Anda di halaman 1dari 4

1.

PENGENALAN

Saban tahun pelbagai program direncanakan untuk meningkatkan aspek jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial di kalangan murid-murid SK Bandar Baru Sungai Buloh
(SKBBSB). Namun, pada tahun ini dunia dikejutkan dengan penyakit Covid 19 yang
memaksa seluruh dunia berada pada tahap berjaga-jaga. Kerajaan Malaysia turut
mengambil langkah dengan menutup beberapa sektor utama termasuk sektor pendidikan
bagi membendung wabak Covid 19. Unit Bimbingan Kaunseling (Qamar Aura)
SKBBSB saban tahun berusaha dan seringkali melakukan penambahbaikan dalam
melaksanakan program-program yang bersesuaian kepada murid-murid SKBBSB. Oleh
yang demikian, Unit Qamar Aura telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan program
secara dalam talian bersesuaian dengan situasi yang sedang melanda negara kita pada
ketika ini. Adalah menjadi harapan besar pihak sekolah dengan pelaksanaan program
berfokus ini ia merupakan satu lagi usaha berterusan membimbing dan membantu murid-
murid untuk bersama-sama melangkah ke arah kecemerlangan seterusnya melonjakkan
sekolah dalam peningkatan kecemerlangan.

2. OBJEKTIF
 Murid boleh melakukan aktiviti yang berfaedah semasa di rumah.
 Memperkenalkan murid-murid kepada aktiviti atas talian.
 Merangsang murid-murid untuk mencuba sesuatu yang baharu.

3. MATLAMAT
 Meningkatkan minat murid dalam mencuba sesuatu yang baharu dengan
perkembangan teknologi yang moden.
 Memperkenalkan murid-murid kepada kerjaya berasaskan Industri Revolusi 4.0.
 Mewujudkan budaya belajar yang baharu sesuai dengan peredaran zaman.

4. SASARAN
 Terbuka kepada semua murid Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buloh.
 20 pemenang terbaik akan dipilih.
5. TEMPAT
 Rumah masing-masing

6. TARIKH/MASA
 21 – 31 Mei 2020

7. AHLI JAWATANKUASA
Penasihat : En. Saffie b Ismail ( Guru Besar)
Pengerusi : Pn. Hainon bt Md Yusuf ( GPK HEM )
Timbalan Pengerusi : Pn. Che Haslina bt Che Abdul Hadi (GPK Pentadbiran)
: Pn. Normala Roseliza bt Shamsuri ( GPK Kokurikulum)
: En. Zayyat Aqbal b Abdul Rahman (GPK Petang)
Penyelaras : Pn. Zarina bt Sana (GBKSM)
Setiausaha : En. Amirul Amin b Sa’aroni(GBKSM)
AJK : Penyelaras tahun 6
: Penyelaras tahun 5
: Penyelaras tahun 4
: Penyelaras tahun 3
: Penyelaras tahun 2
: Penyelaras tahun 1
8. ANGGARAN PERBELANJAAN (20 orang pemenang)

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH


1 Murid tahun 6 4 RM 200
4 terbaik × Hamper (RM 50)
2 Murid tahun 5 4 RM 200
4 terbaik × Hamper (RM 50)
3 Murid tahun 4 3 RM 150
3 terbaik × Hamper (RM 50)
4 Murid tahun 3 3 RM 150
3 terbaik × Hamper (RM 50)
5 Murid tahun 2 3 RM 150
3 terbaik × Hamper (RM 50)
6 Murid tahun 1 3 RM 150
3 terbaik × Hamper (RM 50)
JUMLAH KESELURUHAN RM 1000.00

9. PERUNTUKAN KEWANGAN
 Peruntukan PCG Kaunseling

10. PENUTUP
Adalah diharapkan dengan adanya Program Kad Raya Digital ini dapat memberi pendedahan
awal kepada murid tentang perkembangan digital dunia zaman kini. Pelaksanaan program
sebegini amatlah penting terutama “MELENGKAPKAN DIRI MURID” dengan pelbagai
bentuk ilmu pengetahuan yang sesuai dengan perkembangan dunia pada masa kini. Di
samping itu, dengan adanya program sebegini murid-murid dapat memahami kepelbagaian
aktiviti yang boleh dilakukan dengan menggunakan teknologi moden seperti telefon pintar.
Peserta boleh mengisi masa lapang sewaktu berada di rumah dengan melakukan aktiviti yang
berfaedah di samping meneroka sesuatu yang baharu. Justeru itu, amat bertepatan program ini
dilaksanakan sebagai salah satu usaha berterusan untuk pembangunan diri murid SK Bandar
Baru Sungai Buloh.

Disediakan Oleh: Disemak Oleh:

………………………… …………………………
(En. Amirul Amin Bin Sa’aroni) (Pn. Hainon bt Md Yusuf)
Guru Kaunseling GPK Hal Ehwal Murid
SK Bandar Baru Sungai Buloh SK Bandar Baru Sungai Buloh

Disahkan Oleh:

…………………………………
(En. Saffie b Ismail)
Guru Besar
SK Bandar Baru Sungai Buloh

Anda mungkin juga menyukai