Anda di halaman 1dari 17

Tugasan 1:

Jenis-jenis Anuiti Ciri-ciri

Anuiti serta-merta Anuiti ini sesuai untuk mereka yang hampir bersara atau sudah
bersara. Pembayaran pendapatan bermula dalam tempoh 12
bulan selepas membeli anuiti. Premiumnya dibayar sekaligus
semasa membeli anuiti.
Anuiti Tertunda Pembayaran pendapatan bermula lebih dari 12 bulan selepas
membeli anuiti dan boleh membeli anuiti ini pada bila-bila masa
sepanjang tempoh bekerja. Premiumnya yang boleh dibayar
sekaligus akan terkumpul dengan syarikat insurans atau
membuat siri bayaran berkala sehingga bersara.
Anuiti Pasti Bayaran anuiti bagi suatu tempoh yang ditetapkan tanpa
mengira anuitan masih hidup atau sudah meninggal dunia.
Berbentuk jenis akhiran atau tertunda.
Anuiti Hayat Bersama Anuiti ini adalah bagi dua individu atau lebih. Bayaran anuiti
akan diberhentikan jika salah seorang anuitan meninggal dunia.
Anuiti Terbalik Bayaran anuiti bermula dengan kematian seseorang individu dan
bayaran tersebut akan diberikan secara berterusan selagi
anuitan(penerima) masih hidup. Contohnya, anuiti akan dibayar
kepada si isteri sepanjang hayatnya sebaik sahaja suaminya
meninggal dunia.
Anuiti meningkat Pembayaran pendapatan meningkat setiap tahun pada kadar
yang tetap untuk melindungi pendapatan daripada inflasi
sepanjang hayat. Pendapatan permulaan bagi anuiti meningkat
pada kebiasaannya lebih rendah daripada yang diterima di
bawah anuiti tetap, tetapi anuiti ini memberikan pendapatan
yang lebih baik pada tahun-tahun kemudian dalam tempoh
persaraan.
Anuiti Akhiran Hayat Tunggal Membuat satu bayaran tunggal sebagai wang belian dan
sebagai balasan dan akan menerima anuiti selagi masih hidup.
Anuiti Akhiran Terjamin Bayaran anuiti akan dibuat untuk tempoh yang ditetapkan dan
akan diteruskan selagi anuitan masih hidup. Jika anuitan
meninggal dunia dalam tempoh yang ditetapkan, bayaran anuiti
akan diteruskan kepada warisnya sehingga akhir tempoh yang
dijaminkan.
Soalan 2 :
Anuiti adalah suatu kontrak yang dipersetujui oleh syarikat insurans untuk memberi
seseorang dengan pendapatan yang berterusan untuk sepanjang hayat selepas persaraan
sebagai balasan kepada caruman premium yang dibayar sekaligus. Pelbagai jenis pelan
anuiti di pasaran sebagai persediaan selepas persaraan untuk melangsungkan kehidupan
seseorang. Contoh anuiti-anuiti ialah anuiti serta-merta, anuiti tertunda, anuiti terbalik, anuiti
akhiran terjamin dan sebagainya seperti yang ditunjukkan di atas jadual.

Encik Amin yang berumur 45 tahun dan gaji bulanannya ialah RM8000 ingin mendapat
bayaran ansuran bulanan sejumlah RM2500 ketika umur beliau 61 tahun hingga umur 75
tahun. Bagi mencapai impian Encik Amin, pelan anuiti tertunda merupakan anuiti yang
paling sesuai digunakan. Pembayaran pendapatan bagi anuiti tertunda bermula lebih dari 12
bulan selepas membeli anuiti dan anuiti ini boleh dibeli pada bila-bila masa sahaja semasa
bekerja. Encik Amin boleh membayar sekaligus pada umur 45 tahun ataupun membuat siri
pembayaran berkala setiap bulan sehingga berumur 60 tahun. Premium yang dibayar
sekaligus pada umur 45 tahun adalah lebih rendah berbanding dengan bayaran ansuran
pada setiap bulan kerana pembayaran sekaligus akan dilaburkan oleh syarikat insurans
dalam tempoh pengumpulan simpanan. Pembayaran sekaligus hanya terdapat dalam pelan
anuiti tertunda dan memberi manfaat kepada pembeli anuiti.

