekata (Radford, 201 0). Contohnya seperti menggenting

bentuk segitiga, segiempat, dan heksagon yang boleh kita lihat pada

rajah di bawah.

Rajah 3.7: Gentingan bentuk segitiga

Rajah 3.8 : Gentingan bentuk segiempat

Rajah 3.9: Gentingan bentuk heksagon

26
Contoh-contoh tersebut menunjukkan adanya perbezaan iaitu dari segi

kedudukan poligon tersebut dimana susunan bagi segiempat adalah

lebih ringkas dan tersusun dida.lam baris yang sama, tetapi tidak bagi

segitiga dan heksagon.

Perulangan bentuk-bentuk geometri membentuk sesuatu

bentuk yang lain atau corak yang dikehendaki .. Setiap perulangan dan

penyusunan sesuatu bentuk (geometri) semasa proses menggenting

melibatkan garis simetri dengan pelbagai kedudukan seperti menegak

(paksi-y), mendatar (paksi-x) dan menyerong (paksi-z).

paksi-y

paksi-z

paksi-x

Rajah 3.10: Paksi simetri

27
Susunan berulang bentuk-bentuk geometri juga melibatkan

sudut-sudut antara bentuk geometri Hasil tambah bagi sudut-sudut

yang bertemu semasa proses perulangan diantara poligon adalah 360°.

Rajah 3.11: Perulangan bentuk segitiga

Maka,

= liCAD + liAB D + ~DCA+ 11ADB

Setiap bentuk geometri mempunyai struktur yang berbeza dimana pembinaan

asas sesuatu geometri melibatkan dua perkara penting iaitu garisan dan sudut.

Penamaan bentuk geometri adalah berdasarkan bilangan sisi bagi geometri tersebut.

Sambungan antara dua titik membentuk satu garisan yang mungkin tegak, condong

mahupun mengufuk. Sambungan garisan-garisan tersebut akan membentuk satu

bentuk geometri samada dalam bentuk teringkas mahupun yang lebih kompleks

bentuknya

Segitiga merupakan satu bentuk asas geometri yang paling ringkas. Ia

merupakan satu rajah satah yang dibatasi oleh tiga garisan lurus. Sifat-sifat segitiga

28
ditentukan oleh panjang sisi dan sudut kandung. Berikut adalah segitiga yang diberi

nama berdasarkan sifat-sifat yang ada pada segitiga tersebut (Ong, 1992);

a. Segitiga tidak sekata dimana semua sisi dan sudut adalah

berlainan.

b. Segitiga sama sisi iaitu semua sisi dan sudut adalah sama.

c. Segitiga sama kaki sama ialah dua sisi dan dua sudut yang

bertentangan dengan sisi tersebut adalah sama.

d. Segitiga tepat dimana satu daripada sudutnya adalah tepat

iaitu 90°.

e. Segitiga cakah iaitu segitiga yang mempunyai satu sudut

cakah, melebihi 90°.

Setiap bentuk geometri yang mempunyai lebih daripada tiga sisi boleh

dipecahkan menjadi bentuk segitiga. Atau dengan lain kata, gabungan bentuk-bentuk

segitiga boleh memberi bentuk geometri yang lain. Contohnya gabungan dua be1ituk

segi tiga sama kaki. yang membentuk segi empat sama sisi. Garis antara gabungan

bentuk tersebut adalah garisan simetri. Gabungan demi gabungan yang berlaku

antara bentuk-bentuk segitiga ini akan melibatkan proses ulangan yang telah kita

bincang sebelum ini iaitu "Tessellation". Sebarang bentuk segitiga juga boleh

dibahagikan kepada dua segitiga tegak dengan melukis satu garis serenjang dari satu

bucu ke tapaknya.

Poligon juga merupakan bentuk geometri yang terbentuk dari garis lurus.

poligon merupakan bentuk dua matra yang tertutup dengan tiga atau lebih garis lurus

(Yong et al, 2005). Setiap bentuk poligon diberi nama berdasarkan bilangan sisi.

29
- --
Poligon Bilangan sisi

Segitiga 3 sisi

ISegiemPat!Sisiempat 4 sisi
I

I Pentagon 5 sisi

Heksagon 6 sisi

Heptagon 7 sisi

Oktagon 8 sisi

Jadual 3.1 :Nama dan bilangan sisi poligon

Poligon boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu poligon sekata dan poligon tidak

sekata. Poligon sekata ialah poligon yang mempunyai sisi yang sama panjang dan

sudut pedalaman yang sama besar.

Bagi poligon sekata, bilangan paksi simetrinya adalah sama dengan bilangan

sisi tetapi bilangan paksi simetri bagi poligon tidak sekata bergantung kepada bentuk

kerana paksi simetri adalah garis lurus yang membahagi dua sama sesuatu rajah, dan

jika rajah dilipat pada paksi itu rajah akan saling bertindih tepat di atas satu sama i

lain. Bentuk poligon juga boleh dipecahkan kepada beberapa bentuk segitiga.

Bilangan segitiga dalam poligon adalah terhasil daripada bilangan sisi poligon itu

sendiri. Ianya boleh diwakili oleh persamaa n- 2, dimana n adalah bilangan sisi bagi

poligon tersebut.

30
3.3 Etnomatematik

Etnomatematik adalah satu cabang atau bidang penyelidikan matematik yang

mempunyai hubungkait dengan sesuatu budaya etnik. Bidang ini merupakan satu

bidang yang masih baru dan mungkin boleh dikatakan masih dalam proses

memperkenalkan kepada umum terutamanya kepada bangsa kita sendiri. Ubiratan

D'Ambrosio merupakan orang pertama yang memperkenalkan bidang ini kepada

umum pada tahun 1984. Pada awal kemunculmmya, bidang ini lebih menjurus

kepada satu kaedah pendidikan matematik untuk kanak-kanak, dimana sesuatu

perkara yang berlaku dipersekitaran dikaitkan dengan matematik. Ini bertujuan untuk

memudahkan kanak-kanak memahami matematik dengan lebih mudah. Namun kini,

bidang etnomatematik cuba diperkembangkan lagi dengan mengaitkannya dengan

sesuatu budaya.

Budaya pada umunmya merupakan seluruh cara hidup sesuatu masyarakat

disesuatu tempat, atau seluruh aspek pemikiran dan tingkah laku manusia yang

diwarisi dari satu ganerasi ke generasi yang lain melalui proses pembelajaran.
l

Namun begitu, dari perspektif sosiologi kebudayaan membawa pengertian segala

basil dan idea yang dipelajari dan dikongsi oleh ahli-ahli dalam sebuah masyarakat.

Ini tem1asuklah segala kepercayaan, nilai-nilai politik, adat resam, undang-undang,

adat resam, moral, institusi sosial, seni lukis, dan bahasa. Ini menunjukkan bidang ini

terlalu luas jika kita ingin bincangkan dari sudut pandangan matematik. Namun

begitu, sehingga kini tidak banyak jawapan atau penemuan baru tentang hubungkait

budaya dan matematik. Bidang ini perlulah diberi satu perhatian yang !ebih serius

oleh pengkaji-pengkaji terutamanya pengkaji dari bidang matematik dan kebudayaan

sendiri kerana bidang ini masih luas untuk diterokai.

31
Di Malaysia sendiri, bidang ini masih baru dan tidak ramai yang mengetahui

akan kewujudan bidang rnatematik ini. Buku-buku rujukan yang membincangkan

tentang bidang ini juga masih tiada. Di malaysia, bidang ini telah cuba

diketengahkan oleh bekas pensyarah iaitu Professor Doktor Shaharir bin Mohd Zain,

seorang bekas pensyarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM yang juga

merupakan salah seorang ahli dari Kumpulan Penyelidikan Etnomatematik Rumpun

Melayu di Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM), UPM (Abdul Kadir, 2009).

Menurut Doktor Shaharir, etnomatematik di Malaysia dijadikan sebagai satu kaedah

penyelidikan untuk merungkai pencapaian bangsa melayu semenjak awal dalam

bidang matematik dan bidang-bidang yang berkaitan dengannya (Abdul kadir, 2009).

Bagi mengenengahkan bidang ini, pelbagai langkah cuba diambil, antaranya ialah;

• Membangunkan konsep-konsep baru (konsep lama bentuk primitive)

berdasarkan rujukan terhadap kaitan konsep-konsep yang sedia ada

dalam perkembangan sains tabii dan teknologi semasa.

• Beberapa halatuju penyelidikan juga telah dikenalpasti untuk


l

dimajukan, termasuklah tentang teori penciptaan, astronomi, angka

dan pengistilahan sains.

• Perancangan penerbitan dua buah buku dokumentasi iaitu "Prasati

Rumpun Melayu" dan "Manuskrip Sains dan Teknologi Melayu".

Langkah-langkah tersebut diambil bagi memperkenalkan bidang matematik ini

kepada orang ramai yang kebanyakannya berfikiran yang ilmu pengetahuan

matematik adalah satu ilmu yang tidak banyak peranannya dalam kehidupan kita

seharian.

32
Pandangan pengkaji melayu tentang bidang etnomatematik adalah berbeza

dengan pengkaji barat. Pengkaji barat lebih mengenengahkan bidang ini kepada satu

teknik pengajaran dan pembelajaran matematik, dan juga satu penjelajahan dan

kegunaan matematik secara tidak formal dimana semuanya berkaitan dengan konteks

kehidupan harian yang kita selalu hadapi terutamanya dalam pembelajaran dan

pengajaran matematik. Namun begitu, pendapat dan pandangan pengkaji di Malaysia

adalah berbeza sama sekali seperti pandangan dari Dr. Shaharir Mohammad Zain.

Pada pandangan beliau, bidang ini adalah satu bidang yang membincangkan tentang

memahami matematik yang dikembangkan oleh masyarakat melayu sendiri, yang

juga menyentuh isu-isu pendidikan matematik. Pandangan ini telah .dipersetujui oleh

Bill Barton iaitu seorang ahli etnomatematik dari New Zealand.

Dengan ini diharapkan agar bidang ini dapat diketengahkan dan diperluaskan

pengetahuannya seperti mana bidang-bidang matematik yang lain. Langkah awal

yang diambil oleh ahli matematik seperti Dr. Shaharir, dan pengkaji-pengkaji lain

seperti Noor Ashikin Adam dari Universiti Aukland yang mengkaji tentang

hubungan matematik dan anyaman tudung saji perlulah disokong oleh pengkaji ahli

matematik yang lain agar banyak lagi budaya kita dapat dikaji dengan lebih

terperinci dari sudut pandangan matematik.

3.4 Pengenalan Songket Tradisional Melayu

Songket merupakan sejenis kain tradisional tenunan tangan yang dahulunya

hanya mampu dimiliki oleh golongan istana dan bangsawan sahaja. Kehalusan seni

melayu dapat dilihat dengan jelas pada setiap helaian songket dari dahulu hingga kini

kerana setiap ciri-ciri yang ada pada songket cuba dikekalkan. Motif dan corak yang

33
ditenun memainkan peranan yang penting untuk menentukan nilai sebenar songket

tersebut. Dengan peredaran masa, kehalusan tenunan masih tetap dijaga supaya hasil

yang diperolehi mempunyai nilai dan kehalusan yang sama seperti dahulu kala, cuma

yang bezanya pada masa kini ialah kualiti benang yang digunakan cuba

dipertingkatkan kerana faktor pasaran kini.

Pada awal kemunculan songket, ianya hanya dihasilkan datipada benang

emas dan perak yang ditenun bersama benang sutera. Namun, dengan arus perubahan

masa, penghasilan :Songket turut berubah dimana benang polyster dan cotton turut

digunakan. Ini sejajar dengan perubahan kepercayaan dari zaman dahulu dimana

agama dan kepercayaan memainkan peranan penting dalam hidup penduduk di

Tanah Melayu. Kemunculan agama Islam juga turut membeti kesan pada pembuatan

kain songket dimana motif dan corak, serta bahan penghasilannya turut berubah. Ini

menunjukb:m konsep dan falsafah seni tenun yang dipraktikan oleh penenun pentirig

dalam men.ghasilkan songket. Setiap aspek diambil berat oleh penenun agar kain

songket yr;r'g dihasilkan tidak sahaja cantik dimata, na..'Tiun ia juga bersih dati bahan-

bahan yan.J: dilarang agama.

Pada zaman dahulu, songket merupakan lambang kebesaran seseorang

dimana hanya golongan raja-raja dan pembesar istana sahaja yang berkemampuan

dan layak untuk memakainya. Kehalusan tenunan dan kerumitan motif corak songket

ketika itt: menggambarkan pangkat dan kedudukan tinggi seseorang pembesar.

Kegunaan songket pada masa dahulu adalah terhad dimana ianya hanya digunakan

untuk membuat pakaian sahaja seperti samping, selendang, tanjak dan persalinan

diraja sepe1ti baju melayu dan baju kurung Di zaman serba moden ini, songket tidak

lagi terh<.:..l pada golongan-golongan tertentu. Penggunaan songket digunakan secara

meluas, tidak seperti zaman dahulu dimana songket dijadikan sebagai pakaian sahaja.

34
Dengan arus pemodenan, perusahaan songket yang berkernbang di Malaysia kini

telah mendapat perhatian dari sudut kornersial. Kehalusan corak songket telah

mendapat perhatian para arkitek dirnana coraknya telah diterapkan pada bangunan

seperti pada bangunan Perpustakaan Negara Malaysia. Selain itu, songket cuba

dikomersialkan rnelalui penghasilan pelbagai produk sepe1ii pakaian pengantin,

perhiasan dinding, alas meja, beg tangan, dan lain-lain lagi. Kepelbagaian produk

dilakukan untuk menarik rninat golongan muda-rnudi zarnan kini yang

kebanyakannya tidak menghargai hasil seni budaya sendiri.

Untuk rnengekalkan keaslian seni yang ada pada songket, penghasilan

songket di Malaysia masih dilakukan secara tradisional. Kebanyakan perusahaan

menenun kain songket yang diusahakan pada masa kini masih dilakukan secara

"cottage" iaitu perusahaan yang dilakukan di tempat-tempat persendirian seperti di

rurnah dengan menggunakan tangan serta alat-alat rnenenun traditional. Ia dilakukan

secara kecil-kecilan (industri desa) dirnana penghasilannya terhad pada kuantiti

tertentu pada satu-satu masa. Ini kerana tempoh rnasa yang diperlukan untuk

menyiapkan sehelai songket ialah diantara dua hingga enarn rninggu. Sebelum

proses rnenenun, lakaran corak biasanya akan dilakukan, tetapi bagi penenun yang

mahir, proses tersebut tidak perlu sebaliknya proses menenun diteruskan mengikut

kreativiti dan imaginasi penenun tersendiri.

