Anda di halaman 1dari 14

PROSIDING PERKEM III, JILID 1 (2008) 332 341 ISSN: 2231-962X KESAN RASUAH TERHADAP PERTUMBUHAN EKONOMI: KAJIAN

N KES DI MALAYSIA EFFECTS OF CORRUPTION ON ECONOMIC GROWTH: A CASE STUDY IN MALAYSIA Md. Zyadi Md. Tahir, Sanep Ahmad, Mohd. Hafiz Abdul Wahab ABSTRAK Rasuah merupakan penyakit masyarakat yang serius diperdengarkan pada mas a kini, khususnya dikalangan negara membangun. Ini secara tidak langsung akan me mberi kesan terhadap pertumbuhan ekonomi dan juga kesan terhadap kehidupan sosia l masyarakat. Pengamalan rasuah yang berleluasa boleh mengakibatkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara itu terbantut dan seterusnya menyebabkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) juga turut menurun. Bahkan amalan rasuah juga turut menjadi barah penyakit kepada masyarakat akibat daripada ketidakadilan sosial yang wujud dikalangan masyarakat secara amnya. Bertepatan dengan masalah tersebut, maka ob jektif utama kajian adalah untuk melihat kesan rasuah terhadap pertumbuhan ekono mi di Malaysia. Hasil penemuan kajian yang dibuat di Malaysia menunjukkan kesan negatif di mana dengan peningkatan rasuah sebanyak 1% akan mengakibatkan KDNK ne gara akan menurun sebanyak 1.618%. Ini jelas menunjukkan bahawa amalan rasuah ya ng berlaku di Malaysia memberi kesan yang negatif terhadap pertumbuhan ekonomi d i mana pemboleh ubah rasuah yang diperolehi adalah signifikan untuk menerangkan kadar pertumbuhan KDNK negara pada aras keertian 1%. Kata Kunci: Indeks Persepsi Rasuah, Pertumbuhan Ekonomi, Stok Modal Insan, Pelaburan Langsung Asing dan Per belanjaan Kerajaan. ABSTRACT Corruption is a serious societys disease, especially among developing co untries. This has indirectly affects economic growth and societys livelihood. Ram pant corruption may stunt a countrys economic growth. Corruption is akin to cance r to a society due to social injustice that generally exists in society. Thus, t his objective of the study is to analyse the effects of corruption on Malaysias e conomic growth. Findings indicate negative effect where in corruption by 1 perce nt will cause the nations GDP to decline by 1.618 percent. This shows that corrup tion in Malaysia has negative and significant impact on economic growth. Keyword s: corruption perception index; economic growth; foreign direct investment; and government expenditure; human capital stock PENGENALAN Rasuah sering kali diperkatakan sejak kebelakangan ini. Bahkan ia men jadi barah kepada masyarakat kerana sifat keji perbuatan tersebut dan kesan buru knya kepada masyarakat serta negara. Sejarah Malaysia juga turut dibuktikan baha wa jatuhnya kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka disebabkan rasuah yang berleluas a dikalangan pembesar istana pada masa itu. Ini jelas menunjukkan bahawa kejatuh an sesebuah kerajaan itu tidak semestinya kalah di medan peperangan dan malahan kejatuhan sesebuah kerajaan itu boleh dilihat daripada sikap keji masyarakat itu sendiri. Amalan rasuah juga telah menyebabkan tumbangnya diktator Ceausescu di Romania yang dihukum tembak pada tahun 1990. Shah Reza Pahlavi dari Iran terpaks a melarikan diri daripada takhtanya ekoran daripada revolusi rakyat Iran kerana rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam pentadbirannya. Begitu juga yang berlaku k epada bekas Presiden Filipina Ferdinand Marcos, yang terpaksa hidup dalam buanga n hingga ke akhir hayatnya kerana digulingkan akibat rasuah. Di Amerika Syarikat pula, Presiden Richard Nixon juga tumbang akibat skandal Watergate, semuanya be rlaku gara-gara perbuatan jenayah rasuah (Mohd Shauki Abd Majid, 2004). Ini jela s menunjukkan bahawa sejarah telah membuktikan segala-segalanya tentang keburuka n rasuah serta kesannya terhadap masyarakat sebagaimana kejatuhan tamadun yang g ah pada zaman dahulu, iaitu Kerajaan Melayu Melaka. Dalam pada itu, Bank Dunia m engandaikan rasuah ini sebagai satu ancaman yang terbesar kepada ekonomi dan pem bangunan sosial. Ia membantutkan pembangunan negara dengan memporakPersidangan K ebangsaan Ekonomi Malaysia ke III (PERKEM III), Daya Tahan Ekonomi Negara: Dasar dan Strategi Pengukuhan Port Dickson, Negeri Sembilan, 20 22 Ogos 2008

