Anda di halaman 1dari 5

Kertas B-010-1/WTP202/P(1/ Muka 1 dari 4

KOLEJ VOKASIONAL KUDAT


BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KERTAS PENERANGAN

KURSUS JURUBINA BANGUNAN

TAHAP SATU

DUTI 12 – Lay bricks according to specification required

TUGASAN 12.01 – Identify and select materials

OBJEKTIF Kenalpasti dan pilih bahan-bahan dengan memerhati dan menguji


PENCAPAIAN menggunakan kaedah-kaedah dan teknik-teknik yang betul supaya
PIAWAI ianya dapat memenuhi spesifikasi yang dikehendaki.

TAJUK JENIS-JENIS, SIFAT DAN KEGUNAAN BATU-BATA

KERTAS PENERANGAN INI AKAN MENERANGKAN


TUJUAN
- Jenis-jenis batu-bata
- Penggunaan batu-bata
- Penjagaan batu-bata
Kertas B-010-1/WTP202/P(1/ Muka 2 dari 4

PENERANGAN:

A. Facing Bricks

Terdapat dari batu-bata biasa, enginering brick dan batu-bata khas. Istilah facing digunakan
kerana pada pembinaan yang menggunakan batu-bata, binaan yang tidak perlu dilepa
(plaster) . Dimana batu-bata ini digunakan untuk membina kerja-kerja kecantikkan yang
menunjukkan permukaan batu-bata yang menarik

Mesti berkeadaan teguh, keras dan tahan dimana bahan kandungan cara pembakaran dijaga
dengan baik dalam proses pembikinannya. Dibuat dengan cara tekanan mesin dan tangan.

B. General Building bricks

Juga dikenali sebagai bata biasa (common bricks) dimana tidak dibuat proses tekanan bagi
membentukkan seginya dengan baik. Digunakan untuk kerja-kerja yang dilepa dibahagian
luar atau dalam bangunan, kemudiannya dibuat kerja kecantikkan dengan teknik yang lain
seperti rough cast, tiling dan lain lain. Juga digunakan untuk kerja- kerja bawah aras tanah
seperti tapak asas. Bata jenis ini lebih murah dari bata facing. Mesti keras, teguh dan tahan.
Diperbuat dengan cara potong dawai.

C. Engineering bricks

Dibuat dengan kaedah tekanan mesin atau potong dawai melalui proses ‘stiff plastic’.
Digunakan pada tempat-tempat yang lembab, ditempat yang mempunyai bebanan atau
gegaran dan tempat dimana terdapat pengaliran haba yang tinggi. Berkeupayaan menahan
tekanan 272 kg-408 kg pada mm persegi. Ianya dibuat khas untuk mendapatkan kekuatan
daya tekanan dan menahan resapan air seperti pembinaan jambatan, terowong, tiang yang
menerima bebanan yang berat, jalan, garden path, lapisan kalis lembab, coping, tangga dan
sesuai untuk pembinaan dibawah aras tanah. Beratnya antara 3.6 kg hingga 4.5 kg

D. Fire Bricks

Dibuat dengan tekanan atau hentakan mesin. Bahannya dari tanah liat refractory.
Mempunyai suhu tekanan yang tinggi, kelembapan, api gas pembakaran dan bebanan.
Berwarna kekuningan. Digunakan pada pembakaran, tempat asap dan lain-lain tempatan
berkaitan. Cara menerap bata ini dengan mencelup kedalam mortar khas atau melepa
sambungan sehabis nipis. Beratnya antara 3.2 kg hingga 3.6 kg.

E. Glazed Bricks

Diperbuat dengan cara tekanan dengan mesin dari motar refractory untuk menjadikan keras
dan kuat. Disadurkan dengan lapisan glazed yang nipis dikenali sebagai china glazed.
Digunakan pada pembinaan yang menitikberatkan kecantikan seperti hospital, janakuasa,
tandas dan semua jenis pembinaan penyaluran najis dan air kotor. Bata ini boleh dibuat
dalam berbagai-bagai warna menarik.

F. Red Bricks
Kertas B-010-1/WTP202/P(1/ Muka 3 dari 4

Kebanyakkan pembuat batu-bata meletakkannya pada kelas-kelas dengan jenis warna


seperti merah cerah, merah tua atau lain-lain warna merah. Batu ini biasanya dibuat
dengan tangan. Beratnya antara 2.6 kg hingga 3.2 kg.

G. Insulating Bricks

Diperbuat dari tanah liat khas dikenali sebagai ‘Diatomaceous silica’. Bila telah siap diproses
dan dibakar ia akan tahan dari penyerapan panas. Beratnya 0.9 kg hingga 1.4kg. Bata ini
digunakan untuk pembinaan tempat pembakaran, ovendan sebagai dinding luar yang
menahan suhu panas. Menerap bata ini memerlukan motar khas. Ianya dibuat secara
tekanan mesin

H. Sand-Lime Bricks

Bata ini dibuat daripada bancuhan 90% pasir dan 10% kapur, dibancuh agak pekat,
dimasukkan kedalam acuan dan diberi tekanan tangan. Bata ini tidak dibakar, diletakkan
pada suhu panas atau dijemur selama 6 jam hingga 8 jam. Kekuatan bata ini ialah 68 kg
pada 25.4 mm persegi.

I. Cement Bricks

Dibuat dari bancuhan 1 sukatan simen dan 6 hingga 8 sukatan pasir Dibancuh separuh
kering. Bancuhan ini dimasukkan kedalam acuan dan diberi tekanan mesin atau tangan.
Dikeringkan perlahan-lahan dengan cara dijemur pada cahaya matahari selama kira-kira 2
minggu.

JENIS-JENIS BATA KHAS

PENJAGAAN BATU-BATA
Kertas B-010-1/WTP202/P(1/ Muka 4 dari 4

Biasanya batu-bata diangkat dengan lori dari kilang ketempat pembinaan. Perhatian yang
lebih perlu diambil pada batu-bata jenis baik. Batu-bata jenis ini mestilah diturunkan dengan
tangan atau dengan jentera pengangkat sekiranya batu-bata dalam keadaan terikat. Bagi
batu-bata jenis murah biasanya dituangkan terus dari lori.

Batu-bata perlu disusun dengan sempurna supaya :-

1. Menjaga batu-bata itu dari menjadi rosak iaitu retak atau patah seperti bahagian segi
atau bucunya (arris).

2. Senang untuk mengambil batu-bata tersebut semasa kerja-kerja pembinaan sedang


dijalankan.

3. Batu-bata disusun dengan betul tidak akan jatuh dan membahayakan

Batu-bata mestilah disusun dalam keadaan ‘on edge’ kerana ini akan memberi kekuatan
yang lebih dari disusun dalam keadaan ‘on bed’. Disamping itu ia memudahkan kita
memegang atau mengambil bata semasa menjalankan kerja.

Cara-cara menyusun batu-bata :-

Menyusun berbentuk kun.

Sekiranya tempat yang disusun batu-bata itu tidak ada bangunan atau dinding ia adalah
paling sesuai. Batu-bata itu disusun dalam bentuk kun atau berbentuk tirus keatas supaya
tapaknya luas dan bahagian atasnya semakin kecil seakan-akan racking back supaya batu-
bata tidak mudah jatuh.

Menyusun dengan cara menyandarkan pada dinding bangunan.


Kertas B-010-1/WTP202/P(1/ Muka 5 dari 4

Pada kawasan-kawasan yang ada bangunan, dinding atau tiang, batu-bata boleh disusun
dengan menyandarkan atau memberatkan pada dinding tersebut dan bahagian susunan
disebelah luar dinding berkeadaan curam atau racking back.

Menyusun (staking) semasa menjalankan kerja adalah berbeza sedikit. Ia disusun dalam
keadaan ‘on edge’ tetapi berselang seli susunan header dan stretcher pada berselang
lapisan supaya bata tidak mudah jatuh.

Batu-bata juga perlu dibasahkan secukupnya :-

1. Membersihkan batu-bata dari kekotoran seperti debu, tanah dan lain-lain

2. Mengekalkan kandungan air dalam bata. Bata yang terlalu kering akan menyebabkan
keretakkan-keretakkan halus.

3. Menguatkan ikatan batu-bata. Batu-bata yang terlalu kerimg akan menyerap banyakair
dalam motar yang mana akan mengurangkan pegangan antara motar dan bata.

Anda mungkin juga menyukai