Anda di halaman 1dari 2

Teori-Teori Kaunseling

Teori Pemusatan Perseorangan (Humanistik)

Teori ini dipelopori oleh Carl Rogers pada tahun 1930.


Beliau dilahirkan dalam keluarga yang berdisiplin, beragama dan bermoral

tinggi.
Beliau melanjutkan pelajaran ke Teachers College, Colombia Universiti dan
mendapat PHD pada tahun 1928.

Pandangan Carl Rogers terhadap Manusia

Manusia adalah baik, rasional, bersosial dan bertanggungjawab.


Manusia berkebolehan untuk membuat keputusan sendiri yang membawa

kepada kebebasan diri dan mampu berdikari.


Manusia juga mempunyai keupayaan untuk membina, bekerjasama, boleh

dipercayai, bersifat realistik dan sanggup bersosial.


Perasaan-perasaan negatif yang ada pada manusia seperti benci dan marah
mewujudkan akibat penafian keperluan seperti kasih sayang, keselamatan dan
penerimaan.

Andaian-andaian Teori Pemusatan Perseorangan terhadap Manusia

Konsep kendiri adalah persepsi tentang diri sendiri berdasarkan interaksi diri

dengan orang lain.


Individu bertingkah laku dalam bentuk yang boleh meningkatkan konsep

kendirinya.
Masalah-masalah berlaku kerana wujud konflik antara konsep kendiri dengan

pengalaman-pengalaman yang lalu.


Hanya dengan penerimaan dan penghormatan barulah individu akan bersedia
untuk berkongsi masalahnya.

Perwatakan Kaunselor dalam Teori Pemusatan Perseorangan.

Kaunselor merupakan orang yang layak membimbing dan menasihat orang lain
semasa mereka menghadapi masalah.

Terdapat tiga ciri pada seseorang kaunselor iaitu kongruen, tidak mengarah,

ketulenan, penerimaan positif tanpa syarat dan empati.


Kongruen iaitu kaunselor haruslah sentiasa bebas dan bersungguh-sungguh
untuk mengalami dirinya yang sebenar secara sedar dan bukannya bertopeng

dalam perhubungan dengan klien.


Tidak mengarah bermaksud sepanjang sesi kaunseling, kaunselor tidak akan
memberi nasihat atau menyoal sebaliknya kaunselor harus mendengar dengan

aktif dan memberi dorongan.


Ketulenan bermaksud kaunselor haruslah mempunyai identiti yang kekal
sepanjang sesi kaunseling dengan klien. Ciri-ciri yang perlu ada pada seorang
kaunselor adalah bersifat spontan, membuat perkongsian diri dan tidak terikat

dengan peranan.
Penerimaan positif tanpa syarat iaitu kaunselor mestilah menerima klien
mereka tanpa mengenakan apa-apa syarat. Kaunselor haruslah menerima klien

mereka sebagai manusia yang baik, bersosial, rasional dan bertanggungjawab.


Empati iaitu kaunselor akan cuba menyelami situasi sebenar yang dialami oleh
klien serta menghayati perasaan yang sedang dirasainya semasa menjalankan
sesi kaunseling. Mimik muka dan postur badan sangat penting dalam sesi
kaunseling dan ia membolehkan klien mewujudkan kepercayaan kepada
kaunselor dan mereka akan berasa selesa dan puas hati untuk meluahkan suara
hati mereka.

Anda mungkin juga menyukai