Anda di halaman 1dari 15

Kertas B-010-1/WTP202/P(3/ Muka 1 dari 15

KOLEJ VOKASIONAL KUDAT


BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KERTAS PENERANGAN

KURSUS JURUBINA BANGUNAN

TAHAP SATU

DUTI 12 – Lay bricks according to specifications required

12.03- Construct stretcher, English and Flemish bond walls in


TUGASAN various form with pointing and jointing

Bina dinding ikatan Stretcher, English dan Flemish dalam berbagai


OBJEKTIF bentuk serta kerja sambungan dan kemasan dengan menerap
PENCAPAIAN batu-bata mengguna kaedah yang betul supaya kekuatan dan mutu
PIAWAI kemasan yang dikehendaki dapat dicapai.

TAJUK BINAAN DINDING BATA

TUJUAN KERTAS PENERANGAN INI AKAN MENERANGKAN

- Jenis-jenis ikatan bata


- Undang-undang ikatan bata
- Istilah biasa dalam kerja batu-bata
- Jenis-jenis sambungan biasa
Kertas B-010-1/WTP202/P(3/ Muka 2 dari 15

PENERANGAN:

Selain daripada menggunakan kayu dan konkrit, batu-bata merupakan bahan yang paling
utama untuk membina dinding dan tembok. Pembinaan dinding daripada batu-bata
digunakan secara meluas di dalam kerja-kerja pembinaan bangunan. Terdapat berbagai
jenis ikatan bata yang sering digunakan untuk membina dinding. Di antaranya adalah :

Ikatan stretcher

Ikatan stretcher ialah ikatan pada dinding yang tebalnya 102 mm atau ½ bata tebal. Ikatan ini
dibina dengan permukaannya menunjukkan muka penuh ( stretcher ) Pada
keseluruhannya kecuali returned angle, stopped end dan cross wall berlaku Untuk
mendapatkan kekuatan pada ikatan stretcher ikatan setengahnya ( half bond ) mestilah
didapatkan semasa mengikatnya. Pada dinding persimpangan “quarter bond ” digunakan
iaitu dengan memasukkan batu bata 3 ¾ bat.Dinding ini akan mendapatkan half bond
seterusnya

Ikatan stretcher ini digunakan pada dinding yang tebalnya ½ bata seperti dinding dalam
bangunan, dinding pembahagi ( partition wall ) dinding luar ( cavity wall ) chimney stalk
(tempat pembakaran ).

Ikatan english

Ikatan English mengandungi lapisan header dan stretcher yang berselang lapisan iaitu satu
lapisan header dan satu lapisan permukaan stretcher dalam lapisan yang berlainan,
contohnya kalau lapisan pertama dimulakan dengan header, lapisan kedua mestilah dalam
lapisan stretcher atau sebaliknya.

Dalam penyusunan yang sebegini sambungan menegak bagi lapisan header sama dengan
sambungan menegak lapisan stretcher. Ini bererti berlaku sambungan terus (straight joint ).
Untuk mengelakkannya “queen closer ”hendaklah dipasang pada tiap-tiap selepas quoin
header “ dilapisan header supaya mendapatkan lapis (laping) yang sempurna. Lapisan (lap)
bagi ikatan English ½ bata (quarter lap ). Dalam setengah hal dalam pembinaan yang
Kertas B-010-1/WTP202/P(3/ Muka 3 dari 15

sebenar kadangkala queen closer tidak digunakan sebaliknya digantikan dengan bata ¾
(3/4 bat).

Ikatan English adalah merupakan sejenis ikatan yang terkuat sekali jika dibandingkan
dengan lain-lain ikatan. Oleh itu ia sesuai digunakan pada tempat-tempat yang memerlukan
kekuatan seperti dinding luar bangunan, dinding penahan tanah dan lain-lain. Tebal ikatan
English yang biasa dibina ialah 215 mm atau satu bata tebal. Tetapi jika kekuatan lebih
diperlukan bolehlah membinanya dengan lebih tebal lagi iaitu seperti satu setengah bata
(328 mm), 2 bata tebal (440 mm) 21/2 bata tebal (552 mm) 3 bat tebal (675 mm) dan
sebagainya.
Kertas B-010-1/WTP202/P(3/ Muka 4 dari 15

Ikatan Flemish

Ciri-ciri ikatan Flemish :-

1. Ikatan Flemish mengandungi batu-bata yang menunjukkan muka header dan stretcher
berselang- seli dalam satu lapisan.

2. Tiap-tiap selepas quoin header mestilah diikuti dengan queen closer dan seterusnya
diikuti pula oleh stretcher.

3. Header terletak ditengah-tengah stretcher.

4. Tiap-tiap pertukaran arah ikatan tidak berubah.

Ikatan Flemish biasanya dibuat pada tempat-tempat atau pembinaan yang


memerlukan kecantikkan seperti dinding luar bangunan. Dari segi kekuatan ia lebih lemah
dari ikatan English, ini disebab terdapatnya sambungan terus disebelah dalam dinding
(internal straight joint) iaitu pada sebelah menyebelah batu-bata header atau dihujung tiap-
tiap stretcher, sepanjang ¼ bata ( 53.75 mm ). Selain daripada itu ia juga terdapat banyak
batu-bata setengah (half bats ) pada dinding satu setengah bata ( 328 mm ).