Dalam pelan anuiti tertunda, Encik Amin dicadangkan untuk memilih Syarikat Insurans
Prudential ataupun Syarikat Insurans Great Eastern kerana kedua-dua jenis syarikat
insurans ini menunjukkan pulangan yang agak lumayan. Syarikat Insurans Prudential
menawarkan kadar faedah sebanyak 3.2% manakala Syarikat Insurans Great Eastern
menawarkan kadar faedah sebanyak 4%. Encik Amin perlu bijak dalam pertimbangan agar
membuat pembayaran yang paling rendah dengan penerimaan amaun anuiti yang sama
iaitu RM2500 pada setiap bulan pada umur 61 tahun hingga 75 tahun. Oleh itu, pengiraan
anuiti untuk bayaran berkala setiap bulan amat penting untuk membandingbezakan antara
kedua-dua syarikat.
Formula bagi Anuiti

(1+𝑖)𝑛 −1
S=R[ 𝑖
]

S = Nilai masa depan

R = Bayaran Berkala

i = kadar faedah

n= tempoh pelaburan

Pengiraan Bayaran Berkala

Syarikat Insurans Prudential : 3.2%

*** t = 15 tahun × 12 bulan

= 180 bulan

1−(1+𝑖)−𝑛
A=R[ 𝑖
]

3.2% −180
1−(1+ )
12
= RM 2500 [ 3.2% ]
12

= RM 357019.84

RM357019.84 merupakan jumlah wang yang perlu dibayar kepada Syarikat Insurans
Prudential sepanjang tempoh 15 tahun.

(1+𝑖)𝑛 −1
S=R[ 𝑖
]

3.2% 180
(1+ ) −1
12
RM 357019.84 = R [ 3.2% ]
12

(1.0027)180 −1
RM 357019.84 = R [ 0.0003
]

R = RM1547.95

RM1547.95 merupakan bayaran untuk setiap bulan sepanjang tempoh 15 tahun.

Sekiranyan Encik Amin memilih Syarikat Insurans Prudential yang menawarkan kadar
faedah sebanyak 3.2%, maka beliau perlu membayar RM1547.95 setiap bulan bermula
umur 45 tahun hingga umur 60 tahun.
Faedah = RM 357019.84 – (RM 1547.95 x 180 bulan)

= RM 357019.84 – RM 278631

= RM 78388.84

Faedah yang diperolehi ialah RM78388.84

Syarikat Insurans Great Eastern : 4%

1−(1+𝑖)−𝑛
A=R[ 𝑖
]

4% −180
1−(1+ )
12
= RM 2500 [ 4% ]
12

= RM 337980.37

RM337980.37 merupakan jumlah wang yang perlu dibayar kepada Syarikat Insurans Great
Eastern sepanjang tempoh 15 tahun.

(1+𝑖)𝑛 −1
S=R[ ]
𝑖

4% 180
(1+ ) −1
12
RM337980.37 = R [ 4% ]
12

(1.0033)180 −1
RM337980.37 = R [ ]
0.0033

R = RM 1373.40

RM1373.40 merupakan bayaran berkala setiap bulan sepanjang tempoh 15 tahun.

Sekiranyan Encik Amin memilih Syarikat Insurans Great Eastern yang menawarkan kadar
faedah sebanyak 4%, maka beliau perlu membayar RM1373.40 setiap bulan bermula umur
45 tahun hingga umur 60 tahun.

Faedah = RM 337980.37 – RM 1373.40(180bulan)

= RM 337980.37 – RM 247212

= RM 90768.37

Faedah yang diperolehi ialah RM90768.37.


