Anda di halaman 1dari 8

ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

1.0 Pengenalan…………………………………………………………………. 2

2.0 Aplikasi Teori Konfusius………………………………………………… 3

3.0 Kesimpulan………………………………………………………………… 7

RUJUKAN

LAMPIRAN

1
APLIKASI TEORI KONFUSIUS TERHADAP INSTRUMEN DI DALAM KAJIAN KES
“DAYA KREATIVITI KANAK-KANAK” DALAM PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN
KAUNSELING

OLEH:

MOHAMAD ZULHELMI BIN BOLHASAN

1.0 Pengenalan

Menurut Muhd Mansur Abdullah dan Siti Nordinar Mohd. Tamin (1993) mengatakan
kaunseling adalah sebagai satu proses membantu dan menolong seseorang itu melihat
dan mengenali dirinya sendiri, permasalahan yang dihadapinya serta kemahuan dan
kehendaknya. Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling adalah suatu perkhidmatan
pertolongan sukarela kepada setiap murid untuk mengenali diri dan potensinya supaya
dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, membina keyakinan diri, supaya menjadi
manusia yang berguna kepada diri sendiri, keluarga agama, bangsa dan negara.
Manakala, bimbingan pula merupakan satu proses memberi pertolongan kepada individu
ataupun sekumpulan individu melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran, ceramah, sesi
dialog atau demonstrasi. Perkhidmatan atau proses bimbingan boleh dilakukan oleh
sesiapa sahaja yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam bidang yang
dibimbingnya. Oleh itu, pendekatan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling diwujudkan
kepada empat pendekatan iaitu pendekatan pencegahan, pendekatan perkembangan,
pendekatan pemulihan dan pendekatan krisis. Fokus utama yang digariskan adalah
kepada pendekatan pemulihan dimana guru bimbingan dan kaunseling memberikan
tumpuan kepada masalah yang telah dikenalpasti dari semasa ke semasa. Maka, langkah
mengatasinya perlu dijalankan supaya pelajar dapat mengubah perlakuan bagi
mengelakkan masalah yang lebih teruk berlaku kepada peristiwa krisis.

Menurut Jalaludin (2014) Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di dasari oleh teori-
teori kaunseling yang diperkenalkan oleh tokoh-tokoh kaunseling seperti Sigmund Freud
dengan teorinya, Psikoanalisis, Albert Ellis dengan teorinya REBT, William Glasser
dengan terapi Realiti dan banyak lagi tokoh-tokoh yang lain. Namun, Pendekatan
Bimbingan dan Kaunseling ini juga boleh dilaksanakan menggunakan teori-teori
pembelajaran. Drisoll (1994) menghuraikan bahawa pembelajaran adalah satu proses
perolehan ilmu pengetahuan melalui pengalaman, membuat penerokaan, mendapat
latihan sehingga berlaku perubahan tingkah laku dalam diri pelajar. Oleh itu,
pembelajaran adalah satu proses yang mengubah keadaan, sikap, pengetahuan manusia

2
melalui pengalaman. Maka, teori pembelajaran merupakan satu pendekatan ataupun
jalan yang telah dibuktikan melalui kajian yang sistematik dan boleh dipercayai untuk
membentuk atau mengubah sesuatu perlakuan individu. Sebagai contoh, antara teori
pembelajaran yang diaplikasikan pada masa kini adalah seperti teori pembelajaran
behavioris, teori pembelajaran sosial, teori pembelajaran kognitif, pendekatan Imam Al-
Ghazali dan pendekatan Confucius.

Teori Konfusius

Konfusius2 lahir pada tahun 551 SM di sebuah Negara kecil, Lu, yang terletak di daerah
yang sekarang dikenal sebagai Shantung di China bagian timur. Dalam sejarah China,
Konfusius adalah negarawan besar, pemikir besar, dan juga seorang pendidik. Konfusius
telah memberikan pengaruh yang sangat besar dalam kehidupan masyarakat, khususnya
China. Etika dan moral mempengaruhi pemikiran-pemikirannya, termasuk juga
pemikirannya mengenai pendidikan. Di mata masyarakat China kecendekiawanan
Konfusius tidak diragukan lagi. Mereka menghormatinya sebagai pelindung dan teladan
bagi semua golongan sarjana. Pendidikan di China mendapatkan tempat yang sangat
penting sejak berabad abad sebelum masehi kini. Teori ini menekankan terhadap
pembentukan nilai murni dan pembelajaran secara tidak formal bagi mendidik calon
pegawai kerajaan china. Selain itu, teori ini juga sangat percaya terhadap tingkah laku
manusia secara semulajadi adalah amat positif dan manusia adalah agen kepada
kebajikan.
Pengasas teori Konfusius merupakan orang pertama dalam sejarah Cina yang
memberi pelajaran kepada murid dalam jumlah yang besar. Muridnya berjumlah ribuan
orang, dan beberapa puluh di antara mereka menjadi pemikir dan sarjana termasyur di
China. Teori pembelajaran konfusius menekankan pengalaman sendiri yang dialami oleh
pelajar dan sangat mementingkan penanaman nilai moral dalam kehidupan para pelajar.
Melalui teori ini juga tingkah laku manusia yang berlaku di anggap sebagai sesuatu yang
semulajadi dan baik. Hal ini kerana, konsep teori konfusius sangat percaya terhadap alam
semulajadi yang bersifat baik serta positif dan yakin manusia boleh berubah untuk
menjadi lebih positif.

