Anda di halaman 1dari 6

Pembelajaran melalui bermain adalah cara yang menyeronokkan dan sesuai

untuk diusia awal kanak-kanak (Elena & Deborah, 2005). Sebagai pedagogi, belajar
sambil bermain diterangkan sebagai penggabungan aktiviti bermain kanak-kanak
bersama guru atau orang dewasa yang disokong atau objektif pembelajaran berpandu
(Weisberg, Hirsh-Pasek & Golinkoff, 2013). Belajar sambil bermain termasuk
bermain secara sukarela, bermain berpandu, bermain konstruktif, bermain kolaboratif,
bermain fizikal, dan bermain digital dan lain-lain. Pendekatan bermain diberi
penekanan di prasekolah kerana bermain merupakan fitrah atau tingkah laku semula
jadi kanak-kanak. Oleh itu, bermain dan kanak-kanak tidak dapat dipisahkan. Melalui
proses bermain, kanak-kanak dapat membuat penerokaan, penemuan, dan pembinaan
pengalaman kanak-kanak secara langsung dan semula jadi (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2017). Buktinya, melalui bermain kanak-kanak dapat meningkatkan
perkembangan fizikal, sosioemosi, kognitif, bahasa serta yang paling penting potensi
kanak-kanak dapat meningkat ke peringkat maksimum. Memerihalkan tentang kaedah
PdP yang sesuai, telah banyak kajian yang
mencadangkan pendekatan bermain sebagai salah satu strategi PdP yang berkesan
untuk
murid prasekolah. (Sharifah Nor & Alizah, 2011; Zakiah, Azlina & Yeo, 2013,
Ramlah,
2013; Haslinda, 2015; Aimi Najlaa & Faridah, 2017; Auni Bazilah & Mohd Jasmy,
2019).
Kajian-kajian tersebut menunjukkan perkembangan kanak-kanak sangat dipengaruhi
oleh
faktor-faktor seperti persekitaran, ibu bapa, dan guru. Memandangkan pengalaman
awal
persekolahan memainkan peranan penting sebagai asas kemajuan akan datang, kaedah
bermain adalah penting kerana membolehkan kanak-kanak memanipulasi alat
permainan dan melihat keputusannya (Piaget, 1951). Kaedah bermain antara guru
dengan kanak-kanak menyediakan persekitaran yang semula jadi dalam membantu
perkembangan kanak-kanak. Walaupun kaedah bermain dilihat sebagai salah satu
pendekatan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak prasekolah, namun
faktor sikap dan motivasi guru juga memainkan peranan terhadap pelaksanaan kaedah
tersebut, tetapi kedua-dua aspek ini belum diterokai dalam konteks kaedah bermain.
Kajian Ainun Rahmah, Zamri dan Wan Muna Ruzanna (2017) menunjukkan
pembelajaran abad ke-21 banyak memberi kesan positif kepada sikap, motivasi,
pencapaian pelajar ketika mempelajari Bahasa Melayu, tetapi kajian terhadap sikap
dan motivasi guru dalam melaksanakan strategi pengajaran yang kreatif dan berkesan
masih belum dijalankan dengan meluas. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk
meninjau sikap dan motivasi guru terhadap pelaksanaan pendekatan bermain, dan
sejauhmana pelaksanaan kaedah bermain ini dalam pengajaran Bahasa Melayu
terhadap murid prasekolah. Dalam kajian ini, sikap dan motivasi guru prasekolah
akan menentukan pelaksanaan kaedah bermain di dalam bilik darjah agar memberi
pengalaman yang konkrit kepada murid prasekolah. Segala pengalaman yang
diperolehi murid dapat diserap dan diubahsuai berdasarkan pengalaman sedia ada
terutamanya setelah guru melaksanakan pendekatan bermain dan seterusnya
membantu penguasaan Bahasa Melayu murid prasekolah. Menurut Teori
Perkembangan Kognitif (TPK) oleh Piaget (1951), dapatan kajian ini menunjukkan
hipotesis yang terdapat dalam TPK memberi implikasi kepada kajian ini. TPK
menekankan proses mental dalam pembelajaran kanak-kanak prasekolah. Oleh itu,
pengajaran mesti dalam keadaan santai dan selari dengan fitrah kanak-kanak yang
belajar
melalui bermain. Atas dasar ini, dapatan ini menunjukkan guru yakin dan optimis
terhadap pelaksanaan pendekatan bermain dalam PdP Bahasa Melayu murid
prasekolah. Ini juga mendorong guru bersikap positif dan bermotivasi dalam
melaksanakan pendekatan bermain. Oleh itu, aktiviti atau pedagogi berasaskan
bermain yang diaplikasikan secara berstruktur dapat membantu penguasaan Bahasa
Melayu murid prasekolah. Justeru, pedagogi berasaskan bermain dalam peringkat
prasekolah perlu diperkasakan untuk membentuk daya saing kanakkanak dari segi
pengetahuan dan kemahiran (Zakiah & Mohamad Kamis, 2016).
