Anda di halaman 1dari 6

DEFINISI KECEKAPAN TENAGA

- Penggunaan tenaga elektrik secara bijaksana dan cekap


untuk melaksanakan sesuatu kerja.

Kecekapan tenaga merujuk kepada penggunaan tenaga yang cermat,


berhemat dan bijaksana. Sebagai pengguna, amalan kecekapan tenaga
boleh mengurangkan perbelanjaan, menjimatkan kos sara hidup dan
mengelakkan pembaziran.
Kecekapan tenaga(elektrik) juga bermakna anda menggunakan tenaga
elektrik yang minimum untuk menyempurnakan kerja yang sama di rumah
atau di tempat kerja. Ini juga bermakna anda akan dapat mengurangkan
perbelanjaan untuk penggunaan elektrik di samping menikmati kemudahan
yang sama.
Sebagai pengguna, amalan kecekapan tenaga boleh mengurangkan
perbelanjaan, menjimatkan kos sara hidup dan mengelakkan pembaziran.

1. Memahami Kecekapan Tenaga


Kecekapan tenaga adalah satu tindakan yang menggunakan tenaga
yang sedikit untuk menyempurnakan tugas yang sama.

Contohnya, di rumah dan bangunan-bangunan komersial. Ia


bermakna, dengan hanya menggunakan tenaga yang sedikit untuk
memanaskan, menyejuk dan penggunaan tenaga lampu dalam
bangunan. Ia juga boleh melibatkan penggunaan peralatan cekap
tenaga yang menggunakan tenaga yang sedikit.
Penggunaan tenaga yang sedikit juga boleh digunakan di kilang-
kilang dan sektor pembuatan dalam mengeluarkan produk dalam
kuantiti yang sama. Ia boleh dicapai dengan menggunakan motor
yang lebih cekap tenaga, sistem ”Drive”, sistem udara mampat yang
kecekapannya tinggi dan peralatan industri yang lain.

2. Mengapa Kecekapan Tenaga penting?


Penggunaan tenaga secara cekap akan menunjukkan kadar
penjimatan tenaga dan wang yang kurang dibelanjakan untuk tenaga
itu. Penjimatan itu boleh diterjemahkan ke dalam bil-bil tenaga /
elektrik yang lebih rendah.
3. Faedah keseluruhan kecekapan tenaga ialah:

a. Kos
• Pengurangan kos tenaga akan membawa kepada kos pengurusan
operasi yang sedikit dan akan meningkatkan keuntungan yang
tinggi.
• Kesan positif ke atas produktiviti dan daya saing.

b. Perlindungan alam sekitar


• Pengurangan pengeluaran karbon yang menyumbang kepada
pemanasan global.
• Pengurangan pencemaran udara dan persekitaran yang lebih
bersih.
• Kecekapan tenaga adalah salah satu cara yang paling berpotensi
untuk mengurangkan GHG dalam jangka masa pendek.

c. Keselamatan bekalan
• Kurang loji jana kuasa, penghantaran dan menaik taraf sistem
pengagihan dan pembinaan.
• membendung pertumbuhan permintaan tenaga global atau
tempatan dan meningkatkan keselamatan bekalan.
• Kurang penggunaan tenaga bermakna hanya sedikit sahaja bahan
api diperlukan untuk membakar yang membawa kepada
pengurangan jangka masa panjang dalam penggunaan tenaga. Ini
membantu memanjangkan hayat sumber-sumber asli seperti bahan
api fosil, arang batu dan gas.

4. Adakah kecekapan tenaga sama dengan penjimatan tenaga?


Penjimatan tenaga tidak semestinya diterjemahkan kepada
penggunaan tenaga yang cekap. Walau bagaimanapun, kedua-dua
kecekapan tenaga dan penjimatan tenaga, akan menjimatkan
tenaga dan mengurangkan kos operasi.

a. Kecekapan tenaga
• Ini dapat dicapai dengan aplikasi teknologi yang cekap, seperti motor
yang cekap tenaga yang tinggi, lampu, dab lain-lain.
• Ia melibatkan kos pelaburan dan memerlukan pakar untuk mengenal
pasti teknologi yang betul. Kecekapan tenaga kebanyakannya
digunakan untuk industri.

b. Penjimatan tenaga
• Ini dicapai melalui penggunaan tenaga secara cekap, seperti
memadamkan lampu dan peralatan elektrik apabila tidak diperlukan,
menggunakan cahaya matahari dan lain-lain.
• Ia tidak melibatkan kos dan memerlukan perubahan tingkah laku
pengguna sahaja. Penjimatan tenaga boleh digunakan dalam semua
sektor.

LANGKAH-LANGKAH MENJIMATKAN ELEKTRIK

 Laraskan suhu bilik pada 25°C .Bilik yang mempunyai suhu < 25°C
dianggap terlalu sejuk. Dalam keadaan ini, ‘compressor’ bagi alat
penghawa dingin akan menggunakan tenaga yang lebih banyak bagi
mencapai suhu yang rendah.
 Padamkan lampu atau penghawa dingin apabila tidak digunakan
atau keluar dari pejabat untuk jangka masa yang panjang.
 Menguatkuasakan waktu ON dan OFF sistem elektrik di
pejabat seperti waktu rehat (1-2 petang) dan mematikan bekalan
selepas waktu bekerja (5 petang)
 Tutup tingkap dan pintu apabila menggunakan penghawa dingin.

