Anda di halaman 1dari 4

Jenis-jenis Ikatan Kerja Bata

Terdapat pelbagai jenis ikatan dalam kerja menyusun bata. Tujuan ikatan bata adalah
untuk mendapatkan ikatan bata yang kuat, susunan bata yang cantik dan menarik dan sesuai
dengan kerja ikatan. Antara ikatan ini yang biasa digunakan di Malaysia ialah ikatan sisi bata,
ikatan kepala bata, ikatan Inggeris dan ikatan Flemish.

Ikatan Sisi bata

Ikatan Sisi Bata

Ikatan ini khas digunakan pada tembok yang tebalnya setengah bata atau 112.5mm. Ikatan ini
disusun dengan menyambungkan bata pada kepalanya. Lekapnya ialah bata. Pembinaannya
bermula dengan satu lapisan bata sisi, lapisan yang kedua pula dimulakan dengan satu
batasetengah diikuti dengan bata sisi penuh dan seterusnya. Contoh ikatan ini ditunjukkan dalam
rajah 3.1 (a). Tembok yang dibina dengan ikatan ini tidak mempunyai keupayaan tanggung yang
tinggi. Oleh sebab itu, ia digunakan pada jenis binaan yang tertentu seperti tembok sekatan,
tembok landasan, semperong dan tembok-tembok dalam struktur berangka di mana tiada beban
berat yang disokong.

Ikatan Kepala Bata

Ikatan Kepala Bata

Tiap-tiap lapisan dalam tembok yang dibina dengan jenis ikatan ini mengandungi kepala bata
sahaja. Rajah 3.2 menunjukkan pandangan hadapan dan pelan bagi sebahagian tembok lengkung
yang dibina dengan ikatan kepala bata. Sambungan mortarnya merupakan bentuk huruf V. Jenis
ikatan ini sesuai digunakan pada bahan asas atau pada tembok yang berbentuk bulat atau
melengkung.

Ikatan Inggeris

Ikatan Inggeris

Ikatan ini adalah yang paling meluas digunakan. Ikatan ini disusun dengan satu lapisan kepala
bata diikuti lapisan sisi bata berselang seli. Sebiji bata penutup setengah mestilah ditempatkan
selepas kepala bata. Kegunaan pada penutup setengah ini adalah untuk mengelakkan sambungan
tegak yang berterusan dan memberi lekap yang seragam iaitu suku bata. Pada tembok yang tebal,
semua bata di bahagian dalam disusunkan secara melintang. Ikatan jenis ini adalah dianggap
sebagai ikatan yang kuat sekali antara ikatan-ikatan kerja bata kerana ia tidak mengandungi
sebarang sambungan tegak yang berterusan. Rajah 16 (b) menunjukkan pelan tegak hadapan
sebuah tembok yang dibina dengan ikatan Inggeris.

Ikatan Flemish

Ikatan Flemish

Ikatan ini adalah mengandungi kepala bata dan sisi bata disusun berselang seli dalam satu lapisan
yang sama. Sebiji bata penutup setengah mestilah ditempatkan selepas kepala bata penjuru pada
sudutnya mewujudkan lekap yang seragam iaitu bata. Sambungan tegak yang berterusan
berlaku di dalam tembok tetapi tidak kelihatan pada permukaan tembok. Apabila kedua-dua
belah permukaan tembok menunjukkan susunan Flemish, ia dinamakan Flemish Kembar. Jika
sebelah permukaan tembok menunjukkan susunan Flemish dan sebelah yang lain pula
menunjukkan susunan Inggeris maka ia dinamakan Flemish Tunggal. Ikatan ini dapat
menghasilkan kedua-dua belah yang lebih rata dibandingkan dengan ikatan yang lain. Oleh
sebab itu, ikatan ini sesuai digunakan untuk membina tembok yang tidak akan dilepa.

Anda mungkin juga menyukai