Oleh kerana fabrik ini tidak sahaja cantik dan halus penghasilmmya tetapi

kaya dengan nilai-nilai budaya, ia rnenjadikan fabrik ini boleh be1iahan sehingga kini

dan tidak hairanlah jika harganya mencecah ribuan ringgit. Jika diperhatikan, tidak

banyak perubahan yang dilakukan pada kain songket baik dari segi proses pembuatan

rnahupun motif dan corak yang digunakan. Perubahan yang dilakukan secara

keterlaluan dianggap boleh merosakkan kehalusan dan nilai-nilai budaya yang

35
diterapkan pada kain songket. Oleh itu, penenun cuba mengekalkan kesemua ciri-

ciri yang ada pada kain songket bagi memastikan keasliannya terpelihara.

3.4.1 Sejarah

Songket merupakan sejenis fabrik bertenun tangan dari benang emas atau

perak yang telah wujud sebelum zaman penjajahan kuasa asing terhadap Tanah

Melayu lagi. Ia telah terkenal di Malaysia sejak abad ke-15 lagi (Malaysiana, 2000)

Dari segi sejarah, ia hanya dipakai golongan bangsawan, keluarga kerabat diraja dan

orang besar negeri. Kehalusan tenunan dan kerumitan motif corak songket ketika itu

menggambarkan pangkat dan kedudukan tinggi seseorang pembesar.

Perkataan songket dikatakan berasal daripada "menyungkit" kerana dalam

bahasa Siam 'kek' membawa erti menyungkit, manakala 'songkok' yang berasal dari

China juga membawa kepada makna yang sama. Secara umumnya, kemunculan

songket dikatakan berkembang di Tanah Melayu melalui perkahwinan antara

keluarga diraja yang mana merupakan strategi penyatuan biasa pada abad ke-15.

Pada awal kemunculan songket di Tanah Melayu, ia telah berkembang dengan

meluas di negeri-negeri pantai timur khususnya di negeri Kelantan dan Terangganu.

Dahulunya, kemahiran menenun dianggap penting untuk setiap individu kerana

orang dahulu kala membuat pakaian sendiri. Menurut sejarah Che' Siti Wan

Kembang dan Puteri Sa'dong, kemahiran menenun merupakan salah satu kemahiran

asas yang perlu ada pada seseorang wanita selain kemahiran memasak, mengaji dan

menjahit sebelum mendirikan rumahtangga.

Kedudukan strategik Tanah Melayu yang dikelilingi oleh Laut China Selatan

menjadikan negara kita pada dahulunya sebagai tempat persinggahan pedagang-

36
pedagang dari luar seperti China, India, dan Asia Tengah (Mohd. Nawawi,1989).

Kedatangan pedagang asing ke Tanah Melayu pada asalnya adalah bertujuan untuk

betjual beli dengan penduduk tempatan, membaiki kapal, mendapatkan bekalan

makanan dan lain-lain. Namun begitu, mereka juga telah meninggalkan kesan dari

· segi agama, budaya dan kesenian. Kedatangan mereka juga turut memberi pengaruh

kepada pemikiran, kemahiran dan pengetahuan kepada penduduk tempatan. Secara

tidak langsung, corak kehidupan penduduk tempatan telah berubah baik dari segi

agama, idea, kemahiran, dan teknologi. Jelas sekali perubahan tersebut turut

mempengaruhi kepelbagaian tekstil di Tanah Melayu terutamanya songket yang

banyak dipengarnhi oleh China dan India. Dikatakan Tanah Melayu telah melakukan

urns niaga tekstil seperti kain sutera dari China padaabad ke-1 lagi (Mohd.

Nawawi,1989). Kemungkinan besar, dipercayai urus niaga yang berkaitan kain

sutera ini adalah bertujuan untuk digunakan dalam proses menenun.

Sebelum merdeka, penjajahan atau penaklukkan kuasa dan juga pemisahan

atau pemecahan sempadan telah berlaku untuk membentuk negara Malaysia. Ini telah

meninggalkan kesan pada budaya dan kesenian. Kebudayaan dan ke~enian negara

berhampiran Malaysia dikatakan dipengaruhi antara satu sama lain. Seperti pada

pertengahan abad ke-19, dimana pengarnh Ligor dan Langkasuka yang kini dikenali

sebagai Pattani dapat dilihat pada kesenian melayu tradisional di negeri Kelantan dan

Terangganu (Mohd. Nawawi,1989). Pada ketika ini, kedua-dua negeri ini telah

berhubung secara terns dengan Pattani. Perhubungan ini telah mempengaruhi

tenunan, kerja pertukangan dan seni ukiran yang mana masih dikekalkan sehingga

kini. Namun begitu, motif dan corak beserta teknik tenunan telah dipengaruhi oleh

negeri China, Cambodia, India dan Timur Tengah kerana sejak berkurnn lama

Semenanjung Malaysia telah terdedah dan dikenali oleh negara-negara tersebut.

37
Dengan ini, dapat disimpulkan yang kain songket telah dipengaruhi oleh negara-

negara Asia sendiri, bukan pengaruh barat.

Kepelbagaian sejarah yang terukir di negara kita telah menmggalkan

pelbagai kesan positif dan negatif . Maka tidak hairanlah jika terdapat persamaan

terhadap motif dan corak songket beserta cara tenunan dengan songket dari luar.

Yang membezakan songket dari negara kita dengan songket dari negara lain ialah

agama. Kedatangan agama Islam ke negara kita telah merubah beberapa aspek

antaranya ialah motif dan benang yang digunakan. Selain itu, keija menenun juga

telah dimonopoli oleh orang melayu yang beragama Islam, maka terdapat perubahan

terutamanya pada motif yang digunakan seperti motif fauna. Hanya bahagian-

bahagian tertentu fizikal haiwan sahaja digunakan sebagai sumber inspirasi untuk

menghasilkan sesuatu motif. Nanmn sehingga sekarang, kaedah dan teknik yang

digunakan masih sama dengan negara lain.

3.4.2 Proses Pembuatan Songket

Proses menenun songket adalah satu proses yang menggunakan bilah lidi

buluh atau bilah nibong melalui benang loseng dipermukaan alat tenun yang

dipanggil kek tenun. Umumnya terdapat lapan peringkat dalam proses membuat

songket. Sesetengah penenun melalui sembilan peringkat untuk menyiapkan sehelai

songket, ini kerana penenun perlu melelui peringkat melakar dan mencorak.

Peringkat ini biasanya hanya dilakukan oleh penenun yang kurang mahir. Peringkat-

peringkat untuk menenun songket adalah seperti berikut (Malaysiana, 2000):

38
1. Mencelup benang

Pada zaman dahulu iaitu sekitar abad ke- 15, penenun akan men eelup

sendiri benang dengan warna pilihannya. Namun pada masa kini, benang-

benang yang diperolehi dari India dan China sudah diwamakan.

2. Menerai (melerai ) benang

Peleting (dari buluh kecil ), darwin dan alat pemutar rahat diperlukan

untuk melerai benang. Benang yang dikeringkan dililit pada pelenting

dengan bantuan darwin dan alat pemutar rahat.

3. Menganing benang

Proses ini dilakukan dengan menggunakan alat anian. Menganing benang

bertujuan untuk mendapatkan ukuran benang ynag ingin digunakan

semasa menenun mengikut saiz kain songket yang ingin ditenun. Proses

membuat benang loseng dimana benang akan diregangkan di alat penen,un

dimana proses ini akan menentukan saiz kain yang akan ditenun.

4. Menggulung benang

Benang-benang yang diregangkan akan digulung dengan menggunakan

sekeping papan loseng dan anak kayu (belira) yang berbentuk silinder

yang berukuran lima inci panjang dan berdiameter 2 inci.

5. Menyapuk benang

Benang yang diregangkan akan dimasukkan kedalam gigi atau sikat

jentera yang berukuran satu meter panjang. Setiap celah gigi jentera akan

dimasukkan dengan dua urat benang loseng.

39
6. Mengarat benang

Karat dibuat dari benang asing yang digulung. Ia melibatkan dua pasang rod

(anak geliling) yang berukuran enam sentimeter panjang. Benang loseng

yang berangka genap dan ganjil diangkat turun naik secara berselang seli

semasa menenun. Semasa inilah proses mengikat benang dikenali sebagai ikat

karat dilakukan.

' 7.. Menyongket benang

Proses ini adalah untuk membuat corak songket. Lidi atau bilah buluh akan

digunakan untuk menyongketkan benang loseng sebanyak tiga atau lima

lembar (juga dikenali sebagi tekat 3 atau tekat 5). Proses ini dikenali sebagai

ikat butang. Untuk menenun sehelai songket sebanyak 100 ke 150 ikat butang

diperlukan.

8. Menenun

Proses menenun diteruskan mengikut corak yang telah ditetapkan. Alat torak

yang diisi dengan benang perakatau benang emas, dimaasukkan ke kiri dan

kanan di celah-celah benang loseng mengikut corak yang telah ditentukan

sehinggalah menjadi sehelai kain. Kain yang telah siap ditenun akan dipotong

mengikut saiz yang dikehendaki.

3.4.3 Motif dan Corak Songket

Dalam industri tekstil, kita dapat melihat pelbagai jenis kain dipasaran dengan

pelbagai motif dan corak. Tidak ketinggalan kain songket dimana terdapat lebih 100

40
jenis motif tradisional pada kain songket atau sarong. Pada masa kini pengaruh alam

dan juga geometri menjadi pilihan penenun dan pencinta songket. Motif songket

dahulu dan kini tidak banyak bezanya kerana faktor seni dan budaya yang cuba

dikekalkan dalarn menjaga kehalusan songket.

Motif songket terdiri daripada (Malaysiana, 2000);

I. Motiftumbuh-tumbuhan

II. Motifbinatang

III. Motif alam atau benda

IV. Motifkuih

Idea untuk mencipta sesuatu motif adalah berdasarkan alam sekeliling yang

diperhatikan oleh penenun sendiri. Ciri-ciri pokok, haiwan dan alam seperti awan

menjadi sumber inspirasi kepada penenun untuk mencipta sesuatu motif. Maka tidak

hairanlah jika banyak motif yang berkaitan dengan alarn seperti fizikal burung,

pokok, bunga, awan, binatang dan lain-lain lagi. Tetapi bagi motif binatang, hanya
l

bahagian-bahagian fizikal tertentu dahaja diambil. Selain daripada motif tersebut,

terdapat juga motif yang berteraskan nama kuih seperti seri kaya dan wajik. Sebelum

kedatangan islam, terdapat juga motif yang berunsurkan hindu sepe1ii motif gigi bot a

dan burung merak. Namun selepas Islam tersebar secara meluas di Tanah Melayu,

lama kelamaan motif tersebut terhapus dengan sendirinya. Motif tersebut dipercayai

tidak lagi digunakan oleh penenun kerana Islam melarang penggunaan motif yang

menggambarkan hidupan bemyawa seperti haiwan.

Setiap songket mempunyai bahagian tertentu seperti sarong yang mempunyai

bahagian badan kain, kepala kain, tepi kain, pengapit kepala, dan tanah kain,

41
manakala selendang pula ada bahagian punca kain, kaki punca, dan bendik. Setiap

bahagian mempunyai motif dan corak yang berbeza. Nama yang diberikan pada

motif adalah kebanyakannya berdasarkan ciii-ciri yang ada pada motif it..:t sendiri.

Terdapat juga motif yang diberi nama yang berbeza ditempat yang berlainan,

contohnya seperti bunga bintang yang lebih dikenali di negeri Kelantan, tetapi di

Sarawak motif tersebut dikenali sebagai motif tapak sulaiman. Hasil gabungan

daripada pelbagai jenis motif dipanggil sebagai corak. Menurut penulis buku

Malaysian Songket, Norwani Mohd. Nawawi, terdapat enam jenis corak utama yang

digunakan dalam menenun songket iaitu;

I. Songket bunga penuh

Motif kelihatan tersusun seperti berantai antara satu sama lain. Corak ini juga

dikenali sebagai teluk berantai. Terdapat pelbagia jenis motif yang berantai

yang digunakan dalam menghasilkan corak ini, antaranya ialah rantai bungan

bintang, rantai bunga cengkih, rantai unduk-unduk laut dan rantai jagung.

Manakala motif yang selalu menjadi pilihan penenun untuk menghasilkan


i
songket bunga penuh ialah seperti bunga tepung talam, unduk-unduk laut,

potong wajik, bunga bogan, bunga madu manis, dan bungan mahkota raja.

II. Songket bunga bertabur

Corak yang diatur denagn pelbagai cara,1anya tidak terhad dan mengikut

kreativiti penenun untuk mendapatka corak yang seimbang. Bagi

menghasilkan corak ini, biasanya penulis akan menggunakan dua atau tiga

jenis motif. Kadang-kadang ia juga kelihatan berantai. Antara motif yang

selalu digunakan dalam menghasilkan corak ini ialah tampuk manggis,

42
tampuk buah kesemak, tampuk kecupu, bungan buah cermai, bunga pitis,

bunga sinar matahari, bunga pecah empat danlain-lain lagi.

III. Corakjalur

Corak ini biasanya dapat dilihat pada kain songket lelaki sepe1ii pada sarong

dan samping. Terdapat tiga jenis corak jalur iaitu corak berdiri, corak

melintang, dan corak tepi kain. Corak jalur biasanya dikombinasikan dengan

motif-motif tertentu untuk menyerlshksn lsgi corsk ysng ditenun, antara motif

yang biasa digabungkan ialah bunga kerongsang berantai, ombak-ombak,siku

keluang, awan larat, bunga semangat, kendik sirih, kendik tali, pergunungan,

bunga ati-ati dan bunga ketola.

IV. Corak silru keluang

Coraknya biasanya terdiri daripada bentuk zig zag. Perkataan siku keluang

diperolehi daripada siku kelawar atau keluang yang berbentuk "V". Bentuk

tersebut diulangi dandisambung bersama membentuk zig zag.

V. Songket tapak catur

Coraknya berdasarkan petak-petak catur iaitu segi empat. Terdapat beberapa

corak tapak catur, antaranya;

a. corak ragi yang biasanya digabungkan dengan bunga

pecahlapan atau bunga tampuk manggis.

b. petak catur yang terdiri daripada satu wama latar belakang

sahaja.

43
c. corak bugis yang biasanya petak-petaknya mempunyai

wama-wama yang berbeza.

VI. Songket pucuk rebung

Hampir kesemua songket yang ditenun mempunyai corak ini. Motif ini

melambangkan kekayaan dan kekuatan pemiliknya. Ianya digelar sebagai

pucuk rebung kerana bentuknya yang segitiga seperti bentuk rebung buluh.

Jenis pucuk rebung yang selalu digunakan pada corak songket ialah pucuk

rebung lawi ayam, pucuk rebung beljuang, pucuk rebung kendung, pucuk

rebung siku keluang, pucuk rebung gigi bota dan pucuk rebung tunjuk langit.

