Anda di halaman 1dari 4

SENI AKAN BERKUBUR

Melihat sebanyak mana lukisan sebenarnya membantu kita melihat bentuk-bentuk yang sebahagiannya menjadi terapi. Tumpuan dan pemerhatian ketika melihat lukisanlukisan yang dipamerkan merupakan sebahagian dari cebisan hidup. Apa yang dilihat itu jika memberi kesan pada mata dan hati ia boleh mengubat jiwa yang merana. Namun bukan semua lukisan boleh diterima sebagai seni terapi pengubat jiwa. Ianya bergantung kepada pembuat seni sama ada menghasilkan karya seni untuk tujuan seni semata atau sebaliknya. Kesedaran ini boleh digambarkan melalui seni kerana pembuat seni yang menentukannya. Apa yang digambarkan dalam lukisan itu membawa kepada rasa sedar, insaf yang sudah memadai untuk mengubat jiwa manusia yang resah. Di samping mengkagumi keindahan bentuk , jalinan yang disusun, olahan warna harmoni dan yang penting ada pemerhati yang mencari seni untuk penawar hidup. Seni menjadi paparan bagi mengisi ketenangan waktu. Leong menghabiskan masa sepanjang tengahari. Sementara menunggu kuliah di sebelah petangnya beliau berlegar-legar di City Art Gallery, Birmingham Institut Barber. Benar kata-kata yang seni itu serba kemungkinan. Karya seni dapat merawat jiwa juga menjadi pelarian escapism. Sesingkat masa Leong di dalam galeri itu sebenarnya mencuri waktu yang panjang. Tidak terasa hampir 2 jam dia melihat satu demi satu karya yang ada. Leong rasa bersendirian dan sunyi sekali. Satu paranoid menyerang dirinya. Satu demi satu lukisan itu memerhatinya sebagai spesis yang berada dalam dunia lain. Begitu muram, sepi dan terasing. Terdetik dalam dirinya, kenapa saya seorang sahaja bersendirian dalam galeri ini? Leong seperti berada dalam sebuah ruang yang menanti kematian. Mati yang menjemputnya secara perlahan-lahan.

Jika galeri di Birmingham ini sunyi dan kurang pengunjung tentu nasib yang sama dialami di Coventry, Leeds, Nottingham, Bolton, Southampton, Newcastle dan Liverpool. Semuanya menanti saat kematian. Di mana masa depan karya-karya old master? Semuanya akan digantikan dengan fotografi. Majlis gilang gemilang di galeri seni dengan seni foto dan lukisan akan terkubur. Pameran fotografi menggantikan pameran lukisan dan galeri kembali meriah. Sebahagian karya akan diambil oleh tuan patron yang tamak untuk didagangkan ke tempat lain yang percaya dan yakin di tempat lain ada golongan elit yang mampu membelinya. Peranan muzium sudah pudar, hilang kemeriahannnya, menjadi pasif. Diyakini masa akan datang lebih kurang 10 tahun lagi minat orang melihat hasil seni menjadi pudar. Orang sudah beralih minat kepada hal-hal lain. Hanya ada konklusi yang logik untuk menjawab kenapa kita perlu berkunjung ke galeri seni. Sama ada berkunjung seminggu sekali atau bermusim. Itu akan terjawab suatu hari nanti. Beberapa pengarah muzium dan galeri telah dipersalahkan kerana gagal menceliksenikan masyarakat. Masyarakat tidak dididik dalam jangkamasa pendek bagi mengagumi karya-karya seni. Terdapat segelintir pengarah yang berani sahaja dapat merombak galeri menjadi tempat untuk artis berkarya seperti suatu taman tema. Dibukanya ruang muzium sebelah luar menjadi bazar seni. Siang dan malam sentiasa dikunjungi orang. Pintu yang ada perlu dibuka atau dibuang terus dan melaungkan kata-kata, Datang dan lihat benda yang mengagumkan ini. Ia tidak merugikan anda dan tiada sesen pun yang merugikan anda atau membazirkan masa anda. Masa untuk bersama menikmati seni itu muncul kembali. Boleh menjadi renungan bersama dari kegagalan dan pengalaman lampau. Satu generasi ke generasi baru, seni itu boleh dipupuk menjadi segar dan minat itu bukannya dipaksa-paksa. Memang ada di kalangan kita tidak ambil kisah dan tidak memperdulikan seni itu dalam kehidupan. Pergi matilah seni itu. Apa ada dengan seni. Selagi tidak memudaratkan sesiapa atau membahayakan keselamatan sesiapa. Golongan ini akhirnya akan menjadi golongan majoriti yang tidak mahu mendekatkan diri mereka dengan kesenian. Apabila ini terjadi nanti, seni itu akan hilang dari peredaran masa dan meninggalkan segala-galanya. Orang kenamaan, bangsawan, ahli koperat akan diguna untuk melariskan lukisan. Ahli politik akan meletakkan karya lukisan menjadi lambang perpaduan. Lukisan menyatupadukan masyarakat. Sampai di suatu generasi seni itu bangkit kembali dengan sendiri. Begitulah keadaan yang terjadi. Bahawa seni itu bukan seperti minuman kordial, ia bukan dinilai dari rasa manisnya.

Walau bagaimanapun seni bersama pengalaman mengajar kita menikmati sesuatu dengan kepuasan. Mendidik kita berfikir, bertanya, menyoal itu dan ini. Diyakini jika dibuat tinjauan ke atas kelompok kecil populasi dan bertanya hal yang sama dan jawapan yang sama diterima kami tidak pernah berkunjung ke mana-mana pameran seni. Masyarakat dengan citarasa dan hobi masing-masing. Satu bayaran yang cukup mahal untuk mendorong dan memujuk masyarakat menerima dan memahami seni. Sebahagian daripada mereka inginkan bersantai, menonton siri-siri menarik di kaca televisyen yang lebih menyeronokkan dari melihat objek, warna, serpihan itu ini yang memeningkan. Kami bukan golongan pemikir dan pentafsir yang boleh menginterpritasi simbol dan makna. Tiada suatu idea terlintas di fikiran apabila menatap suatu lukisan. Hanya yang boleh dipuji seperti cantik, emm..menarik, ohhhnampak realistik. Tidak payah peningpeningkan kepala menganalisis, membuat perbandingan, mentafsir ikut sudut kiri, kanan dan tengah. Bagi setengah pihak yang jika tak menarik dan tak cantik, itu bukan kami punya hal. Cuma sekadar melihat dan mengejek, menguntuk. Kalau mengkritik

yang di sebaliknya digolongkan sebagai menguntuk, beremosional, kurang ilmu apresiasi dan inilah gambaran masyarakat yang sering kita lihat. Apa yang dilihat, didengar, dibaca tentang seni bercanggah sama sekali dengan generasi yang berbeza pemikiran dan latarbelakangnya. Paling mudah elemen seni itu yang biasa dilihat, mudah difahami yang serupa dengan minda The Generation Game. Semuanya tersedia hanya perlu menekan butang dan ikut arahan yang diberi yang tidak melibatkan tahap pemikiran dan imaginasi yang tinggi. Sesiapa sahaja mampu melakukannya sambil bersantai. Sudah tentu menikmati seni dan berdepan dengan permainan eletronik melibatkan kelompok masyarakat yang berbeza tetapi secara majoritinya itulah sajian yang popular untuk semua lapisan masyarakat. Siapakah yang memerlukan seni itu? Ini adalah suatu kehidupan yang sebenar dan adakah seni itu menyibukkan dirinya dalam kehidupan? Jika di Malaysia nama jalan pun diangkat dari nama tokoh-tokoh politik. Nama jalan P.Ramlee, itupun ditimbang berkali-kali. Akhirnya nama Jalan Parry di KLCC ditukarkan nama P.Ramlee. Nama Saloma ada pada sebuah restoran dan yang lain-lainnya belum lagi. Tunggulah nanti nama jalan Piyadasa, Ibrahim Hussein, Ismail Zain, Abdullah Ariff, Yong Mun Seng dan lain-lain lagi. Tak dapat nama jalan, nama lorong pun boleh dianggap bermaruah. Dua jam berlalu. Bagi Leong suatu lamunan. Dailognya bersama diri dan hatinya tentang seni tak sampai ke mana. Kosong belaka. Bermain dalam fikiran Leong yang lebih penting, Aku perlu habiskan Phd dalam masa terdekat ini. Leong bergegas mencari pintu keluar. Kuliah petang ini bertajuk The Image as Reflection-What We Think About When We Look At Art yang disampaikan oleh Profesor Alberto, satusatunya profesor yang tahu bila hendak membangunkan pelajarnya dari tidur, supaya seninya tidak berkubur.

Anda mungkin juga menyukai