Anda di halaman 1dari 10

SMKA MAAHAD HAMIDIAH

KONSEP PENJIMATAN TENAGA :


REKA CIPTA BANGUNAN HIJAU

NAMA : MUHAMMAD ADIB BIN NAZRI

KELAS : 3 ABU BAKAR

NAMA GURU : PUAN SALINA BINTI


SHAARI
ISI KANDUNGAN

1. PENGHARGAAN
2. PENGENALAN TAJUK
3. LAKARAN BANGUNAN HIJAU
BERLABEL
4. PENERANGAN LAKARAN
5. KESIMPULAN
6. RUJUKAN
PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim..
Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang
dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada guru tercinta saya, Puan Salina
Binti Shaari kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan
tugasan ini dengan suksesnya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi
saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini.Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan
sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya Berjaya menghabiskan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan
terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang
saya uterakan kepada mereka.

Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya
dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih
C

PENGENALAN

APA ITU BANGUNAN HIJAU?

“Green Building” atau istilah bahasa melayunya bangunan hijau merupakan bangunan yang bercirikan teknologi
binaan mesra alam semulajadi bermula dari lakaran pembinaan, operasi,selenggara sehingga peringkat
pengubahsuaian. . Bangunan hijau memberi tumpuan terhadap kecekapan penggunaan tenaga, air dan bahan
mentah. Selain menjimat dan mengurangkan kos operasidan memulihara alam sekitar ianya dapat meningkatkan
nilai hak milik bangunan tersebut.Suatu bangunan dianggap telah menerapkan konsep bangunan hijau apabila
berhasil melalui suatu proses evaluasi untuk mendapatkan sertifikasi bangunan hijau. Di dalam evaluasi tersebut
tolakukur penilaian yang dipakai adalah Sistem Rating (Rating System ).Sistem Rating ( Rating system) adalah
suatu alat yang berisi butir-butir dari aspek yang dinilaiyang disebut rating dan setiap butir rating mempunyai nilai
(point). Apabila suatu bangunan berhasilmelaksanakan butir rating tersebut, maka mendapatkan nilai dari butir
tersebut. Kalau jumlah semuanilai (point) yang berhasil dikumpulkan bangunan tersebut dalam melaksanakan
Sistem Rating (RatingSystem) tersebut mencapai suatu jumlah yang ditentukan, maka bangunan tersebut dapat
disertifikasi pada tingkat sertifikasi tertentu.Di negara kita, system rating yang ada ialah Green Building Index (GBI)
by Green BuildingSdn Bhd, GreenPASS by CIDB dan pHJKR ( Penarafan Hijau JKR) oleh Jabatan Kerja
RayaMalaysia. Green building Indeks (GBI) telah dirangka oleh Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) danThe
Assosiation of Consulting Engineers Malaysia (ACEM) yang bertujuan untuk memberi penarafankepada
bangunanbangunan yang dibina secara mampan.

CONTOH BANGUNAN HIJAU


LAKARAN BANGUNAN HIJAU
PENERANGAN LAKARAN
KECEKAPAN TENAGA
Kecekapan tenaga(elektrik) bermakna anda menggunakan tenaga elektrik yangminima untuk
menyempurnakan kerja yang sama di rumah atau di tempat kerja. Ini juga bermakna anda akan dapat
mengurangkan perbelanjaan untuk penggunaan elektrik di samping menikmati kemudahan yang sama.

Kecekapan tenaga (elektrik) bermakna kita menggunakan tenaga elektrik yang minima untuk
menyempurnakan kerja yang sama di rumah. Ini juga bermakna kita akan dapat mengurangkan
perbelanjaan untuk penggunaan elektrik di samping menikmati kemudahan yang sama.Kecekapan
tenaga juga merujuk kepada penggunaan tenaga yang cermat, berhemat dan bijaksana. Sebagai
pengguna, amalan kecekapan tenaga boleh mengurangkan perbelanjaan, menjimatkan kos sara hidup
dan mengelakkan pembaziran.