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke III 2008 333 perandakan undang-undang dan juga melemahkan institusi asas dalam pembangunan ek onomi (David Ng, 2006). Jelas di sini menunjukkan bahawa rasuah ini meninggalkan kesan yang amat negatif kepada masyarakat dan negara kerana pembangunan ekonomi sesebuah negara itu terbantut akibat daripada amalan rasuah tersebut. Malang se kali negara-negara yang tinggi kadar rasuahnya terdiri dikalangan negara yang ra kyatnya menganuti agama Islam dan Kristian fahaman Katolik, negara yang mengguna kan perundangan Perancis ataupun sosialis dan prestasi kerajaan yang lemah juga turut menyumbang kepada peningkatannya kadar rasuah. Namun sebaliknya, kadar ras uah yang rendah adalah dikalangan negara yang rakyatnya menganuti agama Kristian fahaman Protestant, negara di bawah jajahan British, negara yang mengamalkan un dang-undang British, negara yang mengamalkan demokrasi dan kerajaan yang bersatu -padu (David Ng, 2006). Penyataan yang dibuat tersebut menyebabkan kita tertanya -tanya mengapakah negara yang majoritinya menganuti agama Islam menjadi negara p enyumbang tertinggi kepada kadar rasuah dunia. Bahkan pengharaman rasuah juga te lah dinyatakan dengan sejelas-jelasnya dalam kitab suci al-Quran dan turut juga diterangkan oleh Rasulullah S.A.W melalui hadis beliau. Antara mafhum firman All ah S.W.T dalam surah Al-Anfaal, ayat 27 yang bermaksud: Wahai orang-orang Yang be riman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya) (8:27) D alam ayat yang lain, pengharaman rasuah turut dijelaskan juga dalam surah Al-Baq arah, ayat 188 dan maksud ayat tersebut adalah: Dan janganlah kamu makan (atau me ngambil) harta (orang-orang lain) antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana he ndak memakan (atau mengambil) sebahagian daripada harta manusia dengan berbuat d osa, padahal kamu mengetahui (salahnya) Hakikat kepada berlakunya amalan rasuah i ni disebabkan sifat tamak kerana sifat tamak haloba itulah yang menjuruskan sese orang itu untuk melakukankan amalan rasuah. Hal ini tidak dapat dinafikan kerana fitrah semulajadi manusia adalah berkeinginan kepada harta dan penyataan ini tu rut dijelaskan dalam surah Al-Fajr, ayat 20: Serta kamu pula kasihkan harta secar a tamak haloba Dalam pada itu juga, pengharaman rasuah dan amalan mengkhianati a manah turut dinyatakan dalam hadis-hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Daripad a Rasulullah S.A.W bersabda: Rasulullah S.A.W melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah Dalam hadis yang lain turut dijelaskan larangan mengkhianati amanah yang bermaksud: Sabda Rasulullah S.A.W: Apabila amanah diabaikan maka tun ggulah hari kiamat. Al-Arabiy bertanya: Bagaimanakah mengabaikannya wahai Rasulul lah? Maka baginda bersabda: Apabila sesuatu perkara diserahkan kepada bukan ahli nya, maka tunggulah hari kiamat (Hadis riwayat Al-Bukhari) Turut dijelaskan juga seksaan neraka bagi pengamal rasuah kerana hasil pendapatan haram yang digunakan akan menjadi darah daging kepada orang yang mengambilnya, dan ini turut dinyata kan dalam hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Ahmad: Wahai Kaab bin Ujrah : Tidak masuk syurga sesiapa yang tumbuh pada dagingnya daripada sesuatu yang ha ram, nerakalah lebih utama baginya Jelaslah di sini menunjukkan bahawa pengharama n rasuah itu telah dijelaskan dengan jelas sekali berdasarkan kepada ayat Al-Qur an dan hadis Rasulullah S.A.W itu sendiri yang mana maksud ayat

334 Md. Zyadi Md. Tahir, Sanep Ahmad, Mohd. Hafiz Abdul Wahab tersebut dijelaskan melalui dalil yang qati iaitu daripada dalil naqli yang ditur unkan oleh Allah S.W.T. dan juga hadis Rasulullah S.A.W. Berdasarkan kepada peti kan ayat Al-Quran dan hadis tersebut, Islam melarang keras amalan rasuah dan ada asasnya mengapa Islam melarang keras amalan tersebut sebagaimana pengharaman ju di, arak dan zina. Asas kepada pengharaman rasuah tersebut boleh dilihat daripad a mata kasar, iaitu kesan kepada ekonomi negara dan juga kesan kepada masyarakat sejagat. Khairul Azhar Idris (2005) menyatakan bahawa pada hakikatnya gejala ra suah dilihat sebagai satu jalan pintas dan mudah bagi mendapatkan sesuatu perunt ukan ataupun kejayaan daripada golongan tertentu. Amalan rasuah tersebut menimbu lkan satu fenomena dari kalangan masyarakat yang kaya semakin kaya dan yang misk in bertambah miskin. Ini boleh mengakibatkan penindasan di mana suatu perkara ti dak dapat disalurkan dengan jalan yang betul dan ini menyebabkan yang berhak tid ak mendapat apa-apa manfaat dan sebaliknya yang tidak berhak mendapat manfaat. I slam telah mengharamkan penindasan di mana sikap rakus tersebut menyebabkan oran g miskin terpinggir dan seterusnya tidak mendapat pembelaan. Namun demikian, set iap kehidupan manusia sama ada yang kecil atau yang besar akan dinilai oleh Alla h S.W.T. Oleh itu, Islam lebih menekankan kepada konsep persaudaraan yang mana s etiap umat Islam adalah bersaudara dan Islam juga turut mengharamkan penindasan. Dalam negara kita, untuk menjana keutuhan Islam dan kekuatan umat adalah tanggu ngjawab orang yang memegang amanah kuasa dan pangkat. Jika kalangan umat Islam y ang di beri kuasa dan pangkat terbukti kotor dengan rasuah, maka umat lain di ne gara lain akan melihat dan menilai betapa kepimpinan