Anda di halaman 1dari 21

INSTITUT KEMAHIRAN MARA

KOTA KINABALU

CCB10022 - BUILDING CONSTRUCTION 1

TUGASAN TEORI/ T4 (A)

SESI JAN - JUN 2022

SEMESTER 1

PENSYARAH : DANIEL HAMIZ HILMI BIN SAMAN

BUTIRAN PELAJAR :

NO Nama No. Kad Pengenalan No. Telefon


1. Susana Binti Kahar 020918-12-1526 013-7271759

2. Zierson Sharwin Bin Shatuh 031117-12-1191 0142724238


ISI KANDUNGAN

Pengenalan

1.0 Senaraikan jenis bata

2.0 Senaraikan jenis ikatan bata

3.0 Jenis kemasan kerja bata

4.0 Bentuk-bentuk potongan bata

5.0 Menunjukkan jenis-jenis ikatan

6.0 Rujukan

7.0 Lampiran
PENGENALAN

Penggunaan batu bata bermula sejak dari zaman dahulu lagi. Namun ia masih lagi kekal hingga
sekarang dengan perubahan dari segi bahan-bahan mengikut tempat atau negeri. Apabila kita
menyebut tentang bata, ia selalunya bermaksud kepada penggunaan bata dari tanah liat. Selain
itu, terdapat juga batu bata yang dihasilkan dari pasir beserta campuran simen dan ada juga
dengan campuran batu baur.
1.0 SENARAIKAN JENIS BATA

1. Batu-bata tanah liat.


Diperbuat daripada tanah liat dihancurkan dan dicampurkan dengan air untuk dilembutkan dan
mudah dibentuk. Ada dua cara iaitu, pertama, dengan menggunakan tangan, biasanya ada kesan
lekuk muka. Kedua, menggunakan mesin dan biasanya tiada kesan lekuk muka.
Proses pembakaran dibuat dalam suhu yang tinggi supaya sebahagian tanah liat itu akan cair
dan menjadi blok bata yang keras serta tahan lasak. Jika pembakaran terlampau panas atau
terlalu rendah, bata yang terhasil tidak sesuai digunakan untuk tujuan pembinaan bangunan.

Kategori batu-bata daripada tanah liat:


1. Bata biasa.
Ia digunakan untuk dinding dalam dan yang tertentu sahaja. Kekuatan dan kekerasannya tidak
begitu tinggi. Tetapi, bata jenis ini boleh membawa beban dengan selamat. Tidak sesuai untuk
memberikan kesan permukaan kerana mempunyai warna dan permukaan yang tidak menarik.

2. Bata permukaan.
Mempunyai permukaan dan warna yang cantik. Ia mempunyai kekerasan yang cukup untuk
bebanan biasa. Bata jenis ini mempunyai ketahanan daripada hujan, angin dan asap.
2. Bata jenis pasir dan kapur.
Batu-bata jenis ini dibuat daripada campuran kapur dan pasir dengan perbandingan 1:8 serta
air yang ditekankan ke dalam campuran sehingga membentuk batu-bata. Kengunaanya ialah
untuk jenis binaan yang terendam dalam air dan yang memerlukan kekuatan yang sangat tinggi.

3. Bata tahan api.


Dibuat dengan tekanan atau hentakan mesin. Diperbuat daripada bahan tanah liat tegar.
Mempunyai suhu tekanan yang tinggi, kelembapan, api gas pembakaran dan bebanan. Bewarna
kekuningan serta digunakan pada pembakaran, tempat asap dan lain-lain tempatan berkaitan.

