Anda di halaman 1dari 19

ABSTRAK

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 merupakan satu bukti kecintaan masyarakat Malaysia terhadap alam semulajadi. Akta ini dikaitkan dengan perkara mencegah, menghapus,mengawal pencemaran dan membaiki alam sekeliling. Ia juga dinyatakan jenis akta yang dikiatkan dengan keratan akhbar

tersebut,kesalahan yang dikaitkan dengannya,dan juga huraian tentang akta tersebut. Akta telah diberikan kuasa dan bidang kuasa yang luas serta dibekalkan dengan kuasakuasa tambahan bagi membuat peraturan-peraturan, perintah-perintah serta kaedah-kaedah bagi melicinkan lagi perlaksanaan Akta ini. Kedudukan peruntukan-peruntukan tambahan ini amat bermakna dan amat penting dibaca seiring dengan Akta. Gabungan antara peraturan, perintah serta kaedah ini dengan Akta adalah menipakan senjata yang ampuh dalam menangani masalah alam sekitar di negara ini. Dalam hal ini masalah-masalah kekeliruan terhadap tafsiran, tahap kefahaman terhadap peruntukan dan kekurangan kepakaran serta faktor kelemahan kemanusiaan sendiri telah mencacatkan keberkesanan dalam menangani isualam sekitar ini. Oleh yangdemikian kesedaran, kefahaman, kepatuhan terhadap Akta ini serta peraturan-peraturan, perintahperintah dan kaedah-kaedah yang diperuntukan amatlah penting.

Kajian ini adalah untuk mengenalpasti akan akta-akta yang berkaitan dengan aklta kualiti alam sekeliling (air) 1974,dan untuk kami mengetahui tentang pencemaran yang berlaku.Kami juga telah mendapat tahu kesalahan apa yang akan dikenakan jika seseorang melakukan akiviti yang mencemarkan air,contohnya dari sini kami dapat lihat bahawa kesalahan terdapat beberapa pecahan merujuk kepada jenis kesalahan yang dia buat.Secara tidaklangsung,ini dapat mendidik kita supaya tidak mencemarkan alam sekeliling,mencintainya dan menjaganya untuk generasi muda yang akan datang

PENGENALAN

Akta Keliling Alam Sekitar 1974

Di Malaysia, undang-undang alam sekitar telah wujud sejak tahun 1920 iaitu terbentuknya waters enactment 1920 yang bertujuan untuk mengawal sungai dan anak sungai daripada pencemaran. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 merupakan akta yang paling komprehensif berkenaan dengan pengurusan alam sekitar di Malaysia. Akta ini diwujudkan apabila pihak kerajaan berpendapat adalah perlu mewujudkan satu akta pengurusan alam sekitar yang komprehensif untuk merancang dan melaksanakan program berkenaan alam sekitar sebagai mana yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Ketiga. Rancangan Malaysia Kelima juga meneruskan penekanan berkenaan alam sekitar. Antara perkara-perkara yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Ketiga dan Kelima itu ialah berkenaan dengan penyenggaraan alam sekitar yang sihat dan bersih, mempertahankan kualiti alam sekitar, meminimumkan kesan ke atas alam sekitar walaupun terdapat pertambahan penduduk dan pentambahan aktiviti manusia, melaksanakan langkah mencegah lebih baik dari mengatasi dan menggalakkan kerjasama di antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri berkenaan alam sekitar. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 merupakan instruman asas untuk mencapai objektif alam sekitar peringkat kebangsaan. Dengan wujudnya akta ini, keindahan dan keselamatan alam sekitar lebih terjamin.

AIR

Air merupakan komponen penting dalam kehidupan manusia dan elemen penting kepada semua kehidupan.Sumber air penting untuk dijadikan minuman, tujuan pembersihan, pertanian, kegunaan industri, perikanan, pengangkutan dan lain-lain. Jika tidak ada air di dunia ini, ia mesti tidak pernah ada kehidupan seperti yang ada sekarang ini. Air perlu diuruskan dengan baik kerana pertambahan penduduk dan perkembangan industri akan sentiasa mempertingkatkan permintaan air. Di muka bumi terdapat lebih kurang 7% daripada jisim bumi adalah terdiri daripada air. 97% daripada air ini ialah air masin di lautan dan 3% merupakan air tawar yang terdiri daripada ais kutub.Hanya lebih kurang 0.7% air bumi terdapat di tasik dan sungai air tawar dan di atmosfera.