Terdapat dua jenis ikatan Flemish :-

1. Ikatan double Flemish

Ikatan double Flemish biasanya dikenali hanya dengan ikatan Flemish sahaja sebab ciri-ciri
penyusunannya sama. Permukaan hadapan dan belakangnya menunjukkan permukaan
Flemish. Tebal dinding yang dibina dalam ikatan ini sekurang-kurang satu bata tebal (215
mm).
Kertas B-010-1/WTP202/P(3/ Muka 5 dari 15

2. Single Flemish Bond :

Single Flemish bond terdiri dari dua ikatan iaitu ikatan English dengan ikatan Flemish.
Permukaan hadapannya menunjukkan permukaan Flemish dan dibelakang menunjukkan
muka English. Ikatan ini hanya boleh dibuat pada dinding yang tebalnya 1 ½ bata tebal (328).

Undang-undang ikatan bata

Undang-undang Pertama :

(a) Bagi mendapatkan quarter bond (1/4 bond ),closer mestilah diikuti pada selepas tiap-
tiap corner header atau stopped end header.

Stop end header

Queen closer

Corner header
Kertas B-010-1/WTP202/P(3/ Muka 6 dari 15

(b) Bagi mendapatkan sectional bond pada ikatan yang lebih dari 34.3 cm (131/2 inci )
¾ bat kadangkala digunakan pada stopped end.

Bata ¾

(c) Dalam setengah hal bata khas digunakan pada stopped end

Bata khas

(d) Pada setengah –setengah jenis ikatan batu-bata ¾ ( ¾ bat ) digunakan bagi
mendapatkan susunan yang betul.

Bata ¾

Undang-Undang Kedua :

Pada persimpangan dua dinding mestilah mempunyai ‘tie brick ‘ ( bata pengikat ) sama ada
header atau stretcher yang selalunya berbentuk belok selari dengan permukaan dinding
yang asal. Ia hanya ternampak pada sudut sebelah dalam sahaja sama ada 5.7 cm (2 1/4”)
atau 17.1 cm (6 ¾ inci ).

Tie brick 5.7 cm


Tie brick 17.1 cm Tie brick 5.7 cm
Kertas B-010-1/WTP202/P(3/ Muka 7 dari 15

Undang-Undang ketiga :

Semua sambungan menegak ( vertical joint ) dalam satu lapisan mestilah memotong terus
dari depan hingga kebelakang dinding melainkan sambungan tersebut diadang oleh
stretcher. Ini diistilahkan sectional bonding. Sekiranya section bonding ini tidak diperolehi
atau tidak dijaga straight joint akan terjadi.

Sectional bonding

sambungan menegak
Sectional bonding dihalang oleh stretcher

Undang-Undang Keempat :

Pada dinding yang tebalnya lebih dari 34.3 cm ( 13 ½ inci ) apabila dipotong di tengah-
tengahnya mengikut panjang dinding, keseluruhan permukaan yang dipotong mestilah
menampakkan permukaan header sahaja, sekiranya terdapat juga permukaan stretcher
straight joint akan berlaku.

A A

Keratan A - A

A A

Keratan A - A

A A

Keratan A - A
Kertas B-010-1/WTP202/P(3/ Muka 8 dari 15

Undang-undang Kelima :

Dalam ikatan English tiap-tiap pertukaran arah dinding dalam lapisan yang sama ikatan juga
berubah. Kecuali sekiranya dinding tak sama tebal yang mana hanya perlu tie brick sahaja.
Pada persimpangan yang jaraknya kecuali diarahkan oleh pihak-pihak tertentu.

Pandangan yang kurang dari 11.4 cm


Pandangan header
11.4 cm
Pandangan stretcher

Persimpangan dinding yang tak sama tebal

Tie brick
½ bat

Undang-Undang Keenam :

Sekiranya tebal dinding mengandungi bilangan setengah bata ( ½ bat ) genap,


permukaan hadapan dan belakang hendaklah sama. Iaitu jika permukaan hadapan header,
belakang juga mestilah header.Jika didepan stretcher, belakang juga mestilah
stretcher.Tetapi sekiranya tebal dinding mengandungi bilangan setengahnya ganjil,
permukaan hadapan dan belakang mestilah berlainan iaitu kalau permukaan hadapan
header, permukaan belakangnya pula mestilah stretcher dan sebaliknya.

