Anda di halaman 1dari 4

1

JABATAN PENGAJIAN BAHASA,


PUSAT PENGAJIAN BAHASA, TAMADUN DAN FALSAFAH
SEMESTER KEDUA SESI 2021/2022 (A212)
SBLM1023 PENGANTAR PENULISAN

Pensyarah: DR. MAIZATUL AZURA YAHYA


Bilik: FKBM 144
Samb: 5355
Emel: maizatul@uum.edu.my

Waktu temu bincang:

KERJA KURSUS (100%)

1. Kursus ini terdiri daripada 100% kerja kursus.


2. Pecahan kerja kursus anda adalah seperti di bawah:
a. Tugasan 1 (Penulisan kreatif - Individu) – (20%)
b. Tugasan 2 (Penulisan ilmiah - Berkumpulan – 2-3 orang) - (25%)
c. Tugasan 3 (Penulisan popular - Kumpulan – 4-6 orang) - (25%)
d. Latihan 10% - dilakukan sebanyak dua kali. (Soalan latihan adalah selaras untuk
semua kumpulan)
e. Kuiz (20%) - kuiz diadakan pada minggu ke-13 (Diadakan serentak bagi semua
kumpulan)
f. Penglibatan dalam MOOC diwajibkan (openlearning.com)

TUGASAN 1 (Penulisan kreatif - 20%) – BUKU CERITA KANAK-KANAK (Tugasan


Individu)

1. Pelajar perlu menghasilkan buku cerita kanak-kanak mengikut tema yang akan
ditetapkan oleh pensyarah.
2. Pelajar perlu memastikan buku cerita yang dihasilkan adalah karya asli dan
mempunyai jalan cerita yang menarik.
3. Pelajar perlu menunjukkan draf penulisan buku cerita tersebut secara berkala kepada
pensyarah.
4. Buku cerita tersebut perlu dihasilkan dengan menggunakan 800-1000 patah
perkataan.
5. Tarikh serahan tugasan 1 ini adalah pada minggu ke-7.
6. Penilaian tugasan adalah berdasarkan penulisan (15%) dan pembentangan (5%).
2

Rangka kerja mingguan pelajar bagi tugasan 1 (Penulisan kreatif - 20%)

Minggu Tindakan Pelajar

Minggu ke-2 Penetapan tajuk tugasan

Minggu ke-3 Serahan rangka tugasan


– Idea kasar tentang tajuk yang dipilih.
Minggu ke-4 Serahan draf kasar
– Penulis sudah memperkembangkan rangka kasar cerpen yang
dihasilkan.
Minggu ke-5 Serahan tugasan 1
– Dengan mengambil kira maklum balas pensyarah untuk draf kasar,
penulis mesti menunjukkan terdapat usaha penambahbaikan yang ketara.

TUGASAN 2 (25 %) – TUGASAN ILMIAH (Berkumpulan, 2-3 orang)

1. Pelajar dikehendaki menghasilkan sebuah tugasan ilmiah yang berkisar kepada tema
yang akan ditentukan oleh pensyarah masing-masing.
2. Tugasan ilmiah yang lengkap mempunyai kepanjangan antara 8-12 halaman
termasuk rujukan.
3. Tugasan hendaklah karya asli. Sebarang tugasan yang didapati diplagiat tidak akan
diberi markah.
4. Pelajar juga perlu memberi perhatian kepada penulisan rujukan gaya American
Psychological Association (APA).
5. Tarikh serahan tugasan 2 adalah pada minggu ke- 10.
6. Penilaian tugasan 2 adalah berdasarkan penulisan (20%), Pembentangan (5%).

Rangka kerja mingguan pelajar bagi tugasan 2 (Penulisan Ilmiah- 25%)

Minggu Tindakan Pelajar

Minggu ke-6 Penetapan tajuk tugasan

Minggu ke-7 Serahan rangka tugasan


– Idea kasar tentang tajuk yang dipilih.
Minggu ke-8 Serahan draf kasar
– Penulis sudah memperkembangkan rangka kasar berkaitan tajuk yang
dipilih dengan menerangkan isi-isi penting berkaitan tajuk.
3

Minggu ke-10 Serahan tugasan 2


– Dengan mengambil kira maklum balas pensyarah untuk draf kasar,
penulis mesti menunjukkan terdapat usaha penambahbaikan yang ketara.

TUGASAN 3 (Penulisan popular 25%) – E-MAJALAH (Tugasan Kumpulan – 4-5 orang)

1. Pelajar dikehendaki membentuk kumpulan dengan jumlah ahli seramai 4-5 orang.
2. Pelajar perlu menghasilkan sebuah e-majalah berdasarkan tema yang akan ditetapkan oleh
pensyarah.
3. Antara ruangan yang boleh dimuatkan dalam E-Majalah tersebut ialah:
i. Muka hadapan
ii. Tinta Editor
iii. Artikel utama
iv. Artikel sampingan
v. Ruangan kreatif (contoh: sajak, cerpen)
vi. Berita semasa (sebarang aktiviti berkaitan dengan tema majalah)
vii. Ruangan iklan (bersesuaian dengan konsep e-majalah yang dihasilkan)
4. Pelajar boleh menggunakan program berikut untuk mereka bentuk majalah, antaranya:
i. Adobe Indesign
ii. Adobe photoshop
iii. Microsoft publisher
iv. Canva
5. Pelajar juga boleh menggunakan program Anyflip yang boleh diakses daripada laman web
http://anyflip.com.
6. Pelajar perlu menyerahkan tugasan 3 ini pada minggu ke-13.
7. Penilaian tugasan adalah berdasarkan Penulisan (20%) dan pembentangan (5%).

Rangka kerja mingguan pelajar bagi tugasan 3 (Tugasan Kumpulan)

Minggu Tindakan Pelajar

Minggu ke- 8 Penetapan tajuk tugasan 3

Minggu ke-9 Serahan rangka tugasan 3


– Idea kasar tentang penghasilan blog berserta tajuk yang telah dipilih oleh
pelajar.
Minggu ke- 10 Serahan rangka tugasan 3
– Pelajar membentangkan draf tentang blog yang akan dihasilkan.
Minggu ke -11 Serahan draf kasar tugasan 3
4

– Pelajar sudah memperkembangkan rangka kasar berkaitan dengan isi-isi


penting.
Minggu ke -13 Serahan tugasan 3
– Dengan mengambil kira maklum balas pensyarah untuk draf kasar,
pelajar mesti menunjukkan terdapat usaha penambahbaikan yang telah
dilakukan.

Anda mungkin juga menyukai