Setiap motif yang tercipta mempunyai makna-makna yang tertentu dan ianya

lebih kepada perihal yang berkaitan dengan hidup kita. Sesuatu motif juga memberi

makna tentang perihal keagamaan atau ketuhanan seperti motif flora dan fauna

dimana ia menunjukkan kebesaran Tuhan yang menjadikan alam sekeliling kita

dengan pelbagai jenis kayu-kayan, bunga-bungaan dan ~ain-lain yang melengkapi

kehidupan di muka bumi ini. Kepelbagaian hidupan yang ada dipersekitaran menjadi

unsur sesuatu motif dicipta. Namun begitu, unsur tumbuh-tumbuhan lebih diberi

perhatian oleh penggiat seni tidak kira seni tenun, ukiran, mahupun anyaman. Ini

adalah kerana;

• tumbuh-tumbuhan seperti bunga terdiri daripada pelbagai jenis wama dan

rupa.

• bukan keindahan luaran semata-mata, tetapi ada makna yang unik dan penuh

dengan simbolik.

44
~ tumbuh-tumbuhan rapat dengan masyarakat dimana Ianya tumbuh melata

dipersekitaran.

• menarik minat umum dan menjadi pilihan ramar tidak kira jantina, umur

mahupun agama.

Kepelbagain motif dan corak inilah yang menjadikan songket mampu untuk

bertahan sehingga kini. Gabungan motif yang berbeza dalam membentuk sesuatu

corak membuatkan songket berbeza dengan jenis kain lain.

3.4.4 Struktur Songket

Kepelbagaiaan penggunaan dan smz kain songket telah dipengaruhi oleh

struktur kain songket itu sendiri. Setiap songket yang dihasilkan ada tujuannya yang

tersendiri, seperti jika pembeli menginginkan kain samping, penenun akan menenun

kain songket yang khusus · untuk samping dari segi 'ukuran dan corak yang

kebiasaannya memang khusus untuk kain samping. Struktur untuk setiap Jems

songket yang dihasilkan adalah berbeza. Antara struktur utama kain songket adalah;

a. badan kain iaitu bahagian utama kain. Biasanya dihiasi dengan corak

bunga bergeometri.

b. kepala kain iaitu jalur pada kain songket yang dahulunya ukuran lebar

kepala kain adalah antara 50cm- 90cm. Namun begitu, ukuran pada

masa kini adalah antara 30cm- 50cm.

45
a h a

~=============================~<.:=~~
I

e e
d

Rajah 3.12: Sarong

c. Tepi kain atau kaki kain iaitu sempadan atau penghujung

kain.dahu1unya, ukuran lebar untuk sarong dan samping adalah antara

10- 12cm, tetapi kini lebamya telah dipelbagaikan.

d. Pengapit kepala kain adalah sisi tepi atau sempadan bagi jalur kain.

e. Tanah kain ialah ruang dibadan kain tetapi ianya merujuk kepada

wama latar kain tersebut.

f. Punca ialah bahagian hujung kain songket.

g. Pengapit badan iaitu sempadan tepi untuk bahagian badan kain.

h. Kaki punca iaitu punca bahagian akhir bagi sesuatu punca.

1. Kendik iaitu corak-corak halus atau kecil sepanjang sempadan.

46
f f
a

I
I
I

r= c.
III
I

g
h e g h

I 1

c.

Rajah 3.13 : Selendang

Penggunaan kain songket yang tidak terhad terutamanya pada masa kini

menjadikan kain songket mendapat permintaan tinggi di pasaran. Tetapi struktur kain

songket masih dikekalkan untuk setiap jenis songket yang dih~silkan. Antara jenis-

jenis kain songket yang selalu menjadi perhatian penenun dan peminatnya adalah
i

seperti kain sarong, kain panjang atau kain lepas, kain selendang, kain samping, kain

sapu tangan, dan tengkolok. Setiap jenis kain yang ditenun mempunyai struktur yang

tersendiri seperti kain sarong yang berukuran 90 inci panjang dan 48 inci Iebar, dan

struktumya adalah pengapit kepala, tanah kain, badan kain, kepala kain, dan tepi

kain. Manakala kain panjang atau kain lepas mempunyai struktur yang sama seperti

kain sarong, tetapi berbeza dari segi ukuran iaitu 48 inci Iebar dan 108 inci panjang.

Struktur bagi kain samping juga sama dengan kain sarong tetapi ianya berbeza pada

ukuran panjang dan ukuran Iebar iaitu 90 inci panjang dan 36 - 40 inci Iebar. Kain

47
selendang pula terdiri daripada struktur punca kain, pengapit badan kain, kaki punca

dan kendik.

Sekali pandang, kita tidak akan perasan akan struktur yang berbeza pada

setiap kain songket. Penelitian diperlukan untuk membezakan setiap struktur yang

ada pada helaian songket. Maka tidak hairanlah jika songket mempunyai nilai yang

tinggi kerana kerumitan dan perincian yang tinggi diperlukan oleh penenun untuk

menyiapkan sehelai songket.

48
BAB4

APLIKASI GEOlVIETRI DALAl\1 MOTIF DAN CORAK

SONGKET TRADISIONAL l\'IELAYU

4.1 Pengenalan

Barangkali ada yang tertanya-tanya apa kaitan matematik dengan budaya

melayu (seperti songket) yang dinyatakan oleh penulis diawal penulisan kajian ini.

Oleh itu bab ini mungkin akan menjawab persoalan-persoalan yang timbul. Dalam

bab ini, penulis akan memberi fokus terhadap basil analisis yang diperolehi.

Tumpuan analisis adalah lebih kepada konsep matematik (konsep geometri seperti

konsep simetri, konsep phytogoras dan struktur geometri asas) yang cuba dikaitkan

dengan motif-motif yang telah dipilih. Terdapat lebih 100 jenis motif songket(untuk

maklumat jenis motif yang lain, rujuk lampiran), tetapi hanya lima jenis motif yang

dipilih untuk dianalisis bagi membuktikan terdapatnya konsep dan pemikiran

matematik pada motif songket sejak dahulu lagi. Ini adalah bertujuan untuk

menunjukkan yang masyarakat melayu juga mempunyai pemikiran yang menjurus

pada penggunaan ilmu matematik sejak sekian lama.

49
4.2 Songket Tradisional dan Pemikiran Matematik Melayu

Kain songket merupakan kain yang penuh dengan nilai seni dan budaya. Ciri-

ciri pada kain songk:ct kini dan dulu tidak banyak berbeza kerana penenun pada masa

kini cuba mengekalkan ciri-ciri asal songket dahulu bagi mengekalkan keaslian dan

mutu kain songket. Motif dan corak juga tidak banyak berubah. Motif dan corak

tradisional cuba dikekalkan sehingga kini. Oleh itu, tidak banyak perubahan yang

boleh kita lihat pada kain songket dari segi motif dan corak, tetapi mutu dan gaya

persembahan motif cuba ditingkatkan oleh penenun bagi memberi sedikit impak

yang lebih menarik.

Penghasilan kain songket pada masa kini lebih menumpu pada nilai komersial

tetapi nilai-nilai seni dan budaya masih cuba dikekalkan. Pada masa kini, harga

sehelai songket dipasaran adalah amat tinggi. Penggunaan bahan bagi menghasilkan

songket merupakan salah satu faktor penentu harga songket. Selain itu, masa yang

diambil untuk menenun songket juga diambil kira. Semakin rumit sesuatu corak,

semakin lama masa yang diperlukan kerana tumpuan yang lebih diperlukan bagi

menjamin keseimbangan corak yang dihasilkan. Keseimbangan penting agar corak

yang dihasilkan dari gabungan motif-motif yang dipilih oleh penenun kemas,

tersusun dan selari dengan setiap motif yang ditenun. Ketidakseragaman dan

ketakseimbangan motif yang ditenun untuk membentuk sesuatu corak akan

menyebabkan songket itu tidak mempunyai nilai dan kesenian. Ini menunjukkan

keseimbangan juga penting dalam proses menenun motif untuk menghasilkan corak

songket. Dari titik keseimbangan inilah garis simetri mula memainkan peranan

penting kerana perulangan motif demi motif perlu mengikut garis simetri yang

dijadikan sebagai penanda titik keseimbangan.

50
Sedar atau tidak, orang melayu mungkin beranggapan yang kaum kita senditi

tidak pemah menyumbang untuk perkembangan ilmu matematik, sementelah lagi

menggunakan ilmu ini dalam sesuatu perkara. Ini adalah satu kenyataan yang tidak

betul sama sekali kerana kaum kita sendiri juga mempunyai sumbangan yang

· tersendiri dalam perkembangan ilmu ini, contohnya perkembangan dalam sistem

sukatan dalam budaya melayu. Tetapi ini semua dipandang sepi kerana kita sendiri

lebih kepada gaya pemikiran barat terutamanya selepas penjajahan kuasa asing

terhadap negara kita. Penguasaan ilmu matematik kaum melayu berbanding kaum

lain dikatakan lemah berbanding budaya lain kerana kecuaian dan kelemahan kita

sendiri. Sikap inilah yang menjadikan ceteknya pengetahuan tentang keilmuan

melayu dan bakal melenyapkan warisan keilmuan yang pemah dimiliki oleh kita

suatu ketika dahulu.

Penggunaan konsep matematik sebenamya telah berkembang lama dalam

kehidupan orang melayu tetapi orang melayu sendiri tidak sedar. Ketidaksedaran ini

menjadikan orang· melayu lemah dan tidak mengetahui yang mereka sendiri

menguasai iJmu yang berkaitan dengan matematik. Penggunaan konsep matematik

dalam sesuatu benda atau perkara seperti dalam proses menenun songket tradisional

telah berlaku pada zaman awal kemunculan songket lagi. Tetapi ini tidak disedari

oleh kaum kita kerana kita hanya memandang sesuatu itu pada satu sudut pandangan

sahaja, bukan dari pelbagai sudut seperti kain songket yang dilihat dari sudut seni

semata-mata tanpa ada langsung sudut pandangan lain seperti sudut pandangan

konsep matematik. Jika kita sedar, sudah pasti tidak timbul persoalan kelemahan

kaum melayu dalam ilmu matematik.

Songket tradisional terus dipetiahankan, manakala perkembangan dan

penggunaan ilmu matematik kaum melayu cuba dikenal pasti dan diperluaskan. Ini

51
menunjukkan kaum melayu pada masa kini tidak lagi memandang sesuatu perkara itu

dengan pandangan satu hala sahaja. Kesedaran seperti ini perlu agar masyarakat

melayu tidak lagi merasa yang mereka lemah tetapi sebaliknya.

4.3 Maklumat Kajian

Setiap motif mempunyai asal usul dari sumber yang berbeza. Sumber alam

iaitu tumbuh-tumbuhan yang tumbuh meliar dipersekitaran dijadikan sebagai sumber

inspirasi oleh penenun untuk menghasilkan motif-motif yang berbeza dan

mempunyai keunikan bentuk yang tersendiri. Dalam kajian ini, 5 jenis motif telah

dipilih dan cuba dibincangkan dengan lebih terperinci dari sudut pandangan

matematik.

4.3.1 Kajian Kes 1 : Bunga Pecah Empat

Kepelbagaian bunga-bungaan telah menjadikan ianya satu sumber inspirasi

utama kepada mana-mana penggiat seni dari dahulu hingga kini. Bunga mempunyai

bilangan kelopak yang berbeza-beza. Bilangan dan cara susunan kelopak telah

menjadikan sesuatu bunga itu menarik dimata kita. Bunga yang berkelopak empat

merupakan salah satu sumber inspirasi penenun untuk dijadikan motif.

52
Gambar Rajah 4.1: Bunga dengan empat kelopak

Seperti rajah diatas, motif ini merupakan satu motif yang mempunyai empat

kelopak yang saiznya sekata dan dipelbagaikan bentuk setiap kelopak dimana

kepelbagaiaan bentuk kelopak menjadikan motif ini tidak terhad pada satu bentuk

sahaja. Nama motifini agak abstrak kerana namanya tidak merujuk pada mana-mana

jenis bunga tetapi hanya dinamakan sempena dengan bilangan kelopak dimana ia

boleh menjadi simbol mana-mana jenis bunga yang ada. Saiz kelopak motif ini tidak

tetap dan ia boleh ditemui pada songket bunga bertabur. Motif ini biasanya ditenun

diantara motif utama pada bahagian badan kain dan kepala kain.

Gambar Rajah 4.2: Corak songket motifbunga pecah empat

53
Rajah di atas menunjukkan corak songket gabungan motif bunga pecah empat. Pada

corak tersebut, bunga pecah empat ditenun pada bahagian tengah bentuk geometri

iaitu romboid.

4.3.2 Kajian Kes 2 : Tampuk Manggis

Tampuk manggis merupakan satu motif yang berasal dari satu sumber

inspirasi buah-buahan tempatan iaitu buah manggis. Manggis merupakan satu buah-

buahan yang unik berbentuk bulat tetapi agak leper pada permukaan

bawahnya,berwarna ungu kehitaman pada lapisan kulit luar, berwarna merah pada

lapisan dalam dan mempunyi isi yang bewarna putih. Pada permukaan bawahnya

terdapat satu tampuk seakan bentuk bunga yang keras seperti kayu dan berwarna

coklat kehitaman. Tampuk tersebut mempunyai bilangan kolopak yang tidak tetap

seperti lima, enam, tujuh dan lapan. Bilangan tampuk tersebut menggambarkan

bilangan ulas buah manggis.

Gambar Rajah 4.3: Buah manggis

Kulit buah manggis boleh dijadikan sebagai pewarna dan juga kiwi kasut.

Pada zaman dahulu, buah manggis bukan sahaja dijadikan sebagai sumber inspirasi

motif, tetapi juga digunakan untuk mewarna benang yang digunakan dalam proses

54
menenun songket. Nama motifini diberi sempena nama buah tersebut dan salah satu

ciri fizikal buah tersebut iaitu tampuk. Motif ini mempunyai Iapan kelopak dimana

kelopaknya disusun berselang seli keduduk:annya (menghadap dan membelakangi)

menjadikan kedudukannya berpasangan (4 pasang kelopak). Di Sarawak, motif ini

lebih dikenali sebagai tapak semesta dan kadang kala motif ini dianggap sebagai

motif tampuk buah kesemak kerana mpanya yang seakan sama.

Gambar Rajah 4.4: Songket mqtiftampuk manggis

Motif tampuk manggis biasanya ditenun pada bahagian badan kain dan biasanya

dijadikan sebagai motifuntuk corak songket bunga bertabur seperti rajah diatas.

4.3.3 Kajian Kes 3 : Bunga Melur

Bunga melur atau nama lainnya bunga melati, jasmin atau yasmin mempakan

satu bunga yang terkenal dikalangan penduduk di Malaysia . Warnanya yang putih,

bersaiz kecil dan berbau harum menjadikan ia pilihan wanita untuk dijadikan hiasan

terutamanya pada sanggul. Ia juga banyak digunakan secara tradisional dalam

kehidupan orang asia seperti di India yang mana bunga ini digunakan dalam

55
perubatan ayuverda, manakala masyarakat melayu dahulu menggunakannya untuk

menambah air susu ibu khususnya yang baru bersalin (anak sulung).

