Anda di halaman 1dari 22

BENGKEL BATA

NAMA AHLI: 1) MUHAMMAD AMMAR AMSYAR BIN MOHD RIDHUAN (16DKA23F1035)


2)NUR AINANI BINTI ABU BAKAR (16DKA23F1044)
3)NORIDA BINTI KASIM (16DKA23F1052)

NAMA PENSYARAH: PN SITI NOOR RATNA BINTI ZAKARIA

KURSUS (KOD KURSUS) : BRICKWORKS AND CONCRETE LABORATORY (DCC10022)


Apa Itu Bata?
Bata merupakan salah satu
bahan utama dalam
pembinaan bangunan.Bahan-
bahannya terdiri daripada :

Tanah liat
Pasir dan Simen
Pasir dan Kapur
CIRI-CIRI
KESELAMATAN DI
BENGKEL BATA
PERATURAN KESELAMATAN AM
Murid-murid mesti mematuhi peraturan di dalam bengkel supaya tidak berlaku kejadian yang tidak
diingini.
Peraturan tersebut ialah :

1. Dapatkan kebenaran guru/pensyarah sebelum masuk atau keluar dari bengkel.


2. Beratur terlebih dahulu diluar bengkel sebelum menerima arahan dari guru/pensyarah.
3. Jangan berebut-rebut atau bertolak-tolak semasa masuk dan keluar bengkel.
4. Dilarang sama sekali membawa beg masuk masuk ke dalam bengkel.
5. Pastikan tingkap dibuka untuk mendapatkan pengudaraan yang baik dan pencahayaan mencukupi.
6. Labelkan semua peralatan dan bahan.
7. Ambil tindakan keselamatan segera jika berlaku kemalangan.
8. Bersihkan meja dan bengkel setelah selesai melakukan aktiviti
9. Pastikan bahan dan peralatan dan bahan dijaga baik dan sempurna.
PERATURAN KESELAMATAN DIRI
1. Patuhi peraturan yang telah ditetapkan sepanjang masa.
2. Pakai apron, kasut bengkel, baju bengkel berlengan panjang atau lipat baju
sampai keparas siku.
3. Ikat rambut yang panjang atau pastikan tudung diikat dengan kemas dan
hujungnya dimasukkan kedalam apron.
4. Jangan bermain dan bergurau senda semasa berada di dalam bengkel.
5. Fahami cara yang betul untuk menggunakan sesuatu alatan atau bahan serta
patuhi arahan guru/pensyarah.
6. Berhati-hati semasa menggunakan alatan dan bahan.
7. Cuci tangan menggunakan sabun dan air setelah selesai melakukan aktiviti-
aktiviti di bengkel.
8. Jika berlaku kemalangan, maklumkan kepada guru/pensyarah dengan segera
PERATURAN KESELAMATAN ALATAN DAN BAHAN
1. Rancang alatan dan bahan yang hendak digunakan dan fahami cara-cara
untuk menggunakannya.
2. Minta kebenaran dan tunjuk ajar daripada guru/pensyarah tentang cara-
cara menggunakan peralatan membuat ikatan bata.
3. Bersihkan alatan dan jemur sebelum disimpan di tempat yang selamat
selepas digunakan.
4. Alatan dan bahan yang berbahaya, mudah rosak dan mudah terbakar
seperti petrol dan cat serta peralatan yang tajam hendaklah disimpan di
dalam almari.
5. Gunakan alatan dan bahan dengan berhemah dan berjimat cermat.
6. Laporkan sebarang kerosakan atau kehilangan alatan kepada
guru/pensyarah dengan segera.
BAHAN DAN PERALATAN KERJA BATA
Bahan dan peralatan bagi kegunaan kerja bata

• Kerja bata merupakan kerja yang penting dalam pembinaan dan ia mesti mengikut
paiawaian yang telah ditetapkan seperti dalam lukisan spesifikasi.Berikut adalah bahan dan
peralatan bagi kegunaan kerja bata:

i) Bata
ii) Pasir
iii) Simen
iv) Bahan Tambah
v) Air
vi) Exmet atau brictor
vii) Lapis Kalis Lembab
BATA