Melalui perbandingan antara kedua-dua syarikat insurans tersebut, saya bercadang agar
Encik Amin memilih Syarikat Insurans Great Eastern untuk membayar anuiti selama 15
tahun sebagai persediaan bagi tempoh persaraannya. Kadar faedah bagi Prudential ialah
3.2% manankala Great Eastern ialah 4%. Beliau hanya perlu membayar RM 1373.40 setiap
bulan di Syarikat Great Eastern berbanding dengan Syarikat Insurans Prudential yang perlu
membayar RM1547.95 tetapi akan menerima bayaran anuiti yang sama oleh syarikat
insurans iaitu RM2500 dalam tempoh persaraan. Dengan kadar faedah yang tinggi, Encik
Amin akan membayar kurang tetapi mendapat bayaran yang sama dalam tempoh
persaraannya. Hal ini amat menguntungkan Encik Amin. Secara keseluruhannya, Encik
Amin dapat menjimatkan sebanyak RM 174.55 setiap bulan selama 15 tahun. Jika dikira
dengan 15 tahun, beliau telah menjimatkan sebanyak RM 31419. RM31419 merupakan
sejumlah wang yang besar yang boleh digunakan untuk kegunaan lain bagi Encik Amin.
Terdapat perbezaan yang ketara antara jumlah pembayaran Syarikat Insurans Prudential
dengan Syarikat Insurans Great Eastern. Semakin tinggi nilai kadar faedah, maka semakin
kurang wang yang perlu dibayar untuk pelan anuiti.

Selain itu, faedah yang diperolehi oleh Syarikat Prudential ialah RM 78388.84 manakala
faedah yang diperolehi oleh Syarikat Insurans Great Eastern ialah RM 90768.37. Hal ini
telah menunjukkan faedah yang diperolehi oleh Prudential adalah lebih tinggi berbanding
dengan Great Eastern. Semakin banyak faedah diperolehi, semakin banyak keuntungan
yang Encik Amin mendapat.

Sebelum memilih syarikat insurans, Encik Amin hendaklah memastikan bahawa bayaran
berkala tidak melebihi RM8000 iaitu gaji bulanannya. Jika Encik Amin membayar anuiti
melebihi RM8000, maka beliau akan tidak mampu menampung kehidupannya dalam setiap
bulan.

Setiap orang hendaklah pandai memilih anuiti yang sesuai untuk menentukan amaun
pendapatan yang akan diterima semasa persaraan. Sebelum membeli anuiti, seseorang
perlu meneliti opesyen yang ditawarkan oleh syarikat insurans yang sesuai dengan
keperluan sendiri untuk memastikan keselesaan selepas persaraan.
Rujukan

Dan Kepple MBA. (2013). Annuity Laddering: Inflation-proof Retirement Income.


New York: IAN Books

Darlene K. Chandler. (2005). The Annuity Handbook. USA: The National


Underwriter Company.

John L.Olsen & Micheal E. Kitces. (2005). The Annuity Advisor. USA: The National
Underwriter Company.

Kellison, S.G. (2009). The Theory of Interest. New York: McGraw-Hill.

MCIS. (2004). Anuiti untuk Perancangan Persaraan Anda. Retrieved March 27,
2017 from
https://www.mcis.my/ClientCharter/AnuitiuntukPerancanganPersaraanAnda.pdf

Micheal Zaman. (2005). 5 Memahami Maklumat Asas Tentang Anuiti Membawa.


Retrieved March 26, 2017 from http://jerryjournal.com/5-memahami-maklumat-
asas-tentang-anuit-membawa/

Pollard, A.H. (2014). An Introduction to The Mathematics of Finance. New York:


Elsevier Science.

Utusan Online. (2001). Memahami Pelan Persaraan atau Anuiti. Retrieved March
27, 2017 from
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0924&pub=Utusan_Malaysia&sec=E
konomi&pg=ek_05.htm
Tugasan 4:

Kelebihan Kelemahan

Nilai Kini Bersih (NPV)  Menggunakan aliran  Pengiraan NPV agak


tunai dan bukan kompleks kerana
keuntungan dalam memerlukan
perakaunan kefahaman yang lebih
 Memperhitungkan nilai mendalam bagi
masa wang konsep dan pengiraan
 Mengambil kira semua NPV.
aliran tunai projek  Pengiraan NPV
 Mengutamakan aliran memerlukan
tunai pada permulaan maklumat ke atas kos
projek modal untuk projek
yang sukar dikenal
pasti.
Kadar Pulangan Dalaman  Menggunakan aliran  Pengiraan IRR lebih
(IRR) tunai dan bukan rumit berbanding
keuntungan dalam NPV.
perakaunan sebagai  Pengiraan IRR
asas pengiraan mememerlukan
 Memperhitungkan nilai maklumat ke atas kos
masa wang. modal untuk projek
 Tidak mengakibatkan yang sukar dikenal
aliran tunai keluar pasti.
sepanjang tempoh
pelaburan
Soalan 2:

Setiap orang mempunyai perancangan kewangan masing-masing. Terdapat sesetengah


orang yang suka menyimpan wang dalam bank malah ada yang suka membuat pelaburan
untuk mendapat keuntungan yang lumayan. Terdapat dua kaedah yang boleh digunakan
untuk membuat keputusan dalam penilaian projek supaya mendapat pulangan yang
lumayan iaitu nilai kini bersih (NPV) dan kadar pulangan dalaman (IRR). Melalui kedua-dua
kaedah ini, seseorang yang ingin melabur boleh membuat pertimbangan untuk membuat
pilihan sama ada menerima atau menolak projek.

Nilai Kini Bersih (Net Present Value)

Nilai kini bersih adalah perbezaan antara nilai kini aliran masuk tunai dengan nilai kini aliran
keluar tunai. Aliran keluar tunai biasanya berlaku pada permulaan projek.

Kadar pulangan Dalaman (Internal rate of Return)

Kadar pulangan dalaman didefinisikan sebagai kadar diskaun yang menyamakan nilai kini
aliran tunai dengan awal atau kadar diskaun, apabila NPV adalah sama dengan sifar (0).

2
2.0 Cadangan pelaburan bagi Perniagaan KK

Encik Koh merupakan seorang peniaga dalam bidang industri perkilangan. Beliau ingin
melaburkan wangnya supaya mendapat keuntungan yang lebih banyak. Perniagaan KK
merupakan sebuah syarikat yang diuruskan oleh Encik Koh. Encik Koh sedang membuat
pertimbangan untuk melabur dalam Pelaburan A(Xiaomi) ataupun Pelaburan B(Sumsung).
Kedua-dua syarikat ini menawarkan kadar faedah dan pulangan yang agak lumayan. Kadar
pulangan bagi kedua-dua projek ialah 12% dan tempoh pelaburan selama 5 tahun. Aliran
tunai bersih bagi Pelaburan A ialah RM82000 manakala Pelaburan B ialah RM68000.

Jadual di atas menunjukkan aliran tunai bagi Pelaburan A dan Pelaburan B.

3
Pengiraan NPV dan IRR Pelaburan A
Pengiraan NPV dijalankan untuk menunjukkan untung sebenar yang dibawa oleh pelan
pelaburan ini kepada pelaburnya dengan menggunakan formula di bawah, di mana p=82000
dan kadar pulangan, k=12%

Nilai Kini Bersih


𝐶
𝑖
NPV = (1+𝑟) 𝑖

𝐶𝑖 = Aliran Tunai
r = kadar faedah
i = tahun pelaburan

Tahun 𝑪𝒊 𝑪𝒊
(𝟏 + 𝒓)𝒊
0 (82000) (82000)

1 24000 21428.57

2 24000 19132.65

3 24000 17082.73

4 24000 15252.43

5 24000 13618.24

Nilai kini bersih = - (RM 82000) + RM 21428.57 + RM 19132.65 + RM 17082.73 +

RM 15252.43 + RM 13618.24

= RM 4514.62

Sekiranya Encik Koh melaburkan sebanyak RM82000 dalam Pelaburan A selama 5 tahun,
maka keuntungan bersih yang akan diperolehi ialah RM 4514.62.
𝐍𝐏𝐕𝟐

Pengiraan 𝑁𝑃𝑉2 dijalankan dengan mengganggap kadar faedah ialah 30% supaya mendapat
NPV yang negatif.

Tahun 𝑪𝒊 𝑪𝒊
(𝟏 + 𝒓)𝒊
0 (82000) (82000)

1 24000 18461.54

2 24000 14201.18

3 24000 10923.99

4 24000 8403.07

5 24000 6463.90

Nilai Kini Bersih = - (RM82000) + RM 18461.54 + RM 14201.18 + RM 10923.99 +

RM 8403.07 + RM 6463.90

= - RM 23546.32
Kadar Pulangan Dalaman
IRR bagi sesuatu projek pelaburan boleh menunjukkan kadar faedah di mana aliran tunai
keseluruhan adalah kosong. Oleh itu, semakin banyak IRR, semakin lumayan pulangan yang
dapat diperolehi oleh seseorang.

