Anda di halaman 1dari 6

Program Awal Remaja – LAPORAN PROGRAM

SEKOLAH RENDAH ISLAM AL MASRIYAH


1267 JALAN ABDUL KADIR,
14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG
TEL : 04-537 1705 | FAKS : 04-530 5521

LAPORAN PROGRAM
PROGRAM AWAL REMAJA
TARIKH:
18 OGOS 2022

ANJURAN:
UNIT HAL EHWAL MURID
UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING

DENGAN KERJASAMA:
UNIT DISIPLIN

Unit HEM & Unit UBK Ogos 2022


Program Awal Remaja – LAPORAN PROGRAM

LAPORAN PROGRAM AWAL REMAJA

PENGENALAN

Remaja adalah masa peralihan dari alam kanak-kanak kealam dewasa. Zaman remaja bermula dari
usia 10 hingga 19 tahun. Walau bagaimanapun, tempoh peralihan ini berbeza di antara seorang
dengan seorang yang lain. Ketika ini remaja-remaja lelaki dan perempuan secara sedar atau tidak akan
mengalami perubahan dari segi bentuk tubuh badan dan emosi. Perubahan-perubahan ini berlaku
akibat tindakan hormon dalam badan.

OBJEKTIF

1. Memberi pendedahan kepada murid-murid dalam menempuhi alam remaja.


2. Dapat memberi persediaan diri dengan lebih awal untuk menempuhi alam remaja dengan
penuh yakin.
3. Dapat membuat persediaan diri dengan lebih awal untuk menempuhi alam remaja.
4. Dapat menerima dan memahami akan perubahan fizikal, mental dan emosi diri dengan sebaik
mungkin.
5. Tahu menjaga keselamatan diri dan menjaga adab sopan.
6. Tahu menjaga kebersihan diri dan kesihatan diri dengan sempurna.

WAKTU PERLAKSAAN

1. TARIKH : 18 Ogos 2022


2. HARI : Khamis
3. MASA : 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
4. TEMPAT : Dewan SRI Al Masriyah

SASARAN

Semua murid-murid Tahun 4, 5 & 6 iaitu seramai 161 orang.

Unit HEM & Unit UBK Ogos 2022


Program Awal Remaja – LAPORAN PROGRAM

BUTIRAN AKTIVITI

BIL AKTIVITI PERSONALIA PENGISIAN

1. Menasihatkan
peserta dengan
menitikberatkan
pengjagaan adab
kepada ibu bapa,
Pn. Husnul
Taklimat Program guru, orang lebih tua
1 Qhateemah Bt Roslee
Awal Remaja dan rakan-rakan.
PK Hal Ehwal Murid
2. Menyedarkan peserta
pentingnya menjadi
orang berguna
kepada masyarakat,
agama dan negara.

1. Memotivasikan
peserta mengubah
tingkah laku negatif
kepada tingkah laku
positif di dalam
kehidupan seharian.
a) Menjaga solat setiap
hari bagi
Cikgu Redzuan bin
2 Ceramah Awal Remaja meningkatkan iman
Rosli
seseorang.
b) Menjaga hubungan
ikhtilat antara lelaki
dan perempuan,
tidak bercampur atau
bergaul sesuka hati
tanpa batas
pergaulan.

Unit HEM & Unit UBK Ogos 2022


Program Awal Remaja – LAPORAN PROGRAM

PENILAIAN PROGRAM

Kekuatan Program

1. Ceramah yang bersifat dua hala dapat memberi peluang kepada peserta untuk bersoal jawab
terus dengan penceramah.
2. Penggunaan bahan bantu ceramah yang sangat interaktif dapat membantu menarik minat
peserta dan meningkatkan pemahaman peserta ketika mendengar ceramah.
3. Tempat yang selesa dan kondusif dapat membantu peserta memberi fokus dengan baik.

Kelemahan Program

1. Perubahan waktu ceramah yang tidak seperti dirancang disebabkan ada program lain
sebelumnya yang diutamakan untuk dilaksanakan daripada KPM.

Langkah-langkah Penambahbaikan

1. Meneliti perancangan program yang akan dilaksnakan supaya tidak berlaku pertembungan
program yang boleh menyebabkan perubahan waktu yang boleh memberi impak kepada
keberkesanan program.

Disediakan oleh Disemak oleh

.................................................. ..................................................
(Ahmad Aliuddin bin Shaharin) (Husnul Qhateemah Bt Roslee)
Guru Bimbingan dan Kaunseling Pen. Kanan Hal Ehwal Murid
Sek. Ren. Islam Al Masriyah Sek. Ren. Islam Al Masriyah

Disahkan oleh

..................................................
(Muna Bt Hj Ahmad Fuad)
Guru Besar
Sek. Ren. Islam Al Masriyah

Unit HEM & Unit UBK Ogos 2022


Program Awal Remaja – LAPORAN PROGRAM

LAPORAN BERGAMBAR

Pn. Husnul Qhateemah bt Roslee, Penolong Kanan


Hal Ehwal Murid (PK HEM) telah memberi taklimat
kepada peserta Program Awal Remaja iaitu murid-
murid Tahun 4, 5 dan 6 seramai 161 orang.

PK HEM juga telah menasihatkan peserta dengan


menitikberatkan pengjagaan adab kepada ibu bapa,
guru, orang lebih tua dan rakan-rakan. Oleh itu,
jadilah seperti epal yang bersih dan elok bukan epal
yang buruk penuh dengan ulat dan bakteria.

Ustazah Azizah, guru disiplin SRIM menjadi


pengacara Program Awal Remaja ini.

Unit HEM & Unit UBK Ogos 2022


Program Awal Remaja – LAPORAN PROGRAM

Penceramah jemputan, Cikgu Redzuan menjalankan


aktiviti dan ceramah Program Awal Remaja yang
dapat menarik minat dan keseronokan peserta
supaya mudah memahami dan gembira sepanjang
sesi ceramah berlangsung.

Pemberian hadiah kepada peserta yang memberi


respon kepada soalan penceramah supaya dapat
meningkatkan fokus dan semangat peserta untuk
mendengar ceramah yang disampaikan sehingga
tamat.

Penyampaian cenderhati kepada penceramah


jemputan yang disampaikan oleh Cikgu Aliuddin,
guru Bimbingan dan Kaunseling sebagai
penghargaan dan ucapan terima kasih atas ceramah
yang telah disampaikan kepada peserta.

Unit HEM & Unit UBK Ogos 2022

Anda mungkin juga menyukai