Cara pengajaran dan pembelajaran aktif dan kolaboratif mewujudkan kesesuaian
strategi pembelajaran kepada pelajar masa kini. Untuk lebih berkesan, guru harus
menggunakan gabungan strategi atau pendekatan pembelajaran seperti perbincangan
dan projek kumpulan kecil, persembahan dan perdebatan dalam kelas, latihan dan
pengalaman pembelajaran di dalam dan di luar kelas, serta simulasi dan kajian kes.
Pelajar masa kini menghadapi sebuah dunia yang mengalami ledakan dan
perkembangan ilmu pengetahuan yang pesat, mereka lebih berasa bimbang dan
bersikap defensif.. Keperluan untuk berasa selamat perlu dipenuhi sebelum keperluan
bagi mencapai sesuatu, mengambil risiko dan meneroka sesuatu yang baru dapat
dilakukan. Salah satu cara untuk berasa selamat dan terjamin adalah dengan
mempunyai keperluan berhubung dengan orang lain dan berasa kehadirannya diterima
dalam sesebuah kumpulan. Perasaan bahawa kehadiran seseorang pelajar itu diterima
dalam sesuatu kumpulan pelajar, membolehkan pelajar tersebut menghadapi cabaran
yang mendatang. Apabila seseorang individu belajar dengan orang lain dan bukan
seorang diri, individu tersebut mempunyai sokongan emosi dan juga intelek yang
membolehkan individu tadi menjangkau lebih jauh daripada peringkat pengetahuan
dan kemahiran yang sedia ada pada diri individu tersebut (Silberman 1996).
Meletakkan seseorang pelajar ke dalam sekumpulan pelajar dan memberikan tugas
kepada mereka, memerlukan kerjasama antara satu sama lain di kalangan pelajar yang
menganggotai kumpulan tersebut untuk menyelesaikan tugasan yang diberi. Dengan
cara ini, peluang untuk memenuhi keperluan pelajar bersosial telah dibentuk. Pelajar
cenderung memberikan tumpuan kepada pembelajaran kerana mereka melakukan
tugasan bersama-sama rakan di dalam sesebuah kumpulan pembelajaran. Sesudah
terlibat dalam sesuatu projek, kumpulan tersebut merasakan perlu bercakap tentang
pengalaman pembelajaran yang dilalui oleh mereka kepada individu dan kumpulan
pelajar yang lain, ini membawa kepada perkembangan hubungan sesama rakan yang
lain dalam sesebuah bilik darjah (Harmin 1994). Aktiviti pembelajaran kolaboratif
mendorong kepada pembelajaran aktif. Walaupun pembelajaran secara bebas dan
pengajaran kelas penuh juga merangsang pembelajaran aktif ini, namun keupayaan
guru mengajar melalui aktiviti kerjasama kumpulan kecil membolehkan pembelajaran
aktif dijalankan dengan lebih berkesan (Silberman 1996). Apa yang dibincangkan
oleh pelajar dengan rakan lain dan apa yang diajarkan oleh pelajar kepada pelajar lain
membolehkan meraka memahami dan menguasai pembelajaran. Kaedah pembelajaran
kolaboratif yang paling baik, seperti kaedah susun suai gambar yang melibatkan
kumpulan pelajar bukan sahaja menggalakkan pelajar belajar bersama-sama malah
menggalakkan mereka mengajar satu sama lain.