Bata merupakan bahan utama berbentuk bungkah berukuran


215mm x 102.5mm x 65mm. Diguna dalam pembinaan tembok
dan tiang. la diperbuat daripada beberapa jenis bahan
mentah.Bahan utamanya ialah tanah liat, pasir,kapur dan
simen(BS 3921). Tersedia dalam pelbagai
jenis,kekuatan,tekstur,warna dan bentuk khas yang
memenuhi standard BS 4729.
PASIR
Bancuhan mortar menggunakan samada pasir semula jadi atau pasir
yang dihasilkan melalui proses penghancuran batu-batu kasar di
kuari.Pasir adalah Batu baur halus bersaiz lebih kecil daripada
5mm.Kebiasaannya pasir sungai dan pasir
lombong adalah sumber asli batu baur halus yang selalu digunakan.
Pasir asli diperolehi daripada dasar sungai,lombong dan tepi
pantai.Walau bagaimana pun pasir yang di perolehi daripada pantai
tidak sesuai di gunakan untuk
kerja-kerja binaan kerana kandungan garamnya yang tinggi.
SIMEN
Simen merupakan bahan komponen yang utama dalam proses
membuat mortar.Terdapat pelbagai jenis simen yang dligunakan
di tapak-tapak pembinaan mengikut keperluan dan
kesesuaiannya.Kebiasannya dibekalkan dalam bag-bag yang
beratnya tidak melebi 50 kg bagi kemudahan pengangkutan
.Simen bertindak sebagai bahan pengikat dalam bancuhan
mortar.Dalam bancuhan mortar,simen bertindak mengikat
antara butir pasir dan memegang antara bata menjadikan ikatan
bata teguh
BAHAN TAMBAH
Bahan mentah digunakan bertujuan manambahkan lagi kebolehan menahan air bagi
sesuatu mortar simen untuk mandapatkan kebolehkerjaan yang tinggi. Selalunya bahan
tambah untuk tujuan ini adalah bahan bukan organik seperti batu kapur dan tanah liat
yang merupakan bahan tambah paling baik kerana mortar yang dihasikan adalah lebih
senang untuk disebarkan,penahanan air yang baik dan penambahan kekuatan dan
kelembutan.Bagaimanapun,batu kapur terhidrat lebih banyak digunakan kerana mudah
didapati dan ekonomik.Jenis-jenis bahan Tambah :
·Pencepat(accelerator)
·Pemudah Adun(Plasticizer
·Pelambat(Retarder)
AIR
tahap diperlukan untuk membancuh mortar bagi tujuan:
i) menyebarkan simen dan kapur kepada setiap butir batu baur
· Air bertindakbalas ke atas simen melalui proses penghidratan untuk menghasilkan satu likatan
atau bacuhan berplastik yang akan mengikat batu-batu baur untuk nenghasilkan konkrit.
ii) menentukan tahap kebolehkerjaan konkrit dan menjadikan konkrit yang dibancuh itu mudah di
tempatkan serta dimampat di dalam acuan.
· Semua jenis air tawar yang boleh diminum adalah sesuai di gunakan untuk membancuh konkrit.Air
yang mengandungi bahan kotoran atau bahan-bahan sampingan yang berlebihan boleh memberi
kesan negatif kepada konkrit yang dihasilkan.
EXMET ATAU BRICTOR
Exmet adalah salah satu jenis tetulang berjaring boleh diregang untuk digunakan pada lapisan
bata.la ditempatkan ada setiap 3 atau 4 lapisan ikyan bata.Tujuannya menambah kekuatan
pada ikatan bata berkenaan la dibekalkan dalam bentuk bergulung 83m(78 ela) panjang atau
dalam bentuk
bungkusan 5m (4.7 ela) dengan 3 ukuran yang tertentu iaitu:
• 65mm untuk tembok 102.5mm.
• 178mm,untuk tembok 215mm
• 250mm hingga 305mm untuk tembok yang lebih tebal
Bagi mengelakkan dari berlakunya karat, ia disapu dengan minyak.
Bricktor adalah satu lagi jenis tetulang berjaring galvani yang menyediakan fleksibiliti dan
kekuatan pada ikatan bata.Briktor lazim digunakan bagi tujuan yang sama.Perbezaannya dari
segi corak jaringnya
LAPIS KALIS LEMBAB
Lapisan kalis lembab ialah lapisan perintang lembapan yang
diletakkan dalam binaan la bertujuan untuk menggelakkan
lembapan daripada menyerap masuk ke dalam bangunan yang
boleh mengakibatkan kecacatan pada komponen bangunan.
Penempatan LKL pada tembok hendaklah bersambung hingga ke
bawah komponen
kayu seperti alang/bearer yang menyokong gelegar lantai
gantung.Bagi tembok luar,LKL ditempat pada kedudukan 150mm
tinggi dari aras tanah.
-Jenis-jenis Ikatan Bata-
IKATAN IKATAN KEPALA
1 2
SISI BATA BATA
IKATAN
3 IKATAN 4 FLEMISH
INGGERIS
IKATAN SISI BATA
Ikatan ini selalunya digunakan pada tembok yang tebalnya
setengah bata atau 112.5mm. Ikatan ini disusun dengan