Muka hadapan sama dengan muka belakang


Permukaan header

Bilangan bata setengah


yang genap

Permukaan header

Muka hadapan berbeza dengan muka belakang


Permukaan header

Bilangan bata setengah


yang ganjil

Permukaan stretcher

Ikatan batu-bata
Kertas B-010-1/WTP202/P(3/ Muka 9 dari 15

Untuk mendapatkan kekuatan pada kerja-kerja batu-bata, batu-bata yang diturap hendaklah
dilapiskan diantara satu sama lain didalam lapisan dinding yang membentuk ikatan.

Dua cara digunakan didalam pembinaan

i. Lapisan suku bata ( quarter brick lap ) dipanggil ikatan suku ( Quarter bond )
ii. Lapisan setengah bata (half brick lap) dipanggil ikatan setengah ( half bond )

Sekiranya batu-bata disusun tanpa dilapis dalam bentuk ikatan yang betul, sambungan
menegak terus menerus akan terjadi, dari bawah hingga keatas binaan dimana keadaan ini
dipanggil straight joint.

Terdapat dua keadaan sambungan menegak terus menerus.

i. Sambungan menegak dibahagian luar (external straight joint)


ii. Sambungan menegak dibahagian dalam (internal straight joint)

Keadaan ini boleh dielakkan dengan penggunaan bata potong tapi ini membazirkan bahan
dan tenaga, oleh itu batu-bata khas dibuat.

Sifat-sifat ikatan batu-bata yang betul

a. Menyebarkan bebanan yang diterima kepada permukaan yang luas.

b. Batu-bata terikat diantara satu sama lain dengan itu batu-bata tidak mudah tertanggal.

c. Berupa bentuk susunan atau ikatan yang seragam.

Keadaan binaan batu-bata dimana ikatannya tidak betul

a. Sambungan menegak terus menerus terjadi dibahagian luar atau dalam

b. Pembahagian bebanan yang diterima hanya tertumpu kepada satu bahagian susunan
sahaja.
Kertas B-010-1/WTP202/P(3/ Muka 10 dari 15

Gambarajah menunjukkan perbandingan kekuatan bagi dinding mempunyai ikatan dan


kelemahan bagi dinding yang tidak mempunyai kekuatan.

Jenis-jenis sambungan:-

1. Flush joint

Motar ditekan kedalam sambungan dan disiapkan sama rata dengan permukaan batu-bata.
Ini dilakukan dengan menggunakan samada dengan trowel, sekeping kayu kecil atau guni
iaitu digosok dengan memutarnya beberapa kali sehingga motar sama rata dengan
permukaan dinding, tetapi cara ini perlu dibuat berhati-hati kerana akan mengotorkan
permukaan dinding.

2. Struck joint

Sambungan ini adalah digunakan dengan luas pada dinding dalam bangunan. Bentuknya
yang curam kedalam dinding itu kurang sesuai digunakan diluar kerana air akan terlekat di
atasnya yang mana akan menyebabkan air menyerap masuk kedalam dinding “indent” atau
bahagian yang termasuk kedalam sambungan ini hendaklah tidak lebih dari 2mm. Kerja-
kerja membuat sambungan ini adalah sesuai dengan menggunakan pointing trowel.

3. Weather struck joint

Sambungan jenis ini adalah paling sesuai dan berkesan untuk dinding luar kerana ia dapat
mengalirkan air yang terkena pada dinding. Bentuknya seakan-akan sama dengan struck
joint tetapi dicuramkan keluar dengan bahagian “indent” disebelah atas. Sambungan ini juga
dianggap paling bersih dan seragam. Ia juga menghasilkan pandangan yang menarik
kerana bahagian yang termasuk kedalam memberi bayang yang menggelapkan sambungan.
4. Rounded atau tooled joint atau concave joint
Kertas B-010-1/WTP202/P(3/ Muka 11 dari 15

Kadangkala dipanggil juga bucket handle pointing. Sambungan dibentuk melengkung


kedalam dengan cara menggosokkan jointer kepadanya. Sambungan jenis ini ada
kelebihannya, dimana mudah dibentuk dengan cara menekan kedalam sambungan
membuatnya lebih padat dan kelihatan lebih menarik dimana bata dan sambungan
mempunyai bentuk dan saiz yang sama.

5. Vee joint

Sambungan jenis ini dibentuk menggunakan jointer bentuk segi empat, lalu ditekan seginya
condong bagi mendapatkan bentuk “V” pada sambungan lalu ditarik. Ini dilakukan semasa
motar sambungan masih basah lagi.