4. Bata kejuruteraan.
Digunakan pada Kawasan-kawasan yang lembab, Kawasan yang mempunyai bebanan atau
gegaran dan juga Kawasan dimana terdapat pengaliran haba yang tinggi. Ianya dibuat khas
untuk mendapatkan kekuatan daya tekanan dan menahan resapan air seperti pembinaan
jambatan, terowong, tiang yang menerima bebanan yang berat, jalan, garden path, lapisan kalis
lembab, coping, tangga dan sesuai untuk pembinaan di bawah aras tanah.
2.0 SENARAIKAN JENIS IKATAN BATA
1. Ikatan sisi bata ( stretcher bond )
Ikatan ini digunakan sebagai isian ( infill ) struktur kerangka untuk dinding setengah bata
tebal ( ½ bata = 113mm ). Ikatan disusun dengan menyambung setiap bata pada kepalanya.
Pembinaannya bermula dengan satu lapisan sisi bata dan berselang-seli dengan lekapnya ialah
antara ¼ bata hingga ½ bata.

2. Ikatan kepala bata ( header bond )


Setiap lapisan dalam ikatan ini mengandungi kepala bata sahaja menjadikannya ikatan satu
bata. Sesuai digunakan pada binaan asas atau pada tembok berbentuk bulat atau melengkung
seperti ambang.
3. Ikatan inggeris ( English bond )
Ikatan ini diselang-selikan pada setiap lapisan dengan ikatan sisi bata pada satu lapisan dan
ikatan kepala bata pada lapisan berikutnya, menjadikannya ikatan satu bata. Sebiji 1/2 bata
penutup ditempatkan bersebelahan kepala bata penjuru pada setiap lapisan kepala bata. Bata
penutup ialah untuk mengelakkan sambungan tegak yang berterusan dan memberi lekap 1/4
bata minima yang seragam. Ikatan ini boleh dianggap ikatan yang kuat diantara ikatan-ikatan
yang utama.

4. Ikatan Flemish ( Flemish bond )


Ikatan ini mengandungi ikatan sisi bata dan kepala bata yang disusun berselang-seli dalam satu
lapisan dan setiap lapisan. Sebiji 1/2 bata penutup juga ditempatkan bersebelahan kepala bata
penjuru pada setiap selang lapisan. Apabila dua belah tembok dinding menunjukkan susunan
Flemish, ia dikatakan 'Flemish Kembar'. Sekiranya sebelah ikatan Flemish dan sebelahnya
ikatan inggeris, ia dinamakan 'Flemish Tunggal'. Ikatan ini menyebabkan sambungan tegak
berterusan di sebelah dalam dan lemah, tetapi ia menghasilkan kedua-dua belah muka tembok
dinding yang lebih rata dan sesuai untuk tembok hiasan dan tidak di'lepa'.
5. Ikatan dutch
Ikatan ini adalah satu ikatan perubahan daripada ikatan inggeris. Ia mengandungi lapisan
kepala bata dan lapisan sisi bata berselang-seli dengan tiap-tiap lapisan itu bermula dengan
bata kerat 3/4. Tiada 1/2 bata penutup digunakan dalam ikatan ini.

6. Ikatan Bata Silverlock


Ikatan ini adalah lanjutan daripada ikatan inggeris. Mengandungi lapisan kepala bata dan
lapisan sisi bata berselang-seli secara mengiring. Lapisan kepala bata bermula dengan 2 bata
tiga suku manakala lapisan sisi bata bermula dengan 3 bata mengiring pada kedua-dua hujung
tembok yang lurus.

7. Ikatan Monk
Ikatan ini adalah tiruan daripada ikatan Flemish. Setiap lapisan mengandungi satu kepala bata
diikuti dengan dua ikatan sisi bata berselang -seli.
8. Ikatan Bata Perangkap Tikus
Dalam ikatan ini, semua bata disusun seperti ikatan flemish tetapi secara mengiring. Lubang
yang terdapat diantara dua sisi bata dikosongkan kecuali dipenuhkan padat di penjuru,
menjadikan ia sesuai sebagai dinding beronga yang menerima beban. Dalam ikatan ini, semua
bata disusun seperti ikatan flemish tetapi secara mengiring. Lubang yang terdapat diantara dua
sisi bata dikosongkan kecuali dipenuhkan padat di penjuru, menjadikan ia sesuai sebagai
dinding beronga yang menerima beban.