PENCEMARAN AIR

Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pencemaran air didefinisikan sebagai apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, biologi, atau radioaktif iaitu mana-mana bahagian alam sekitar yang melepaskan, mengeluarkan, atau meletakkan buangan ini sehingga menjejaskan kegunaannya dan menyebabkan suatu keadaan merbahaya dan memudaratkan kesihatan, keselamatan dan kebajikan pihak awam, atau kehidupan lain seperti burung, hidupan liar, ikan dan hidupan akuatik serta tumbuh-tumbuhan air.

METODOLOGI
Metodologi berasal dari bahasa Yunani metodos dan ""logos, kata ini terdiri dari dua suku kata yaitu metha yang berarti melalui atau melewati dan hodos yang berarti jalan atau cara. Metode berarti suatu jalan yang dilalui untuk mencapai tujuan. logos artinya ilmu. Metodologi adalah ilmu-ilmu/cara yang digunakan untuk memperoleh kebenaran menggunakan penelusuran dengan tata cara tertentu dalam menemukan kebenaran, tergantung dari realiti yang sedang dikaji. Antara kaedah-kaedah untuk mendapatkan sumber ilmu ataw kebenaran adalah dengan menggunakan internet, sumber dari buku-buku rujukan dan orang sumber.

Internet -http://www.doe.gov.my/library/ -http://www.nrdc.org/water/ -http://mrmazlanjunaidi.blogspot.com/2012/06/akta-dan-undang-undangpencemaran-air.html Buku -Tajuk : Water pollution part 1

-Auther : William Anderson Jr -Year : 1998

ORANG SUMBER -Puan Hazleena Bt Abd Halim -Pensyarah Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam shah - CC 604-Pollution and Control

KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN

Dalam assignment ini, keputusan dan perbincangan dibuat bagi memperolehi data-data, maklumat, kesalahan, denda, punca-punca dan sebagainya yang berkaitan dengan pencemaran air. Setiap keratan akhbar yang ada akan dihuraikan dan disertakan akta-akta yang berkaitan dengan akta kualiti alam sekitar 1974. Antara cantoh-contohnya adalah seperti berikut :-

Akta yang berkaitan dengan keratin akhbar tersebut ialah:-kesalahan dibawah akta kualiti alam sekeliling 1974(akta 127) seksyen 25(1)

KESALAHAN -mengeluar,melepas atau meletakkan apa-apa benda berbahaya kepada alam sekeliling,pencemar atau buangan ke dalam mana-mana perairan daratan tanpe suatu lessen

HUKUMAN -denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya dan denda tambahan tidak lebih daripada RM1000 sehari bagi tiaptiap hari kesalahan itu diteruskan selepas disampaikan kepadanya suatu notis yang diberi oleh Ketua Pengarah menghendakinya memberhentikan perbuatan yang dinyatakan di dalamnya itu.

Akta yang berkaitan dengan keratin akhbar tersebut ialah -kesalahan dibawah akta kualiti alam sekeliling 1974(akta 127) seksyen 25(1) KESALAHAN -mengeluar,melepas atau meletakkan apa-apa benda berbahaya kepada alam sekeliling,pencemar atau buangan ke dalam mana-mana perairan daratan tanpe suatu lessen HUKUMAN -denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya dan denda tambahan tidak lebih daripada RM1000 sehari bagi tiaptiap hari kesalahan itu diteruskan selepas disampaikan kepadanya suatu notis yang diberi oleh Ketua Pengarah menghendakinya memberhentikan perbuatan yang dinyatakan di dalamnya itu.
8

Akta yang berkaitan dengan keratin akhbar ialah -akta kualiti alam sekeliling 1974(akta 127) seksyen 27(1) KESALAHAN -melepaskan atau menumpahkan apa-apa minyak atau campuran yang mengandungi minyak ke dalam perairan Malaysia tanpa suatu lessen. HUKUMAN -denda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjara tidak lebih 5 tahun atau keduaduanya.

10

Akta yang berkaitan dengan keratin akhbar ialah -akta kualiti alam sekeliling 1974(akta 127) seksyen 27(1) KESALAHAN -melepaskan atau menumpahkan apa-apa minyak atau campuran yang mengandungi minyak ke dalam perairan Malaysia tanpa suatu lessen. HUKUMAN -denda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjara tidak lebih 5 tahun atau keduaduanya.