Keberkesanan pembelajaran aktif boleh dilihat daripada ciri-ciri yang terdapat dalam
pembelajaran aktif yang berpusatkan pelajar. Ciri-ciri tersebut antaranya seperti kerja
berkumpulan, kepentingan bekerjasama, pembelajaran yang berpusatkan bahan atau
sumber pendidikan, ketanggungjawaban pelajar di atas pembelajaran mereka, guru
sebagai fasilitator, pelajar mengeluarkan idea dan kerja sendiri, kemahiran proses idea
dihargai, disiplin diri, pelajar sebagai sumber pengetahuan dan idea, pelajar terlibat
dalam perancangan kurikulum, pelajar melibatkan diri dalam pembelajaran dan
terdapat berbagai kaedah pengajaran digunakan Ini berbeza dengan pembelajaran
pasif yang berpusatkan guru yang mana antara ciri-cirinya adalah seperti berikut guru
sebagai pendedah maklumat, mementingkan pertandingan, pengajaran seluruh kelas,
guru bertanggungjawab ke atas pembelajaran pelajar, guru menyediakan pengetahuan,
pelajar dilihat sebagai `tin kosong’ yang perlu diisikan, pengetahuan mata pelajaran
diutamakan, peranan guru tinggi, pelajar merasa tertekan, guru menentukan
kurikulum,pelajar pasif, dan kaedah dan aktiviti pembelajaran yang terhad.
Hasil kajian menunjukkan bahawa pembelajaran awal matematik dalam topik
pengalaman pranombor dengan menggunakan modul belajar melalui bermain
memberi kesan yang positif terhadap kefahaman kanak-kanak. Hasil perbandingan
menggunakan ujian-t sampel-sampel berpasangan pada aras keertian 0.05 antara
kumpulan eksperimen (pengajaran yang menggunakan modul belajar melalui
bermain) dengan kumpulan kawalan (pengajaran biasa) menunjukkan kumpulan
eksperimen memperoleh skor yang lebih tinggi secara signifikan berbanding dengan
kumpulan kawalan. Keputusan kajian ini menunjukkan terdapat peningkatan yang
signifikan terhadap kefahaman kanak-kanak dalam topik pengalaman pranombor. Hal
ini dapat menjelaskan bahawa kanak-kanak yang mengikuti proses pengajaran dan
pembelajaran awal matematik dengan menggunakan modul belajar melalui bermain
lebih faham tentang konsep pengalaman pranombor berbanding kanak-kanak yang
mengikuti pengajaran biasa. Dapatan kajian ini telah berjaya menyokong kenyataan
Bodrova dan Leong (2001, 2003), Bruce (2001), Owocki (1991), dan Sawyers dan
Rogers (1998) yang sebelum ini menjelaskan bahawa pendekatan belajar melalui
bermain dapat meningkatkan perkembangan kognitif kanak-kanak. Hal ini demikian
kerana, pelaksanaan main kognitif secara koperatif atau berkumpulan dalam kalangan
kanakkanak prasekolah bukan sahaja dapat menggalakkan perkembangan sosial
malah perkembangan kognitif juga. Dapatan ini menyokong pendapat Skemp (1989)
yang menekankan bahawa pembelajaran matematik kanak-kanak memerlukan 95
peratus pembelajaran bermakna dan hanya 5 peratus sahaja pembelajaran berbentuk
hafalan. Menurutnya lagi, penguasaan konsep awal matematik kanak-kanak
berkembang melalui pengalaman hands-on dan aktiviti-aktiviti yang bermakna.