Muslim tidak memiliki kredi biliti untuk dipertanggungjawab sebagai pemegang amanah rakyat (Mohd Shauki Abd Majid, 2004). Maka dengan itu, adalah wajar bagi umat Islam untuk menegur dan me mbongkar segala penyelewengan yang berunsur rasuah. Ini adalah jihad sosial yang sangat utama demi keadilan yang dituntut oleh Allah S.W.T. (Mohd Shauki Abd Maj id, 2004). Hal ini kerana ia akan merosakkan nama baik agama Islam dan seterusny a memporak-perandakan perlembagaan negara serta kemakmuran sesebuah negara akiba t daripada pengamalan rasuah. Oleh yang demikian, amalan rasuah ini memberi kesa n yang negatif dan ianya terbukti berdasarkan kepada situasi keadaan masa sekara ng dan juga sejarah-sejarah yang terdahulu yang mana kesannya memberi kesan yang buruk sama ada daripada sudut politik, masyarakat sosial dan juga kepada ekonom i sesebuah negara. ISU DAN PERMASALAHAN KAJIAN Kegiatan ekonomi akan menjadi ibadat dan diberi nila i pahala jika dilakukan mengikut syarat yang telah ditetapkan, baik dari segi me menuhi tuntutan aqidah, akhlak mahupun syariat (Surtahman Kastin Hasan & Sanep A hmad, 2005). Justeru itu adalah wajar bagi setiap umat Islam memegang amanah yan g dipikul bahkan bagi penganut agama lain juga perlu berpegang kepada amanah ser ta menghindari perbuatan rasuah. Amalan rasuah merupakan salah satu aktiviti yan g dicela dan terkutuk di sisi Islam. Bahkan ia juga meninggalkan kesan yang keta ra terhadap masyarakat, mahupun daripada sudut pertumbuhan ekonomi negara. Jelas di sini menunjukkan bahawa pengharaman akan rasuah dalam Al-Quran dan hadis Ras ulullah S.A.W. ada asasnya kerana ianya akan memudaratkan masyarakat sosial dan juga aktiviti ekonomi bagi sesebuah negara. Dalam pada itu juga, peranan pertumb uhan ekonomi ialah untuk mencapai tahap pembangunan dan prestasi ekonomi bagi se sebuah negara kerana ianya merupakan garis pengukur kepada pencapaian aktiviti e konomi negara yang telah direncanakan. Namun demikian, persoalan yang timbul dan isu yang boleh dilihat adalah samada dengan peningkatan kadar rasuah bagi seseb uah negara boleh merencatkan pertumbuhan ekonomi ataupun sebaliknya. Hal ini tel ah dinyatakan oleh Axel Dreher et. al. (2007) yang menyatakan bahawa baru-baru i ni Bank Dunia menganggarkan lebih daripada USD 1 trilion telah digunakan untuk m embayar rasuah bagi setiap tahun. Bagi mengatasi masalah rasuah tersebut perlula h pihak kerajaan meningkatkan penguatkuasaan dan mematuhi undangundang kerana ia boleh meningkatkan pendapatan per kapita sesebuah negara sebanyak 400%. Dengan penyataan yang dijelaskan di atas, Bank Dunia mengandaikan bahawa sekiranya akti

viti rasuah dapat dihapuskan, maka peningkatan pendapatan per kapita akan mening kat sebanyak 400%. Namun demikian, adakah penyataan yang diutarakan oleh Bank Du nia ini adalah benar ataupun sebaliknya? Maka dengan itu, satu kajian berkaitan dengan Kesan rasuah terhadap pertumbuhan ekonomi: Kajian kes di Malaysia perlu dil akukan. Kajian ini bertujuan untuk melihat samada pertumbuhan ekonomi Malaysia b erdasarkan petunjuk Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dapat

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke III 2008 335 berkembang ataupun tidak, akibat daripada amalan rasuah tersebut. Maka diharap k ajian ini akan memberi sesuatu yang bermanfaat kepada pihak-pihak kerajaan ataup un pihak-pihak yang berwajib untuk menentukan arah tuju sebenar dasar pembanguna n negara dan seterusnya pertumbuhan ekonomi negara dapat ditingkatkan. KAJIAN LEPAS Dalam mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai kesan rasuah k e atas pertumbuhan ekonomi, beberapa sorotan kajian lepas yang berkaitan dengan rasuah telah dibuat. Antaranya ialah Pak Hung Mo (2001) yang menjelaskan peranan rasuah dalam pertumbuhan ekonomi dengan menyediakan penganggar kuantitatif akib at rasuah ke atas pertumbuhan dan kepentingannya terhadap saluran perubahan. Kaj ian rasuah beliau adalah tertumpu ke atas 54 buah negara yang terdapat dalam Cor ruption Perception Index (CPI). Dengan menggunakan penganggar kuasa dua terkecil (OLS), beliau mendapati dengan peningkatan 1% tingkat rasuah akan mengurangkan kadar pertumbuhan ekonomi dalam lingkungan 0.72%. Dalam perkataan lain ialah, de ngan peningkatan satu unit dalam indeks persepsi rasuah akan mengakibatkan kadar pertumbuhan ekonomi menurun sebanyak 0.545 mata peratus. Apa yang paling pentin g dalam saluran yang mempengaruhi pertumbuhan ekonomi ialah ketidakstabilan poli tik, yang mana sebanyak 53% jumlah yang mempengaruhi dalam pertumbuhan ekonomi. Beliau juga mendapati rasuah boleh mengurangkan tingkat modal insan dan perkongs ian pelaburan persendirian. Paolo Mauro (1995) pula telah menggunakan data yang mengandungi indeks keberkesanan dan keluhuran