Gambar Rajah 4.5: Bunga melur

Kepelbagaian penggunaan bunga ini tidak terhad kepada perubatan atau

kegunaan tradisional sahaja, malah ia turut dijadikan sumber inspirasi dalam

membuat motif pada kain seperti songket. Nama motif ini diambil terus sempena

nama bunga melur itu sendiri. Saiz motif ini juga tidak tetap, ia boleh jadi kecil dan

besar bergantung pada penenun, dan motif ini mepunyai empat kelopak seperti bunga

melur. Motif ini merupakan bukan motif utama, tetapi motif individu iaitu motif

tanpa gabungan motif lain. Ia boleh dilihat pada songket corak penuh dimana ia

ditenun diantara motif-motifutama sebagai pelengkap corak.

4.3.4 Kajian Kes 4 : Bunga Cendawan

Cendawan ialah sejenis tumbuhan dari jenis kulat yang tumbuh di atas tanah

atau sumber nutriennya seperti batang pokok. Ia mempunyai batang pendek dan

bahagian atasnya berbentuk payung atau cuping. Cendawan turut diiktiraf sebagai

herba yang berguna pada manusia. Sesetengahnya tumbuh meliar manakala

sesetengah lagi ditanam oleh manusia sebagai makanan serta untuk perubatan. Kajian

mendapati cendawan boleh mengurangkan kandungan gula dan menambah insulin di

56
dalam darah, membunuh beberapa jenis virus yang membawa penyakit beijangkit

dan turut berperanan sebagai agen mempertahankan badan dari serangan barah.

Gambar Rajah 4.6: Salah satu jenis cendawan yang ada di Malaysia

Orang dahulu kala terutamanya orang cina menggunakan cendawan atau

kulat dalam pelbagai jenis masakan kerana mempercayai kandungan khasiatnya.

Maka tidak hairanlah jika masyarakat melayu turut terpengaruh kerana masyarakat

melayu dan cina di Malaysia sudah sebati hidup bersama sejak dahulu lagi. Manakala

songket melayu juga banyak pengaruhnya dari China, dan ini membuatkan tumbuhan

ini menjadi salah satu inspirasi motif yang digunakan dalam songket. Di Malaysia,

nama motif ini diambil bersempena nama cendawan sendiri. Cendawan hanya

mempunyai satu kelopak dan untuk menghasilkan satu motif, gabungan antara

bentuk-bentuk cendawan telah dilakukan dimana sebanyak lapan bentuk cendawan

(empat besar, empat kecil) digabungkah dan ditemukan pada hujung tangkai

ditengah-tengah motif. Empat kelopak kecil disusun diantara kelopak-kelopak besar

dan motif ini biasanya boleh ditemui pada bahagian badan kain.

57
Gambar Rajah 4. 7 : Songket motif cendawan

Seperti rajah yang ditunjukkan diatas, songket yang bercorak penuh dan bertabur

yang menggunakan motif lebih ringkas seperti bunga cendawan lebih cenderung

dibuat sebagai songket corak seragam wama keemasan atau perak, tidak mempunyai

bahagian-bahagian tertentu seperti kepala kain dan lain-lain.

4.3.5 Kajian Kes 5 : Pucuk Rebung

Pucuk rebung merupakan tunas buluh yang masih muda. Tidak banyak

kegunaan pucuk rebung ini dalam masyarakat melayu, melainkanlah buluh yang

berasal dari pucuk rebung dimana penggunaannya terlalu meluas dikalangan orang

melayu dari dahulu hingga kini. Pucuk rebung lebih terkenal dengan kepelbagaian

hidangan masakan dikalangan suri rumah, maka tidak hairanlah jika ia menjadi

sumber untuk membuat motif pada kain seperti kain songket dimana penenunnya

terdiri daripada kaum wanita iaitu suri rumah.

58
Gambar Rajah 4.8: Pucuk rebung

Pucuk rebung merupakan satu motif yang paling umum pada kain songket

kerana hampir kesemua kain songket mempunyai motif ini. Motif ini merupakan

motif utama yang digunakan pada bahagian kepala kain terutarnanya pada songket

jenis sarong dan samping. Motif ini juga dapat dilihat pada corak songket jenis

selendang, bengkung dan kain panjang tetapi penggunaanya tidak sekerap pada kain

sarong dan sarnping.

Motif ini dipanggil pucuk rebung bersempena nama rebung sendiri iaitu

sejenis tunas dari pokok buluh yang berbentuk seakan segitiga (permukaan bawah

yang lebih hias dan rnakin mengecil dan meruncing pada bahagian atasnya).

Sesetengah penenun rnengenali motif ini sebagai motif turnpal. Motif ini mempunyai
l

beberapa jenis iaitu pucuk rebung lawi ayarn, pucuk rebung beijuang, pucuk rebung

kendung, pucuk rebung siku keluang, pucuk rebung gigi bota, dan pucuk rebung siku

langit. Ianya berbeza kerana motif yang digabungkan dan bentuk olahan yang

dilakukan pada bentuk asas motif pucuk rebung.

59
Gambar Rajah 4.9 : Motif pucuk rebung ditenun pada bahagian

kepala kain

Tidak semua jenis motif pucuk rebung sesuai digunakan pada semua jenis songket.

JlanYa motif-motiftertentu sahaja yang digunakan pada setiap jenis songket seperti:

I. pucuk rebung lawi ayam biasanya digunakan pada corak kepala kain

sarong dan selendang.

ii. motif pucuk rebung berjuang digunakan pada corak kepala kain
l
sarong dan juga samping.

iii. pucuk rebung kendung adalah motif yang digunakan pada punca kain

bagi kain panjang, samping dan selendang.

IV. pucuk rebung gigi bota digunakan pada kepala kain sarong dan juga

punca kain untuk selendang.

v. Pucuk rebung tunjuk langit pula kebanyakannya digunakan pada

kepala kain atau pada kedua-dua hujung kain panjang dan selendang.

60
it~:.;
-~·t,~;.:::;;
.--:~
-v~:r::.--:

..'* ..
•:·--~~-
• ,a;;a:;

.........
• ;& ,.• ~·

,, ...
~

:~ ~.
' I
'

!'<F1~1h'-
'A'·;.:,·-
:-::"::,' :.• -•! ..
t~:l
.. ~
·~~}:';·of
..:
e
._'

.:•. ·-=--·.
•.:;.•.:."J~ I

...' ..
• -~~
;i g~- •
••• -efll • W
:•
I :1 i to
-" ~ I
~-~1 I_ i
. I I; I
• , • • tl
ri •.•

.. .....:-._._..
"'• . •
!l
.- :-.--.··
"

. ...... .
. ...
• f .. •
~-tt'~""--'
.,~: ·-~:- ~
!! . "· •.•
.,.

A B c D

Gambar Rajah 4.10 : Kepelbagaian bentuk motif pucuk rebung

4.4 Aplikasi Geometri Pada Motif Songket

Jika diperhatikan pada setiap motif pada kain songket, corak yang terbentuk

daripada gabungan motif-motif terpilih adalah bersimetri dan bersegi-segi.

Lengkungan pada setiap corak yang kita lihat dari jauh pada kain songket adalah

tidak seperti lengkungan yang kita lihat pada corak yang ada pada kain lain. Pada

pandangan dekat, lengkungan tersebut tidak terbentuk dengan sebaik mungkin,

dimana lengkungan tersebut tidak sekata, bertingkat-tingkat, dengan kata lain

bersegi-segi. Ini kerana setiap motif kain songket mempunyai bentuk-bentuk simetri

tersendiri. Dalam kajian ini, bentuk asas geometri seperti segi empat sama sisi lebih

cenderung digunakan dan dikaitkan dengan motif songket kerana faktor yang

memudahkan kita jika kita ingin menganggarkan luas bagi sesuatu motif, tetapi

adalah diingatkan luas yang kita perolehi adalah ralat dengan luas sebenar sesuatu

motif.

61
Rajah 4.1: Lengkung yang terhasil daripada sambungan

titik-titik pada motif songket.

Seperti rajah di atas, perulangan bentuk segi empat sama sisi tersebut bersegi-

segi pada pandangan asasnya. Tetapi kerana kehalusan kerja menenun oleh penenun,

bucu-bucu yang terhasil kelihatan sekata. Sambungan antara titik-titik pada hujung

segi empat tersebut akan membentuk satu lengkungan. Walau bagaimanapun,

lengkungan tersebut hanyalah ilusi pada mata yang melihat kepada motif kain

songket. Ini kerana, motif kain songket tidaklah mempunyai sebarang lengkung dari

sudut pandangan jarak dekat. Secara amnya, begitulah imej bagi semua motif kain

songket. Setiap motifuya bersegi-segi, tidak sekata seperti motif-motif pada kain lain

yang menampakkan ia terbina dari lengkungan-lengkungan yang bersambung antara


l

satu sama lain.

Dalam proses perulangan susunan bentuk-bentuk geometri pula, garis simetri

memainkan peranan yang penting supaya adanya keseimbangan pada pembentukan

motif tersebut. Begitu juga panjang sesuatu sisi bentuk geometri yang membentuk

sesuatu motif. Panjang sisi bentuk geometri adalah penting kerana perulangan

susunan bentuk ini menentukan saiz motif, dan saiz motif menentukan bilangan

susunan motif pada kain songket. Ini semua adalah penting untuk keseimbangan

motif yang ditenun bagi menghasilkan corak yang dikehendaki oleh penenun. Setiap

bentuk motif yang digabungkan juga mestilah seimbang dan sesuai diantara satu

62
sama lain. Jika kita perhatikan pada setiap em-em setiap motif seperti kelopak

bunga, kita boleh melihat bentuk-bentuk poligon tertentu melalui sambungan

diantara tiiik-titik pada motif tersebut. Kedudukan dan panjang sisi setiap poligon itu

tidak terhad pada satu keadaan sahaja, ia boleh menjadi pelbagai bcntuk dengan

kedudukan titik yang berbeza. Bentuk-bentuk poligon yang terbentuk dari

sambungan titik-titik motif tersebut mempunyai ralat dari segi luas mahupun ukuran

perimeter kerana setiap titik yang cuba dihubungkan tidak meliputi keseluruhan

motif tersebut.

Bilangan motif yang ditenun untuk membuat sesuatu eorak juga penting, ia

bergantung pada keluasan (panjang dan lebar) jenis kain songket. Pada mesin

menenun, terdapat satu bahagian yang dinamakan jentera dimana pada bahagian

tersebut, terdapat gigi jentera yang berfungsi sebagai tempat memegang benang-

benang yang akan ditenun bersama benang emas atau perak. Bahagian inilah yang

akan menentukan panjang setiap jenis songket. Lebar jentera mesin menenun pada

masa kini adalah 34.5 inci (86.25 em). Satu inci panjang jentera bersamaan juga 40

urat benang dan 20 gigi jentera.

1 inei = 2.5 em= 20 gigi jentera = 40 urat benang

34.5 inei = 86.25 em= 690 gigi jentera = 1380 urat benang .

63
4.4.1 Analisis Kajian Kes 1 : Bunga Pecah Empat

Seperti mana namanya, motif ini mempunyai empat kelopak bunga yang

sama saiz. Terdapat pelbagai variasi bunga pecah empat dimana ia tidak terhad pada

satu bentuk sahaja.

Gambar Rajah 4.11: Bentuk-bentuk motifbunga pecah empat

Setiap rupa motif-motif bunga pecah empat seperti pada rajah diatas adalah berbeza

sama sekali dari segi bentuk dan struktur kelopaknya. Setiap kelopak bunga pada

rajah di atas boleh digenting dengan bentuk segiempat sama sisi. Setiap susunan

yang dilakukan mewujudkan garis simetri yang menjadi asas perulangan bentuk

segiempat tersebut. Jenis simetri yang terlibat dalam konsep perulangan penyusunan

bentuk segiempat ini adalah pencerminan, putaran dan translasi. Kesemua jenis garis

simetri ini boleh diaplikasikan kerana perulangan bentuk geometri untuk membentuk

kelopak bunga motif ini adalah melibatkan bentuk segiempat sama sisi. Susunan

berulang segiempat tersebut membentuk kelopak-kelopak yang dikehendaki. Bentuk-

bentuk kelopak disusun berulang kali sebanyak empat kali dimana ia disusun sebelah

menyebelah mengelilingi satu titik pusat dimana hujung kelopak-kelopak bunga

64
tersebut ditemukan. Susunannya dalam bentuk membulat (360°) dimana setiap

ke!opak berada dalam ruang yang bersudut 90° yang dibatasi oleh garis simetri.

Unh1k melengkapi satu putaran yang bersudut 360°, simetri jenis putaran untuk

kelopak bunga perlulah dilakukan sebanyak empat kali. Untuk melengkapi putaran

supaya bentuk motif terbentuk, putaran kelopak terakhir akan kembali pada

kedudukan kelopak bunga pertama yang memulakan putaran.

Rajah 4.2 : Putaran kelopak bunga melengkapi sudut 360°

#
Rajah 4.3 : Kedudukan garis simetri
semasa penyusunan segi empat sama
SlSl

(a) (b)

Garis simetri wujud dalam proses penyusunan berulang bentuk segiempat sama sisi

seperti yang ditunjukkan pada rajah diatas. Setiap susunan segiempat akan

mewujudkan garis simetri samada dalam keadaan melintang(paksi-x) pada rajah (a)

65
dan menegak(paksi-y) seperti rajah (b). Semakin bertambah bentuk segiempat yang

digunakan semakin bertambah bilangan garis simetri.

- r -r-

Rajah 4.4: Salah satu dari bentuk kelopak


I I
I I I
bunga pecah empat.
I I

'- -'-

Penyusunan berulang segi empat sama sisi membentuk kelopak bunga pecah empat

seperti rajah diatas. Pada rajah 4.4 di atas, kelopak bunga yang digenting dengan

bentuk segiempat sama sisi tersebut tidak mempunyai sebarang garis simetri kerana

pembahagian bentuk segiempat tersebut akan memberi keputusan tidak seimbang.

Tetapi, jika dilihat pada rajah 4.5, rajah tersebut boleh dibahagi kepada dua bahagian

dan adanya satu garis simetri (paksi-x).

Garis simetri pada paksi-x

Rajah 4.5 : Garis simetri jenis pencerminan membahagi

sekata antara dua bahagian struktur kelopak

66
garis simetri jenis garis simetri jenis
putaran putaran

Rajah 4.6: Salah satujenis motifbunga pecah empat dengan garis simetri

Pada motif ini, terdapat empat garis simetri di mana diantara mana-mana dua garis

simetri tersebut terdapat ruang yang bersudut 45°. Jenis garis simetri yang ada pada

rajah diatas ialah jenis pencerminan dan putaran. Keempat-empat garis simetri

tersebut adalah jenis pencerminan dan putaran. Putaran dmi satu kelopak untuk

menghasilkan imej kelopak yang lain juga bersudut 90° dimana sudut pusat putaran

adalah dibahagian tengah motiftersebut.