Suruhanjaya Tenaga (ST) merupakan badan yang bertanggungjawab dalam membangunkan dan
mengawal selia program pelabelan cekap tenaga. Program pelabelan cekap tenaga ini bertujuan untuk
mengalakkan industri untuk menghasilkan barang elektrik yang menjimatkan tenaga. Selain itu,
sesebuah syarikat barang elektrik juga mempunyai kelebihan dari segi persaingan kerana barang
mereka mempunyai label yang menunjukkan bahawa ia boleh menjimatkan tenaga elektrik.

PANEL SOLAR – Panel solar menyerap cahaya matahari menghasilkan tenaga elektrik atau
haba.Pemasangan panel solar di kafe bukan saja mengurangkan cahaya matahari tapi turut
menjimatkan kos tenaga elektrik.Tenaga yang dijana dari panel solar ini dijual kepada Tenaga Nasional
Berhad dan ia mampu menjana pendapatan.
BUMBUNG DAN TINGKAP KACA – Rekaan menggunakan bumbung kaca di bumbung kafe ini sangat
menarik sekaligus menjimatkan elektrik kerana tidak menggunakan lampu
LAMPU LED – Lampu LED digunakan pada keseluruhan kafe untuk mengurangkan penggunaan
elektrik.Lampu ini akan ditutup apabila tidak digunakan
PENANAMAN POKOK DI SEKITAR KAFE – Pokok – pokok yang terletak di sekitar kafe berfungsi
sebagai ruang bagi membekalkan oksigen kepada manusia di sekitarnya.
DINDING BERWARNA PUTIH – Persekitaran Nampak lebih bersih berbanding dengan warna lain dan
ruangan nampak lebih terang sehingga tidak memerlukan lampu yang banyak.Warna putih dapat
memantulkan haba lebuh tinggi berbanding warna gelap.Secara tidak langsung warna bangunan
mempengaruhi kadar kepanasan dalam bangunan
AIR PANCUT – Dapat menurunkan suhu persekitaran dan mencantikkan persekitaran
PENJUALAN TENAGA

Pada masa jangka yang pendek mungkin kos penggunaan tenaga solar amat mahal kerana kos
pembelian dan pemasangannya.tetapi pada masa jangka panjang,tenaga solar amat menjimatkan kerana
tenaga ini boleh diperbaharui dan sangat sesuai digunakan di negara yang mengalami hujan dan panas
sepanjang tahun.Peralatan untuk mendapatkan tenaga ini kebiasaannya dipasang di atas atap atau di
suatu ruang yang lapang dan tidak terlindung dari pancaran matahari.Bangunan hijau yang telah saya
lakar tersebut memasang panel solar.Dengan adanya panel solar kita dapat menjimatkan bil elektrik
tetapi yang paling penting dapat melakukan penjualan tenaga.Bekalan elektrik yang dihasilkan daripada
system tenaga solar itu akan dijual kepada TNB.

CONTOH NEGARA YANG MELAKUKAN PENJUALAN TENAGA


SLOVAKIA
 Reaktor nuklear mereka mampu menghasilkan tenaga elektrik yang melebihi keperluan
negaranya.Oleh itu mereka telah membekalkan tenaga elektrik itu kepada tenaga jiran dan
mampu mendapat keuntungan yang lumayan

MASJID RAYA HAJI


 Pemasangan panel solar di padang di atas bumbung masjid bukan saja mengurangkan cahaya
matahari terus tapi turut menjimat kos tenaga elektrik.Tenaga yang dijana dari panel solar ini
dijual kepada Tenaga Nasional Berhad dan ia mampu menjana pendapatan RM5000
sebulan.Panel solar dengan ukuran 350 meter persegi itu mampu menjana tenaga dengan
kapasiti 48 kilowaatt per peak
PERALATAN YANG GUNAKAN STAR RATING

Pelabelan Kecekapan Tenaga merupakan suatu alat penting untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran
pengguna mengenai penggunaan tenaga bagi alat elektrik di rumah. Label kecekapan tenaga dikeluarkan oleh
Suruhanjaya Tenaga kepada pengilang alat elektrik untuk dan mempromosikan alat eletrik cekap tenaga dalam
pasaran. Pengilang perlu mematuhi piawaian dan syarat ujian prestasi tenaga yang diwujudkan oleh Suruhanjaya
Tenaga untuk kadaran bintang ini sebelum kelulusan diberikan untuk setiap model yang di keluarkan.

Label kecekapan tenaga ini memberi maklumat kepada pengguna tentang penggunaan tenaga bagi setiap
peralatan elektrik. Label kadaran tenaga atau energy rating label menunjukkan anggaran penggunaan tenaga bagi
setiap peralatan elektrik berdasarkan sistem kadaran kecekapan tenaga. Kadaran 1 hingga 5 ditunjukkan dalam
label bermakna 1-bintang adalah yang paling kurang cekap dan 5-bintang adalah yang paling cekap.

Label ini mengandungi anggaran jumlah penggunaan tenaga tahunan dalam kilowatt-jam bagi setiap alat elektrik,
berdasarkan keputusan ujian makmal yang diiktiraf. Maklumat yang disediakan akan membantu pengguna untuk
memilih model yang paling cekap tenaga semasa membuat pembelian peralatan elektrik. Penggunaan peralatan
elektrik 5-Bintang akan mengurangkan penggunaan elektrik dan bil elektrik di rumah. Ini secara langsung akan
menghasilkan pendapatan isi rumah boleh guna atau disposable household income yang lebih tinggi terutamanya
dalam jangka masa yang panjang yang akan meningkatkan kualiti kehidupan.Alat eletrik yang diluluskan oleh
Suruhanjaya Tenaga bagi Kadaran Bintang kecekapan tenaga ialah peti sejuk, penyaman udara, televisyen dan
kipas yang digunakan di rumah.Jadi bangunan yang telah saya lakar menggunakan barangan yang mempunyai
kadar kecekapan tenaga yang mempunyai 5 bintang.
KESIMPULAN
Kesimpulan,saya dapat mengetahui berkaitan dengan bangunan hijau.Penjimatan tenaga
banyak manfaat yang dapat dilakukan.Antara manfaat yang dapat apabila mengamalkan aspek
penjimatan tenaga ialah menjimatkan kos dalam menjaga bangunan

Dari segi kecekapan tenaga ia dapat menjimatkan kos dalam menjaga bangunan.Hal ini
demikian kerana apabila sesebuah bangunan mempunyai aspek kecekapan tenaga iaitu
menggunakan tenaga elektrik yang minima untuk menyempurnakan kerja sama ada di rumah
atau di tempat kerja dapat mengurangkan perbelanjaan untuk membayar bil elektrik

Selain itu,dari segi aspek penjualan tenaga ia bukan saja dapat menjimatkan kos dalam
menjaga bangunan.Malah ia dapat menjana pendapatan kerana apabila menggunakan panel
suria pada bangunan kita dapat menjual tenaga yang dihasilkan oleh panel suria kepada TNB.

Akhir sekali,bangunan yang telah saya lakar mempunyai peralatan yang mempunyai
rating juga dapat menjimatkan kos dalam menjaga bangunan.Ini disebabkan oleh apabila kita
menggunakan peralatan yang mempunyai star rating ia hanya menggunakan sedikit tenaga
elektrik.Dengan itu kita dapat menjimatkan kos
RUJUKAN

http://e-tenaga.blogspot.com/p/kecekapan-tenaga.html

https://www.google.com/search?q=contoh+bangunan+hijau&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=2ahUK
EwjNxtbtz_bsAhVcxDgGHUFIBzoQ_AUoAXoECAwQAw&biw=1517&bih=694&dpr=0.9#imgrc=fCI3PV-
_0GjFyM

https://cetree.usm.my/index.php/en/berita-cetree/91-pelabelan-kecekapan-tenaga-sistem-kadaran-
bintang-dan-label

https://revotech.my/5-kelebihan-tenaga-solar/

https://ms.wikipedia.org/wiki/Panel_suria

Anda mungkin juga menyukai