9. Ikatan Raking
Ikatan ini digunakan pada tembok tebal ataupun untuk membina panel, lantai dan
sebagainya. Dibina dengan menyusun sisi bata pada dua belah tepi tembok dan mengisikan
dalamnya dengan bata yang bercorak tulang belut, penjuru, anyaman bakul ataupun sesiku.
3.0 JENIS KEMASAN KERJA BATA

Terdapat pelbagai jenis kemas ikat yang digunakan dalam kerja-kerja kemasan penerapan bata.
Antara jenis kemas ikat yang biasa digunakan ialah:

1. Sambung ‘struck ‘.
Juga dipanggil santak. Ianya tidak sesuai untuk kemasan dinding luar. Sambung ‘struck’ atas
pula sesuai untuk bata tekan yang licin.
2. Sambung terbenam.
Juga dipanggil keruk. Ia amat sesuai bagi binaan yang menggunakan bata muka tetapi
memerlukan kedalaman sambungan yang sama.
3. Sambung rata.
Dibuat sama rata dengan permukaan dinding atau tembok bata dan sesuai untuk semua
kedudukan. Untuk memperolehi kemasan bertekstur, gosokkan permukaanya dengan kepingan
kayu atau permukaan yang bertekstur.
4. Sambung V.
Kelihatan kecil atau sempit. Kerja ini memerlukan alat untuk menghasilkan ikatan yang kemas
dan baik.
5. Sambung julur.
Sambung julur pula dibuat untuk memudahkan kerja melepa pada masa hadapan.
4.0 BENTUK-BENTUK POTONGAN BATA

1. Bata penutup setengah.

2. Bata kerat setengah.


3. Bata penutup atau bata kerat suku.

4. Bata kerat tiga suku.


5. Bata penutup meruncing.

6. Bata penutup tiga suku.


7. Bata kerat pepenjuru.

8. Batu bata belah.


5.0 MENUNJUKKAN JENIS-JENIS IKATAN

1. Ikatan sisi bata ( stretcher bond ).

Ikatan ini khas digunakan sebagai isian (infill) struktur kerangka pada dinding yang tebalnya
setengah bata atau 112.5mm. Lekapnya ialah ½ bata. Ikatan ini disusun dengan
menyambungkan bata pada kepalanya. Ikatan sisi bata mengandungi semuanya sisi bata
kecuali bata kerat setengah pada hujung terhenti. Pembinaannya bermula dengan satu lapisan
bata sisi, lapisan yang kedua pula dimulakan dengan satu bata setengah diikuti dengan bata sisi
penuh dan seterusnya. Dinding yang menggunakan ikatan sisi bata tidak berkemampuan untuk
menyokong berat beban yang tinggi. Digunakan pada jenis binaan yang tertentu seperti dinding
sekatan, dinding landasan, dan dinding-dinding dalam struktur bangunan, dinding pembahagi
(partition wall), dinding luar (cavity wall) dan chimney stalk (tempat pembakaran), di mana
tiada beban berat yang disokong. Kebanyakkan rumah-rumah di Malaysia dibina dengan
mengunakan ikatan ini kerana lebih mudah untuk pasang dan hanya memerlukan sedikit sahaja
pemotongan pada batu bata. Tukang-tukang di Malaysia lebih mahir dengan ikatan ini dan
gemar menggunakan ikatan ini dalam pembuatan dinding rumah kerana lebih jimat dan cepat.
2. Ikatan kepala bata ( header bond ).

