Anda di halaman 1dari 8

UNIT 3 : KERJA BATA 3.0 IKATAN BATA 3.

1 Prinsip Ikatan Bata Elakkan sambungan tegak yang terus menerus dalam ikatan ataupun dipermukaan. Susunan mesti berlekap dan bertindih-tindih antara satu sama lain, maka lekap bata dan bata perlu diadakan mengikut jenis ikatan bata, prinsip utama memastikan kestabilan tembok dibina, sementara prinsip kedua ialah mengawal kesenian rekabentuk dan permukaan bata. Tembok yang sambungannya tegak berterusan, akan kurang kuat dan tidak stabil tebal tembok disebut mengikut saiz tebal bata seperti bata, 1 bata ataupun 1 bata tebal. Bata pengikat dan bata penutup bertindak mencegah sambungan terus menerus pada tembok bersudut tegak dan di persimpangan. Rajah dibawah menunjukkan perbandingan tembok dengan ikatan terikat (berlekap) dan tidak terikat (tidak berlekap). Dalam kerja bata terdapat banyak jenis ikatan untuk menyusun bata dan juga istilah yang digunakan seperti : lekap/lap pepenjuru sambungan terus hujung buntu hujung bertangga hujung bergigi

3.2 Jenis-jenis Ikatan Tembok Bata Dari Segi Susunannya 1)Ikatan Sisi Bata Hanya digunakan dalam membina tembok bata tebal. Setiap lapisan menunjukkan susunan sisi bata sahaja. Bata separuh digunakan dihujung terhenti di lapisan berselang-seli. Ikatan ini tidak mempunyai kekuatan menanggung beban yang tinggi. Ia sesuai untuk binaan seperti tembok sekatan, tembok landas, semperung dan tembok-tembok dalam struktur berangka yang tidak menanggung beban. 2) Ikatan kepala Bata Khusus untuk tembok tebal 1 bata. Lapisan dalam tembok ini dibina hanya menunjukkan susunan kepala bata. Tindihan suku bata digunakan. Bata kerat tiga suku digunakan sebagai bata pertama di hujung terhenti untuk mendapatkan tindihan suku bata. Sesuai untuk tembok tanggung beban, lapisan penapak bata atau tembok melengkung(gerbang). 3) Ikatan Inggeris

Ikatan yang paling kuat dan sesuai untuk dinding tebal 1 bata dan ke atas. Susunannya berselang-seli antara lapisan kepala bata dengan lapisan sisi bata. Tindihan suku bata digunakan sementara bata penutup setengah disusunkan dan diikat selepas bata pertama di lapisan sisi bata untuk mendapatkan tindihan yang betul. Ia tidak mempunyai sambungan tegak berterusan dan amat baik bagi pembinaan tembok. 4) Ikatan Flemish Susunan berselang-seli d iantara kepala bata dengan sisi bata dalam setiap lapisan bata. Sesuai untuk tembok bata tebal 1 bata dan ke atas. Tindihan suku bata digunakan dengan kedudukan kepala bata diletakkan di tengah sisi bata di lapisan atas dan bawah. Ia mempunyai sambungan tegak berterusan di bahagian dalam tembok dan menjadikannya kurang kuat jika dibandingkan dengan ikatan Inggeris. Ikatan Flemish boleh dipecahkan kepada : i. ikatan Flemis kembar di mana kedua-dua muka tembok menunjukkan ikatan Flemish ii. ikatan Flemish tunggal di mana muka hadapan ikatan Flemish sementara sebelah belakang dalam ikatan Inggeris Selain daripada ikatan di atas, terdapat beberapa jenis ikatan yang selalu dibina di dalam kerja mengikat bata seperti yang terdapat di rajah bawah. 5) Ikatan Dutch Satu perubahan daripada ikatan Inggeris. Ikatannya mengandungi lapisan kepala bata dan lapisan sisi bata berselang-seli, dengan tiap-tiap lapisan sisi bata itu bermula dengan bata kerat tiga suku. Tiada bata penutup setengah digunakan dalam ikatan ini.

Jenis-jenis Ikatan Tambahan Selain daripada ikatan di atas, terdapat beberapa jenis ikatan tambahan yang selalu dibina di dalam kerja membina tembok. 1) Ikatan Tembok Taman Inggeris Ianya sesuai digunakan pada tembok pagar dan tembok sekatan yang tebalnya 1 bata. Ikatan tembok ini mengandungi satu lapisan kepala bata diikuti dengan 3, 5 atau 7 lapisan sisi bata. Lekap di antara sisi bata ialah bata dan di antara sisi bata dengan kepala bata ialah bata. Kelebihan jenis ikatan ini ialah kedua-dua belah permukaan tembok dapat dibina dengan rata.

2) Ikatan Tembok Taman Flemish Seperti ikatan tembok taman Inggeris, ikatan ini sesuai digunakan untuk pembinaan tembok pagar tembok sekatan yang tebalnya 1 bata. Ikatan ini mengandungi 3, 5 atau 7 sisi bata diikuti dengan satu kepala bata disusun berselang-seli dalam tiap-tiap lapisan. Lekapnya ialah bata. 3) Ikatan Monk Ini adalah satu tiruan daripada ikatan Flemish. Tiap-tiap lapisannya mengandungi satu kepala bata diikuti dengan dua bata sisi berselang-seli. 4) Ikatan Palang Inggeris Ikatan ini seakan-akan sama dengan ikatan Inggeris. Ia mengandungi lapisan kepala bata dan lapisan sisi bata berselang-seli dengan mengadakan bata penutup setengah selepas kepala bata penjuru pada sudutnya. Pada lapisan sisi bata yang berselang-seli, satu kepala bata ditempatkan selepas sisi bata penjuru. 5) Ikatan Bata Perangkap Tikus Semua bata disusun seperti ikatan Flemish kecuali mengiring. Lubang-lubang yang terdapat di antara dua sisi bata itu dikosongkan kecuali pada penjurunya di mana ia diisi dengan padat. 6) Ikatan Bata Silverlock Ikatan ini adalah lanjutan dari ikatan Inggeris. Ia mengandungi lapisan kepala bata dan lapisan sisi bata berselang-seli secara mengiring. Lapisan kepala bata bermula dengan 2 bata tiga suku manakala lapisan sisi bata bermula dengan 3 bata mengiring pada kedua-dua hujung tembok yang lurus. 7) Ikatan Raking Ini adalah khas digunakan pada tembok yang tebal ataupun untuk membina panel, lantai dan sebagainya. Pembinaannya ialah mengikat sisi bata pada kedua-dua belah tepi tembok dan mengisikan tengah-tengahnya dengan bata yang bercorak tulang belut, pepenjuru, anyaman bakul ataupun siku-siku.

3.3KEMAS IKAT- SAMBUNGAN BATA 1) Definasi kemas ikat Kemas ikat adalah istilah yang diberikan kepada proses terakhir pengemasan sebuah dinding bata bagi menghasilkan rupa yang cantik. Ini dilakukan terhadap dinding bata muka. Ada dua cara melakukan kemas ikat dan masing-masing ada kebaikan dan keburukannya. i. kemas ikat semasa kerja dijalankan (jointing) ii. kemas ikat setelah kerja bata siap (pointing) 2) Jointing (kemas ikat sambung) Dalam cara ini bata disusun dan diikat sehingga siap 1 lapisan bata atau sebahagiannya dan ikatannya dikemaskan. Ikatan unit-unit bata itu hendaklah jangan terlalu kering semasa dikemasikatkan. Kebaikan: 1) Lebih Praktis 2) Kuat 3) Cepat 4) Lebih Murah Keburukan: 1) Warna yang segaya agak sukar diperolehi sepanjang kerja dijalankan. 2) Ikatan unit-unit bata sukar dikemasikat pada waktu hujan. 3) Pointing (kemas ikat timbul) Semasa kerja mengikat, ikatan unit-unit bata itu dikeruk 15mm dengan menggunakan alat yang tajam. Lebar hujung alat itu sama dengan lebar ikatan bata. Ikatan bata yang telah dikeruk dibiarkan mengeras dan kerja membina dinding diteruskan sehingga selesai. Selepas itu ikatan yang dikeruk tadi diberus dengan membuang mortar yang bebas dan dinding itu dibersihkan dengan air. Dinding itu dibiarkan kering terlebih dahulu, kemudian barulah kerja kemas ikat dilakukan. Sebaik-baiknya kerja ini dilakukan semasa ikatannya masih lembab. Kemas ikat ini boleh memberikan rupa yang lebih segaya dan menarik. Kemas ikat ini dilakukan dengan menggunakan mortar yang mempunyai komposisi dan warna yang dikehendaki. Untuk dinding muka yang sentiasa terdedah kepada cuaca yang buruk, nisbahnya ialah 1:2, tetapi dinding muka biasa kadar 1:3 memadai. Campuran pasir dan simen akan menghasilkan mortar berwarna kelabu lumpur dan kalau dicampurkan sedikit kapur warnanya ialah putih kekuningan. Jika warna lain di kehendaki, bahan pewarna mortar digunakan.

Penggunaan Bata Selain Daripada Tembok Dan Cara Ikatannya. 1) Pembinaan tembok Tembok dibina serentak dan tidak melebihi 1000mm tinggi semasa kerja pembinaan sedang dijalankan untuk menggelakkan daripada enapan berlaku. Aras dijaga agar semuanya sama rata bermula daripada lapisan pertama menggunakan alat timbang air, rod penamda dan kayu pengukur. Ketajaman pepenjuru mestilah dijaga supaya tidak senget. Sambungan dibuat hendaklah sama dan tidak melebihi 12mm. Hanya satu bentuk susunan bata dan kemas ikat untuk satu permukaan tembok, dimana pemilihan dibuat berdasarkan kesesuaian binaan, kerja dan beban ditanggung oleh dinding. Bagi binaan yang panjang, tali, pin dan plat tingle digunakan. Tembok terbahagi kepada dua iaitu tembok tanggung beban dan tembok tidak menanggung beban. 2) Pembinaan tiang Ia bermula dengan pelapik. Tiang dibina mestilah berupaya menanggung beban dan untuk mengukuhkannya ia ditambahkan tetulang. 3) Penapak Ia dibina khususnya untuk dinding tanggung beban. Selain dinding, penapak juga diperlukan untuk tiang. Ia boleh mencapai ketebalan empat bata dan dibina dalam beberapa lapisan. 4) Gerbang Ia berbentuk bulat, separuh bulat, elips, gothic, bicu, tembereng dan roman. Pemusat amat penting dalam pembinaan gerbang. Mortar Pelekat yang mengikat batu bata dinamakan mortar. Mortar mengandungi komposisi seperti batu baur halus ataupun pasir, matriks atau agen pengikat seperti kapur, simen atau keduaduanya. Air sebagai pemangkin. Nisbah bancuhan ialah nilai digunakan dalam membuat bancuhan mortar. Nisbah yang kerap digunakan ialah 1:4 untuk kerja bata biasa dan melepa, 1:3 untuk kerja melepa bata kejuruteraan. 1) Mortar kapur Campuran mengandungi nisbah kapur dan pasir. Digunakan dengan meluas sebelum adanya simen. Mencapai kekuatan dengan perlahan dan lambat. Mudah menyerap kelembapan dan air. Kekuatan akan menyusut selepas beberapa tahun ia akan mulai peroi dan tanggal daripada ikatan.

2) Mortar simen Campuran 1:3 ataupun 1:4 (kandungan simen:pasir) lebih kuat berbanding mortar kapur dan mengeras dalam masa yang singkat. Sesuai untuk pelbagai jenis ikatan dan tembok serta kawasan yang lembab. Bahan tambah boleh disertakan untuk meningkatkan mutu.