 Menjalankan penyelenggaraan berkala untuk penghawa dingin dan


peralatan elektrik.  Penyelenggaraan berkala dapat memastikan
penghawa dingin dan peralatan elektrik berada dalam keadaan baik
dan mencapai keupayaan yang maksima.
 Memastikan ‘setting’ monitor computer dalam keadaan ‘sleep mode’
apabila tidak digunakan untuk jangka masayang singkat dan
mematikan terus jika tidak digunakan untuk jangka masa yang
lama. Komputer dalam setting ‘sleep mode’ akan menggunakan
tenaga elektrik yang lebih rendah.
 Menggalakkan penggunaan monitor computer jenis LCD berbanding
monitor jenis CRT. Monitor jenis CRT menggunakan lebih tenaga
elektrikberbanding monitor jenis LCD

 Menggantikan lampu-lampu yang rosak dengan lampu jenis jimat


tenaga (energy saving) seperti lampu compact fluorescent (CFL) dan
lampu LED (Light Emitting Diode). Lampu jenis compact fluorescent
(CFL)/LED menggunakan tenaga elektrik yang lebih rendah.
 Memastikan setiap sistem dijalankan mengikut kehendak beban
semasa (Chiller/Cooling Tower/Pump/AHU dan lain-lain) . Langkah
ini dapat mengelakkan penggunaan tenaga yang sia-sia.
 Memeriksa dan melaraskan ‘Timer’ bagi semua lampu
koridor/penghawa dingin bagi setiap 3bulan. Langkah ini dapat
mengelakkan lampu koridor/penghawa dingin beroperasi di
luar jangka waktu yang dikehendaki.
 Menggalakkan penggunaan peralatan elektrik yang mempunyai
kemampuan ‘Cekap Tenaga’ Label ‘EnergyStar’ atau ‘Cekap
Tenaga’ pada perlatan elektrik membuktikan peralatan elektrik
tersebut menggunakan tenaga elektrik secara cekap.
 Mewujudkan satu jawatankuasa audit khusus bagi memantau cara
penggunaan elektrik disamping memberi teguran secara
berterusankepada pengguna. Jawatankuasa tersebut perlu
membuat laporan bertulis terus kepada Ketua Jabatan yang berkaitan
agar tindakan segera dapat diambil
 Mengadakan kempen penjimatan elektrik disemua peringkat dengan
menampal poster dan mengedar risalah-risalah berkaitan penjimatan
elektrik
 Memastikan suis dimatikan dan ‘plug’ ditanggalkan apabila peralatan
elektrik digunakan. plug perlu ditanggalkan dan bukan hanya
mematikan suis sahaja kerana masih terdapat tenaga elektrik yang
mengalir.
Pelabelan Kecekapan Tenaga merupakan suatu alat penting untuk
mendidik dan meningkatkan kesedaran pengguna mengenai penggunaan
tenaga bagi alat elektrik di rumah. Label kecekapan tenaga dikeluarkan
oleh Suruhanjaya Tenaga kepada pengilang alat elektrik untuk dan
mempromosikan alat eletrik cekap tenaga dalam pasaran. Pengilang perlu
mematuhi piawaian dan syarat ujian prestasi tenaga yang diwujudkan oleh
Suruhanjaya Tenaga untuk kadaran bintang ini sebelum kelulusan
diberikan untuk setiap model yang di keluarkan.

Label kecekapan tenaga ini memberi maklumat kepada pengguna tentang


penggunaan tenaga bagi setiap peralatan elektrik. Label kadaran tenaga
atau energy rating label menunjukkan anggaran penggunaan tenaga bagi
setiap peralatan elektrik berdasarkan sistem kadaran kecekapan tenaga.
Kadaran 1 hingga 5 ditunjukkan dalam label bermakna 1-bintang adalah
yang paling kurang cekap dan 5-bintang adalah yang paling cekap.

Label ini mengandungi anggaran jumlah penggunaan tenaga tahunan


dalam kilowatt-jam bagi setiap alat elektrik, berdasarkan keputusan ujian
makmal yang diiktiraf. Maklumat yang disediakan akan membantu
pengguna untuk memilih model yang paling cekap tenaga semasa membuat
pembelian peralatan elektrik. Penggunaan peralatan elektrik 5-Bintang
akan mengurangkan penggunaan elektrik dan bil elektrik di rumah. Ini
secara langsung akan menghasilkan pendapatan isi rumah boleh guna atau
disposable household income yang lebih tinggi terutamanya dalam jangka
masa yang panjang yang akan meningkatkan kualiti kehidupan.

Alat eletrik yang diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga bagi Kadaran Bintang
kecekapan tenaga ialah peti sejuk, penyaman udara, televisyen dan kipas
yang digunakan di rumah.

Anda mungkin juga menyukai