11

12

Akta yang berkaitan dengan keratan akhbar ialah Akta kualiti alam sekeliling 1974 (akta 127) (2) larangan bagi pembuangan sisa ke dalam perairan Malaysia :(1) Tiada seorang pun boleh, melainkan jika dilesen, menunaikan alam bahan berbahaya, pencemar atau buangan ke dalam perairan Malaysia melanggar syarat-syarat yang boleh diterima yang ditentukan di bawah seksyen 21.

KESALAHAN Membuang sisa kimia di kawasan perairan Malaysia sehingga menyebabkan kematian hidupan akuatik.

HUKUMAN (2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu suatu kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

HURAIAN Pencemaran berlaku di Kuala Langat, di anak sungai Manggis. Pencemaran ini berlaku disebabkan dua kilang kimia melepaskan sisa kimia. Mereka melepaskan sisa kimia dengan banyak semasa waktu hujan lebat kerana risau di saman lagi. Akibatnya beratus ribu ringgit kerugian yang ditanggung oleh nelayan-nelayan dikawasan itu.

13

14

Akta yang berkaitan dengan keratan akhbar ialah Akta kualiti alam sekeliling 1974 (akta 127) : 24. (1) Tiada seorang pun boleh, melainkan jika dilesen, mencemarkan atau menyebabkan atau permit tercemar mana-mana tanah atau permukaan manamana tanah dengan melanggar syarat-syarat yang boleh diterima yang ditentukan di bawah seksyen 21. 25. (1) Tiada seorang pun boleh, melainkan jika dilesen, mengeluarkan, melepaskan atau deposit apa-apa bahan-bahan berbahaya kepada alam sekeliling, pencemar atau buangan ke dalam mana-mana perairan daratan dengan melanggar syarat-syarat yang boleh diterima dinyatakan di bawah seksyen 21. Kawalan buangan Berjadual . 34B. (1) Tiada seorang pun boleh(a) tempat, deposit atau melupuskan, atau menyebabkan atau membenarkan untuk meletakkan, deposit atau dilupuskan, kecuali di premis yang ditetapkan sahaja, apa buangan terjadual di darat atau ke dalam perairan Malaysia; KESALAHAN Membuang sisa kimia di kawasan perairan Malaysia sehingga menyebabkan gangguan bekalan air di Selangor.

HUKUMAN Denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi 5 tahun atau keduaduanya dan denda tambahan tidak lebih daripada RM1000 sehari bagi tiaptiap hari kesalahan itu diteruskan selepas disampaikan kepadanya suatu notis yang diberi oleh Ketua Pengarah menghendakinya menmberhentikan perbuatan yang dinyatakan di dalamnya itu. Denda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjara tidak melebihi 5 tahun atau keduaduanya.

15

LAMPIRAN

16

17

18

KESIMPULAN

Kesimpulannya, pencemaran air merupakan masalah yang sangat serius dan memerlukan kerjasama semua pihak untuk menangani masalah ini supaya kita mendapat sumber air yang bersih dan dapat hidup dalam persekitaran yang tiada pencemaran air.Menurut Alam Sekitar (JAS), pencemaran sungai semakin meningkat dari tahun ke tahun. Hal ini adalah disebabkan kesedaran terhadap kepentingan air didalam diri setiap individu. Selain itu, kawalan yang lebih rapi daripada pihak berwajib hendaklah dilakukan sementara akta-akta yang sedia ada dipertingkatkan lagi. Ini kerana nilai alam semula jadi tidak ternilai harganya jika dibandingkan dengan wang. Kebanyakkan mereka yang melakukan kesalahan ini tidak serik atau takut dengan hukuman yang disediakan. Langkah-langkah yang tertentu perlu dijalankan sepanjang tahun supaya dapat mencapai tahap yang lebih efektif. Oleh itu,semua pihak termasuk pihak individu ataupun pihak kerajaan,kita semua perlu berusaha mengatasi masalah ini bersama dan seterunya Mengekalkan kebersihan perairan kita supaya generasi akan datang boleh merasai ap yang kita rasa sekarang.

19

Anda mungkin juga menyukai