birokrasi yang subjektif untuk men jelaskan bukti empirik kesan rasuah terhadap pembangunan ekonomi. Analisis kajia n beliau meliputi 58 buah negara yang mana kajian ini mempunyai hubungkait di an tara pelaburan dan rasuah. Padanan yang negatif antara rasuah dengan pelaburan d an pembangunan adalah signifikan dari sudut ekonomi dan statistik. Walaupun berh adapan dengan data yang terhad, artikel tersebut menunjukkan secara terperinci h ubungan tersebut kuat bagi mengawal penentu piawai untuk pelaburan dan pertumbuh an. Secara jelasnya, terdapat bukti kesan birokrasi yang sama penting dalam pene ntu pelaburan dan pertumbuhan sebagaimana kestabilan politik. Keith Blackburn et . al. (2006) memfokuskan rasuah dikalangan birokrasi awam dan implikasi terhadap pembangunan ekonomi. Analisis beliau menunjukkan beberapa petunjuk yang penting , bahawa campur tangan kerajaan memerlukan pegawai perkhidmatan awam dalam mengu mpul maklumat dan potensi pentadbir dan sekurang-kurangnya dari kalangan mereka juga yang mengamalkan rasuah dari segi pemberian maklumat yang salah daripada ha rga yang betul. Petunjuk tersebut memberi tindak balas kepada tiga situasi utama dalam berlakunya rasuah, iaitu wujud delegasi pihak berkuasa dari ketua sehingg a ke pihak bawahan bahawa pihak berkuasa ini boleh dieksploitasi untuk mendapat habuan ekonomi. Di peringkat empirik, hubungan sebab dan akibat dua hala adalah penting bagi potensi untuk mencipta masalah dalam bias secara serentak dalam reg resi rasuah dan pertumbuhan. Kajian ini melibatkan penganggar bagi regresi berbi lang negara untuk menguji sesetengah hipotesis mengenai hubungan antara rasuah ( yang di ukur melalui indeks rasuah dan indeks pentadbiran kerajaan), pembangunan (sepertimana tingkat yang diberi atau kadar pertumbuhan bagi pendapatan per kap ita) dan data bagi pemboleh ubah yang lain. Bruce W. Finnie et. al. (2006), kaji an beliau menggunapakai analisis penjelasan ekonomi dan sosial pada masa sekaran g dan masa lepas bagi fenomena pembangunan. Pemantauan beliau mengenai rasuah da ri kalangan negara, pemilikan, kebebasan dan individualisme dianalisis dan dibin cangkan. Interaksi ini membentuk satu model yang dinamakan triad of strains deng an tiga sudut, iaitu pemilikan tanggungjawab, penzahiran kebebasan dan kawalan r asuah. Semua aktiviti ekonomi bergantung kepada kawalan politik dan sosial. Namu n analisis beliau menunjukkan bahawa kawalan ini selalunya boleh menjadi terlebi h terutamanya kepada negara yang mengamalkan autokrasi. Bagi pembangunan yang op timum, perlu ada had bagi kawalan terbabit. Birokrasi yang di dorong oleh perund angan dan kuasa tanpa batasan berbanding dengan sebab kebiasaannya akan jatuh ke rana kekurangan pertimbangan nilai manusia dan keperluan bagi pemilikan untuk me mbantu memastikan tindakan yang rasional. Menurut Fahim A. Al-Marhubi (2000) pul

a, rasuah adalah penyebab kepada kelemahan dalam makroekonomi seperti kekurangan pelaburan dan menyebabkan pertumbuhan ekonomi yang lembab. Kajian beliau meluas kan kesan negatif rasuah dan dikatakan turut menyumbang kepada tingkat inflasi. Penyelidikan beliau meliputi 41 buah negara dan bukti kajian menunjukkan bahawa kadar rasuah yang tinggi menyumbangkan kepada kadar inflasi yang tinggi. Hubunga n terbabit begitu kuat dengan memasukkan pembolehubah inflasi yang lain termasuk lah tahap kebebasan bank pusat, ketidakstabilan politik dan juga bentuk pemboleh ubah lain. Dari perspektif dasar, kesan utama bagi kajian beliau

336 Md. Zyadi Md. Tahir, Sanep Ahmad, Mohd. Hafiz Abdul Wahab ialah pembaharuan institusi ekonomi dan politik bagi mengukuhkan penguatkuasaan undang-undang dan juga mengurangkan amalan rasuah perlu menjadi agenda bagi seti ap pembaharuan dasar. Bagi David Ng (2006), tujuan utama kajian beliau adalah un tuk mengkaji dengan memfokuskan kepada peranan rasuah terhadap pasaran kewangan. Kebelakangan ini banyak kajian dibuat untuk mengkaji bagaimana tahap rasuah ses ebuah negara memberi kesan terhadap aset bagi negara yang lain. Bila melihat kep ada pasaran kewangan antarabangsa, didapati bahawa rasuah berkait rapat dengan k os pinjaman yang tinggi, penilaian saham yang rendah dan juga tadbir korporat ya ng lemah. Bukti anekdot menunjukkan kesan gangguan rasuah dan juga kajian teorit ikal mengesahkan kesan ini. Bukti kajian beliau menunjukkan kos yang di tanggung akibat rasuah adalah sangat signifikan dengan pelbagai bidang dalam ekonomi. Ka jian yang di buat oleh Mushfiq Swaleheen (2007) yang menyatakan bahawa simpanan bergantung kepada insentif dan keupayaan untuk menyimpan. Kajian perpustakaan me mbuktikan bahawa kebanyakan penentuan bagi simpanan adalah berkaitan insiden ras uah. Kajian beliau melihat dengan lebih mendalam hubungan antara