Anda di halaman 1dari 4

1

JABATAN PENGAJIAN BAHASA,


PUSAT PENGAJIAN BAHASA, TAMADUN DAN FALSAFAH
SEMESTER KEDUA SESI 2019/2020 (A192)
SBLM1023 PENGANTAR PENULISAN

Pensyarah:
Bilik:
Samb:
Emel:

Waktu temu bincang:

KERJA KURSUS (100%)

1. Kursus ini terdiri daripada 100% kerja kursus.


2. Pecahan kerja kursus anda adalah seperti di bawah:
a. Tugasan 1 (Penulisan kreatif - Individu) – (20%)
b. Tugasan 2 (Penulisan ilmiah - Berpasangan – 2 orang) - (25%)
c. Tugasan 3 (Penulisan popular - Kumpulan – 4-5 orang) - (25%)
d. Kuiz (20%) - kuiz diadakan pada minggu ke-11 (Diadakan serentak bagi semua
kumpulan di kelas masing-masing)
e. Latihan dalam kelas (2 kali latihan - 10%)

TUGASAN 1 (Penulisan kreatif - 20%) – Penulisan skrip drama radio (Tugasan Individu)

1. Pelajar perlu menghasilkan senaskhah skrip panggung drama mengikut tema yang
akan ditetapkan oleh pensyarah.
2. Pelajar perlu menghasilkan skrip yang asli dan menunjukkan draf penulisan skrip
tersebut secara berkala kepada pensyarah.
3. Skrip tersebut perlu dihasilkan sekurang-kurangnya 15 halaman.
4. Pelajar perlu menggunakan format penulisan skrip Celtx yang boleh diakses
daripada laman web berikut: https://www.celtx.com/index.html
5. Tarikh serahan tugasan 1 ini adalah pada minggu ke-5.
6. Penilaian tugasan adalah berdasarkan penulisan (15%) dan pembentangan (5%).
2

Rangka kerja mingguan pelajar bagi tugasan 1 (Tugasan kreatif - 20%)

Minggu Tindakan Pelajar

Minggu ke-2 Penetapan tajuk tugasan

Minggu ke-3 Serahan rangka tugasan


– Idea kasar tentang tajuk yang dipilih.
Minggu ke-4 Serahan draf kasar
– Penulis sudah memperkembangkan rangka kasar skrip drama radio
yang dihasilkan.
Minggu ke-5 Serahan tugasan 1
– Dengan mengambil kira maklum balas pensyarah untuk draf kasar,
penulis mesti menunjukkan terdapat usaha penambahbaikan yang ketara.

TUGASAN 2 (25 %) – Tugasan Ilmiah (Berpasangan -2 orang)

1. Pelajar dikehendaki menghasilkan sebuah tugasan ilmiah yang berkisar kepada tema
yang akan ditentukan oleh pensyarah masing-masing.
2. Tugasan ilmiah yang lengkap mempunyai kepanjangan antara 8-12 halaman
termasuk rujukan.
3. Tugasan hendaklah karya asli. Sebarang tugasan yang didapati diplagiat tidak akan
diberi markah.
4. Tarikh serahan tugasan 2 adalah pada minggu ke- 10.
5. Penilaian tugasan 2 adalah berdasarkan penulisan (20%), Pembentangan (5%).

Rangka kerja mingguan pelajar bagi tugasan 2 (Tugasan Ilmiah- 25%)

Minggu Tindakan Pelajar

Minggu ke-6 Penetapan tajuk tugasan

Minggu ke-7 Serahan rangka tugasan


– Idea kasar tentang tajuk yang dipilih.
Minggu ke-8 Serahan draf kasar
– Penulis sudah memperkembangkan rangka kasar berkaitan tajuk yang
dipilih dengan menerangkan isi-isi penting berkaitan tajuk.
Minggu ke-10 Serahan tugasan 2
– Dengan mengambil kira maklum balas pensyarah untuk draf kasar,
penulis mesti menunjukkan terdapat usaha penambahbaikan yang ketara.
3

TUGASAN 3 (Penulisan popular 25%) – E-Buletin (Tugasan Kumpulan 4-5 orang)

1. Pelajar dikehendaki membentuk kumpulan dengan jumlah ahli antara 4 hingga 5 orang.
2. Pelajar perlu menghasilkan senaskhah E-Buletin berdasarkan tema yang akan ditetapkan oleh
pensyarah.
3. Antara ruangan yang boleh dimuatkan dalam E-Buletin tersebut ialah:
a. Muka hadapan
b. Sidang pengarang
c. Artikel utama
d. Ruangan kreatif
e. Berita semasa
f. Kalendar
g. Lensa
h. Ruangan iklan
4. Pelajar boleh menggunakan program berikut untuk mereka bentuk buletin, antaranya:
a. Adobe Indesign
b. Adobe photoshop
c. Microsoft publisher
d. Canva
5. Pelajar juga boleh menggunakan program Anyflip yang boleh diakses daripada laman web
http://anyflip.com untuk menukarkan buletin yang telah disiapkan ke bentuk buku.
6. Pelajar perlu menyerahkan tugasan 3 ini pada minggu ke-13.
7. Penilaian tugasan adalah berdasarkan Penulisan (10%), Bahasa & Format (10%), dan
pembentangan (5%).

Rangka kerja mingguan pelajar bagi tugasan 3 (Tugasan Kumpulan)

Minggu Tindakan Pelajar

Minggu ke- 8 Penetapan tajuk tugasan 3

Minggu ke-9 Serahan rangka tugasan 3


– Idea kasar tentang penghasilan E-Buletin berserta tajuk yang telah dipilih
oleh pelajar.
Minggu ke- 10 Serahan rangka tugasan 3
– Pelajar membentangkan draf tentang E-Buletin yang akan dihasilkan.
Minggu ke -11 Serahan draf kasar tugasan 3
– Pelajar sudah memperkembangkan rangka kasar berkaitan dengan isi-isi
penting.
Minggu ke -13 Serahan tugasan 3
– Dengan mengambil kira maklum balas pensyarah untuk draf kasar,
pelajar mesti menunjukkan terdapat usaha penambahbaikan yang telah
4

dilakukan.

Anda mungkin juga menyukai