Anda di halaman 1dari 3

TUGASAN 1 : Laporan Amali

Dewasa ini, perkhidmatan kaunseling amat penting dalam era menuju ke arah
sebuah negara maju. Kepesatan pembangunan sejajar dengan era perkembangan teknologi
maklumat telah mendatangkan banyak perubahan kepada masyarakat. Hasilnya banyak
kesan-kesan positif dan negatif terhadap sosio-psikologi yang pelbagai dan kompleks
ditinggalkan. Setiap individu juga tidak dapat terlepas daripada berhadapan dengan
pelbagai kesulitan dan masalah yang membelenggu kehidupan seharian. Tergerak hati
dengan artikel yang diulas oleh Rusinah Siron (2010) dalam Utusan Malaysia 3 Ogos 2010
yang membuat persoalan, “Mengapa anak-anak remaja kita semakin runtuh akhlaknya dan
hilang sikap malu dan adab sopan sebagai manusia?”. Hal ini demikian, perkhidmatan
kaunseling wujud dalam usaha membantu manusia mencari jalan keluar agar individu
menemui kesejahteraan dan celik akal. Penggunaan terapi dalam intervensi pula merupakan
penyelamat bagi manusia yang sedang dibelenggu masalah. Bak kata peribahasa, “Tak ada
gunung yang tak dapat didaki, tak ada lurah yang tak dapat dituruni”.

Intervensi membawa maksud mengubah dan membuka pemikiran, perasaan dan


tingkah laku seseorang yang bermasalah supaya menerokai, memulih dan
mempertingkatkan keyakinan diri. Oleh itu, intervensi yang berasaskan pendekatan
kaunseling merupakan tindakan yang dilakukan oleh kaunselor dalam membina program
bimbingan dan kaunseling yang lebih komprehensif. Bentuk intervensi kaunseling yang
dijalankan juga perlu sesuai dengan jenis permasalahan yang dihadapi oleh klien bagi
meningkatkan keberkesanan program kauseling yang dijalankan. Maka, pemilihan terapi
kumpulan kami adalah terapi pergerakan kreatif yang bertujuan untuk mengatasi masalah
emosi kanak-kanak contohnya yang sukar untuk meluahkan perasaan terpendam mereka.
Setelah amali dilaksanakan kepada semua guru pelatih semester 3 opsyen bimbingan dan
kaunseling, hasilnya terdapat banyak kelebihan dan limitasi yang boleh dihuraikan.

Pergerakan kreatif dalam pendidikan adalah bertujuan untuk mendedahkan kanak-


kanak kepada pelbagai bentuk pergerakan yang berunsur seni. Oleh itu, antara
kelebihannya adalah bentuk ini membolehkan guru pelatih menggunakan gerak geri
anggota badan sebagai media untuk melahirkan perasaan dalaman, mengintegrasikan
motor dengan kognitif dan meninjau hubungan antara personaliti dengan pergerakan hanya
dengan memasang muzik sahaja. Contohnya, guru pelatih dikehendaki membuat
pergerakan kreatif mengikut irama muzik sejurus muzik tersebut dimainkan. Hasilnya
kesemua guru pelatih dapat mencipta gaya pergerakan kreatif berdasarkan kreativiti dan
inovasi sendiri tanpa memaparkan sebarang video bekaitan dengan pergerakan. Hal ini
kerana, pergerakan menjadi perintis bagi membolehkan guru pelatih untuk memulakan

2
proses kreativiti mereka dan dalam ruang batas pendidikan. Guru pelatih dapat meneroka
dan megembangkan daya kreativiti mereka melalui omprovisasi . Melalui kaedah ini guru
pelatih bertindak dan melakonkan idea-idea pergerakan secara serentak spontan dan tanpa
perancangan awal. Hal ini jelas menunjukkan bahawa, objektif yang digariskan melalui
terapi pergerakan kreatif ini mudah untuk dicapai jika ia dilaksanakan kepada kelompok
yang boleh memahami setiap arahan yang diminta.

Selain itu, kelebihan yang dapat dilihat adalah semasa aktiviti pergerakan kreatif
dalam bentuk drama dilakukan. Aktiviti drama melalui pergerakan kreatif bermaksud guru
pelatih dikehendaki melakukan pergerakan dan melakonkan aksi berdasarkan arahan yang
diminta. Menurut Emile Jaques Dalcroze (1921), menjelaskan bahawa “pergerakan
merupakan salah satu cara untuk mengungkap perasaan melalui muzik”. Beliau juga
memerhatikan bahawa walaupun kadang-kala kanak-kanak tidak boleh bertepuk dan
menyanyi mengikut rentak, namun mereka boleh berjalan atau berlari mengikut rentak. Jadi,
apabila drama seperti watak nenek kebayan atau penjaga hutan sedang keluar secara
misteri dan kemudiannya menari ketika muzik dimainkan, guru pelatih mula menunjukkan
respon dengan ketawa lalu menari dan menepuk tangan bersama-sama ketika menjadi
penonton. Melalui apa yang dilihat di dalam persembahan tersebut, jelas menunjukkan
bahawa setiap emosi yang dipamerkan menerusi pergerakan akan membantu guru pelatih
dalam mengekspresikan perasaan mereka. Mereka mula mengetahui mengenai emosi yang
wujud dalam diri mereka seperti perasaan gembira, marah, keliru dan sedih.

Walaupun terdapat banyak kelebihan semasa aktiviti terapi pergerakan kreatif ini
dilaksanakan kepada guru pelatih, namun terdapat juga beberapa limitasi yang jelas boleh
dilihat. Antaranya ialah, video dan muzik yang bekalkan berkaitan dengan aktiviti pergerakan
kreatif lebih cenderung ke arah peringkat umur kanak-kanak sekolah rendah. Maka semasa
video dipasang dan arahan diminta untuk guru pelatih meniru pergerakan kreatif yang
ditunjukkan dalam video tersebut, jelas kelihatan majoriti guru pelatih tidak bersemangat
untuk meneruskan aktiviti tersebut kerana mereka menganggap video penggerakan kreatif
itu hanya sesuai dilaksanakan kepada kanak-kanak. Hal ini menyebabkan-ciri pergerakan
kreatif untuk keriangan belajar tidak tercapai sekiranya video pergerakan kreatif peringkat
umur kanak-kanak dipasang kepada peringkat umur dewasa. Ianya dapat dilihat apabila
aktiviti dijalankan, guru pelatih tidak mengambil bahagian sepenuhnya dalam aktiviti yang
dijalankan malah dapat melihat tiada keriangan antara mereka dalam melaksanakan aktiviti
tersebut. Tambahan lagi, jelas dapat dilihat guru pelatih tidak bebas bergerak mengikut
kreativiti masing-masing semasa video pergerakan kreatif ini dipasang.

3
Kesimpulannya, terapi pergerakan kreatif sebenarnya dapat dijadikan sebagai suatu
pengalaman untuk menyalurkan perasaan individu. Hakikat ini menjadi kenyataan apabila
aspek-aspek intelek, emosi dan spritual dipadankan bersama aktiviti-aktiviti yang melibatkan
pergerakan anggota badan. Perkara ini dibuktikan oleh Laban (1975), menulis bahawa
dalam setiap pergerakan asas, tema-tema melambangkan idea pergerakan yang
berkembang dan seimbang dengan sesuatu peringkat perkembangan citarasa individu
terhadap aktiviti pergerakan. Mereka yang menceburi pergerakan kreatif biasanya ingin
membentuk sifat-sifat fleksibel, mempelajari cara-cara mengawal pergerakan,
mempertingkatkan keupayaan dan kapasiti pergerakan dan menggunakan anggota dan
minda sebagai alat untuk mencapai tahap pergerakan yang bersifat seni. Walau
bagaimanapun, sebarang peralatan atau pun bahan bantu mengajar pergerakan kreatif
perlulah disesuaikan dengan peringkat umur sasaran.

Anda mungkin juga menyukai