rasuah dengan p elaburan di mana analisis empirik yang dibuat adalah melangkaui negara. Bukti ya ng ditunjukkan, secara langsung kadar simpanan negara kasar berkurangan akibat d aripada galakan pelaburan. Kajian turut mendapati tahap pendapatan, kadar pertum buhan pendapatan benar per kapita dan nisbah cukai-KDNK adalah perkara penting y ang menunjukkan kesan rasuah kepada simpanan yang ditujukan. Keputusan yang di b uat adalah penting di mana tahap rasuah itu dimasukkan dalam pertimbangan untuk menganalisis hubungan dengan penentunya. Bukti yang ditunjukkan dalam kajian bel iau mendapati dengan pengurangan cukai akan meningkatkan kadar simpanan negara k asar sebanyak 6.1%. DAPATAN KAJIAN Keputusan Kajian Empirik Dengan menggunakan pakej E-views, hasil keputusan regresi yang diperolehi daripada Persamaan (1) dapat ditunjukkan dalam Jadual 1. In KDNKt = 0 + 1 In KORRt + 2 In FDIt + 3 In GEXt + 4 In INFLt + In t Yang mana; KDNK KORR FDI GEX INFL = Keluaran Dalam Negeri Kasar = Kadar rasuah = Pela buran langsung asing = Perbelanjaan kerajaan = Inflasi = Pembolehubah Rawak (1) Kebanyakan data yang dikumpulkan merupakan data indeks rasuah (corruption index) , data Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), data perbelanjaan kerajaan, data infl asi dan data Pelaburan Langsung Asing (FDI). Kesemua data tersebut diperoleh dar ipada pelbagai sumber yang terdiri daripada sumber berikut, iaitu: i. ii. iii. T ransparency International Corruption Perception Index; Euromonitor International ; dan Cd-Rom IMF. Bagi mengukur indeks rasuah ke atas Negara Malaysia, data yang diperoleh adalah berasaskan kepada Transparency International Index bagi tempoh 27 tahun, iaitu d ari tahun 1980 sehingga ke tahun 2006. Data tersebut dinilai berdasarkan daripad a nilai 0-10. Penilaian yang dibuat adalah dengan menentukan negara yang paling teruk kadar rasuahnya adalah dengan nilai kosong. Manakala bagi nilai sepuluh pu la adalah negara yang paling bersih, iaitu negara yang tidak mengamalkan rasuah. Manakala bagi data Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), data inflasi dan data Pe laburan Langsung Asing (FDI) di ambil daripada Eouromonitor International. Manak ala bagi data perbelanjaan kerajaan pula diperoleh daripada Cd-Rom IMF. Bagi dat a perbelanjaan kerajaan, pelaburan langsung asing (FDI) dan inflasi merupakan pe ngukur kepada pertumbuhan ekonomi KDNK sesebuah negara.

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke III 2008 337 Keputusan output E-views, menunjukkan bahawa hasil keputusan yang diperolehi ada lah selaras dengan hipotesis kajian. Hasil anggaran bagi pemboleh ubah yang ditu njukkan adalah negatif dan juga signifikan pada aras keertian 1%. Hasil keputusa n regresi linear yang dibuat dapat ditunjukkan di dalam Jadual 1. Jadual 1: Kepu tusan regresi Pemboleh ubah Intercept InKORR InGEX InFDI InINFL Statistik-F R2 * ** Nota: Signifikan pada 1%, adalah nilai statistik-t. Koefisien 6.086 (4.3349)* ** -1.618 (-3.0944)*** 0.665 (9.9479)*** 0.179 (3.0856)*** -0.086 (-1.9253)* 139 .33 0.962 Signifikan pada 5%, *Signifikan pada 10%. Nilai dalam kurungan ** Daripada keputusan regresi model yang dianggarkan, nilai statistiks-F adalah leb ih besar daripada nilai F-jadual. Ini menunjukkan model penganggaran adalah sign ifikan pada aras keertian 1%. Dengan ini, jelas menunjukkan bahawa secara keselu ruhan adalah signifikan untuk menerangkan pertumbuhan ekonomi. Seterusnya, nilai R2 yang diperolehi adalah sebanyak 0.962. Ini beerti bahawa 96.2% perubahan yan g berlaku dalam KDNK Malaysia dapat diterangkan oleh pemboleh ubah model. Sement ara bakinya, iaitu sebanyak 3.8% ditentukan oleh faktor lain (i). Keputusan yang diperolehi juga menunjukkan bahawa KDNK Malaysia yang mewakili pertumbuhan ekono mi mempunyai hubungan positif dengan perbelanjaan kerajaan (InGEX) dan pelaburan langsung asing (InFDI). Namun bagi pemboleh ubah rasuah (InKORR) dan inflasi (I nINFL) mempunyai hubungan negatif terhadap pertumbuhan ekonomi. Pemboleh ubah ya ng berhubung secara positif bermakna peningkatan dalam pemboleh ubah tidak bersa ndar akan meningkatkan KDNK negara, manakala pemboleh ubah yang berhubung secara negatif bermakna peningkatan dalam pemboleh ubah tidak bersandar akan menurunka n KDNK negara. Merujuk kepada nilai statistik-t, didapati nilai t bagi pemboleh ubah rasuah (InKORR) adalah sebanyak -3.0944, perbelanjaan kerajaan (InGEX) adal ah sebanyak 9.9479 dan pemboleh ubah pelaburan langsung asing (InFDI) adalah seb anyak 3.0856. Ini menunjukkan bahawa ketiga-ketiga pemboleh ubah tersebut adalah yang paling signifikan pada aras keyakinan 0.01. Manakala bagi nilai t untuk pe mboleh inflasi (InINFL) pula adalah sebanyak -1.9253 di mana aras keyakinannya p ada 0.10. Keputusan Ujian Diagnostik Dalam Mengesan Masalah Autokorelasi dan Het eroskedastisiti Ujian diagnostik bahagian ini merupakan ujian yang dilakukan ke atas model untuk mengesan kehadiran masalah autokorelasi dan heteroskedastisiti. Hal ini dapat ditunjukkan dalam Jadual 2. Jadual 2: Keputusan Ujian Diagnostik White Heteroskedasticity Test: F-statistic Obs*R-squared F-statistic Obs*R-squar ed 1.639363 Probability 11.38048 Probability Breusch-Godfrey Serial Correlation LM Test: 2.361780 Probability 7.333781 Probability 0.182462 0.181059 0.103505 0. 