Pengalaman hands-on dan aktiviti yang bermakna ini boleh diperoleh melalui aktiviti
bermain yang dilaksanakan di dalam atau di luar bilik darjah. Malah usaha yang
dilakukan oleh pengkaji juga disokong oleh kenyataan Kamii dan Yasuhiko (2006)
yang menerangkan bahawa aktiviti bermain adalah lebih baik berbanding penggunaan
lembaran kerja yang diberikan kepada kanak-kanak. Hal ini kerana, dalam bermain
kanak-kanak diberi rangsangan dan merangsang tindak balas pada waktu itu juga.
Kajian tentang pendidikan awal kanak-kanak telah menitik beratkan persekitaran
pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak yang perlu menyediakan aktiviti bermain
sambil belajar supaya kanak-kanak dapat meneroka, menyiasat dan menyelesaikan
masalah secara bersama-sama (Broadhead, 2004). Aktiviti bermain ini dilihat
kongruen dengan prinsip konstruktivisme yang menganjurkan pengajaran dan
pembelajaran yang melibatkan ‘hands-on’ dan ‘minds on’. Sepertimana yang
dijelaskan oleh Nutbrown (1994), aktiviti bermain yang disediakan kepada kanak-
kanak sebenarnya memberi ruang kepada mereka membina kefahaman tentang alam
semula jadi hasil gabungan daripada keseronokan, pengalaman sendiri dan skemata
yang timbul. Di akhir pembelajaran, kanak-kanak menjadi lebih berkemahiran dalam
membina keperluan dan kefahaman sendiri melalui persekitaran pembelajaran yang
menyokong dan sesuai. Sehubungan dengan itu, hasil kajian juga menunjukkan
terdapat peningkatan skor min ujian kefahaman pengalaman pranombor sebanyak
1.16 dalam kalangan kanak-kanak yang berada dalam kumpulan kawalan. Dapatan ini
menjelaskan bahawa kaedah pengajaran biasa juga menunjukkan peningkatan
terhadap kefahaman pengalaman pranombor kanak-kanak. Walau bagaimanapun,
dapatan menunjukkan kesan peningkatan yang sedikit dalam kumpulan kawalan
berbanding modul belajar melalui bermain yang telah diaplikasikan oleh kumpulan
eksperimen. Hal ini berlaku mungkin disebabkan oleh pendekatan pengajaran yang
digunakan oleh guru dalam kumpulan kawalan kurang efektif berbanding pendekatan
belajar melalui bermain yang diaplikasikan oleh kumpulan kawalan. Dapatan ini
dapat menyokong kepada kenyataan Dopyera dan Dopyera (1993) iaitu kaedah
pengajaran untuk kanak-kanak tidak terhad kepada bidang akademik sahaja, semua
jenis pengalaman perlu disediakan dengan menyediakan aktiviti hands-on yang
melibatkan bahan-bahan maujud sebagai asas kepada pemikiran abstrak. Menurutnya
lagi, pembelajaran kanak-kanak perlu berfokus kepada pembinaan konsep melalui
persekitaran fizikal dan sosial. Oleh sebab itu Moyles et. al (2002) menjelaskan
bahawa kualiti pembelajaran kanak-kanak sebahagian besarnya bergantung kepada
kebolehan dan kemampuan guru dalam menggalakkan perkembangan dan prestasi
pencapaian serta mengenal pasti keberkesanan bahan-bahan yang disediakan sewaktu
proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian ini memberi implikasi kepada guru-
guru prasekolah supaya berusaha melaksanakan pendekatan belajar melalui bermain
dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak khususnya dalam
pembelajaran awal matematik.

Anda mungkin juga menyukai