Pengiraan IRR diteruskan dengan menggunakan formula IRR seperti di bawah:

Internal Rate of Return

𝑁𝑃𝑉1
= 𝑟1 + X (𝑟2 − 𝑟1 )
(𝑁𝑃𝑉1 −𝑁𝑃𝑉2 )

Di mana ,
𝑅1 = IRR yang lebih rendah
𝑅2 = IRR yang lebih tinggi
𝑁𝑃𝑉1 = NPV bagi R1
𝑁𝑃𝑉2 = NPV bagi R2

𝑁𝑃𝑉1
IRR = 𝑟1 + X (𝑟2 − 𝑟1 )
(𝑁𝑃𝑉1 −𝑁𝑃𝑉2 )

𝑅𝑀4514.62
= 12% + x (30% − 12%)
[𝑅𝑀4514.62−(−𝑅𝑀 23546.32)]

= 14.90%

IRR bagi Pelaburan A ialah 14.90%.


Pengiraan NPV dan IRR bagi Pelaburan B

Kadar faedah diskaun bagi kedua-dua jenis pelaburan adalah sama, iaitu 12%, jadi k=0.12,
p= 68000. Dengan ini, pengiraan untuk mencari nilai kini bersih (NPV) bagi Pelaburan B
dijalankan di jadual berikut.

Tahun 𝑪𝒊 𝑪𝒊
(𝟏+𝒓)𝒊

0 (68000) (68000)
1 32000 28571.43
2 24000 19132.65
3 20000 14235.60
4 16000 10168.29
5 10000 5674.27

Nilai kini bersih = - (RM 68000) + RM 28571.43 + RM 19132.65 + RM 14235.60 +

RM 10168.29 + RM 5674.27

= RM 9782.24

Sekiranya Encik Koh sebanyak RM68000 dalam Pelaburan B selama 5 tahun, maka
keuntungan bersih yang akan diperolehi ialah RM 9782.24

𝐍𝐏𝐕𝟐

Pengiraan 𝑁𝑃𝑉2 denggan menggunakan k = 30%.

Tahun 𝑪𝒊 𝑪𝒊
(𝟏+𝒓)𝒊

0 (68000) (68000)
1 32000 24615.38
2 24000 14201.18
3 20000 9103.32
4 16000 5602.04
5 10000 2693.29
Nilai Kini Bersih = - (RM 68000) + RM 24615.38 + RM 14201.18 + RM 9103.32 +

RM 5602.04 + RM 2693.29

= - RM 11784.79

𝑁𝑃𝑉
1
IRR = 𝑟1 + (𝑁𝑃𝑉 −𝑁𝑃𝑉 )
x (𝑟2 - 𝑟1 )
1 2

𝑅𝑀9782.24
= 12% + [𝑅𝑀 9782.24−(−𝑅𝑀11784.79)] x (30% - 12%)

= 20.16%

IRR bagi Pelaburan B ialah 20.16%.


Semasa membuat perbandingan antara kedua-dua jenis pelaburan, NPV dan IRR
sentiasa menjadi fokus kerana NPV dan IRR sebagai satu indikator bagi menentukan
pelaburan itu menguntungkan atau merugikan. NPV boleh menunjukkan keuntungan bersih
yang diperoleh bagi satu tempoh masa yang tetap. Sesuatu projek pelaburan yang
mempunyai nilai NPV yang negatif perlu ditolak kerana tiada keuntungan yang akan
diperolehi. IRR pula merupakan kadar faedah diskaun yang akan menjadikan NPV sama
dengan 0.

Setelah perbandingan dijalankan, jelaskan Pelaburan B menunjukkan NPV dan IRR yang
lebih baik berbanding dengan Pelaburan A. Ini bermaksud Pelaburan B adalah pilihan yang
lebih baik bagi Encik Koh.