061987 Keputusan ujian White Heteroskedasticity menghasilkan jumlah 0.181059 dan ini me nunjukkan bahawa tidak wujudnya masalah heteroskedastisiti pada aras keertian 5% . Maka hipotesis nul adalah di

338 Md. Zyadi Md. Tahir, Sanep Ahmad, Mohd. Hafiz Abdul Wahab terima (H0: tiada masalah heteroskedastisiti). Bagi ujian Bruesh-Godfrey Serial Correlation LM pula menunjukkan jumlah yang diperolehi ialah 0.061987 dan ini ju ga turut menunjukkan bahawa tidak wujud masalah autokorelasi pada aras keertian 5%, yang mana hipotesis nul diterima (H0: tiada masalah autokorelasi). Analisis Keputusan Kajian Bagi melihat kesan rasuah terhadap pertumbuhan ekonomi, Negara Malaysia mempunyai kesan negatif terhadap pertumbuhan ekonomi secara signifikan pada aras keertian 99%. Hasil keputusan regresi yang diperolehi dapat ditunjukka n berdasarkan kepada Persamaan di bawah: KDNK = 6.086 1.618 In Kor + 0.665 In GE X + 0.179 In FDI 0.086 In INFL (2) Berdasarkan kepada Persamaan 2, peningkatan rasuah sebanyak 1% akan mengakibatka n pertumbuhan ekonomi KDNK menurun sebanyak 1.618%. Ini menunjukkan bahawa rasua h memberi kesan yang negatif terhadap pertumbuhan ekonomi ekoran daripada pening katan kadar rasuah di Negara Malaysia. Bagi pemboleh ubah lain pula, peningkatan 1% dalam perbelanjaan kerajaan akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi KDNK seban yak 0.66%. Bagi pelaburan langsung asing, peningkatan 1% dalam pelaburan langsun g asing akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi KDNK sebanyak 0.179% dan peningkat an 1% dalam inflasi akan mengakibatkan pertumbuhan ekonomi KDNK menurun sebanyak 0.086%. RUMUSAN Secara umumnya, objektif utama kajian ini ialah untuk melihat kesan rasu ah terhadap pertumbuhan ekonomi dan ianya dapat dijelaskan melalui hasil keputus an kajian yang diperolehi. Penggunaan model pertumbuhan ekonomi dalam kajian ini telah digunakan bagi mengukur kadar pertumbuhan ekonomi KDNK dan secara tidak l angsung indeks rasuah yang dimasukkan dalam persamaan model regresi (Persamaan 1 ) telah menjelaskan kesan rasuah terhadap pertumbuhan ekonomi Negara Malaysia. W alaubagaimanapun, hasil keputusan penganggaran yang dijalankan ke atas model per tumbuhan ekonomi mendapati bahawa rasuah mempunyai hubungan yang negatif terhada p pertumbuhan ekonomi. Keputusan kajian yang ditunjukkan bahawa rasuah di Malays ia adalah pada aras signifikan 0.01 dan ianya dapat dijelaskan dengan peningkata n 1% dalam rasuah akan menyebabkan pertumbuhan ekonomi KDNK menurun sebanyak 1.6 18%. Manakala bagi pembolehubah yang lain, iaitu perbelanjaan kerajaan, pelabura n langsung asing (FDI) dan inflasi adalah signifikan pada aras keyakinan yang be rbeza dalam menerangkan pertumbuhan ekonomi Negara Malaysia. Dapatan kajian di a tas adalah selari dengan kebanyakan kajian-kajian yang dibuat berkaitan dengan r asuah di mana rasuah memberi kesan yang negatif terhadap pertumbuhan ekonomi. Mi salnya kajian yang dijalankan oleh Pak Hung Mo (2001) dalam menjelaskan peranan rasuah yang mana beliau mendapati dengan peningkatan 1% tingkat rasuah akan meng urangkan kadar pertumbuhan dalam lingkungan 0.72%. Paolo Mauro (1995) pula menun jukkan bukti bahawa rasuah menurunkan kadar pelaburan serta merencatkan pertumbu han ekonomi. Dalam kajian yang dibuat beliau mendapati bahawa penurunan satu dal am indeks rasuah akan menyebabkan pelaburan meningkat sebanyak 5% dan pendapatan KDNK akan bertambah separuh daripada peratusan peningkatan. Dalam pada itu juga , akibat daripada amalan rasuah itu sendiri turut meningkatkan kadar inflasi bag i sesebuah negara. Manakala kajian yang dibuat Fahim A. Al-Marhubi (2000) mendap ati bahawa rasuah memberi kesan yang negatif dan mengandaikan rasuah ini juga ad alah sebahagian daripada berlakunya peningkatan kadar inflasi. Bukti analisis ka jian yang dibuat oleh beliau mendapati bahawa, peningkatan jumlah rasuah secara tidak langsung akan meningkatkan kadar inflasi. Oleh yang demikian, dengan penin gkatan kadar inflasi juga akan turut menjejaskan pertumbuhan ekonomi bagi sesebu ah negara. Implikasi Dasar Berdasarkan kepada rumusan kajian yang telah dijelask an, dapatlah dicadangkan beberapa implikasi dasar yang bertepatan serta berkesan untuk memastikan pertumbuhan ekonomi Malaysia dapat

