Anda di halaman 1dari 39

ISI KANDUNGAN

2.1 Ikatan Bata : Stretcher, Inggeris dan Flemish 2


2.1.1 Ikatan Stretcher 3
2.1.2 Ikatan Inggeris 3
2.1.3 Ikatan Flemish 4
2.1.4 Blok Berongga : (Bewarna Coklat) 4
2.2 Pembinaan Tembok Bata Dengan Bukaan Tingkap Dan Pintu 6
2.2.1 Dinding 6
2.2.2 Fungsi Dinding 6
2.2.3 Jenis Dinding 6
2.2.4 Bentuk Binaan Dinding 8
2.2.5 Bahan – Bahan Dinding 10
2.2.6 Faktor Pemilihan Dinding 10
2.2.7 Definisi pintu 12
2.2.8 Jenis-jenis Pintu 12
2.2.9 Kerangka Pintu 18
2.3.0 Definisi Tingkap 20
2.3.1 Fungsi Tingkap 20
2.3.2 Jenis-jenis Tingkap 21
2.3 Pembinaan Tembok Bata Berbentuk Lengkung 24
2.3.1 Pengenalan 24
2.3.2 Jenis – Jenis Gerbang 25
2.3.3 Pembinaan Gerbang Bata 26
2.4 Pembinaan Tembok Bata Dan Tiang dengan Blok Berlubang 28
2.4.1 Kegunaan Blok Berongga / Berlubang 28
2.4.2 Ciri-Ciri Blok Konkrit 28
2.4.3 Langkah kerja pembinaan 29
2.5 Kerja-Kerja Sambungan Dan Kemasan Pada Tembok Bata 30
2.6 Kerja Kemasan Pada Tembok Bata 32
2.7 Lapisan Kalis Lembab 35

2.1 Ikatan Bata : Stretcher, Inggeris dan Flemish


Ikatan Flemish

Ikatan Stretcher

IKATAN BATA

Ikatan Stretcher
Ikatan Inggeris
2.1.1 Ikatan Stretcher

Ikatan ini khas digunakan pada tembok yang tebalnya setengah bata atau 112.5mm.
Ikatan ini disusun dengan menyambungkan bata pada kepalanya. Lekapnya ialah ½ bata.
Pembinaannya bermula dengan satu lapisan bata sisi, lapisan yang kedua pula dimulakan
dengan satu bata setengah diikuti dengan bata sisi penuh dan seterusnya. Contoh ikatan ini
ditunjukkan dalam rajah 2.1.

Tembok yang dibina dengan ikatan ini tidak mempunyai keupayaan tanggung yang
tinggi. Oleh sebab itu, ia digunakan pada jenis binaan yang tertentu seperti tembok sekatan,
tembok landasan, semperong dan tembok-tembok dalam struktur berangka di mana tiada
beban berat yang disokong.

2.1.2 Ikatan Inggeris

Ikatan ini adalah yang paling meluas digunakan. Ikatan ini disusun dengan satu lapisan
kepala bata diikuti lapisan sisi bata berselang seli. Sebiji bata penutup setengah mestilah
ditempatkan selepas kepala bata. Kegunaan pada penutup setengah ini adalah untuk
mengelakkan sambungan tegak yang berterusan dan memberi lekap yang seragam iaitu suku
bata.

Pada tembok yang tebal, semua bata di bahagian dalam disusunkan secara melintang.
Ikatan jenis ini adalah dianggap sebagai ikatan yang kuat sekali antara ikatan-ikatan kerja bata
kerana ia tidak mengandungi sebarang sambungan tegak yang berterusan.

2.1.3 Ikatan Flemish

Ikatan ini adalah mengandungi kepala bata dan sisi bata disusun berselang seli dalam
satu lapisan yang sama. Sebiji bata penutup setengah mestilah ditempatkan selepas kepala
bata penjuru pada sudutnya mewujudkan lekap yang seragam iaitu ¼ bata. Sambungan tegak
yang berterusan berlaku di dalam tembok tetapi tidak kelihatan pada permukaan tembok.
Apabila kedua-dua belah permukaan tembok menunjukkan susunan Flemish, ia dinamakan
‘Flemish Kembar’.

