Anda di halaman 1dari 4

TOPIK 1 KONSEP DAN CIRI-CIRI EKOSISTEM ZON PINGGIR PANTAI

KONSEP ZON PINGGIR PANTAI

Makna umum

 Zon : ...lingkungan, sempadan, batas …

 Pinggir : ...tepi, ‘siring’, ‘tebing’ …

 Pantai : ...kawasan ‘berpasir’ berdekatan laut…

 Zon Pinggir Pantai : ...lingkungan atau sempadan kawasan ‘berpasir’ di tepi laut / lautan…

Pendapat Tokoh

Zenkovich (1967): Pada umumnya, zon pinggir pantai lebih kepada konsep perairan yang
terdapat antara garisan pemisah daratan dan lautan …manifestasi daripada interaksi antara
litosfera, hidrosfera, atmosfera dan biosfera.

…Tenaga yang terhasil daripada proses atmosfera memberikan alternatif impak utama bagi
kewujudan fenomena ombak. Seterusnya membawa kepada proses dan persekitaran zon
pinggir pantai.

 Zon pinggir pantai secara kuantifikasinya merujuk kepada suatu jaluran tanah sehingga
lima kilometer ke daratan dari garisan pantai yang merupakan garis pertemuan antara air
laut dan daratan.

 …Sekiranya zon pinggir pantai itu mempunyai paya bakau atau paya nipah maka zon itu
melibatkan lima kilometer dari sempadan paya tersebut.

 …Dalam kes paya gambut pula, zon pinggir pantai bermula dari garis pesisir sehingga had
paling ke daratan paya itu yang mungkin lebih lima kilometer lebarnya.

 Manakala zon ke arah laut, hadnya sehingga 200 batu nautika (320 km) dari garis pesisir
yang meliputi zon ekonomi eksekutif negara.

ZON PINGGIR PANTAI SABAH?


EKOSISTEM ZON PINGGIR PANTAI

• Zon pinggir pantai merupakan suatu ekosistem yang kompleks dan dinamik.

• ...ia bersifat sensitif kerana sebarang perubahan minimal akan membawa implikasi kepada
keseluruhan sistem zon tersebut (Jamaluddin Md. Jahi, 1990).
KOMPONEN & CIRI-CIRI ZON PINGGIR PANTAI

Fox (1983) : …profil pantai yang tipikal terdiri daripada empat zon utama:

- pinggir pantai;

- pantai;

- dalam pantai;

- luar pantai.

Ciri-ciri dan keluasan zon pinggir pantai adalah pelbagai bergantung kepada jenis pantai sama
ada berbatu atau berpasir, keterdedahan terhadap pengaruh angin, regim pasang surut dan
faktor cuaca.

KOMPONEN & CIRI-CIRI ZON PINGGIR PANTAI


CIRI-CIRI ZON PINGGIR PANTAI

PROFIL PANDANG DARAT ZON PINGGIR PANTAI

Anda mungkin juga menyukai