Jika dilihat pada gambar rajah 4.11, setiap jenis bunga pada motif tersebut

mempunyai ciri-ciri yang berbeza, dan yang paling ketara ialah bentuk kelopaknya.

Setiap jenis kelopak bunga pada gambar rajah 4.11 mempunyai ciri-ciri poligon yang

berbeza dengan bilangan sisi yang berbeza. Pembentukan garis lurus yang terbentuk

dari sambungan antara titik-titik pada motif tersebut membentuk poligon-poligon

tidak sekata yang berbeza.

67
Rajah 4.7 : Bentuk poligon bersisi tujuh bagi salah satu kelopak

bunga pecah ernpat

Rajah ini rnenunjukkan jenis motif bunga pecah empat yang mana kelopaknya

mempunyai tujuh sisi (heptagon) yang tidak sama panjang. Terdapat empat garis sisi

yang berlainan panjang dimana setiap panjang sisi tersebut mempunyai pasangan

masing-masing kerana wujudnya garis simetri pencerminan. Satu daripada sisi

te:rsebut tidak ada sisi yang sama tetapi ia dibahagi dua oleh garis simetri.

a
Rajah 4.8 : Bentuk poligon bersisi tujuh bagi salah satu

kelopak bunga pecah empat

Rajah 4.8 merupakan salah satu daripada kelopak bunga jenis motif bunga pecah

empat yang mempunyai enam sisi (heksagon) yang tidak sekata. Manakala panjang

sisinya pula mempunyai tiga ukuran panjang yang berbeza dimana panjangnya

be1ientangan diantara satu sama lain kerana garis simetri jenis pencerminan yang

membahagi bentuk kelopak bunga tersebut.

68
0
Rajah 4.9: Bentuk poligon bersisi Japan bagi salah satu

kelopak bunga pecah empat

Rajah 4.9 juga salah satu daripada kelopak bunga jenis motif bunga pecah empat,

tetapi motif ini mempunyai lap an sisi yang tidak sama panjang (oktagon) dimana

terdapat empat ukuran panjang sisi yang berbeza, dan setiap ukuran mempunyai dua

sisi yang sama dimana setiap sisi yang bertentangan diantara satu sama lain kerana

adanya garis simetri pembahagi kepada kelopak motif tersebut.

0 0
Rajah 4.10 : Beiljtuk poligon bersisi enam bagi salah satu

kelopak bunga pecah empat

Manakala rajah diatas menunjukkan jenis kelopak bunga yang seakan-akan bentuk

heksagon(enam sisi) yang mana panjang sisinya juga tidak sama. Pada rajah ini,

terdapat dua ukuran sisi yang berbeza dimana setiap sisi yang sama panjang berada

dalam kedudukan bertentangan antara satu sama lain.

Untuk setiap rajah diatas, poligon yang terbentuk dali titik-titik yang berbeza

menghasilkan satu garis yang berbeza kedudukan dan panjangnya. Sambungan setiap

garisan tersebut membentuk poligon-poligon yang tidak sekata dan setiap sudut

69
pedalaman dan sudut peluaran bagi poligon tersebut adalah berbeza. Kedudukan dan

bilangan garis simetri juga berbeza, seperti rajah 4.8 dan 4.10. Walaupun bilangan

sisinya sama, tetapi bilangan garis simetri adalah berbeza kerana faktor panjang sisi

poligon tersebut.

4.4.2 Analisis Kajian Kes 2 : Bunga Tampuk Manggis

Rajah 4.11 : Motifbunga tampuk nianggis dan

simetri putaran kelopak bunga

Motif bunga tampuk mangg1s terbentuk hasil gabungan daripada lapan

kelopak bunga yang disusun berselang seli kedudukannya (mengadap dan

membelakangi). Ini menjadikan bilangan perulangan bagi kelopak bunga motif ini

adalah empat kali walaupun bilangan kelopaknya adalah lapan kerana satu

kedudukan kelopak bunga terbentuk dari sepasang kelopak bunga yang

kedudukam1ya berbeza. Ini juga menjadikan keseluruhan bilangan simetri Jems

putaran untuk membentuk satu motif bunga tampuk manggis bersudut 360° ialah

em pat kali, yang mana sepasang kelopak berada dalam ruang bersudut 90 °.
70
Garis simetri yang ada pada pembentukan sepasang motif ini pula adalah

jenis pencerminan atau pantulan dan juga putaran. Jumlah keseluruhan garis simetri

bagi motif ini adalah empat seperti mana jumlah garis simetri yang ada pada motif

bunga pecah empat.

a b

Rajah 4.12: kedudukan garis


simetri pada sepasang kelopak
bunga Tampuk manggis

a ialah garis simetri jenis pencerminan (paksi-y) bagi kedudukan kelopak bunga yang

membelakangi antara satu sama lain. b juga garis simetri jenis pencerminan (paksi-z)

untuk kedudukan bunga yang mengadap antara satu sama lain.

Rajah 4.13 : Garis simetri jenis


putaran pada kedudukan
kelopak bunga berbeza

Garis simetri jenis putaran dimana putaran 90° diperlukan pada arah jam atau lawan

arah jam untuk kedua-dua kedudukan yang berbeza. Seperti juga motif bunga pecah

empat, bentuk kelopak motif bunga tampuk manggis ini juga terbentuk daripada

susunan berulang bentuk segi empat sama. Bentuk kelopak motif ini boleh dibentuk

melalui susunan berulang bentuk segi empat sepetii rajah 4.14;

71
r--

I
I
I
'- - ,-
- -
--

Rajah 4.14 : Sepasang kelopak bunga yang boleh dibentuk

menerusi susunan berulang bentuk segi empat sama sisi

Semasa proses penyusunan bentuk segiempat sama SlSl 1111, Jems gansan

simetri yang boleh dilihat adalah dari semua jenis iaitu pencerminan, putaran dan

juga trans1asi. Kelopak bunga yang terbentuk daripada penyusunan berulang bentuk

segiempat sama sisi tersebut disusun berulang sebanyak empat ka1i menge1ilingi satu

bentuk segiempat sama sisi yang juga terbentuk dari bentuk yang sama. Nisbah

panjang sisi segiempat yang digunakan sebagai pusat pencantuman dengan sisiempat

sama sisi yang digunakan dalam proses penyusunan berulang ialah 3 : 1.

Rajah 4.15: Tapak (titik) kelopak bunga tampuk manggis bertemu

Hujung kelopak bunga dimana bahagian sambungan antara kelopak dan tapak(titik)

percantuman tersebut adalah 1/3 dari saiz tapak tersebut, dan beza jarak kedudukan

antara kelopak juga adalah 113. Ini menjadikan jumlah lebar tapak untuk semua

kelopak bunga dicantum sama dengan lebar bagi sepasang kelopak bunga beserta

jarak yang memisahkan sepasang kelopak bunga tersebut.

72
l_j l
II J
1/3 113 113 f

Rajah 4.16 : Gambaran jarak penyusunan an tara kelopak bunga

dan tapaknya

Bagi pembentukan poligon pula, sambungan antara titik-titik pada kelopak

tersebut telah membentuk poligon yang mempunyai tujuh sisi (heptagon).

CJ
Rajah 4.17 : Poligon yang terbentuk dari kelopak bunga

tampuk manggis

Poligon yang terbentuk dari sambungan antara titik-titik pepenjuru kelopak motif

bunga tampuk manggis ini adalah poligon jenis tidak sekata dan tidak mempunyai

sebarang garis simetri.

73
4.4.3 Bunga Tampuk Manggis 3 : Bunga Melur

..•• •••.
...

.......
.......•..
:
. :-·I··
~.

.. ,--
·.

~

• ·. .
. -

I
Rajah 4.18 : Kepelbagaian bentuk motifbunga melur

Motifbunga melur merupakan salah satu motif yang teringkas diantara motif-

motif songket yang lain. Terdapat beberapa jenis motif bunga melur yang digunakan

da_lam kain tenun, dan setiap jenis mempunyai ciri-ciri yang seakan sama, seperti

tapak (titik) pertemuan bagi kesemua jenis kelopak motif ini hanyalah satu bentuk

geometri yang teringkas iaitu segiempat sama sisi. Jika diperhatikan, bentuk kelopak

motif ini jug.:: kelihatan sama iaitu seperti simbol tambah (+). Bentuk motif bunga

ini juga boleh kita lihat pembentukannya melalui penyusunan berulang bentuk

geometri yang sama iaitu bentuk segiempat sama sisi. Oleh kerana motif ini juga

mempunyai simetrinya yang tersendiri dan boleh dibentuk bentuknya melalui bentuk

segiempat, maka motif ini juga mempunyai garis simetri seperti motif-motif yang

lain. Semasa penyusunan segiempat tersebut, garis simetri jenis pencenninan atau

pantulan, putaran dan translasi boleh digunakan, seperti;

74
paksi-y

c6__ paksi-x

jenis pantulan dan translasi

paksi-y

paksi-x
--'---++-----,--....

jenis putaran

Rajah 4.19: Kedudukan garis simetri

Dari rajah diatas, kita boleh lihat contoh garis simetri yang digunakan bagi

salah satu jenis bentuk motif bunga melur. Jenis pantulan dan translasi boleh

diaplikasikan pada keadaan dan kedudukan yang sama. Bagi garis simetri jenis

translasi, terdapat pergerakan pada paksi-x tetapi tidak pada paksi-y, (a,O). Jenis

putaran pula, ia melibatkan putaran objek iaitu segiempat sebanyak 180°. Walau

bagaimanapun, bukanlah semua jenis motif bunga melur menggunakan teknik (garis

simetri) yang sama dan setiap jenis kelopak motifbunga melur ini juga mempunym

bilangan garis simetri yang berbeza.

75
Rajah 4.20 : Garis simetri pada jenis kelopak bunga

melur yang berbeza

Ciri -ciri fizikal pada motif ini juga tidak banyak bezanya dengan motif bunga

pecah empat seperti bilangan kelopaknya. Motif bunga melur ini juga mempunyai

empat kelopak dimana ia disusun mengelilingi satu tapak kelopak dan setiap kelopak

berada dalam satu sudut berukuran 90°. Garis simetri yang ada pad a pembentukan

motif pula adalah dari jenis pencerminan dan putaran. Oleh kerana kelopak setiap

jenis motif bunga melur ini mempunyai pasangan struktur sisi yang sama (garis

simetri pada paksi-x dan paksi-y bagi garis simetri jenis pencerminan), maka setiap

ciri-ciri yang ada pada setiap jenis pembentukkan motif ini seperti penggunaan jenis i

garis simetri, bilangan garis simetri dan sudut bagi ruang setiap kelopak pada setiap

jenis motif adalah sama.

76
Rajah 4.21 : Kedudukan garis simetri pada motif salah satu bentuk

bunga melur dan putaran kelopak bunga untuk pembentukan motif

Pada rajah di atas, terdapat tiga garis simetri dari jenis pencerminan dan

putaran. Seperti yang telah dinyatakan, sudut antara garis simetri tersebut ialah 90°

dimana sudut tersebut adalah sudut bagi ruang kedudukan setiap kelopak dan juga

menjadi sudut putaran bagi pembentukan imej baru bagi setiap kelopak. Bagi jenis

motif yang lain pula, ia juga mempunyai ciri-ciri yang sama seperti rajah di atas. Ini

kerana struktur susunan dan kedudukan kelopak bunga adalah pada keadaan yang

sama. Manakala untuk melengkapkan satu motif. bunga melur, jumlah ruang sudut

dan jumlah sudut putaran kelopak bunga dari satu kedudukan ke kedudukan lain bagi
l

motif ini juga adalah 360°. Untuk melengkapi sudut 360°, putaran kelopak bunga

diperlukan sebanyak empat kali. Ini adalah sama dengan motifbunga pecah empat.

Setiap bentuk kelopak bunga yang kita lihat sebelum ini mempunyai bentuk-

bentuk dan ciri-ciri poligon yang tersendiri. Walaupun pada umumnya bentuk

kelopak bunga kelihatan sama, garisan yang terbentuk diantara titik-titik bagi setiap

jenis motif memberi bentuk poligon yang berbeza walaupun mempunyai bilangan

sisi yang sama. Ini adalah kerana panjang setiap sisi adalah berbeza.

77
0 0
Rajah 4.22: Bentuk poligon bersisi empat (atau rombus)

bagi salah satu kelopak bunga melur

Rajah 4.22 menunjukkan bentuk poligon bersisi empat iaitu rombus terbentuk dari

sambungan titik-titik daripada kelopak motif bunga melur. Poligon tersebut adalah

jenis poligon sekata kerana setiap panjang sisi tersebut adalah sama.

0 0 0
Rajah 4.23 : Bentuk poligon bersisi enam bagi salah satu

jenis kelopak bunga melur

Rajah di atas pula menggambarkan bentuk heksagon (enam sisi) tidak sckata yang

terbentuk dari titik-titik yang berada pada garis yang membentuk motif tersebut.

Terdapat dua garis sisi yang berlainan panjang untuk membentuk poligon tersebut.

Rajah 4.24: Bentuk poligon bersisi empat (atau rombus) bagi salah

satu kelopak bunga pecah empat

78
Manakala rajah 4.24 pula menunjukkan bentuk poligon yang sama dengan rajah 4.22, tetapi

ianya berbeza pada uk.-uran panj<mg sisi rombus tersebut. Ini adalah kerana saiz motif ini

adalah lebih besar berbanding motif pada rajah 4.24 iaitu pada risbah 3:1. Oleh kerana

poligon pada kedua-dua rajah adalah sama dan dari jenis poligon sekata, maka bi1angan

paksi simetri adalah sama dengan bilangan sisi iaitu empat.

4.4.4 Analisis Kajian Kes 4 : Bunga Cendawan

Rajah 4.25: Motifbu~1ga cendawan

Seperti cendawan, motif ini juga tidak banyak beza dengan bentuk cendawan

sendiri. Motif ini terbentuk daripada gabungan kuntum-kuntum cendawan seperti

cendawan yang tumbuh serumpun dengan saiz yang berbeza. Payung atau cuping

cendawan dijadikan sebagai kelopak motif, manakala batangnya sebagai

penghubung atau penyambung bagi setiap kelopak. Pada motif ini, terdapat dua saiz

kelopak yang berbeza iaitu kelopak yang besar lebih rumit struktumya, manakala

kelopak yang lebih kecil hanyalah bentuk geometri yang ringkas iaitu segi empat

sama sisi. Umumnya, motif ini berbentuk rombus dimana semua sisi sama ukuran

panjangnya, sisi yang betientangan selari dan mempunyai gmis bersilang bersudut

90°.
79
c
B

....
I
I
I
I

D ·----1----P---t--- l3
:I
I
I
I
T

Rajah 4.26 : Rombus

Pembentukan, penyusunan serta kedudukan kelopak bunga motif cendawan

juga mempunyai bentuk yang seakan sama dengan motif lain. Pembentukan kelopak

juga dikaitkan dengan penyusunan berulang bentuk segiempat sama sisi. Oleh kerana

ia terbentuk dari bentuk geometri yang bersimetri, maka bentuk kelopak bunga ini

mempunyai garis simetri yang tersendiri. Seperti pembentukan kelopak bunga motif

lain, motif ini juga melibatkan kesemua jenis garis simetri iaitu pencerminan atau

pantulan, translasi dan putaran. Ini adalah kerana bentuk geometri yang digunakan

untuk memenuhi ruang berbentuk kelopak motif tersebut adalah dari jenis geometri

yang sama seperti motif yang lain. Bagi garis simetri bentuk kelopak bunga motif ini

(dua bentuk dan struktur yang berbeza), hanya ada satu garis simetri iaitu jenis

pencerminan atau pantulan dimana pantulan berlaku pada paksi-y untuk kelopak

bunga parameter lebih besar (a), manakala pantulan pada paksi-z untuk kelopak

bunga yang berparameter lebih kecil (b).

80
paksi-y

paksi-z

(a) (b)

Rajah 4.27 : Garis simetri pada kelopak bunga

cendawan yang berbeza

Untuk membentuk motif ini, kelopak-kelopak bunga tersebut disusun sebelah

menyebelah dan berselang-seli antara kelopak bunga yang berbeza dengan

mengelilingi tapak (titik) pencantuman yang berbentuk dan bersaiz sama dengan

bentuk kelopak bunga yang bersaiz kecil (b), beza11ya tapak tersebut tidak berbatang.

Rajah 4.28 : Tapak(titik) pencantuman setiap kelopak bunga cendawan

Ruang yang menempatkan setiap kelopak bunga pula adalah kurang daripada 90°

kerana bagi satu ruang yang bersudut 90°, dua bentuk kelopak bunga boleh

ditempatkan. Ini bermakna, untuk memenuhi ruang dalam bentuk satu putaran iaitu

360°, setiap susunan kelopak bunga tersebut akan diulang sebanyak empat kali yang

menjadikan keseluruhan bilangan kelopak bunga bagi motif ini ialah Japan kelopak.

81
D

Rajah 4.29 : Ruang bersudut 90° yang menempatkan kelopak-kelopak bunga

Bagi garis simetri untuk keseluruhan motif ini, terdapat sebanyak empat garis simetri

sepertimana garis simetri pada motif bunga pecah empat dan motif tampuk manggis.

Kedudukan garis simetri tersebut juga adalah sama.

Bentuk kelopak bunga ini juga boleh memberi kita bentuk poligon seperti

bentuk-bentuk bunga yang lain. Sambungan titik-titik yang kita kenai pasti pada

bentuk kelopak bunga cendawan tanpa batangnya memberi kita satu bentuk poligon

bersisi tujuh (kelopak jenis (a)) dan bersisi empat (kelopak jenis (b)). Bagi kelopak

bunga cendawan (a), bentuk poligon tersebut adalah dari jenis poligon tidak sekata

manakala kelopak (b) jenis poligon sekata.

82
() 0 ; I
¥
kelopak (a)

kelopak (b)

Rajah 4.30 : bentuk poligon yang diterbitkan dari bentuk

kelopak bunga cendawan

Rajah diatas menunjukkan yang kelopak (a) mempunyai tiga sisi yang berlainan

ukuran panjangnya. Setiap ukuran bertentangan diantara satu sama lain yang

dipisahkan oleh satu garis simetri berpaksi-y. Manakala kelopak (b) adalah satu

bentuk segi empat sama sisi dimana keempat-empat sisinya berukuran panjang yang

sama, secara langsungnya mempunyai empat garis simetri (poligon sekata

mempunyai sisi dan bilangan paksi simetri yang sama).

4.4.5 Analisis Kajian Kes 5 : Pucuk Rebung

Motif pucuk rebung terdiri daripada pelbagai jenis motif dimana setiap jenis

mempunyai corak yang berbeza kerana gabungan motif yang berbeza. Walau

83
bagaimanapun, bentuk asas setiap motif pucuk rebung tetap sama iaitu berbentuk

segitiga sama kaki (memuncak).

\
\
Rajah 4.31 : Pembentukan asas pucuk rebung

Seperti motif yang lain, bentuk asal bagi pembentukan motif ini juga

melibatkan susunan berulang segiempat sama sisi yang mana penyusunannya

membentuk satu bentuk geometri lain iaitu segi tiga sama kaki. Namun begitu, ia

juga boleh dibentuk dari segiempat tepat. Bilangan segiempat sama sisi yang disusun

dari bawah ke atas mempunyai bilangan yang berbeza dimana setiap tingkat susunan

akan berkurang sebanyak dua bentuk segiempat.

l__il_ll I

j__l _l

LJ L _l I

Susunan segiempat sama sisi bagi


Susunan segiempat tepat bagi 1meJ
gambaran imej pembentukan asas motif
susunan batu bata untuk seni binaan.
pucuk rebung.

garis simetri (paksi-y)


garis simetri (paksi-y)
-+0+--- garis simetri (paksi-x)

Jadual4.1 : Perbezaan antara susunan dua bentuk segi empat yang berbeza.

84
Susunan ini akan membentuk satu susunan seperti binaan tangga. Konsep ini

selalu diaplikasikan dalam konsep pembinaan seperti penyususnan batu-bata,

bezanya hanya pada teknik penyusunan kerana penyusunan untuk batu bata akan

melibatkan segiernpat tepat (dari sudut pandangan depan, asalnya adalah berbentuk

kuboid ) dan susunan untuk tangga berkurang satu bentuk untuk setiap tingkat kerana

bentuk geometri yang digunakan adalah berbeza. Konsep susunan berulang

segiempat sama sisi yang mana semasa penyusunan dilakukan untuk membentuk

motif pucuk rebung melibatkan garis simetri jenis pencerminan dimana kedudukan

paksi adalah menegak (paksi-y) dan juga melintang (paksi-x). Manakala, imej yang

terbentuk dari susunan kuboid (seperti pembentukan dua tangga rumah yang

dicantumkan membentuk tangga segitiga seperti diatas) hanya melibatkan gans

simetri jenis pencerminan pada paksi-y sahaja. Namun begitu, imej yang terbentuk

bagi kedua-duanya adalah sama iaitu bentuk segitiga dimana ia mempunyai garis

simetri jenis pencenninan. Bilangan garis simetri yang boleh dilukis pada kedua-dua

imej ini adalah satu sahaja kerana s.egitiga yang terbentuk adalah segitiga sama kaki.

Ini menunjukkan, motif pucuk rebung boleh dilihat pembentukannya dari bentuk

geometri asas segiempat yang berbeza iaitu segiempat sama sisi dan segiempat tepat,

tetapi kedua-duanya memberi bentuk yang sama iaitu segitiga sama kaki. Sambungan

diantara titik-titik bucu segiempat tersebutlah yang membentuk segitiga sama kaki.

Motif pucuk rebung adalah motif yang selalu digunakan sebagai corak kepala

kain. Lebar kepala kain( contohnya kain samping) pada asalnya adalah antara 40 - 50

em, tetapi pada masa kini lebamya semakin kurang iaitu 30cm. Manakala panjang

bagi kepala kain adalah diantara 50 - 90 em. Bilangan motif pucuk rebung yang

ditenun bergantung pada lebar dan panjang kepala kain. Secm·a langsung, ia juga

memberi kesan pada ukuran panjang kecerunan motif. Penenun mengambil berat

85
akan kecerunan motif kerana kehalusan dan keseimbangan motif ini bergantung pada

tahap saiz (panjang, lebar, ukuran panjang kecerunan). Disini kita cuba bandingkan

dua jenis motif pucuk rebung yang berbeza, iaitu pucuk rebung berjuang dan pucuk

rebung kendung.

Rajah 4.32: Pucuk Rebung Berjuang

Bagi motif pucuk rebung berjuang, bentuk asas pucuk rebung (segitiga sama kaki)

disusun berganda tanpa pertindihan antara satu sama lain, iaitu pada susunan atas dan

bawah dimana garis simetri jenis pencenninan dalam kedudukan mendatar (paksi-x)

memantulkan imej sama sendiri. Perulangan bentuk ini diteruskan pada panjang kain

dengan garis simetri ringkasnya dari jenis yang sama tetapi pada kedudukan

menegak (paksi-y), tetapi jenis garis simetri putaran juga boleh diambil kira dimana

putaran imej berlaku dengan sudut180°.

86
Garis simetri pada
----~~------~--------~---
kedudukan panjang
kain (paksi-x)

Garis simetri pada kedudukan lebar kain (paksi-y)

Rajah 4.33 : Kedudukan garis simetri pucuk rebung berjuang

Rajah 4.34 : Pucuk Rebung Kendung

Bagi pucuk rebung kendung pula, bentuk asas pucuk rebung disusun bemlang tanpa

berlaku sebarang pertindihan. Yang membezakan cara susunan motif ini adalah motif

ini hanya bemlang sebaris sahaja, tidak ada pergandaan. Dengan ini, paksi simetri

87
jenis peneerminan hanya memainkan peranan pada kedudukan mendatar (paksi-x)

sahaja.

-,
Garis simetri pada
kedudukan panjang
kain (paksi-x)

Rajah 4.35 : Kedudukan garis simetri pueuk rebung kendung

Luas bagi kedua-dua motif pueuk rebung dalam eontoh kita boleh dieari tetapi

luasnya adalah berbeza walaupun lebar dan panjang kepala kain adalah sama. Ini

kerana tinggi bagi pueuk rebung berjuang adalah setengah daripada tinggi pueuk

rebung kendung. Jika lebar kepala kain samping adalah 50 em, maka;

Tinggi pueuk rebung beljuang = 1/2lebar kepala kain = 25 em

Tinggi pueuk rebung kendung = lebar kepala kain = 50 em

Manakala lebar bagi kedua-dua motif pueuk rebung tersebut adalah bergantung pada

panjang kain songket tetapi lebamya tidak tetap kerana ia terpulang pada penenun

akan kehalusan eorak dan bilangan motif yang ingin diulang. Jika panjang kain

samping adalah 90 em, maka lebar tapak motif pueuk rebung adalah 90/n dimana

n ialah bilangan motif yang ditenun. Melalui maklumat yang kita perolehi dmipada

diatas, kita juga boleh meneari ukuran panjang keeerunan bagi motif pueuk rebung

dengan menggunakan teori phytagoras.

88
90/n l
90/2nci~ 90/2n,~
50 em 25 em

h = .J(90J2nY +(Soya h = .j(90J2n) 2 + (2SY

Pucuk rebung kendung Pucuk rebung berjuang

Jadual 4.2 : Perbezaan antara panjang dua sisi hipotenus,h.

Walupun ukuran sebenar bagi panjang, lebar dan ukuran panjang kecenman boleh

dicari pada ukuran yang tepat, tetapi ini semua tidak diambil kira dalam nilai yang
l
sebenar oleh penenun. Walau bagaimanapun hasil tenunan tetap seimbang kerana

penenun menganggarkan lebar atau ukuran tapak motif ini dengan bilangan urat

benang.

89
BAB5

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan

Daripada bab yang sebelumnya, penulis telah cuba menganalisis lima jenis

motif songket yang berbeza menggilnakan maklumat yang diperolehi dan pemaham

penulis sendiri. Daripada analisis yang dibuat, persoalan-persoalan yang timbul atau

yang berkaitan dengan kajian ini akan cuba dijawab oleh penulis di dalam bab ini,

dan salah satu daripada matlamat atau tujuan penulis melakukan kajian ini adalah

untuk menjawab persoalan yang berkaitan dengan pemikiran orang melayu dahulu

dan kini terhadap ilmu matematik. Soalan-soalan yang cuba dileraikan persoalannya

dikaitan dengan hasil kajian dan maklumat yang diperolehi.

5.1.1 Soalan Kajian 1

Persoalan pertama yang diutarakan oleh penyelidik ialah, "Adakah idea dan

pemikiran penenun sama atau serasi dengan pemikiran dan idea dari sudut

pandangan matematik iaitu motif yang mereka hasilkan pada songket adalah berkait

rapat dengan konsep geometri?" Maklumat yang diperolehi bagi menyiapkan kajian

ini adalah maklumat yang dikumpulkan dari kerjasama pihak penenun dan penulis

sendiri. Kerjasama daripada kedua-dua belah pihak ini telah menemukan kita dengan

90
beberapa jawapan yang selama ini menjadi persoalan, teruta.'llanya persoalan yang

berkaitan dengan songket dan aplikasi matematik (bentuk geometri, simetri).

Perkongsian ma.klumat dan pengetahuan antara pihak penenun dan penulis

sememangnaya tidak serasi pada awalnya kerana penenun tua (berumur lebih dari

50-an) yang ditemui tidak memahami konsep-konsep yang cuba dijelaskan oleh

penulis. Ini membuatkan idea yang cuba disampaikan hanya didengar oleh penenun,

tiada sebarang tindak balas atau maklum balas yang diterima oleh penulis. Namun

begitu, penemuan penulis dengan beberapa penenun muda (berpengalaman dan

mempunyai pendidikan asas matematik) akhirnya menemui keserasian kerana

mereka Iebih memahami dengan idea dan pemikiran yang disampaikan oleh penulis.

Malah mereka juga cuba menyampaikan pemikiran mereka selama ini tentang

songket dan matematik, contohnya motif-motif yang digabungkan untuk membentuk

corak songket mesti mempunyai titik keseimbangan supaya corak yang terhasil

teratur.

Dengan ini dapat disimpulkan yang idea dan pemikiran penulis dan penenun
1

seras1 tetapi peringkat umur penenun yang membezakan keserasian kerana

penerimaan untuk berkongsi idea dan pemikiran lebih cenderung maklum balasnya

dari pihak penenun yang lebih muda. Ini menunjukkan penggunaan konsep-konsep

matematik yang diaplikasikan dari dahulu lagi tidak disedari oleh penenun.

5.1.2 Soalan Kajian 2

Soalan kajian kedua pula lebih kepada penerimaan, pemahaman terhadap

konsep geometri yang diutarakan oleh penulis kepada penenun. Persoalannya adalah,

"Apakah yang dapat diperoleh dari interaksi dan perkongsian idea dengan penenun?

91
Adakah pihak penenun songket dapat menerima dan memahami konsep geometri

yang cuba dikaitkan dengan motif songket?"

Dalam menyiapkan kajian ini, penulis telah cuba mendapatkan seberapa

banyak maklumat dari pihak penenun dari penenun di Kampung Penambang. Banyak

maklumat yang diperolehi oleh penenun melangkapkan maklumat yang selama ini

hanya diketahui melalui bahan bacaan semata-mata. Interaksi dan perkongsian yang

dilakukan oleh kedua-dua belah pihak telah memberi idea-idea dan pengetahuan baru

dipihak penulis dan penenun, ini kerana penulis mengetahui secara lebih terperinci

akan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan songket. Manakala bagi pihak

penenun yang kebanyakannya terdiri daripada golongan warga emas, idea yang

dinyatakan oleh penulis tentang "aplikasi konsep geometri dan songket" telah

memberikan satu maklumat baru yang tidak pernah terfikir oleh mereka selama ini.

Selama ini, mereka hanya menyedari yang songket hanya mempunyai kaitan dengan

metematik dari segi ukuran (panjang dan lebar) kain songket sahaja, mereka tidak

menyedari akan penggunaan konsep matematik yang lain.

Setakat ini, pihak penenun menunjukkan sedikit pemahaman akan perihal

yang cuba disampaikan oleh pengkaji. W alaupun secara keseluruhannya penenun

tidak memahami dengan lebih baik, tetapi mereka telah menunjukkan minat dengan

idea yang disampaikan oleh penulis. Pemahaman mereka terhadap konsep matematik

(seperti konsep geometri) agak terhad kerana faktor tiada pendedahan awal akan ilmu

pengetahuan matematik. Namun begitu, mereka cuba memahami dan menerima se1ia

berkongsi idea dengan penulis walaupun penerimaan mereka agak terhad. Walau

bagaimanapun, interaksi yang berlaku telah banyak membantu penulis dalam

mendapatkan sebanyak mana maklumat yang berkaitan dengan penulisan ini.

92
5.1.3 Soalan Kajian 3

Persoalan seterusnya yang cuba dibangkitkan dan dijawab oleh penulis ialah,

"Pernahkah sejarah awal penghasilan songket sebe!um ini dikaitkan dengan mana-

mana konsep matematik khususnya konsep geometri?" Umumnya, matematik telah

dipelajari oleh orang melayu dari dahulu kala lagi, tetapi ilmu yang dipelajari adalah

terhad. Penyebaran ilmu matematik pada zaman dahulu tidaklah serancak dan

seragam seperti sekarang kerana pada zaman dahulu, ilmu dan pengetahuan yang

diajar dan dipelajari lebih kepada ilmu asas kehidupan harian seperti pertukangan,

pertanian, memburu,ilmu keagamaan, ilmu mempertahankan diri dan lain-lain. Ilmu

dan pengetahuan yang diajar lebih kepada bentuk untuk menyara diri. Ini

menunjukkan yang ilmu pengetahuan yang lain (terutamanya sains dan matematik)

tidak dititik beratkan seperti sekarang, apatah lagi aplikasi sesuatu ilmu seperti

matematik dalam kehidupan harian.

Pada kemunculan awal songket di Tanah, Melayu, proses pembuatannya

(terutamanya proses membentuk motif dan corak) telah melibatkan penggunaan

konsep matematik. Namun begitu, seperti yang telah dinyatakan ilmu matematik

pada waktu itu tidak dipelajari secara meluas, tetapi penggunaannya telah

diaplikasikan secara tidak disedari oleh penenun. Ini menunjukkan sejarah awal

kemunculan songket telah melibatkan konsep matematik, tetapi ianya tidak disedari

dan diketahuai oleh penenun mahupun pemilik songket sendiri. Maka dengan ini,

dapat disimpulkan yang sejarah awal penghasilan songket sebelum ini tidak

dikaitkan dengan mana-mana konsep dan pemikiran matematik walaupun secara

umumnya konsep matematik ini telah diaplikasikan pada awal kemunculan songket

di Tanah Melayu lagi.

93
5.1.4 Soalan Kajian 4

Soalan kajian keempat yang boleh dijawab menerusi kajian ini adalah,

"Adakah bentuk asas geometri lain selain dari segi empat dan segi tiga boleh

diaplikasikan dalarn motif songket?"Penggunaan bentuk asas yang digunakan dan

dikaitkan oleh penulis dalam kajian ini adalah segi empat dan segi tiga. Ini adalah

kerana bentuk asas ini adalah bentuk asas bagi bentuk geometri yang lain, contohnya

bentuk heksagon dimana ia boleh dipecahkan kepada empat bentuk segitiga, dan

pecahan bentuk segitiga tersebut boleh digabungkan menjadi bentuk segiempat.

Ini menunjukkan bentuk-bentuk geometri tertentu lain boleh digunakan pada

motif-motif tertentu. Bentuk geometri yang digunakan adalah untuk proses

menggenting dimana bentuk yang digunakan boleh memenuhi keseluruhan ruang

motif. Penggunaan bentuk segiempat dan segitiga lebih cenderung untuk digunakan

kerana bentuk ini lebih ringkas (garis simetri, luas, parameter, sudut) untuk dikaitkan

dengan mana-mana motif, dan bentuk segiempat juga boleh memenuhi kesemua

ruang bentuk motif kain songket kerana bentuk motifuya yang bersegi-segi seperti

motif yang telah kita bincang didalam bab 4.

5.1.5 Soalan Kajian 5

Persoalan terakhir kajian ini ialah, "Adakah pemikiran kaum melayu dahulu

dan kini terhadap matematik berbeza, dan adakah kelemahan (ilmu matematik) yang

dikaitkan dengan kaum melayu dahulu masih membelenggu kaum melayu pada masa
.?,
ki m.

94
Secara umumnya, tahap pemikiran seseorang pada asasnya adalah sukar

untuk diukur. Namun begitu, kreativiti yang diterjemahkan melalui pertuturan,

perbuatan dan lain-lain lagi boleh memberi kita gambaran ketinggian tahap

pemikiran seseorang. Kaurn rnelayu dahulu dikatakan lernah dalam ilrnu kira-kira

(matematik) kerana dahulunya ilmu ini tidak dianggap penting seperti masa kini.

Perbezaan pernikiran kaum rnelayu dahulu dan kini terhadap matematik adalah amat

ketara kerana faktor dan cara pendedahan terhadap ilrnu itu sendiri. Dahulunya,

orang rnelayu dikatakan lemah kerana pada pandangan penulis orang dahulu kala

tidak mendapat pendedahan yang sewajamya seperti orang sekarang. Wajar jika

dikatakan yang orang dahulu lebih baik tahap penguasaanya jika orang dahulu

didedahkan dengan ilmu matematik seperti orang sekarang, kerana asas penemuan

ilmu-ilmu yang kita pelajari sekarang adalah satu penemuan dari dahulu lagi. Dengan

ini dapat disirnpulkan, kelemahan yang dikatakan membelenggu orang melayu

dahulu kala adalah bersebab dan ianya bukan kerana tahap daya pemikirannya yang

lemah.

Seperti kaum lain juga, pendedahan awal iadalah penting untuk meningkatkan

tahap kemahiran dan pemikiran seseorang. Orang melayu dahulu dan kini adalah

berbeza tahap pemikirannya terutamanya terhadap ilmu matematik kerana faktor

pendedahan bukan kerana faktor kepandaiaan atau faktor-faktor lain. Kelemahan

yang dikaitkan dengan orang melayu adalah tidak berasas kerana setiap orang

mempunyai kelemahan yang tersendiri, tidak kerana faktor kaum mahupun

keturunan. Jika kita masih mengatakan bahawa orang melayu lernah, seni songket

yang dipertahankan dari dahulu tidak akan wujud pada masa kini. Untuk

mengekalkan sesuatu perkara dalam jangka masa panjang, ilmu pengetahuan,

kepandaian, dan penggunaan sesuatu ilmu itu perlu. Ini menunjukkan yang orang

95
melayu telah menguasai ilmu matematik dari dahulu lagi dimana ianya telah

diaplikasikan didalam proses menghasi1kan motif songket. Ini merupakan bukti yang

jelas bahawa orang melayu telah menguasai ilmu matematik dari dahulu lagi tetapi

malangnya ia tidak disedari.

Dengan peredaran masa, masalah kelemahan yang dikatakan membelenggu

kaum melayu dahulu tidak lagi membelenggu kaum melayu pada masa kini. Ini

boleh dibuktikan melalui cubaan perkongsiaan idea dan pemikiran antara penulis

dengan penenun, dimana penenun yang berusia agak sukar menerima idea dan

pemikiran penulis mengenai konsep matematik pada motif songket kerana mereka

tidak memahami konsep asas metematik, tetapi ianya berlawanan dengan penenun

yang agak muda kerana mereka lebih terdedah dengan konsep matematik yang

mereka pelajari dari seawal usia kanak-kanak mereka lagi.

5.2 Kesimpulan .

Seni tenun kain songket yang wujud lama dahulu di Tanah Melayu

merupakan seni yang tinggi nilainya. Keaslian tenunan dan bentuk motif pada kain

songket menjadikannya sejenis kain yang unik yang hanya boleh dihasilkan oleh

pakar-pakar tertentu sahaja. Keunikan yang ada pada kain songket inilah menjadi

sumber inspirasi penulis untuk melakukan satu kajian yang mengaitkan bentuk motif

dan konsep geometri.

Dalam kajian 1m, secara amnya penulis mendapati yang setiap motif

mempunym titik keseimbangan yang mana ia dipengaruhi oleh bentuk geometri,

prinsip-prinsip geometri sepe1ii pengulangan(menggenting), simetri, terjemahan,

putaran dan pantulan. Keseimbangan motif yang terbentuk daripada gabungan unsur-

96
unsur tersebut menjadikan motif yang terhasil berbeza dan mempunyai keunikan

yang tersendiri. Motif yang dianalisis oleh penulis mempunyai bentu.k yang bulat

dimana gabungan kelopak-kelopak setiap motif yang mengelilingi satu tapak

gabungan menghasilkan satu motif yang mempunyai garis simetli yang memotong

tengah kelopak motif atau memotong antara kelopak. Selain itu, setiap motif yang

dianalisis juga boleh dikaitkan pembentukannya dengan penyususnan berulang

bentuk segi empat sama sisi untuk membentuk setiap kelopak, dimana setiap ruang

kelopak motif boleh dipenuhi oleh bentuk geometri segi empat sama sisi. Penulis

menyimpulkan yang setiap bentuk dan ruang motif songket yang lain juga boleh

dipenuhi oleh bentuk segi empat sama sisi.

Objektif kajian ini cuba dipenuhi oleh penulis dan persoalan-persoalan yang

berkaitan cuba dijawab. Melalui bab terakhir, persoalan yang diutarakan telah

terjawab menerusi maklumat dan analisis yang dilakukan. Dengan tetjawabnya

persoalan-persoalan tersebut, sekaligus menunjukkan yang objektif penulis terhadap

kajian ini tercapai. Oleh itu, penulis berharap agar basil yang diperolehi daripada

kajian ini dapat memberi sedikit sebanyak pengetahuan kepada sesiapa sahaja.

Diharap juga agar seni songket ini dipelihara selama-lamanya agar ianya tidak lapuk

dek hujan, tidak lekang dek panas.

97
RUJUKAN

Abdul Kadir, M.A. (2009) Seminar Etnomatematik Rumpun A1elayu [Online].


[Diakses 5 Mac 2010]. Boleh didapati World Wide Web :
http://www .kesturi .net/archi ves/903

Al-Daffa', A.A. (2009) Sumbangan Islam Dalam Matematik [Online]. [Diakses 7


Mac 2010]. Boleh didapati World Wide Web:
http://towardsmardhatillah.wordpress.com/2009/ 12/07I sumbangan-islam-dalam-
bidang-matematikl

Asal Usul Songket (2009) [Online], [Diakses 2 Mac 2010]. Boleh didapati World
Wide Web:
http://ulekmayangbiz2u.blogspot.com/2009/10/asal-usul-songket.html

Bart, A. (2000), Math and the Art o.fEscher [Online]:"'fDiakses 8 Februari 201 0].
Boleh didapati World Wide Web :
http :I/math.sl u. edu/courseware/in£. geom/escher/regsemiregtes. pdf

Busana Kelantan (2008) [Online], [Diakses 19 Februari 2010]. Boleh didapati World
Wide Web:
http :I/kebudayaan.kpkk. gov .m yl about/perkhidmatan/? c5=466&menu id=43 &c3=4
9&click=1

DBP (2005). Kamus Dewan, edisi ke-4, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Falsafah Matematik dan Etnomatematik (2007) [Online], [Diakses 20 Julai 2009].


Boleh didapati World Wide Web:
http://www.inform.upm.edu.my/v2/content/view/120/51/lang,my/

Geometri [Online], [Diakses 7 October 2009]. Boleh didapati World Wide Web:
http://ms. wikipedia.org/wiki/Geom etli

98
Hasriandi, R. (2008) Sejarah Dan Tokoh Islam [Online]. [Diakses 3 Mac 2010].
Boleh didapati World Wide Web:
http:/lristu-hasriandi.blogspot.com/2009/08/sumbangan-saintis-muslim-dalam-
geometri.html

Ilman, M.O., Saleh, D.J. (1978). Matcmatika (Tinjauan Dari Segi Prinsip
Pendidikan Islam), Widjaya Jakmia.

Kain Songket (2009) [Online], [Diakses 19 Februari 2010]. Boleh didapati World
Wide Web:
http://www .docstoc.corn/docs/1393 7689/kain-songket

Fithri, A. (2009) Etnomatematik Mencabar Eropusatisme [Online], [Diakses 27


Julai 2009]. Boleh didapati World Wide Web :
http://www.kesturi.net/archives/844

Lockerbie, J. (2005-201 0) A Background to Two-Dimensional Design- Geometry and


Pattern [Online]. [Diakses 22 Mac 2010]. Boleh didapati World Wide Web:
http://www. catnaps. org/islami c/geometry.html

Math 135: Tessellation [Online], [Diakses 8 Februari 2010]. Boleh didapati World
Wide Web: "
http://www.radford.edu/~wacase/Math%20135%?0Tessellations%20Unit%20v1.pd
f

Mohd. Nawawi, N. (1989). Malaysian Songket, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ong, K.S. (1992). Siri Asas Vokasional Fajar Bakti (Lukisan Geometri, Kuala
Lumpur : Fajar Bakti.

Paksi Simetri [Online], [Diakses 4 Mac 2010]. Boleh didapati World Wide Web:
http://csc.colstate.edu/summers/pendidik/math/math123/simetri.htm

Pembuktian Teorem Pythagoras [Online], [Diakses 10 Februari 2010]. Boleh


didapati World Wide Web:
http:/lariatums.wordpress.com/2008/09/12/pembuktian-teorema-pythagoras/

99
Prenowitz, W., Jordan, M. (1965). Basic Concept a.[ Geometry, Blaisdell Publishing
Company, London.

Pythagoras [Online], [Diakses pada 10 Februari 2010]. Boleh didapati dari World
Wide Web:
http:/linn. wikipedia. org/wiki/Pythagoras

Selvanayagam, Grace Inpam (1993). Songket Malaysia's Woven Treasure, Oxford


University Press, Singapore Oxford New York.

