Anda di halaman 1dari 11

KERTAS KERJA

STUDIO MUZIK
DAN
PEMBELIAN PERALATAN MUZIK
UNTUK
KELAB MUZIK DAN SENI BUDAYA
KOLEJ VOKASIONAL LIKAS

DISEDIAKAN OLEH

GURU PENASIHAT KELAB MUZIK DAN SENI BUDAYA


KOLEJ VOKASIONAL LIKAS

KELAB MUZIK DAN SENI BUDAYA KV LIKAS


TAHUN 2019
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan pertimbangan dan kelulusan
pihak pentadbir Kolej Vokasional Likas bagi memohon dana untuk membeli kelengkapan
peralatan muzik dan studio muzik untuk kegunaan Kelab Muzik Dan Seni Budaya Kolej
Vokasional Likas dan juga sebagai persediaan Karnival VOKTEK 2020.

2.0 PENDAHULUAN
Kelab Muzik dan Seni Budaya adalah satu kelab yang memberikan tunjuk ajar
kepada pelajar-pelajar dalam bidang muzik dan seni budaya seperti mempelajari cara
bermain alat muzik, tarian dan sebagainya sama ada moden ataupun tradisonal. Para pelajar
dapat mempelajari teknik bermain alat muzik seperti gitar, bass, keyboard, drum, alat
tiupan dan banyak lagi. Malah para pelajar turut dapat mempelajari notasi muzik dan tarian
tradisional yang terdapat di Malaysia.
Kelab ini juga bertujuan untuk menonjolkan dan mengembangkan bakat-bakat
pelajar yang sedia ada dalam bidang muzik atau tarian malah turut memberi peluang kepada
pelajar yang tidak mempunyai asas muzik untuk menimba ilmu yang baru. Oleh itu,
menyediakan prasarana yang lengkap bagi memenuhi kehendak dan keperluan Kelab
Muzik dan Seni Budaya dapat membantu mencapai tujuan penubuhan kelab ini.

3.0 MATLAMAT
Memantapkan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman muzik untuk
meningkatkan keseimbangan jati diri berlandaskan falsafah pendidikan negara iaitu
keseimbangan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS), seterusnya
menyediakan kemudahan prasarana dan peralatan muzik untuk kegunaan Kelab Muzik dan
Seni Budaya Kolej Vokasional Likas. Disamping mempersiapkan kontinjen kugiran Kolej
Vokasional Likas untuk Karnival Voktek 2020.
4.0 OBJEKTIF

i. Menyediakan kemudahan tempat latihan atau studio muzik untuk untuk kegunaan
pelajar khusunya Kelab Muzik dan Seni Budaya.
ii. Menyediakan kemudahan peralatan alat muzik untuk kegunaan pelajar khusunya
Kelab Muzik dan Seni Budaya.
iii. Mencungkil bakat-bakat pelajar dalam bidang seni muzik dan seni tarian.
iv. Mewujudkan aktiviti “busking” seminggu sekali pada awal pagi menggantikan
perhimpunan harian untuk meningkatkan minat dan menggalakkan pelajar datang
ke sekolah awal

5.0 AKTIVITI KELAB MUZIK DAN SENI BUDAYA


Berikut adalah beberapa jenis aktiviti yang dapat dijalankan sekiranya studio muzik dan
peralatan muzik dapat diwujudkan di Kolej Vokasional Likas;-
i. Latihan Kelab Muzik dan Seni Budaya dapat dijalankan dengan lebih berkesan
seperti latihan bermain alat muzik, latihan menari atau persembahan sekaligus
dapat mempersiapkan pelajar untuk membuat persembahan sekiranya ada aktiviti
yang berlangsung di Kolej seperti Hari Guru, Hari Inovasi dan sebagainya.
ii. Aktiviti “busking” seminggu sekali pada awal pagi bagi menggantikan
perhimpunan harian untuk meningkatkan minat dan menggalakkan pelajar hadir
kesekolah awal.
iii. Latihan persiapan untuk persediaan Voktek 2020 bagi acara kugiran.
iv. Kemudahan Studio Muzik untuk pelajar Kolej Vokasional Likas beriadah.

RAJAH 1: Kawasan dewan yang luas sesuai untuk aktiviti


latihan persembahan dan tarian
6.0 SENARAI KEMUDAHAN DAN PERALATAN YANG DIPERLUKAN
6.1 Kemudahan
Tempat latihan atau studio muzik yang dicadangkan ialah dibahagian belakang Dewan
Nilam Sari dimana terdapat ruang yang tidak digunakan di belakang pentas Dewan. Tempat
tersebut dipilih kerana faktor-faktor seperti;
i. Jauh daripada kelas untuk mengelakkan gangguan bunyi bising.
ii. Ruang tersebut tidak digunakan
iii. Sesuai untuk menyimpan alat muzik sekiranya ada majlis atau persembahan di
Dewan Nilam Sari.
v. Kawasan dewan yang luas sesuai untuk latihan persembahan seperti tarian dan
sebagainya

Sekiranya permohonan tempat latihan di Dewan Nilam Sari ini diluluskan, beberapa
kemudahan perlu ditambah seperti;
i. Pemasangan penyejuk udara (Aircond)
ii. Pemasangan jeriji besi dan ubah suai bilik.

RAJAH 2: Cadangan Studio Muzik. Ruang yang luas dan berdekatan


dengan dewan untuk menyimpan peralatan
6.2 PERALATAN
Senarai peralatan muzik yang diperlukan adalah seperti pada jadual 1 dibawah.

Bil Perkara Bilangan yang diperlukan

1 Gitar Elektrik (Lead) 1 Unit

2 Gitar Elektrik (Rhythm) 1 Unit

3 Gitar Elektrik (Bass) 1 Unit

4 Amplifier Gitar Elektrik (Lead, Bass, Rhythm) 1 Unit x 3

7 Set Drum 1 Unit

8 Mikrofon + Amp 1 Unit

9 Peralatan Gitar Elektrik dan Bass


- Kabel Gitar
1 Unit
- Kabel guitar effects
- Guitar effects (distortion/metal zone/flanger)

10 P.A Sistem 1 Set


JADUAL 1 : Senarai Peralatan yang diperlukan

Bil Perkara Bilangan yang diperlukan

1 Gitar Elektrik (Bass) 1 Unit

2 Amplifier Gitar Elektrik (Bass) 1 Unit

3 Set Drum 1 Unit


JADUAL 2 : Senarai Peralatan yang dicadangkan sebagai permulaan

Cadangan sebagai permulaan, peralatan yang diperlukan ialah seperti jadual 2 diatas. Ini
adalah kerana :-
i. Bagi membantu pihak Kolej mengawal perbelanjaan tahunan mengikut keperluan.
ii. Guru Penasihat Kelab dan pensyarah KV Likas bersedia untuk meminjamkan dan
menggunakan alat muzik mereka sendiri pada peringkat awal ini
iii. Menggunakan kemudahan sedia ada di dewan seperti mikrofon dan P.A sistem
pada peringkat awal ini.
7.0 AHLI JAWATANKUASA KELAB MUZIK DAN SENI BUDAYA 2019

TIMBALAN PENGARAH SOKONGAN AKADEMIK


JASMAN BASIT

KETUA UNIT SUKAN DAN KOKURIKULUM


LEIMIS BAHINDING
PENYELARAS KELAB DAN PERSATUAN
MOHD KHAIRUL BAHARI B MAT DAUD

KETUA GURU PENASIHAT KELAB


MARK DALTON
GURU PENASIHAT KELAB
ZULPATA BIN MUSTAFA
ABDUL GHANI B. MOHD FAZAL
JAMILAH BINTI ABD LATIP
RAHMAH BINTI ABD RAHIM

8.0 KOS PERALATAN MUZIK

Bil Perkara Bilangan yang Anggaran


diperlukan Harga

1 Gitar Elektrik (Bass) 1 Unit RM 900

2 Amplifier Gitar Elektrik (Bass) 1 Unit RM 1000

3 Set Drum 1 Unit RM 2000

4 Peralatan lain (Kabel, tali gitar dan RM 500


-
sebagainya)

5 Penyaman Udara 2.5 HP 1 Unit RM 3200

6 Jeriji Besi dan Kos Ubah suai 1 Unit RM 2000

JUMLAH ANGGARAN HARGA RM 9600

9.0 PENUTUP
Kesimpulannya, penyediaan kemudahan dan peralatan muzik untuk Kelab Muzik dan Seni
Budaya adalah satu aset yang bernilai kepada Kolej untuk meningkatkan prestasi pelajar seterusnya
menaikkan nama baik Kolej melalui setiap aktiviti yang akan dijalankan. Justeru, adalah sangat
diharapkan kertas kerja ini mendapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak Kolej Vokasional
Likas. Semoga perkara yang baik ini tidak akan disia-siakan oleh kita semua. Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
.

(Leimis Bahinding)
Guru Penasihat Ketua Unit Sukan dan Kokurikulum,
Kelab Muzik dan Seni Budaya, Kolej Vokasional Likas
Kolej Vokasional Likas

Diluluskan oleh,

(Haji Mokhtar Bin Haji Ibrahim)


Pengarah
Kolej Vokasional Likas
Disediakan oleh, Disemak oleh,

(Jasman Bin Basit)


Guru Penasihat Timbalan Pengarah Sokongan Akademik,
Kelab Muzik dan Seni Budaya, Kolej Vokasional Likas
Kolej Vokasional Likas

Diluluskan oleh,

(Haji Mokhtar Bin Haji Ibrahim)


Pengarah
Kolej Vokasional Likas
Disediakan oleh, Disemak oleh,

(Leimis Bahinding)
Guru Penasihat Ketua Unit Sukan dan Kokurikulum,
Kelab Muzik dan Seni Budaya, Kolej Vokasional Likas
Kolej Vokasional Likas

Disemak oleh,

(Jasman Bin Basit)


Timbalan Pengarah Sokongan Akademik,
Kolej Vokasional Likas

Diluluskan oleh,

(Haji Mokhtar Bin Haji Ibrahim)


Pengarah
Kolej Vokasional Likas
10.0 LAMPIRAN

RAJAH 3: Cadangan Studio Muzik. Ruangan di bahagian belakang dewan


yang tidak digunakan (aras bawah)

RAJAH 4: Bahagian Pintu hadapan ruangan belakang dewan (aras bawah)


RAJAH 6: Laluan ke aras bawah dibahagian belakang dewan

RAJAH 5: Kawasan dewan yang luas sesuai untuk aktiviti latihan persembahan
dan tarian

Anda mungkin juga menyukai