Anda di halaman 1dari 1

Pada era globalisasi ini, kita sering terdengar tentang masalah disiplin yang berlaku dalam

kalangan pelajar tidak kira sama ada di sekolah atau di luar sekolah. Pelajar pada masa kini
lebih mudah cenderung untuk melakukan sesuatu benda kerana teknologi maklumat yang
mudah didapati. Pada dunia yang moden ini, pelajar lebih mudah untuk mengetahui
pelbagai perkara dan mengaplikasikannya dalam kehidupan.

Antara masalah yang besar ialah apabila mereka terlibat dan terjebak dengan gejala negatif
yang semakin meruncing dan memberi masalah kepada orang ramai selain guru. Antara
masalah yang sering berlaku di sekolah ialah masalah disiplin dan masalah akademik.
Kedua-dua masalah ini merupakan isu dan cabaran bagi guru Bimbingan dan Kaunseling
untuk menyelesaikannya. Pada pandangan saya, guru Bimbingan dan Kaunseling mampu
menangani isu dan cabaran yang wujud di sekolah.

Guru Bimbingan dan Kaunseling merupakan seorang guru yang terlatih. Seorang guru telah
diajar cara untuk mengajar dan membimbing pelajar. Setiap guru telah diajar untuk
membentuk sahsiah pelajar dengan baik tidak kira sama ada guru matematik, bahasa
Melayu, sains dan sebagainya. Namun, guru Bimbingan dan Kaunseling perlu lebih pandai
untuk membimbing dan membentuk sahsiah pelajar kerana mereka telah dikhususkan untuk
bidang ini dengan lebih mendalam. Mereka lebih berpengalaman untuk menyelesaikan
segala masalah yang berlaku dalam sekolah kerana tugas mereka memang berkait rapat
dengan menyelesaikan masalah, membimbing dan memberi kaunseling kepada warga
sekolah tidak kira pelajar , guru, tukang kebun atau orang lain. Dengan isu dan cabaran
yang mendatang, mereka akan cuba untuk mencari jalan bagi menyelesaikan masalah yang
dihadapi. Sebagai contoh, sekiranya seorang pelajar mengalami masalah disiplin seperti
buli, merokok atau apa sahaja, guru Bimbingan dan Kaunseling adalah antara orang yang
terawal yang akan dirujuk dahulu oleh pihak sekolah. Ini kerana, guru Bimbingan dan
Kaunseling mampu memberi bimbingan dan memberi kesedaran kepada pelajar yang
mengalami masalah tersebut berbanding guru lain kerana mereka lebih cekap dengan tugas
pengkhususan ini.

Seterusnya,

Anda mungkin juga menyukai