Simetri [Online], [Diakses 4 Mac 2010]. Boleh didapati World Wide Web:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Simetri

Songket [Online], [Diakses 19 Februari 2010]. Boleh didapati World Wide Web:
http://www.mpkbbri.gov.my/web/guest/zon kraftangan

Sudut Dalam Poligon (2001) [Online], [Diakses 7 October 2009]. Boleh didapati
World Wide Web:
http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=PMR&s=MAT&b=MAC&m=3&r
=m&i=NOTA

Teorem Pythagoras [Online], [Diakses 10 Februari 2010]. Boleh didapati dari World
Wide Web:
http://mn.wikipedia.org/wiki/Teorem Pythagoras

Tessellations by Poligons (2008) [Online], [Diakses 8 Februari 201 0]. Boleh didapati
World Wide Web :
http://euler.slu.edu/escher/index.php/Tessellations by Polygons

Tilling by Regular Polygons [Online], [Diakses 8 Februari 201 0]. Boleh didapati
World Wide Web:
http://en.wikipedia.org/wiki/Tiling by regular polygons

Tinggih, E. (1972). Pengertian Matematik, Karya, Jogjakarta.

100
Warisan Budaya }.1alaysia: Seni Halus (2000) [Online], [Diakses 19 Januari 201 0].
Boleh didapati World Wide Web:
http://malavsiana.pnm.my/04/0408songket.htm

JiVhat Is a Tessellation? (1994-2010) [Online], [Diakses 7 October 2009]. Boleh


didapati World Wide Web:
http://mathforum.org/sum95/suzanne/whattess.html

Yong, P.K., Wong, K.C., Chew, L.K. (2005). Total Rivision Matehematic, Sasbadi
Sdn.Bhd.

101
LAMPIRAN-LAl\1PIRAN
LAMPIRAN A

Salah satu em-em . d"k


. . . . yang menJa 1 an songket satu fabrik yang unik ialah motifuya.

Antara motif-motif songket ialah seperti berikut :-

Motif flora

1. Bunga tampuk manggis


17. Bunga pinang
2. Bunga hogan
18. Bunga pohon dala
3. Bunga cempaka
19. Bunga tanjung
4. Bunga cengkih
20. Bunga telapuk
5. Bunga china
21. Bungapucuk
6. Bunga gorek
22. Pokok ru
7. Bungainai
23. Bunga kulat ( cendawan)
8. Bungt! kunyit
24. Bunga madu manis
9. Bunga awan larat
25. Bunga tangkai merongsang
10. Bunga bakuk
26. Bunga tunjuk langit
11. Bunga kemuncup
27. Bunga rumput
12. Bunga kendung
28. Bunga renit-renit
13. Bunga kertas
29. Bunga teratai
14. Bunga lawang
30. Bunga sulur kacang
15. Bunga pecah rotan
31. Bunga ketola
16. Bunga pisang

102
32. Bunga kecupu 3. Burung

33. Bunga biji peria 4. Merak/ekor merak

34. Bunga matahari I suluh matahari 5. Kala

35. Bunga tampuk semesta 6. Dada/kaki lipan

36. Bungaraya 7. Jari buaya

37. Daun melatur 8. Kuda laut

38. Daun sekatur lima 9. Lawi ayam

39. Daun memiding 10. Lawi itik

40. Daun pandan wangi laut 11. Gigi yu

41. Daun serai wangi 12. Jari gagak

42. Buah daun anggur 13. Siku keluang

43. Buah zaitun 14. Pungguk

44. Pucuk rebung gigi bota 15. Unduk-unduk I kuda laut

45. Pucuk rebung 16. Sirik

46. Pucukpaku 17. Sirik ikan kelar

47. Pucuk rebung buluhn betung 18. Jari lipan

48. Pucuk rebung raja lama

49. Pucuk rebung kelawar Motifkuih

50. Pucuk rebung putu 1. Tepung talam

51. Pucuk rebung beijuang 2. Wajik

52. Pucuk rebung kendung 3. Ladu

4. Tepungpusu

:Motif Fauna(binatang) 5. Putu

1. Ayam 6. Potong/belah ketupat

2. Itik serati
103
Lain-lain motif

1. Bunga colek

2. Bunga tumpangan

3. Tali renit-renit

4. Rambuan emas

5. Bunga sarung celak

6. Tapak sulaiman

7. Bunga semangat

Motif alam atau benda

1. Keris

2. Pasu

3. Mahkota

4. Tapak catur

5. Tapak catur bintang

6. Lidah bota

7. Pergunungan

8. Ombak-ombak

104
LAMPIRANB

Bagi melengkapkan kajian ini, tinjauan ke tapak menenun telah dilakukan oleh

penulis ke Che Minah Songket yang terletak di Kampung Penambang, Jalan Pantai

Cahaya Bulan, Kelantan Kampung Penambang. Che Minah Songket merupakan satu

perusahaan songket yang masih mengekalkan kaedah tradisional dalam proses

penghasilan songket. Ia merupakan sebuah perusahaan yang kini diusahakan oleh

generasi ketiga.

Selain daripada melakukan tinjauan untuk melihat sendiri bagaimana songket

ditenun, penulis juga telah melakukan beberapa temubual dengan penenun di sana

yang terdiri daripada warga emas dan penenun muda. Antara soalan-soalan yang

ditanya oleh penulis ialah:

1. Sudah berapa lama bekerja sebagai penenun songket.

2. Berapa lama masa yang diperlukan untuk menyiapkan sehelai songket. Faktor

yang mempengaruhi masa yang diambil.

3. Siapakah yang menentukan motif songket yang ditenun. Ikut citarasa

pelanggan atau kreativiti penenun sendiri.

4. Terdapat berapa jenis motif. Contoh setiap jenis motiftersebut.

5. Bagi contoh motif flora yang menjadi pennintaan ramai atau kegemaran

penenun sendiri.

6. Faktor yang mempengaruhi sesuatu motif.

105
7. Adakah motif dahulu dan sekarang ada perbezaan.

8. Pada pandangan penenun, adakah songket akan berkekalan hingga generasi

akan datang kerana pada masa kini terdapat banyak persaingan dari jenis-

jenis kain terutamanya dari luar negara.

9. Pada pendapat anda, adakah matematik penting dalam kehidupan kita.

10. Pada pendapat anda, adakah orang melayu setanding dengan kaum lain (Cina,

India, Inggeris) mengenai ilmu matematik. Adakah anda setuju pada

penyataan yang orang melayu lemah dalam bidang matematik.

11. Macam mana hendak tingkatkan minat dan pengetahuan tentang ilmu

matematik dalam diri anak-anak pada mas a sekarang.

12. Sebelurn proses menenun corak dilakukan, adakah lakaran dilakukan terlebih

dahulu.

13. Pemahkah anda terfikir yang pada motif-motif songket ada unsur-unsur atau

konsep-konsep matematik yang diterapkan. Jika ya, apakah konsep yang

diaplikasikan.

14. Kenapa motifpada songket bersegi-segi I bersimetri, tidak seperti corak pada

kain lain yang lengkung atau permukaannya lebih halus I licin.

Gan1bar-gambar juga turut diambil oleh penulis. Tetapi malangnya gambar yang

diambil tidak begitu jelas kerana jenis kamera yang digunakan tidak dapat memberi

imej yang terbaik . Ini menjadikan gambar yang dilampirkan pada penulisan kajian

ini tidak begitu jelas dan ciri-ciri pada motif songket seperti pepenjuru (bucu-bucu)

pada motif tidak dapat ditunjukkan oleh penulis bagi memberi gambaran bentuk

geometri pada motif songket kepada pembaca.

106
J awapan dari temubual penulis dan penenun adalah seperti berikut :

I. Penenun 1 (bemmur 60-an, tidak mempunym Jatar belakang pendidikan

rasmi)

1. 30 tahun lebih.

2. 3-4 minggu, kadang-kadang sebulan lebih kerana faktor corak yang

ditenun.

3. Motif ditentu ikut tempahan pelanggan. Jika tiada tempahan, penenun

buat ikut citarasa sendiri.

4. Motif tumbuh-tumbuhan(paling banyak ditenun), contoh tampuk

manggis, pucuk rebung (kebanyakan kain songket ada corak ini).

Motif binatang, sekarang penenun tidak lagi menenun motif ini. Motif

alam seperti bentuk awan.

5. Seperti kain songket yang mak cik tenun sekarang, mak cik guna

motif tampuk manggis. Tidak tetap jenis motif yang diminta, macam-

macam.

6. Dulu-dulu motif dihasilkan ikut keadaan sekeliling. Penenun terns

tenun pada kain.

7. Motif dahulu dan sekarang sam a, tidak ada beza. Kebanyakan corak

dulu dan sekarang sama.

8. Songket boleh bertahan sampai bila-bila. Kain-kain dari luar negara

tidak sama dengan kain songket.

9. Pada pandangan mak cik, matematik penting pada masa sekarang.

Kalau hendak lanjutkan pengajian ke peringkat tinggi, anak-anak

mesti lulus matematik.

107
10. Orang melayu sekarang sama dengan orang-orang bukan melayu. Mak

cik tidak setuju kata orang melayu lemah.

11. Jkut minat anak-anak. Anak-anak sekarang tidak boleh dipaksa. Kalau

dia minat hendak belajar apa yang dia suka, mak cik sokong.

12. Mak cik tidak lakar corak. Dari dahulu sampai sekarang, mak cik tems

tenun.

13. Mak cik tidak tahu. Mak cik tenun songket, tapi mak cik tidak pemah

fikir semua kelja mak cik ni ada kaitan dengan matematik.

14. Motif songket dari dahulu lagi macam yang kita tengok sekarang. Mak

cik tidak tahu kenapa motif songket bersegi-segi, yang mak cik tahu

bentuk motif ikut bentuk apa yang jadi sumber motif itu diambil.

II. Penenun II (bemmur 70-an, tidak mempunym latar belakang pendidikan

rasmi)

1. Mak cik kerja lebih 40 tahun lebih.

2. Ikut jenis kain yang kita tenun. Kalau corak ringkas~ 1-2 minggu boleh

siap sehelai. Sekarang, mak cik boleh tenun lebih kurang 3-4 mc1

sehari, masa muda dahulu, panjang dari sekarang.

3. Mak cik tenun corak songket ikut pelanggan minta, itu kalau ada yang

tempah. Kadang-kadang tenun ikut citarasa sendiri, untuk dijual pada

siapa-siapa yang benninat.

4. Dahulu banyak jenis, tetapi sekarang mak cik tenun motif tumbuh-

tumbuhan. Dahulu ada songet corak binatang. Sekarang jarang, kalau

ada pelanggang minta, kita pun susah hendak buat.

108
5. Motif jenis tumbuh-tumbuhan. Orang sekarang lebih suka jenis bunga

bertabur, untuk buat baju sepasang (baju melayu). Biasanya orang dari

kedai-kedai pengantin.

6. Motif sekarang sama dengan motif dahulu. Orang dahulu tenun motif

ikut apa yang mereka lihat dan kemampuan mereka.

7. Motif dahulu dan sekarang sama. Penenun sekarang belajar dan tenun

motif dahulu.

8. Mak cik rasa boleh kekallama. Sampai bila-bila,

9. Mak cik tidak tahu. Mak cik tahu nombor dan tam bah tolak.

10. Orang melayu, cina, india sama. Tiada beza, siapa raj in, dia jadi

pandai.

11. Hantar anak-anak ke sekolah. Apa yang diajar di sekolah, mak cik

tidak tahu sangat. Serah pada cikgu-cikgu. Mak cik hendak mengajar,

tapi mak cik tidak tahu.

12. Mak cik terus tenun. Ikut pengalaman mak cik. Hendak lakar macam

mana, hendak pegang pensil dan melukis mak cik tidak pandai.

13. Mak cik tidak tahu kenapa motif songket bersegi-segi, dari dahulu lagi

motif songket sepe1ii ini, mak cik ikut sahaja.

III. Penenun III (berumur lewat 30-an, mempunyai tahap pendidikan rasmi)

1. Hampir 15 tahun. Habis belajar atau kursus menenun songket, kakak

terus beke1ja disini. Kakak belajar di Pusat Kraftangan.

2. Ikut motif yang kita tenun, kalau motif yang ditenun rumit, masa

untuk siapkan sehelai songket lama, kadang-kadang sebulan lebih.

109
Tapi biasanya, sehelai songket boleh siap dalam 3-4 minggu. Ikut

kemahiran penenun juga.

3. Yang kakak tenun sekarang ikut tempahan pelanggan. Biasanya jenis

motif dan corak kita tenun ikut tempahan, kalau tiada tempaha, kita

tenun ikut arahan pemilik kedai ini, kadang-kadang ikut citarasa

penenun sendiri.

4. Ada empat jenis motif, tumbuh-tumbuhan, binatang, alam dan kuih.

Tapi sekarang motif tumbuh-tumbuhan sahaja yang ditenun. Motif

binatang, alam dan kuih memang susah hendak kita jumpa sekarang di

Malaysia.

5. J enis motif yang jadi pilihan tidak tetap. Susah hendak kata motif apa

jadi pilihan, tapi motif pucuk rebung biasanya motif yang boleh

dikatakan sebagai motifwajib ada padakain songket.

6. Orang dahulu kala mencipta motif ikut persekitaran mereka. Tapi

motif yang direka tidak seratus peratus bentuk sumber inspirasi motif

tersebut. Hanya bahagian-bahagian tertentu diambil. Contohnya

pokok pisang, cirri-ciri fizikat tertentu sahaja diambil, seperti daun

ptsang.

7. Motif sekarang ditenun ikut motif dahulu. Cuma pengolahan atau

gabungan jenis-jenis motif yang ditenun untuk membentuk corak

songket yang berbeza.

8. Songket akan bertahan sampai bila-bila. Sekarang pun banyak

program yang berasaskan songket. Contohnya, song..lcet dijadikan

salah satu tema untuk pertunjukkan fasyen. Ia diketengahkan,

diperkealkan pada orang-orang luar.


110
14. Songket agak sama dengan tikar mengkuang yang dianyam. Proses

anyaman dan tenunan songket agak sama, melibatkan teknik

persilangan (benang disilang). Jadi motif yang dihasilkan tidak sama

dengan jenis kain-kain yang lain. Contohnya kain batik, motifnya

dilukis, jadi bentuk motifuya lebih sempuma, lengkung licin, tidak

bersegi.segi.

Melalui temubual tersebut, penulis dapat mengetahui perbezaan pendapat dan cara

pemikiran dua generasi yang berbeza. Walaupun tidak banyak bezanya antara

pendapat penenun I, penenun II, dan penenun III, tetapi kita dapat melihat sejauh

mana tahap pemikiran dua generasi yang berbeza (ada pendidikan rasmi dan tiada

pendidikan rasmi) terutamanya pada pendapat yang mengaitkan songket dengan

konsep matematik.

112

Anda mungkin juga menyukai