Sekiranya melihat dari segi NPV, Pelaburan B menunjukkan prestasi yang baik, iaitu RM
9782.24 manakala Pelaburan A menunjukkan RM4514.62. NPV bagi Pelaburan B telah
melebihi NPV Pelaburan A sebanyak RM5267.62. Projek Pelaburan B dikatakan hampir dua
kali ganda NPV projek Pelaburan A. Semakin banyak nilai NPV, maka semakin keuntungan
yang akan diperolehi. NPV yang positif akan meningkatkan nilai firma manakala NPV yang
negatif akan menurunkan nilai firma. Kedua-dua projek menunjukkan NPV yang positif,
tetapi Pelaburan B mempunyai nilai NPV yang paling tinggi.

IRR adalah kadar pulangan dijangka yang boleh diperolehi oleh sebuah firma jika projek
tersebut diterima. Jika IRR lebih tinggi daripada kos modal, maka nilai firma akan meningkat.
Kalau dilihat dari segi IRR, Pelaburan B telahpun menunjukkan IRR yang lebih tinggi, iaitu
sebanyak 20.16% berbanding dengan IRR Pelaburan A yang hanya mencapai 14.90%.
Semakin banyak IRR, semakin lumayan pulangan yang dapat diperolehi oleh seseorang.

Pelaburan B (Sumsung) telah dijadikan sebagai pilihan pelaburan Encik Amin kerana
Sumsung mempunyai pelbagai jenis pilihan produk termasuklah komputer riba, telefon
bimbit dan tab. Hal ini menyebabkan ramai orang suka membeli produk di Sumsung. Telefon
bimbit Sumsung mempunyai banyak kegunaan seperti dapat kalis air, tahan lama dan
berkualiti. Produk Sumsung juga terkenal di persada antarabangsa. Kajian menunjukkan
bahawa kebanyakkan orang membeli telefon bimbit dan komputer riba berjenama Sumsung.
Produk Sumsung juga dipasarkan di banyak kedai di seluruh Malaysia.

Faedah yang diperolehi oleh Encik Amin dalam Pelaburan B (Sumsung) ialah akan
mendapat keuntungan yang lebih banyak. Hal ini demikian kerana semakin banyak produk
Sumsung dipasarkan, maka semakin keuntungan diperolehi. Encik Amin boleh mengambil
keuntungan tersebut untuk melaburkan dalam projek lain. Hal ini dapat memperolehi
keuntungan yang lebih banyak. Selain itu, keuntungan yang didapati boleh digunakan
sebagai kos modal yang dilaburkan. Encik Amin juga boleh mengimport lebih banyak produk
Sumsung untuk menjual produk tersebut.

Konklusinya, seseorang perlu berfikir secara teliti sebelum melabur supaya keputusan
yang dibuat memberikan kesan yang positif. Oleh itu, setiap pelaburan yang dibuat
hendaklah membuat pertimbangan daripada banyak aspek supaya mendapat keuntungan
yang sepatutnya.
Rujukan

Benjamin Graham. (2014). The Intelligent Investor. New York: Harper Business
Essentials.

Daniel R. Solin. (2009). The Smartest Investment Book You'll Ever Read: The
Proven Way to Beat the "Pros" and Take Control of Your Financial Future. New
York: Penguin Group.

INVESTAURA. (2017). Nilai Kini Bersih (NPV). Retrieved April 3, 2017 from
http://www.business-planning-for-managers.com/main-
courses/finance/valuation/net-present-value-npv/?lang=ms
Kelincicoklatdiary. (2010). Net Present Value (NPV) Dan Internal Rate of Return (IRR).
Retrieved April 1, 2017 from
https://kelincicoklatdiary.wordpress.com/2010/10/14/net-present-value-npv-dan-
internal-rate-of-return-irr/

Maths Is Fun. (2014). Internal Rate of Return (IRR). Retrieved April 2, 2017 from
https://www.mathsisfun.com/money/internal-rate-return.html

Narzuki. (2015). Belanjawan Modal. Retrieved April 2, 2017 from


http://cgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-
manager/upload/BELANJAWAN-MODAL.pdf

Norlia Abd Rashid, Noorul Ashikin Md Salih & Lau Too Kya. (2014). Business
Mathematics Second Edition. Selangor: Oxford Fajar.

Anda mungkin juga menyukai