menyambungkan bata pada kepalanya. Lekapnya ialah ½ bata.
Pembinaannya bermula dengan satu lapisan bata sisi, lapisan
yang kedua pula dimulakan dengan satu bata setengah diikuti
dengan bata sisi penuh dan seterusnya. Contoh ikatan ini
ditunjukkan dalam rajah di sebelah. Tembok yang dibina
dengan ikatan ini tidak mempunyai keupayaan tanggung yang
tinggi. Oleh sebab itu, ia digunakan pada jenis binaan yang
tertentu seperti tembok sekatan, tembok landasan, semperong
dan tembok-tembok dalam struktur berangka di mana tiada
beban berat yang disokong.
IKATAN KEPALA BATA
Tiap-tiap lapisan dalam tembok yang dibina
dengan jenis ikatan ini mengandungi kepala bata
sahaja. Rajah menunjukkan pandangan hadapan
dan pelan bagi sebahagian tembok lengkung yang
dibina dengan ikatan kepala bata. Sambungan
mortarnya merupakan bentuk huruf V. Jenis ikatan
ini sesuai digunakan pada bahan asas atau pada
tembok yang berbentuk bulat atau meleng
IKATAN INGGERIS
Ikatan ini adalah yang paling meluas digunakan. Ikatan ini disusun
dengan satu lapisan kepala bata diikuti lapisan sisi bata berselang
seli. Sebiji bata penutup setengah mestilah ditempatkan selepas
kepala bata. Kegunaan pada penutup setengah ini adalah untuk
mengelakkan sambungan tegak yang berterusan dan memberi
lekap yang seragam iaitu suku bata. Pada tembok yang tebal,
semua bata di bahagian dalam disusunkan secara melintang.
Ikatan jenis ini adalah dianggap sebagai ikatan yang kuat sekali
antara ikatan-ikatan kerja bata kerana ia tidak mengandungi
sebarang sambungan tegak yang berterusan. Rajah menunjukkan
pelan tegak hadapan sebuah tembok yang dibina dengan ikatan
Inggeris.
IKATAN FLEMISH
Ikatan ini adalah mengandungi kepala bata dan sisi bata
secara berselang seli dalam satu lapisan yang sama. Sebiji bata
penutup setengah mestilah ditempatkan selepas kepala bata
penjuru pada sudutnya mewujudkan lekap yang seragam iaitu ¼
bata. Sambungan tegak yang berterusan berlaku di dalam
tembok tetapi tidak kelihatan pada permukaan tembok. Apabila
kedua-dua belah permukaan tembok menunjukkan susunan
Flemish, ia dinamakan ‘Flemish Kembar’. Jika sebelah
permukaan tembok menunjukkan susunan Flemish dan sebelah
yang lain pula menunjukkan susunan Inggeris maka ia
dinamakan ‘Flemish Tunggal’. Ikatan ini dapat menghasilkan
kedua-dua belah yang lebih rata dibandingkan dengan ikatan
yang lain. Oleh sebab itu, ikatan ini sesuai digunakan untuk
membina tembok yang tidak akan dilepa.
Prinsip ikatan bata
(i) Prinsip-prinsip utama dalam pengikatan bata ialah:
(a) Mengadakan lekap ¼ bata atau ½ bata untuk
mengelakkan sambungan tegak yang terus-menerus
baik dipermukaan mahupun di dalam tembok.
(b) Mengikut jenis ikatan yang ditetapkan oleh ahli
rekabentuk.
(ii) Prinsip yang pertama memastikan kekuatan dan kestabilan
tembok yang dibina.
(iii) Prinsip yang kedua pula mengawal kesenian rekabentuk
pada permukaan tembok.
(iv) Dalam sesuatu tembok yang tidak terikat, iaitu sambungan
tegaknya berterusan (tidak berlekap), kekuatan dan
kestabilannya adalah kurang. Oleh sebab itu, sambungan yang
berterusan itu seboleh-bolehnya hendaklah dielakkan dalam
segala kerja bata.
(v) Perbandingan di antara tembok yang terikat dengan tembok
yang tidak terikat adalah ditunjukkan dalam rajah di sebelah.
Beban yang dapat ditanggung oleh tapak AB adalah lebih berat
jika dibandingkan dengan beban yang ditanggung oleh CD
vi) Tebal tembok biasanya disebut mengikut saiz bata,
misalnya tembok bata yang tebalnya sama dengan lebar
bata dikenali sebagai tembok setengah bata, manakala
tembok yang tebalnya sama dengan panjang bata dikenali
tembok satu bata.
(vii) Apabila dua tembok bertemu, bata pengikat mestilah
digunakan supaya ia mematuhi kepada prinsip pengikatan.
Bata pengikat dan bata penutup setengah dalam lapisan
bata digunakan untuk mencegah sambungan yang terus
menerus pada tembok bersudut tegak dan tembok
persimpangan.
Di bawah terdapat beberapa jenis keratan bata khas
digunakan memenuhi prinsip-prinsip ikatan bata :

Anda mungkin juga menyukai