6. Convex joint atau beaded pointing

Dalam sambungan ini motar sambungan dipadatkan rata dengan permukaan bata.
Tujuannya supaya bentuk convex atau beaded akan terbentuk dengan baik. Sewaktu motar
sambuingan masih basah, jointer yang berbentuk melengkung ditekan pada sambungan lalu
ditarik sepanjang sambungan.

7. Recessed joint

Bentuk ini jarang dibuat, perlu dibentuk dengan baik supaya kelihatan menarik, sesuai pada
muka dalam binaan batu-bata atau bata pembakaran yang mempunyai ukuran bata yang
tepat. Tebal sambungan hendaklah sama. Tidak sesuai bagi muka luar binaan batu-bata
kecuali jika menggunakan jointer atau kayu yang licin sama besar dengan lebar sambungan.

8. Raked joint

Jika dinding batu-bata perlu dilepa sambungan-sambungan perlu dituris sedalam 15mm
supaya memberi ikatan atau pegangan yang baik. Sambungan-sambungan juga perlu dituris
sekiranya hendak disiapkan dengan motar warna. Sekiranya dinding batu-bata dibina
dengan menggunakan motar kapur, untuk mengelakkan air meresap kedalam dinding
tersebut, sambungan tersebut perlu dituris dan dibentukan sambungan dengan motar simen.

Istilah-istilah berikut adalah antara yang biasa digunakan dalam kerja batu-bata.
Kertas B-010-1/WTP202/P(3/ Muka 12 dari 15

1. Bucu :
Bucu atau sudut batu-bata.

2. Sisi bata :
Muka tepi pada batu bata berukuran 215 mm x 65 mm.

3. Kepala bata :
Muka hujung pada batu-bata berukuran 102.5 mm x 65 mm atau disebut juga ½
stretcher

4. Muka bawah bata :


Bahagian bawah muka bata berukuran 215 mm x 102.5 mm.

5. Lekuk :
Bahagian terbenam pada sebelah atau kedua-dua muka yang berukuran 215 mm x 102.5
mm. Bata jenis wire-cut tidak mempunyai frog. Bata jenis pressed mempunyai frog di
kedua-dua belah muka. Jenis hand made biasanya mempunyai satu frog sahaja. Tujuan
frog dibuat untuk mendapatkan pegangan atau pengunci motar, terutama bagi binaan
yang memerlukan tebal bed joint yang nipis.

6. Muka bata 215 mm x 65 mm:


Permukaan batu-bata yang terdedah sebagai permukaan dinding sama ada muka header
atau stretcher

7. Sambungan muka bawah bata :


Sambungan motar melintang atau mendatar pada binaan batu-bata ukuran tebal antara 3
mm-12 mm, biasanya 10 mm tebal juga dikenali sebagai horizontal joint.

8. Sambungan tegak terus menerus :


Sambungan tegak terus menerus pada dua atau lebih lapisan,mesti dielakkan kerana
akan melemahkan ikatan.

9. Sambungan motar menegak :


Sambungan motar menegak pada binaan batu-bata ukuran biasa 10 mm.Juga dikenali
sebagai cross joint.
Kertas B-010-1/WTP202/P(3/ Muka 13 dari 15

10. Garis tegak :


Garisan bayangan menegak termasuk vertical joint dipermukaan binaan batu-bata.

11. Lapisan :
Satu lapisan batu-bata panjang binaan kali tebalnya.

12. Penjuru terhenti :


Penghujung dinding yang disiapkan dan tidak bertukar arah.

13. Penjuru terhenti bergigi :


Bahagian hujung binaan pada lapisan berselang dilebihkan projected. Ini adalah satu
cara supaya kerja penyambungan dapat dibuat.

14. Binaan penjuru bertingkat :


Binaan bertingkat berbentuk tangga, tujuannya sebagai persediaan membina dan
menyambung dinding.

15. Lekuk sambungan :


Lekukkan yang dibentuk didinding untuk memberi ikatan dan mengikat antara dinding
lama dan dinding baru. Dalam lekuk ini biasanya 46.25 mm atau 112.5 mm.

16. Sudut selang seli :


Bahagian dinding yang dibina bertukar arah.

17. Kepala bata mula :


Sudut luar menegak pada binaan batu-bata.

18. Bata tingkap serong :


Batu-bata yang dibuat khas atau batu-bata potongan yang bersudut tirus atau cakah
pada sudut binaan batu-bata.
Kertas B-010-1/WTP202/P(3/ Muka 14 dari 15

19. Bata potongan :


Batu-bata potongan untuk mendapatkan ikatan yang dikehendaki dan mengelakkan
terjadinya straight joint pada sudut, stopped end, persimpangan dan lain-lain.

Terdapat empat jenis closer yang biasa digunakan :

a. Ordinary closer
b. Queen closer
c. King closer
d. Bevelled closer
Kertas B-010-1/WTP202/P(3/ Muka 15 dari 15

Anda mungkin juga menyukai