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke III 2008 339 bertumbuh dengan pesatnya. Dalam perkataan lain, rasuah perlulah diatasi bagi me macu pertumbuhan ekonomi Negara Malaysia. Kita dapati bahawa apabila berlakunya peningkatan dalam rasuah, secara tidak langsung ia akan membawa kepada penurunan pertumbuhan ekonomi KDNK Negara Malaysia. Oleh itu, pihak kerajaan Malaysia per lulah memastikan rasuah dapat diatasi dengan menggerakkan jentera kerajaan yang terdiri daripada pihak berkuasa tempatan untuk memantau aktiviti rasuah kerana k ebanyakan penglibatan aktiviti rasuah ini adalah terdiri daripada kalangan penja wat awam yang berpangkat besar. Implikasi dasar ini patut diamalkan oleh negara yang mana kesan rasuah mengurangkan pertumbuhan ekonomi. Untuk membanteras dan m engurangkan gejala rasuah, kita perlu mengetahui punca rasuah. Antara faktor yan g menyebabkan berlakunya gejala rasuah adalah kurangnya penghayatan nilai-nilai murni, hilangnya nilai-nilai akhlak yang baik dan juga kurangnya ilmu keagamaan menjadi antara faktor yang menyebabkan seseorang itu bergelumang dalam jenayah r asuah. Oleh itu, adalah penting bagi pihak kerajaan dalam memantapkan jati diri dengan menerapkan nilai-nilai agama dan nilai-nilai murni sejak dari zaman bangk u sekolah rendah lagi. Selain daripada itu, faktor kemiskinan juga turut mengaki batkan berlakunya pelakuan jenayah rasuah kerana kemiskinan akan mengakibatkan s eseorang itu bertindak apa yang telah diharamkan di sisi Islam. Kewujudan rasuah dari kalangan pihak tertentu, maka ianya akan menyebabkan ketidakadilan itu wuj ud. Ini bertepatan dengan pendekatan yang di buat oleh Sanep Ahmad dan Surtahman Kastin Hasan (2005), di mana kemiskinan juga boleh mendorong kepada akhlak yang buruk. Seseorang itu mungkin cenderung untuk berdusta, mencuri, menipu, menerim a rasuah dan khianat semata-mata kerana dorongan kemiskinan. Dalam sebuah hadis Nabi Muhammad S.A.W. bersabda bahawa kemiskinan boleh mendorong seseorang itu be rlaku rasuah. Sabda Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud: Ambillah pemberian itu s elagi ia bersifat pemberian. Jika ia bertukar menjadi rasuah maka janganlah kamu mengambilnya. Tetapi kamu tidak akan meninggalkannya sebab keperluan dan kemisk inan mencegah daripada berbuat demikian (Abu Nuaim) Justeru itu, akibat daripada k emiskinan menyebabkan peningkatan kadar rasuah dari kalangan rakyat Negara Malay sia kerana kebanyakan rakyatnya adalah berpendapatan rendah kalau hendak dibandi ngkan dengan Singapura di mana indeks rasuah bagi negara tersebut adalah rendah dan kadar kemiskinannya adalah rendah di mana pendapatan per kapita bagi rakyat Singapura adalah tinggi. Bahkan tidak hairanlah penjawat-penjawat awam terutaman ya dikalangan yang berpendapatan rendah lebih cenderung melakukan rasuah kerana kesempitan hidup dan penindasan. Kemiskinan ini juga wujud akibat daripada kekay aan dalam sesebuah negara tidak diagihkan sama rata, malahan kekayaan yang dimil iki bagi negara terbabit hanya berlegar-legar dikalangan pihak tertentu saja seb agaimana yang terjadi di Malaysia. Maka dengan itu, yang kaya semakin kaya dan y ang miskin semakin miskin kerana kekayaan dibolot oleh pihak tertentu terutamany a bagi pihak yang berjawatan tinggi dalam kerajaan serta pihak yang berkepenting an dalam politik Negara Malaysia saja. Dalam pada itu juga, peranan kerajaan ata upun tanggungjawab negara adalah menjamin kekayaan dan kesejahteraan penduduk. S anep Ahmad dan Surtahman Kastin Hasan (2005) menyatakan bahawa pemerintah bertan ggungjawab memberi kemakmuran, kekayaan dan kesejahteraan kepada rakyatnya. Peme rintah perlu memastikan bahawa semua rakyatnya bukan sahaja dapat memenuhi keper luan asasinya tetapi harus memastikan bahawa semua rakyatnya kaya. Pemerintah pe rlu berusaha membangun negara sehingga tidak ada individu yang miskin, tidak ada individu yang mahu menerima zakat dan tidak ada individu yang mahu menerima seb arang bantuan daripada pemerintah. Semua keperluan rakyat daripada sekecil-kecil nya mesti dapat dipenuhi. Kejayaan seperti ini dicapai pada zaman pemerintah Kha lifah Umar Abdul Aziz. Khalifah Umar Abdul Aziz juga pernah mengarahkan pegawaipegawainya supaya mencari orang yang perlukan sebarang pertolongan, membayarkan hutang, membiayai perbelanjaan perkahwinan, memberi tanah dan modal untuk diusah akan. Dalam kes ini, jelas menunjukkan bahawa pemerintah mencari orang yang perl ukan pertolongan dan bukan sebaliknya orang yang perlukan pertolongan mencari pe merintah. Justeru itu, secara tidak langsung apabila kemiskinan dapat diatasi da

n kekayaan rakyat di bentuk, maka kesan yang boleh di lihat ialah rasuah dapat d i cegah.