Jika sebelah permukaan tembok menunjukkan susunan Flemish dan sebelah yang lain
pula menunjukkan susunan Inggeris maka ia dinamakan ‘Flemish Tunggal’. Ikatan ini dapat
menghasilkan kedua-dua belah yang lebih rata dibandingkan dengan ikatan yang lain. Oleh
sebab itu, ikatan ini sesuai digunakan untuk membina tembok yang tidak akan dilepa.

2.1.4 Blok Berongga : (Bewarna Coklat)

Batu blok berongga kadang-kadang dipanggil bata udara atau lubang udara, adalah batu bata
khas yang mengandungi lubang yang membolehkan udara memasuki di bawah lantai atau
bahagian atas dinding bangunan yang telah diikat. Dinding rongga juga perlu pengudaraan
untuk membenarkan aliran udara yang akan menghalang kelembapan.
2.2 Pembinaan Tembok Bata Dengan Bukaan Tingkap Dan Pintu

2.2.1 Dinding

Dinding merupakan elemen bangunan yang dibina menegak untuk membahagikan ruang-
ruang. Dinding bangunan boleh dibina dengan berbagai-bagai kaedah menggunakan bahan-
bahan yang berlainan untuk menilai teknik yang berbeza dalam pembinaan dinding dan baik
buruknya adalah perlu mengetahui fungsi dinding pada kedudukan yang berlainan.

2.2.2 Fungsi Dinding

Antara fungsi dinding adalah untuk memberi perlindungan daripada kesan cuaca. Ianya juga
untuk memberi perlindungan keselamatan dari pencerobohan. Dinding juga berfungsi sebagai
sempadan pembahagian ruang dan bilik. Selain itu, ianya dapat menanggung beban sesuatu
bangunan. Dapat dirumuskan, fungsi dinding adalah sebagai penyokong lantai atas, bumbung
dan beban diri. Ianya juga sebagai perintang telusan air hujan dan lembapan, penebat haba
dan bunyi. Seterusnya, ianya juga berguna sebagai perintang kebakaran, penutup dan
perlindung bangunan, pembahagi ruang dalam sesuatu bangunan dan penyediaan tempat bagi
pemasangan tingkap dan pintu.

2.2.3 Jenis Dinding

Terdapat dua jenis iaitu

i) Jenis dinding umum


 Dinding Luar
 Dinding Dalam

ii) Jenis dinding khusus

Terbahagi kepada dua jenis utama iaitu:

 Dinding Galas Beban


Dinding merupakan struktur yangmenerima beban dari atas dan
mengagihkannya ke struktur di bawah. Dinding bata dibina samada sebagai
dinding padu atau dinding rongga. Kekuatan dinding ini bergantung pada
susunan lapisan dan ikatannya serta mortar yang digunakan. Bata disusun
secara berlapis dan berlekap supaya tidak ada sambungan pugak yang
berterusan. Dinding yang dibina dengan susunan ikatan yang sesuai dapat
mengagihkan beban dengan sama rata ke seluruh panjang dinding. Dinding
yang di bina tanpa ikatan, bebannya tidak dapat di agihkan tetapi bertumpu ke
sebahagian kecil dinding sahaja.

 Dinding Tak Galas Beban

Dinding yang hanya berfungsi sebagai pembahagi ruang dan tidak menyokong
sebarang beban. Biasanya digunakan untuk membahagikan ruang-ruang seperti
bilik bagi rumah-rumah biasa.

Rajah 1 : Jenis dinding


2.2.4 Bentuk Binaan Dinding

Terdapat beberapa bentuk binaan dinding. Antaranya seperti berikut:

 Masonry
Contohnya seperti dinding bata.

Rajah 2: Dinding bata

 Monolithic
Contohnya seperti dinding konkrit
Rajah 3: Dinding konkrit

 Frame
Contohnya seperti dinding kayu

Rajah 3: Dinding kayu

 Membrane
Contohnya seperti dinding sandwich
Rajah 4: Dinding sandwich

2.2.5 Bahan – Bahan Dinding

Bahan – bahan dinding terbahagi kepada beberapa jenis iaitu:

Rajah 5: Bahan – bahan dinding


2.2.6 Faktor Pemilihan Dinding

Pembinaan dinding dalam struktur-struktur binaan memerlukan penelitian yang terperinci


dalam memenuhi ciri-ciri yang dikehendaki. Antara faktor – faktor dalam pembinaan dinding
ialah:
a) Kestabilan

Pembinaan dinding dan tembok mestilah kukuh dan stabil supaya tidak runtuh.
Kestabilan sesebuah dinding adalah bergantung kepada keadaan asasnya, ketebalan
dan ketinggian, tekanan yang dihadapi beban yang di tanggung, dan kedudukan pada
pusat gravitinya. Faktor utama yang mengawal kestabilan ialah asas dan pusat
gravitinya yang rendah menjamin kestabilan binaan.

b) Kekuatan

Dinding hendaklah cukup tebal untuk memasukkan tegasan semasa berada pada had
yang selamat dan tidak melebihi tegasan mampatan bahan yang digunakan. Tegasan
tegangan boleh diperolehi disebabkan oleh beban yang tidak sama bertindak pada
dinding dan tegangan ini mestilah dapat diimbangi oleh sambungan ikatan dalam
dinding. Nisbah tebal terhadap tinggi dinding hendaklah pada had yang dapat
mengelakkan berlakunya lengkok, dan penyokong sisi hendaklah cukup kuat
mengelakkan dinding daripada terbalik.

c) Perlindungan Cuaca

Kebolehannya mencegah kepanasan dan kesejukkan memasuki ke dalam bangunan.


Begitu juga kebolehannya menentang air hujan meresapi ke dalamnya. Ciri-ciri ini
juga di kawal oleh kegunaan dan cara pembinaan.

d) Rintangan Kebakaran

Ini menunjukkan kebolehannya menahan api apabila terbakar. Ciri ini bergantung
kepada bahan-bahan yang digunakan. Kayu yang diawet dengan bahan kimia dapat
menentang kebakaran dengan memuaskan. Rintangan kebakaran menjamin
keselamatan nyawa apabila kebakaran

e) Serapan Bunyi

Kaedah pembinaan dan jenis bahan yang digunakan bertanggungjawab kepada


kebolehan dinding dan tembok dalam menyerap bunyi. Ciri–ciri ini menjamin
keselesaan dan ketenteraman dalam bangunan.

f) Rintangan Kelembapan

Satu kecacatan yang serius pada bangunan boleh berlaku disebabkan oleh resapan
kelembapan. Selain menyebabkan kemerosotan kekuatan struktur, kelembapan juga
akan merosakkan kemasan dinding, lantai, perabot dan menggangu kesihatan
penghuni. Kelembapan pada dinding boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti
resapan melalui dinding, cucur atap dan dinding luar.

2.2.7 Definisi pintu

Pintu merupakan suatu bahagian bangunan yang sangat penting. Pintu merupakan bukaan
pada tembok bagi membolehkan laluan keluar dan masuk ke dalam sesebuah bangunan atau
di antara bilik-bilik di dalam bangunan itu. Pintu ada dua bahagian utama iaitu kerangka pintu
dan daun pintu. Bahan-bahan yang digunakan dalam pembinaan pintu adalah kayu, logam,
kaca dan plastik.
Dalam pembinaan pintu didapati beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan iaitu:
 Pengekalan bentuk dan kekuatan
 Keselamatan
 Penebat haba dan bunyi
 Perintang api

2.2.8 Jenis-jenis Pintu

Jenis pintu biasanya bergantung pada jenis binaan daun pintunya. Pintu yang biasa digunakan
untuk bangunan boleh dikategorikan kepada tiga iaitu:

i. Pintu Beroti- batten door

Pintu kayu beroti ini diperbuat daripada papan beroti yang bertanggam lidah dan lurah.
Untuk menambahkan kecantikan papan beroti, alur ‘V’ dibuat dengan mencuramkan
tepi papan. Dibina menggunakan papan-papan beroti yang dicantumkan dan diikat
pada kepingan-kepingan kayu belebas yang diletakkan secara melintang. Papan beroti
yang digunakan biasanya bersaiz 100 – 175mm lebar dan 20 – 32mm tebal. Jenis pintu
beroti dikenal mengikut kaedah pembinaannya, iaitu pintu beroti biasa, pintu beroti
dan berembat dan pintu beroti, berbingkai dan berembat, bertingkap, dan 40/60 stable

Rajah 6: Jenis pintu beroti


Rajah 7: Jenis pembinaan pintu beroti

Rajah 8: Bahagian - bahagian pintu beroti


ii. Pintu Rata – flush door

Digunakan secara meluas dalam binaan bangunan. Ia juga sesuai bagi pintu-pintu di bahagian
dalam rumah tetapi dengan menggunakan bahan-bahan yang bermutu ia boleh digunakan di
bahagian-bahagian luar rumah. Pembinaan pintu rata biasanya dibuat daripada bahan-bahan
seperti papan lapis, papan serau dan lapisan plastik. Pintu rata boleh dibahagikan kepada dua
jenis iaitu:

I. Pintu Rata Padu

Pintu ini ialah berfungsi berat yang digunakan di dalam bangunan awam dan
sesuai sebagai pintu perintang api. Ia mempunyai sifat-sifat perintang haba dan
akaustik yang lebih baik daripada pintu rata berongga. Pembinaannya hampir
sama dengan pembinaan pintu rata berongga kecuali ia mempunyai kayu teras
yang diperbuat daripada beroti kayu yang diglu dan diapit di antara satu sama
lain serta permukannya diperbuat daripada papan lapis yang bibirnya ditutup
sepanjang kedua-dua sisi bingkai. Pintu rata padu adalah lebih berat dan mahal
daripada pintu rata berbingkai.

II. Pintu Rata Berbingkai

Bahagian-bahagian utama dalam pembinaannya terdiri daripada bingkai yang


mempunyai dua batang sisi bingkai, susur atas, susur tengah dan susur bawah
serta beberapa batang susur antara dengan sekeping blok kayu tempat
pemasangan kekunci. Pintu rata yang berfungsi ringan, bingkainya mempunyai
lebih kurang 30%-40% padu. Pintu yang berfungsi sederhana berat seperti di
bahagian luar rumah, bingkainya lebih kurang 50%-60% padu. Untuk
mendapatkan binaan yang kukuh, susur-susur antara dipasangkan lebih rapat.
Pintu berfungsi ringan, jarak susur antara ialah dalam lingkungan 125mm-
150mm dan untuk pintu berfungsi sederhana berat jaraknya ialah
60mm–70mm.

Lapisan permukaan ditampal kepada kedua-dua muka bingkai pintu supaya


menutup ruang bingkai. Ia biasanya diglu dan diapit dengan himpitan yang
tinggi untuk menghasilkan satu permukaan yang kemas dan rata tanpa
menggunakan paku. Kerosakkan pada tepi bibir pintu biasanya berlaku, oleh
itu sekeping kayu kecil dipasang kepada sekeliling bibir untuk mengemaskan
serta melindungi tepinya.
Pintu rata yang digunakan di bilik mesyuarat atau bilik kuliah boleh disertakan
dengan panel kaca dengan memasang kumai tampal untuk mendapatkan
kekukuhannya.
Rajah 9: Pintu Rata

iii. Pintu Panel – Panel door

Pembinaan pintu panel terdiri daripada sisi-sisi bingkai dan susur-susur yang
mengelilingi panel kayu yang berjumlah dari satu hingga dua belas atau lebih.
Bilangan panel adalah bergantung kepada saiz pintu dan rekabentuknya. Binaan pintu
ini terdiri daripada bingkai dan panel.Jumlah panel bergantung kepada rekabentuk.
Saiz kayu yang digunakan ialah di antara 100mm hingga 200mm lebar dan 38mm
hingga 45mm tebal. Susur tengah dan bawah adalah lebih lebar daripada susur atas
supaya dapat mengimbang rupa bentuk pintu itu. Pintu panel cantik dan lebih mahal.
Sesuai digunakan sebagai pintu utama.
Rajah 10: Pintu Panel

Rajah 11: Contoh Pintu Panel

iv. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini pengeluaran dan penggunaan pintu kaca
berbingkai aluminium telah bertambah penggunaannya terutama sekali sebagai pintu
masuk hadapan. Pintu kaca banyak digunakan di kedai atau tempat pameran. Ini bagi
memudahkan orang ramai melihat terus ke bahagian dalam bangunan.
Pintu kaca kurang selamat kerana mudah pecah. Namun kini terdapat kaca yang telah
diperkukuhkan (tempered glass) – 4 x lebih kukuh Pada masa ini, pintu berbingkai
aluminium adalah lebih mahal daripada pintu kayu yang serupa dengan bentuknya
tetapi ia mempunyai kelebihan dari segi berikut:
 keratan bingkai pintu yang lebih kecil boleh digunakan.
 mengadakan kepingan kaca yang besar untuk pemandangan yang tidak
terganggu.
 bebas dari kelembapan.
 keupayaan rintang api

Kebanyakan pintu kaca aluminium berbentuk panel kaca penuh atau panel kaca
separuh berbingkai aluminium. Pemasangan pintu kaca aluminium boleh dilakukan
dengan menggunakan engsel atau bergelangsar.

Rajah 11: Pintu Kaca

2.2.9 Kerangka Pintu

Kerangka pintu ialah bingkai yang mengelilingi bukaan tempat daun pintu akan dipasang.
Kerangka pintu terdiri daripada dua tiang jenang yang tegak disambung kepada sebatang kayu
melintang yang dinamakan kepala jenang. Kerangka mesti mempunyai kekuatan yang cukup
untuk menanggung pintu. Ia boleh diperbuat daripada kayu atau logam.
Kerangka pintu terdiri daripada dua komponen iaitu:

1) Tiang-tiang jenang
2) Ambang atas @ kepala pintu
Rajah 12: Contoh Kerangka Pintu

Terdapat berbagai jenis engsel untuk pemasangan pintu. Kebiasaannya engsel diperbuat
daripada logam keluli, tembaga, loyang, aluminium dan lain - lain. Saiz dan bilangan engsel
bergantung kepada berat daun pintu. Pintu biasanya akan disertakan dengan kunci atau selak
atau kedua-duanya.

Rajah 13: Jenis Engsel

Rajah 14: Jenis Kunci dan Selak


2.3.0 Definisi Tingkap

Tingkap ialah satu bukaan yang dibuat pada tembok. Pembinaan tingkap terdiri daripada dua
bahagian utama, kerangka tingkap dan dedaun tingkap. Tingkap dibina semasa pembinaan
dinding. Kerangka tingkap dipasang dan diletakkan di ruang yang dikosongkan pada dinding.
Tambatan keluli digunakan bagi mengukuhkan kedudukan tingkap pada dinding. Bahan-
bahan yang biasa digunakan untuk membina tingkap ialah kayu, logam, plastik dan untuk
panel digunakan kaca ataupun papan kayu. Tingkap merupakan komponen yang penting
dalam pembinaan tembok.

2.3.1 Fungsi Tingkap

Fungsi tingkap ialah untuk:


 Membolehkan kemasukan cahaya semulajadi
Peratusan keluasan tingkap yang boleh ditembusi cahaya semulajadi menurut Undang-
undang Kecil Bangunan Seragam adalah seperti berikut:
 Bangunan kediaman Luas tingkap yang membolehkan cahaya semulajadi
masuk mestilah sekurang-kurangnya 10% daripada keluasan lantai.
 Bangunan Hospital : 15%
 Bangunan Sekolah : 20%

 Mengadakan peredaran udara semulajadi.

Peratusan keluasan tingkap yang boleh dibuka bagi tujuan pengudaraan menurut
Undang-undang Kecil Bangunan Seragam adalah seperti berikut:
 Bangunan Hospital : 7.5%
 Bangunan Sekolah : 10%
 Bangunan kediaman Luas tingkap yang boleh dibuka bagi membolehkan udara
semulajadi masuk mestilah sekurangkurangnya 5% daripada keluasan lantai.
 Menebat haba dan bunyi
 Menghalang angin dan hujan
2.3.2 Jenis-jenis Tingkap

Penjenisan tingkap adalah bergantung kepada kaedah bagaimana daun-daun tingkap dipasang.
Terapat empat jenis tingkap yang biasa digunakan iaitu:

 Tingkap berengsel tepi (side hung)

Rajah 15: Tingkap Berengsel Tepi

 Tingkap gelungsur (sliding)


Rajah 16: Tingkap gelungsur (sliding window)

 Tingkap daun berpangsi (casement)

Rajah 17: Tingkap daun berpangsi (casement)


 Tingkap ram kaca boleh laras (louver)

Rajah 17: Tingkap ram kaca boleh laras (louver). Ianya juga dikenali tingkap naco di
kalangan kontraktor
2.3 Pembinaan Tembok Bata Berbentuk Lengkung

Tembok melengkung kebiasaannya terdapat di taman. Ikatan yang digunakan adalah


ikatan kepala bata. Bata yang digunakan untuk membina tembok melengkung ialah
menggunakan bata khas. Ketebalan minimum bagi membina tembok melengkung ialah 1B (
satu bata . Terdapat 2 kaedah membina tembok melengkung iaitu :-

a. Kaedah tramel
b. Kaedah Plat Contoh
2.3.1 Pengenalan

Gerbang merupakan satu bentuk bukaan yang asli bagi bangunan. Pembinaan
gerbang telah lama menjadi sati rekabentuk yang terdiri dalam sejarah senibina
terutamanya di negeri-negeri eropah. Pada dasarnya, gerbnag dibuat dengan
mengikatkan butir-butir bata atau batu di atas sesuatu bukaan (tingkap atau
pintu) supaya pembinaan di atasnya dapat dilanjutkan dan bebannya
ditanggung oleh gerbang. Butir-butir bata yang terikat ini berupaya merentangi
bukaan melalui tekanan dengan satu lapis ( ½ bata tebal) ataupun beberapa
lapis. Lapisan gerbang dinamankan gelang. Tebalnya tiap-tipa gelang ialah ½
bata. Gerbang kerap dibina pada pintu dan tingkap, kadangkala ia juga didapati
pada jambatan dan kerja-kerja kejuruteraan awam yang lain. Gerbang boleh
dibina dengan menggunakan bata biasa, dinamakan gerbnag kasar ataupun
menggunakan bata yang khas dibuat/ dipotong, dinamakan gerbnag tolok.
Gerbnag kasar mempunyai sambungan berbentuk segitiga dan tebal
berbanding dengan sambungan nipis dan selari yang terdapat pada gerbang
tolok. ( Rajah 15.1 ).

2.3.2 Jenis – Jenis Gerbang

Gerbang ialah rekabentuk yang khusus dalam seni bina dan kegunaannya
hendaklah memberi pemandangan yang seimbang dengan keadaan sekitarnya.
Jenis-jenis gerbang adalah mengikut bentuk geometrinya. Gerbang-gerbang
yang lazim didapati dalam pembinaan tempatan ialah gerbnag separuh bulat.
Didapati juga gerbang-gerbang lain seperti gerbang tembereng, rata, Gothe,
Tudor, separuh elips dan sebagainya. Pembinaan gerbang-gerbang ini boleh
dilakukan secara kasar ataupun tolok.
a) Gerbang separuh bulat
b) Gerbang rata
c) Gerbang tembereng
d) Gerbang Gothe
e) Gerbang separuh elips.
f) Gerbang ladam kuda
g) Gerbang Florentine
h) Gerbang bulat

2.3.3 Pembinaan Gerbang Bata

Pembinaan gerbang memerlukan cara yang tersendiri. Cara pembinaannya


adalah berbeza-beza mengikut bentuk, jarak rentang, tebalnya dan beban yang
akan ditanggung. Semua gerbang memerlukan pemusat untuk memberi
sokongan sementara dalam pembinaannya.

Pemusat

Pemusat biasanya di perbuat daripada kayu atau papan lapis. Ia digunakan khas untuk
menyokong butir-butir bata dalam proses membina gerbang. Bentuk dan saiznya adalah
dibuat mengikut rekabentuk gerbang yang akan dibina. Rusuk pemusat dibuat dengan papan
dan permukaannya dibuat dengan beroti secara jarang ataupun rapat. Beroti ini digantikan
dengan papan lapis kerana lebih menjimatkan masa membuatnya. Pemusat mestilah dibuat
dengan kukuh dan dialas dengan baji semasa didirikan pada tempat bukaan tempat gerbang
akan dibina. Pemusat disokong oleh tiang kayu ataupun susunan bata secara sementara dab
dikukuhkan dengan rembat atau topang. Alas baji hendaklah dibuat untuk mendatarkan
kedudukan pemusat. Rajah 15.10 menunjukkan contoh-contoh pemusat yang digunakan untuk
membina gerbang separuh bulat dan gerbang tembereng.
2.4 Pembinaan Tembok Bata Dan Tiang dengan Blok Berlubang

2.4.1 Kegunaan Blok Berongga / Berlubang:

a) Blok berongga / berlubang digunakan dengan meluas dalam binaan bangunan kerana
harganya murah dan tahan lama.
b) Ianya mudah dicat, dibersihkan dan juga memerlukan perbelanjaan yang sedikit.
Membuat binaandengan blok berongga / berlubang lebih cepat dari bahan lain seperti
bata dan sebagainya keranasaiznya lebih besar.
c) Blok berongga/ berlubang juga boleh digunakan sebagai bahan sokong kepada tembok
bata, gentingdan juga batud) Blok konkrit berongga / berlubang ini mengandungi dua
atau tiga lubang yang tembus. Bahagianyang padu adalah 56% hingga 75% dari
keseluruhan isipadu konkrit.
d) Saiznya yang terdapat pada blok ini ialah 405mm panjang, 75mm -105mm tebal
dengan 230mm tinggi.

2.4.2 Ciri-Ciri Blok Konkrit:

Tahan lama

 Kebolehan blok untuk menahan beban dan penggunaannya.

Kekuatan

 Blok ini boleh menerima beban yang berat. Blok dengan kekuatan yang berbeza boleh
digunakan ditempat-tempat yang berbeza dalam bangunan.

Rintangan api

 Ujian-ujian yang dijalankan menunjukkan blok konkrit berlubang dapat menahan api
dan suhu yang tinggi.

Kedap bunyi

 Blok berlubang merintangi suara dari menembusi. Blok yang berat dan lebih tumpat
lebih merintangi suara dari yang lebih ringan dan kurang tumpat.
Bentuk blok

 Bentuk blok konkrit berongga / berlubang dibuat supaya dapat disesuaikan dengan
kehendak arkitek dan pembinaannya moden.

2.4.3 Langkah kerja pembinaan :

1. Sebelum memulakan kerja menyusun konkrit blok berlubang, ‘setting out’ perlu
dilakukan terlebih dahulu bagi menentukan kedudukan atau ketinggian yang
diperlukan untuk kerja menyusun blok, ini juga bagi memudahkan kerja penyusunan
dilakukan. ‘Setting out’ dibuat dengan menggunakan benang bersama pin/paku.

2. Kerja penyusunan konkrit blok berlubang perlu disusun secara mendatar dan
tepat.lapisan pertama disusun dengan mengunakan ikatan sisi bata. Lapisan yang
kedua pula dimulakan dengan satu blok setengah diikuti dengan blok sisi penuh.Setiap
lapisan konkrit blok berlubang perlu diselang-selikan dari satu sama yang lain.

3. Mortar mestilah dilekatkan pada tepi blok yang akan diikat itu terlebih dahulu, begitu
juga dengan sambungan mendatar.

4. Pastikan campuran mortar mesti mengikut nisbah spesifikasi yang telah ditetapkan.

5. Tembok bata blok ini mestilah dalam keadaan menegak.

6. Bonding mesh (exmet) perlu diletakkan tiap-tiap lapisan yang ketiga atau keempat
dalam sambungan mortar.

7. Lapisan tadi diulang sehinggalah siap.


2.5 Kerja-Kerja Sambungan Dan Kemasan Pada Tembok Bata

Terdapat pelbagai jenis kerja-kerja sambungan dan kemasan yang digunakan dalam
kerja-kerja kemasan penerapan bata. Antara tujuannya ialah untuk mendapatkan rupa
kemasan ikat yang cantik atau asas permukaan untuk lapisan turapan mortar. Terdapat 2 jenis
kemasan bagi kerja-kerja sambungan dan kemasan pada tembok bata iaitu :

i. Kemasan ikat sambung


ii. Kemasan ikat timbul

Jenis Kemasan Penerangan


 Proses mengemas sambungan semasa
mengikat bata.
 Di antara kemas ikat ini ialah condong
atas, condong bawah, terbenam,
Kemasan ikat sambung kekunci, sambung V dan sambung
rata.
 Kemas ikat sambung dilakukan untuk
mengelakan takungan air pada
dinding luar.
 Proses mengemas sambungan yang
dilakukan selepas pembinaan.
 Kemas ikat ini ialah timbul kumai dan
Kemas ikat timbul timbul julur.
 Kemas ikat timbul pula dibuat untuk
memudahkan kerja melepa pada
masa hadapan

Antara jenis kemas ikat yang biasa digunakan ialah:


JENIS KEMASAN IKATAN BATA
JENIS PENERANGAN GAMBAR RAJAH
 Sambungan ini juga dikenali
sebagai sambung santak.

 Sambungan jenis ini tidak sesuai


untuk kemasan dinding luar
kerana sambungan ini akan
memerangkap habuk pda celah
Struck Joint ikatan bata.

 Manakala sambung “struck “ atas


pula sesuai untuk bata tekan yang
licin.

 Sambungan ini merupakan


sambungan yang amat sesuai bagi
binaan yang menggunakan bata
muka tetapi memerlukan
kedalaman sambungan yang
sama.

 Ia juga dikenali sebagai sambung


keruk.

 Jenis sambungan yang paling


kedap air kerana dalam
pembentukan concave
joint, mortar dan unit bata ditekan
Concave Joint dengan sebuah alat silinder
sehingga tercipta ikatan yang
cukup kuat antara bata dan
mortar.

 Hal ini menyebabkan concave


joint menjadi sambungan yang
paling kedap air dibanding jenis
sambungan lain.
 Sambungan rata ini dibuat sama
rata dengan permukaan dinding
atau tembok bata dan sesuai untuk
semua kedudukan.
Flush Joint
 Untuk memperoleh kemasan
bertekstur, gosokkan
permukaannya dengan kepingan
kayu atau permukaan yang
bertekstur.

 Sambungan ini akan kelihatan


kecil atau sempit.

 Kerja ini memerlukan alat untuk


Sambung V
menghasilkan ikatan yang kemas
dan baik.

2.6 Kerja Kemasan Pada Tembok Bata

Terdapat beberapa kaedah kemasan dinding yang boleh dilakukan selepas kerja – kerja lepaan
antaranya adalah kemasan licin, kemasan muka pasir, kemasan lapisan skim, kemasan
shanghai dan kemasan kerutu. Kemasan ini dikenali sebagai lapisan ketiga selepas kerja –
kerja lepaan iaitu lapisan asas dan lapisan pertengahan.

KERJA KEMASAN PADA TEMBOK BATA


JENIS PENERANGAN GAMBAR RAJAH
Kerja Lepaan  Kerja lepaan merupakan
kerja kemasan di dinding,
siling ataupun lantai yang
mempunyai permukaan
yang tidak rata dan kurang
elok.
 Kerja lepaan dilakukan
setelah kerja sambungan
kemas ikat dilakukan.

 Setelah kerja lepaan


dilakukan akan
menghasilkan permukaan
yang rata, licin, keras dan
Tujuan Lepaan
menarik. bahan-bahan
Melindungi atau menutup
yang digunakan untuk
kerja bata/konkrit yang
lepaan dinding seperti
tidak elok
plaster kapur, plater simen
a. Melindungi atau
Portland dan plater gipsum.
menutup bahan
binaan yang rendah
 Mempunyai 2 lapisan iaitu mutunya
lapisan asas dan lapisan b. Memberi permukaan
pengemas. yang lebih cantik,
lurus, rata dan licin
c. Memberi
perlindungan
permukaan daripada
tindakan cuaca,
menjadikan
permukaan tahan
lama dan tahan lasak

Kemasan Muka  Kemasan ini dibuat dengan


Pasir menggunakan span
(Sponge Trowel) yang
diratakan pada permukaan
lepaan untuk
menampakkan permukaan
pasir.

 Namun kemasan ini dibuat


setelah permukaan lepaan
hampir kering supaya
muka pasir nampak lebih
cantik serta jelas dan
memudahkan kerja-kerja
merata dengan span.
Kemasan Kerutu  Kemasan kerutu dibuat
(Rough Cast setelah sesuatu permukaan
Finishing) dilepa.
 Ianya dibuat dengan
menggunakan bancuhan
mortar yang di masukkan
ke dalam mesin penyembur
( Rough Cast Machine).
2.7 Lapisan Kalis Lembab

Bahan lapisan kalis lembab adalah seperti berikut:

i. Bahan kimia kalis air iaitu silika klorida dicampur dengan konkrit.
ii. Bahan tegar dan separa tegar

Fungsi lapisan kalis lembab

Lapisan kalis lembab dipasang dalam binaan untuk mengatasi kelembapan daripada
menyerap ke dalam bangunan. Jika kelembapan tidak diatasi, kelembapan akan
menyebabkan:

i. Bahagian binaan daripada logam berkarat.


ii. Lepa pada dinding atau tembok tanggal dan peroi
iii. Kemasan lantai rosak dan lekang dari asasnya.
iv. Binaan daripada kayu reput.
v. Kemasan cat menggelupas dan tanggal
vi. Permukaan bata berlumut.
vii. Pendawaian elektrik menjadi rosak
viii. Ketidakselesaan penghuni.

Contoh DPC (Kalis Lembab)


Lokasi DPC yang patut dipasang

Cara-cara memasang DPC

Contoh Pemasangan DPC di tapak

Tempat yang sesuai di pasang DPC

Anda mungkin juga menyukai