Anda di halaman 1dari 5

1.

0 Pengenalan

Bata merupakan bahan terpenting dan yang paling popular digunakan dalam pembinaan
tembok. Beberapa faktor boleh dijadikan sebab mengapa bahan ini menjadi pilihan seperti
saiznya boleh disesuaikan dalam sebarang keadaan, sifatnya yang padatdan tahan lasak,
warna dan jalinan permukaannya yang semulajadi serta bentuknya yang boleh disusun dalam
pelbagai cara. Jika dibandingkan dengan bahan-bahan lain yang setaraf dengannya, bata
adalah ekonomik dan mudah diperolehi. Batu bata adalah bahan yang paling dominan dan
berpengaruh dalam dunia, kerana batu bata adalah bahan utama untuk membentuk dinding
bangunan Terdapat berbagai-bagai jenis batu bata dengan tujuannya yang tertentu. Pekerja
mahir hendaklah mengetahui jenis-jenis bata yang biasa digunakan dalam pembinaan di
Malaysia dan ciri-ciri am yang terkandung didalamnya.

2.0 Objektif

i. Membancuh mortar mengikut nisbah yang betul.


ii. Merancang tanda.
iii. Membina tembok ikatan inggeris.
iv. Menguji kepersegian tembok, kepugakan tembok, tolok, aras dan jajaran.
v. Menerapkan nilai kemahiran.

3.0 Bahan

Bahan Fungsi
1. Kapur - Digunakan untuk mengikat bata di antara
satu sama lain agar lebih kuat.

1
2. Pasir - Untuk melekatkan batu bata.

3. Air - Untuk membancuh mortar dan memberi


kekuatan kepada bata.

4. Bata - Disusun mengikut jenis ikatan bata yang


dibuat.

2
4.0 Peralatan

Peralatan Fungsi
1. Kereta Sorong - Digunakan untuk mengangkat bata, pasir,
dan juga simen.

2. Skop - Digunakan untuk mengaut pasir, dan


simen ke dalam pembancuh konkrit.

3. Bantalan - Digunakan untuk memotong bata separuh.

4. Tukul Bata - Digunakan untuk memukul bantalan untuk


kerja memotong bata separuh.

3
5. Sudip - Digunakan untuk mencedok dan
meratakan simen mortar ke atas lapisan
bata.
- Berbentuk sudu dan mudah digunakan
dalam kerja mengikat bata

6. Baldi - Digunakan untuk mengisi simen mortar


yang telah siap dibancuh dan dibawa ke
tempat kerja mengikat bata.

7. Sesiku L - Digunakan untuk mengukur kepugakan


ikatan bata.
- Menguji kerataan permukaan.

8. Benang dan Paku - Untuk menanda aras bata yang akan


dibuat sebelum kerja ikatan bata dimulakan.

9. Rod Kekuli - Untuk mengukur ketebalan simen pada


setiap lapisan ikatan bata agar seragam.
- Mengukur kelurusan ikatan bata yang
dibuat.

4
10. Pita Pengukur - Untuk mengukur jarak sebelum kerja
mengikat bata dimulakan.

11. Spirit Level - Untuk memastikannya sama rata,


gelembung udara air dipastikan berada di
tengah tengah.
- Jika telah berada di tengahnya, maka
lapisan bata tersebut telah sama tinggi dan
rata.

12. Mixture Machine - Alat ini diperbuat daripada besi.


- Ia digunakan untuk menggaul bancuhan
simen untuk dijadikan mortar.
- Digunakan untuk mempercepatkan kerja
dan mengurangkan penggunaan tenaga.

Anda mungkin juga menyukai