Tiap-tiap lapisan dalam dinding yang dibina dengan jenis ikatan ini mengandungi kepala bata
sahaja. Sambungan mortarnya merupakan bentuk huruf V. Jenis ikatan ini sesuai digunakan
pada binaan asas atau pada tembok yang berbentuk bulat atau melengkung. Jika ikatan ini
digunakan pada dinding ia akan merugikan dan akan menyebabkan dinding menjadi tebal
kerana ianya digunakan pada satu bahagian sahaja kepala sahaja. Ikatan ini juga mengambil
masa yang lama untuk memasang kerana memerlukan penelitian yang teliti oleh pemasangnya.
Ikatan ini jarang digunakan untuk mengikat dinding kerana memerlukan banyak bata-bata.
3. Ikatan inggeris ( English bond ).

Mengandungi lapisan kepala bata (header) dan sisi bata (stretcher) yang berselang lapisan iaitu
satu lapisan kapala bata dan satu lapisan permukaan sisi bata dalam lapisan yang berlainan.
Contohnya kalau lapisan pertama dimulakan dengan kepala bata, lapisan kedua mestilah dalam
lapisan sisi bata atau sebaliknya. Sebiji bata penutup setengah mestilah ditempatkan selepas
kepala bata penjuru pada lapisan kepala bata. Kegunaan pada penutup setengah ini adalah
untuk mengelakkan sambungan tegak yang berterusan dan memberi lekap yang seragam iaitu
suku bata. Pada dinding yang tebal, semua bata di bahagian dalam disusunkan secara
melintang. Ikatan jenis ini adalah dianggap sebagai ikatan yang kuat sekali antara ikatan-ikatan
kerja bata kerana ia tidak mengandungi sebarang sambungan tegak yang berterusan. Sesuai
digunakan pada tempat-tempat yang memerlukan kekuatan seperti dinding luar bangunan,
dinding penahan tanah dan lain-lain. Kelebihan ikatan ini adalah boleh mengurangkan
pemotongan pada batu bata dan dapat menjimatkan bata daripada tersalah potong.
4. Ikatan Flemish ( Flemish bond ).

Ikatan ini mengandungi kepala bata dan sisi bata disusun berselang seli dalam satu lapisan yang
sama. Sebiji bata penutup setengah mestilah ditempatkan selepas kepala bata penjuru pada
sudutnya mewujudkan lekap yang seragam iaitu ¼ bata. Sambungan tegak yang berterusan
berlaku di dalam di dalam dinding tetapi tidak kelihatan pada permukaan dinding. Apabila
kedua-dua belah permukaan dinding menunjukkan susunan Flemish ia dinamakan ‘Flemish
Kembar’. Jika sebelah permukaan dinding menunjukkan susunan Flemish dan sebelah yang
lain pula menunjukkan susunan Inggeris maka ia dinamakan ‘Flemish Tunggal’. Ikatan ini
dapat menghasilkan kedua-dua belah muka dinding yang lebih rata dibandingkan dengan ikatan
yang lain. Oleh sebab itu, ikatan ini sesuai digunakan untuk membina tembok yang tidak akan
dilepa.
5. Ikatan belanda ( dutch bond ).

Corak peletakan bata ikatan Belanda terdiri daripada kursus berselang-seli antara tajuk dan
pengusung, menghasilkan dinding pepejal dan kukuh yang tebal secara mendalam, mudah
diletakkan, dan sangat tahan lama untuk dinding yang hanya satu batu bata tebal. Dalam corak
meletakkan bata ini, kursus pengusung dimulakan dengan raja yang lebih dekat (tiga suku bata)
setiap kali ia diletakkan. Salib Inggeris atau bon Belanda adalah corak peletakan bata biasa
untuk jejambat, jambatan, tambak, dan projek seni bina kejuruteraan awam yang lain.
6.0 RUJUKAN

1. brick-bond-english.jpg (900×650) (pghbricks.com.au)


2. Brick Bond Patterns | PGH Bricks
3. dutch bond brickwork - Search (bing.com)
4. Jenis Ikatan Bata – KERJA BATA (wordpress.com)
7.0 LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai