Anda di halaman 1dari 3

THRESSA VENEY ANSILMUS BA16161018

DEFINISI EIA

EIA merupakan sebahagian daripada proses spektrum penilaian alam sekitar (Environment
Assessment). Walaupun EIA berkaitan dengan projek-projek tertentu, EA adalah istilah umum,
yang juga menggabungkan penilaian dasar alam sekitar (SEA) dasar, rancangan, dan program,
dan bentuk penilaian lain. Perbezaan antara proses ini diserlahkan dalam definisi yang diberikan
di bawah.

Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) adalah satu proses yang sistematik dan integratif
untuk mempertimbangkan kesan-kesan yang mungkin berlaku sebelum keputusan dibuat sama
ada cadangan itu harus diberikan kelulusan untuk diteruskan ataupun tidak (Wood 2003).
Manakala, Penilaian Alam Sekitar Strategik (SEA) adalah proses pemeriksaan dan penilaian
dasar, rancangan, dan program serta lain-lain tahap atau inisiatif pra-projek lain (Sadler 1996).

Terdapat juga definisi lain yang menerangkan apa itu EIA. Menurut United Nations
Environmental Programme (UNEP), EIA adalah suatu kajian bagi mengenalpasti, meramal, dan
menghuraikan akan kebaikan dan keburukan sesuatu cadangan projek pembangunan. Kajian ini
perlu ada hubungan komunikasi antara pihak-pihak berkepentingan iaitu masyarakat setempat,
pemaju dan pihak berkuasa.

Selain itu, menurut Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Mineral dan Alam Sekitar
(Ministry of Mineral Resources and Environment), EIA adalah satu kajian mengenalpasti,
meramal, menilai dan mendapatkan informasi melalui komunikasi yang dibuat terhadap pihak-
pihak terlibat, yang mana ianya berkaitan dengan kesan terhadap alam sekitar yang berpunca
dari cadangan projek pembangunan.

Jelaslah bahawa EIA atau Penilaian impak alam sekitar adalah satu kaedah atau proses
yang sangat penting bagi mengenal pasti dan meramal kesan negatif serta positif sesebuah
projek pembangunan yang akan dijalankan terhadap persekitaran, kesihatan manusia, sosial
dan ekonomi.
LATAR BELAKANG DAN SEJARAH EIA

EIA mula diperkenalkan pertama kalinya secara formal di Amerika Syarikat pada tahun 1969.
Hal ini kerana, berlaku kerugian dan kemerosotan alam sekitar jangka panjang di Amerika
Syarikat. Oleh itu, satu kaedah atau proses haruslah dibentuk untuk mengkaji aspek-aspek
tertentu pembangunan, seperti undang-undang kawalan pencemaran dan beberapa mekanisme
diperlukan untuk memastikan semua cadangan pembangunan utama tertakluk kepada
pemeriksaan terhadap kesan-kesan alam sekitar yang mungkin berlaku.

Semenjak itu, EIA mula berkembang ke serata negara. Dasar EIA telah diformulakan
oleh Natural Enviroment Policy Act (NEPA). Oleh itu, EIA secara keseluruhannya telah menjadi
polisi alam sekitar. Sejak terbentuknya enakmen yang telah diperkenalkan oleh NEPA, sistem
EIA telah mula digunakan di kebanyakan negara. EIA mula diadaptasi oleh negara-negara yang
pesat membangun seperti Kanada (1973), Austaralia dan New Zealand (1974). Selepas itu,
pada tahun 1975, German Barat turut melaksanakan sistem EIA. Perancis pula pada tahun 1976
dan Jepun 1981. Pada tahun 1996 dianggarkan lebih kurang 100 buah negara telah mempunyai
sistem EIA yang lengkap. Pada dasarnya, EIA telah menjadi semakin berkesan dan matang
dalam perlaksanaannya ekoran daripada pelbagai kajian dan penyelidikan yang telah dijalankan
oleh negara-negara maju. Kajian dan penyelidikan dijalankan bertujuan untuk memastikan
sistem EIA yang diguna pakai mampu memastikan pembangunan persekitaran mencapai
keseimbangan yang optimum.

EIA DI MALAYSIA

Melihat kepada situasi di Malaysia pula, Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) mula
dikuatkuasakan pada 1hb April 1998. Sejak terbentuknya enakmen yang telah diperkenalkan
oleh NEPA, sistem EIA telah mula dibentuk di kebanyakan negara dan Malaysia juga tidak
berkecuali. Dengan adanya EIA, ia dapat memastikan keadaan alam sekeliling sentiasa
terjamin walaupun berlaku perkembangan dalam sistem pembangunan. Penyediaan EIA sangat
penting dan mula dititikberatkan apabila kita mula didedahkan dengan impak yang
membimbangkan hasil daripada pembangunan yang semakin pesat. Oleh itu, penyediaan EIA
adalah satu langkah yang wajar bagi mengawal aktiviti manusia yang sentiasa mengejar
keuntungan tanpa menghiraukan kesannya terhadap masyarakat dan alam sekeliling. Menurut
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, EIA haruslah mengandungi satu penilaian mengenai kesan
kepada alam sekeliling yang akan atau mungkin berlaku apabila sesuatu aktiviti itu dijalankan.

Untuk memastikan keadaan EIA di Malaysia dapat dijalankan dengan sempurna, maka
satu panel yang dikenali sebagai ‘ad hoc’ telah ditubuhkan bagi mengkaji dan memperakukan
sistem EIA ini. Pihak kerajaan telah menerima prosedur EIA ini pada tahun 1978. Walau
bagaimanapun, pihak kerajaan telah mengenakan syarat iaitu perlunya penyediaan satu garis
panduan untuk melaksanakan EIA. Oleh itu, dengan menggunakan bantuan pakar iaitu John o’
Brian melalui Regan Colombo, satu garis panduan telah diluluskan oleh Majlis Kualiti Alam
Sekeliling pada tahun 1979 (Jabatan Alam Sekitar 1987). Selain itu, Akta Kualiti Alam Sekeliling
1974 (AKAS) adalah Akta Persekutuan yang bertepatan dalam melindungi, memelihara, dan
mengawal segala bentuk pertambahan pencemaran terhadap persekitaran (Jabatan Alam
Sekitar 1987). Pada lewat tahun 1984, set perundangan ini telah diperkenalkan serta
dikuatkuasakan oleh Jabatan Alam Sekitar di Malaysia. Perintah Kualiti Alam Sekeliling ( Aktiviti
yang ditetapkan) (Penilaian Kesan ke atas Alam Sekeliling) 1987 telah dikuatkuasakan pada 1
April 1988 bagi semua 13 negeri di Malaysia.

Sehingga hari ini, EIA digunakan secara meluas di Malaysia sebelum sesuatu projek
pembangunan itu dijalankan bagi memastikan tidak ada impak negatif yang berlaku.

Anda mungkin juga menyukai