3) Mortar kompo Ia dipanggil juga dengan nama mortar tolok. Campurannya mengandungi nisbah simen, kapur dan pasir. Kapur bertujuan untuk meningkatkan kebolehkerjaan dan memudahkan kerja menerap bata. Hasilnya, ikatan menjadi lebih kuat dan mengeras dalam masa yang lebih singkat. Nisbah yang sering digunakan ialah 1:2:9 untuk tujuan kerja umum, 1:1:6 untuk kerja berat dan 1:3:12 untuk kerja sederhana. Bahan tambah pemplastik boleh digunakan untuk menggantikan kapur. 4) Mortar gipsyum Cepat mengeras seperti plaster of Paris. Mahal harganya. Sering digunakan untuk kerja-kerja baikpulih ataupun kerja-kerja kecil yang memerlukan ketelitian. Lapisan Kalis Lembab (LKL) Lapisan kalis lembab ialah lapisan yang diletakkan dalam binaan bertujuan untuk menggelakkan lembapan daripada menyerap masuk ke dalam bangunan. Bangunan mestilah sentiasa kering strukturnya kerana bangunan yang lembab disifatkan sebagai bangunan yang sakit. Lapisan kalis lembab boleh dikategorikan - LKL boleh lentur LKL separuh tegar LKL tegar

Lapisan kalis lembab boleh lentur 1. Lapisan bitumen dan aspal 2. Fel aspal

Lapisan kalis lembab separuh tegar 1. Tembaga 2. Plastik

Lapisan kalis lembab tegar 1. Papan cam 2. Pelambam Lepa Lepa dikenali sebagai kerja kemasan di tembok, siling ataupun lantai dimana permukaan yang tidak rata dan kurang elok ditutup. Ia akan menghasilkan permukaan yang rata, licin, keras dan menarik. Melepa berfungsi untuk mewujudkan satu permukaan kemasan dinding yang elok untuk kerja bata yang menggunakan bata biasa.

Jenis-jenis Lepa Jenis-jenis lepa dibahagikan kepada: lepa kapur lepa simen lepa gipsyum 1) Lepa kapur Lepa kapur biasanya mengandungi kapur, pasir dan air yang dibancuh mengikut nisbah yang ditetapkan. Nisbah bancuhan lazimnya ialah 1:2. Lepa kapur sudah jarang digunakan selepas lepa simen diperkenalkan. 2) Lepa simen Lepa simen mengandungi simen, pasir dan air. Lepa simen biasanya dibuat dalam tiga lapisan. Biasanya lapisan kemasan atau penyudah, merupakan lapisan campuran simen dan air sahaja dan ia dilepa sehingga setebal 3mm sebelum lapisan lepa antara keras. Lepa simen perlu diawet untuk menggelakkannya daripada kering terlalu cepat. Pengawetan terbaik mengambil masa tujuh hari untuk ia mengeras dan mengering sebelum ia mencapai kekuatan yang diperlukan. 3) Lepa gipsyum Gipsyum atau kalsium sulfat ialah sejenis minirel yang apabila dibakar dan kering menjadi serbuk putih dikenali sebagai Plaster of Paris. Untuk menggunakannya ia perlu dicampur dengan air dan perlu dikerjakan dengan cepat kerana ia cepat menyejat dan kering. Sesuai untuk kerja-kerja memperbaiki permukaan. Untuk melepa ia perlu ditambahkan dengan bahan tambah untuk melambatkan proses pengerasannya. Jenis-jenis Lapisan Lepa 1) Lapisan lepek (Rendering) Lapisan ini merupakan lapisan asas lepa yang dibuat untuk mengisi ruang-ruang yang kosong supaya ia terisi. Ia juga dikenali sebagai lapisan lepaan. Lapisan ini terdiri daripada campuran lepa kapur yang dikentalkan dengan simen dengan nisbah 1:2:8 (simen:kapur:pasir) atau lepa kapur yang dikentalkan dengan simen dengan nisbah 1:1:5 atau simen dan pasir dengan sedikit atau tanpa kapur dengan nisbah 1:3 atau lepa kapur dikentalkan dengan lepa gipsyum dengan nisbah 1:3:7 atau lepa gipsyum hemihidrt diperlambat dan pasir dengan nisbah 1:1 2) Lapisan lepantara (Floating) Lapisan ini ialah satu lapisan selepas lapisan lepek kering. Lapisan kedua dilepa dikenali lapisan lepantara. Lapisan ini diratakan berpandukan lapisan lepek tegak dengan menggunakan pemaras kayu panjang.

3) Lapisan lepari (Seeting) Lapisan ini ialah lapisan kemasan atau penyudah. Terdapat beberapa jenis lapisan lepari kemasan pemaras tangan kemasan gerutu kemasan muka pasir kemasan turap kelikir guniting

Anda mungkin juga menyukai