340 Md. Zyadi Md. Tahir, Sanep Ahmad, Mohd. Hafiz Abdul Wahab Selain daripada itu, model pembangunan insan perlu diterapkan sebagaimana yang d ijelaskan oleh Hasan (1987)1 yang menyatakan bahawa andaian modul bina insan ini di rancang dan selari dengan mengambil andaian yang berikut: 1. 2. 3. 4. Kegiat an pembangunan tidak mungkin dapat berjalan dengan lancar seandainya sumber keku atan dalaman manusia tidak dibangunkan terlebih dahulu. Kekuatan yang dapat mela hirkan dorongan atau penggemblengan luaran yang berkesan tidak akan tercapai tan pa dorongan dan penggemblengan sumber kekuatan dalaman terlebih dahulu. Semangat daya tahan dan berdaya juang tidak akan kekal tanpa menanam semangat bekerja un tuk keredhaan Allah. Kesatuan ketahanan fizikal dan kerohanian tidak mungkin ter hasil tanpa usaha membina kekuatan dalaman. Oleh itu, matlamat modul bina insan adalah untuk melahirkan kefahaman dan keinsa fan dikalangan pegawai (dan pekerja serta umat seluruhnya) tentang keperluan men gubah, membina dan mengekalkan sikap menjadi pekerja (dan pejuang) terbaik dihad apan negara dan kerajaan Allah S.W.T. serta bersifat amanah dalam menjalankan ke rja-kerja yang diamanahkan. Setelah melihat kepada huraian yang dijelaskan ini, dapat disimpulkan bahawa aktiviti rasuah memang mendatangkan kesan yang negatif terhadap pertumbuhan ekonomi terutamanya dikalangan negara yang membangun. Ini j elas menunjukkan bahawa kesan rasuah secara tidak langsung akan merencatkan pert umbuhan ekonomi Negara Malaysia. Oleh itu, apa yang boleh diringkaskan bahawa am alan rasuah akan mengakibatkan ketidakstabilan ekonomi serta kebajikan kehidupan sosial masyarakat turut terjejas. RUJUKAN Ab. Razak Dan. 2000. Kajian Ekonomi Pembangunan. Dlm. Nor Aini Haji Idri s & Ab. Razak Dan (pnyt). Teori Pertumbuhan Dan Pembangunan Ekonomi. Selangor: U niversiti Kebangsaan Malaysia. Abdul Samat Kasah. 2002. Meningkatkan kesedaran m asyarakat terhadap bahaya gejala rasuah: satu kajian di BPR Pahang. Kertas Proje k Bagi Diploma Sains Kepolisian Di Maktab Polis DiRaja Malaysia. Kuala Kubu Baru . Al-Marhubi, Fahim A. 2000. Corruption and inflation. Economic Letters. 66: 199 -202. Berita Harian. 2007, 30 Ogos Blackburn, Keith. 2006. The incidence and per sistence of corruption in economic development. Journal of Economic Dynamics & C ontrol. 30: 2447-2469 Bruce, W. F. Linda K. G & David E. M. 2006. Economic devel opment: corruption, complexity, wealth and a contribution to the theory of econo mic growth. www.emeraldinsight.com/08288666.htm. 22(4): 185-204 Fry, M. J., 1993 . Foreign Direct Investment in Southeast Asia: Differential Impact. Singapore: I nstitute of South East Asia Studies. Gujarati, D. N. 2003. Basic Econometrics. 4 th Edition. McGraw Hill International Edition. Hjh. Noresah bt. Baharom et.al. 2 005. Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Jomo K. S. & Ishak Sha ri. 2003. Makroekonomi. Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Kaur, Harmin dar. 1974. Inflation and growth in Malaysia. Proceeding of The Seminar Held on T he 21st & 22nd January 1974 at UUM. hlm. 3545. Khairul Azhar Idris. 2005. Membend ung Naluri ke Jerat Rasuah. Dlm. Yaacob dan Norharizah Ismail (pnyt). Islam Hadha ri Himpunan Isu Kontemporori. Kuala Lumpur: IKIM. Mauro, Paolo. 1995. Corruption and growth. Quarterly Journal of Economics. 110(3): 681-712 Mohd Shauki Abdul M ajid. 2004. Wacana Hadhari Dalam Islam. Kuala Lumpur: i-Book Publication Sdn. Bh d. Mohd Zainudin Saleh. 2000. Pembiayaan Pembangunan dan Pertumbuhan . Dlm. Nor Aini Haji Idris & Ab. Razak Dan (pnyt). Teori Pertumbuhan Dan Pembangunan Ekonom i. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia. Ng. David. 2006. The impact of corr uption on financial markets. www.emeraldinsight.com/03074358.htm. 30(10): 822-83 6. Osman Rani Hassan. 1987. Kamus Istilah Ekonomi. Fajar Bakti. 1 Sanep, A & Surtahman, K. H. 2005. hlm 334-335

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke III 2008 341 Pak, Hung Mo. 2001. Corruption and economic growth. Journal of Comparative Econo mics. 29: 66-79 Rahmah Ismail. 2000. Teori Pertumbuhan Naluri. Dlm. Nor Aini Haj i Idris & Ab. Razak Dan (pnyt). Teori Pertumbuhan Dan Pembangunan Ekonomi. Selan gor: Universiti Kebangsaan Malaysia. Sanep Ahmad & Surtahman Kastin Hasan. 2005. Ekonomi Islam Dasar dan Amalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sadono Sukirno. 1982. Ekonomi Pembangunan: Proses, Masalah dan Dasar Kebijaksanaan. Bim a Grafika. Sheikh Abdullah Basmieh. 1995. Tafsir Pimpinan ar-Rahman Kepada Penge rtian Al-Quran. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri. Syed Hussen Al-Attas. 1995. Rasuah, Sifat Sebab Dan Fungsi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Swalehen, Mushfiq. 2007. Corruption and saving in a panel o f countries. Journal of Macroeconomics (2007). 1-23. www.transparency index.com. Yan Diaw, Chua. 2006. Asas Statistik Penyelidikan. Mc Graw Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai