Anda di halaman 1dari 2

‫الحمد لله الذي هدانا لهذا وماكنا لنهتدي لول أن‬

‫ والصلةا والسلما على سيد الناما بلغ‬، ‫هدانا الله‬


. ‫الرسالة ونصح المة وكشف الغمة‬
Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud ,

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah


mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Majlis Makan
Malam Akhir Tahun Guru dan Kakitangan Sekolah Kebangsaan
St. Anne W.P. Labuan 2010 pada ketika ini.

Ya Allah , Tuhan Yang Berkuasa Melaksanakan apa yang


dikehendaki ,

Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah,


mengingati dan menyebut nama-Mu ,
hati yang penuh segar mensyukuri nikmat-Mu
serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan
kepada perintah-Mu.

Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakat ,


Kembangkanlah lembayung dan gelombang rahmat-Mu
kepada kami , ibu bapa kami , keluarga dan anak-anak kami,
guru-guru kami , anak-anak didik kami di sekolah,
sahabat-sahabat seperjuangan dalam bidang pendidikan.
Kami mohon kepadaMu agar Engkau permudahkan urusan
peperiksaan anak-anak kami samada di peringkat UPSR,
PMR , SPM mahupun STPM 2010 .
Semoga kejayaan yang cemerlang sentiasa mengiringi
mereka.

Ya Allah , Tuhan Yang Maha Esa lagi Perkasa


Kami memohon kehadrat-Mu, semoga Engkau jadikan majlis
ini, sebagai salah satu wadah untuk kami bersatu-padu ,
bekerjasama dan bantu-membantu di kalangan kami,
dan juga demi membangunkan dan memartabatkan
sekolah kami di persada arus perdana
kecemerlangan pendidikan negara.
Satukanlah hati-hati kami sebagai pentadbir, para pendidik,
kakitangan sekolah dan ibu bapa pelajar di sekolah ini,
agar menjadikan kejayaan dan kecemerlangan anak-anak didik
kami sebagai matlamat kami yang utama dan bersama .

Sesungguhnya kami lemah dalam sendirian,


maka kuatkanlah kami dalam kerja berpasukan ;
Sesungguhnya kesabaran kami punya batasnya ,
maka kurniakanlah kami nikmat kesabaran
seumpama sabarnya Nabi-nabi Ulul’azmi ;
Sesungguhnya kami amat cenderung
untuk mengutamakan diri kami,
maka didiklah hati kami untuk mengutamakan
keperluan saudara-saudara kami dan sahabat sejawatan kami
sebagaimana Kekasih-Mu mendidik
para sahabat baginda berbuat demikian;
Sesungguhnya hati kami juga sentiasa berbolak balik
dan bercerai berai, maka satukanlah hati-hati kami
dan berikanlah kami ruang dan masa untuk bantu-membantu
dalam menegakkan amal makruf dan nahi mungkar .

Ya Allah , jadikanlah pertemuan kami ini


sebagai pertemuan yang diberkati dan dirahmati . Dan
jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan
yang Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.

‫ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الخآرةا حسنة وقنا‬


‫عذاب النار والحمد لله رب العالـمين‬

Anda mungkin juga menyukai