3
2.0 APLIKASI TEORI KONFUSIUS

Abin Syamsuddin Makmun (2005) pendidikan harus mudah dan mampu dipelajari oleh
semua orang yang mencarinya, sebenarnya mengikuti gagasan bahwa semua manusia
dilahirkan sama, dalam arti bahwa setiap manusia mempunyai kemampuan bawaan untuk
berkembang menjadi orang pandai. Konfusius diyakini sebagai orang pertama di Cina
yang menerima prinsip ini. Ia lebih tertarik pada hasrat muridnya untuk belajar daripada
status sosial mereka, dan kebanyakan muridnya berasal dari latar belakang kelas bawah.
Hal ini membuktikan teori konfusius menekankan nilai penerimaan tanpa syarat sama
seperti di dalam teori humanistik. Perkara ini dikaitkan dengan instrumen kajian kes di
dalam artikel ‘Daya Kreativiti Kanak-kanak’. Pengaplikasian nilai penerimaan pendapat
dan kepelbagaian respon daripada murid terhadap pembelajaran dan ckaedah yang
digunakan dalam proses P&P dijalankan. Setiap murid mempunyai pandangan tersendiri
terhadap pemerhatian yang dibuat serta penerimaan yang pelbagai walaupun teknik yang
sama telah digunakan oleh pengkaji.

Menurut Melati Sumari (2014) teori konfusius sangat percaya terhadap para pelajar
untuk mencari sendiri nilai dan memberi kebebasan terhadap memilih teknik belajar yang
sesuai terhdap dirinya. Dalam teori konfusius guru bertindak sebagai pembimbing untuk
menentukan hala tuju pelajaran di samping memberi idea umum bagi pelajar supaya
mampu membina pengetahuan di luar bilik darjah dengan sendiri. Begitu juga dalam
meningkatkan daya kreativiti kanak-kanak, guru harus bertindak sebagai fasilitator dan
memberi kebebasan terhadap pelajar untuk melakukan proses pembelajaran selagi mana
tidak terpesong jauh daripada objektif sebenar pembelajaran yang di tetapkan (Drisoll,
1994). Selain itu, penekanan pembelajaran diluar bilik darjah juga amat penting dalam
membina kreativiti kanak-kanak. Hal ini kerana, melalui pendekatan yang digariskan oleh
konfusius pembelajaran berlaku dengan lebih efektif melalui pengalaman sebenar dan
pembelajaran yang tidak formal berlaku di persekitaran kanak-kanak tersebut. Dari itu,
sebagai kaunselor yang menjalankan proses pemulihan dan bimbingan harus merangka
anktiviti yang bersifat “hands on” agar klien mampu membina pengalaman baharu dan
mencipta celik akal dengan cepat.

4
Konfusius sangat menekankan kemahiran psikomotor dan melalui pendekatan teori ini
juga gemar menggunakan unsur seni seperti puisi, muzik dan tarian sebagai elemen di
dalam proses pembelajaran yang berlaku. Hal ini kerana,menurut Brophy, J. E. & Willis,
S. L. (1981) daya kreatif kanak-kanak boleh dibina melalui pengalaman sebenar pelajar
melakukan aktiviti yang bersifat kesenian seperti mengingat menggunakan nyanyian,
pembelajaran berunsurkan muzik dan pergerakan kreatif dengan dibimbing oleh guru
yang mengajar. Perkara ini juga diterapkan di dalam sesi bimbingan dan kaunseling bagi
memberi kepelbagaian terhadap pendekatan seperti bimbingan kelompok agar klien yang
menjalani sesi tidak mudah merasa bosan dan mampu untuk meluahkan perasaan melalui
kaedah terapi muzik dan pergerakan. Pendekatan ini juga sesuai dilakukan di dalam kelas
dan bimbingan kerana bersifat belajar sambil bermain. Menurut Haliza Hamzah. & Noy
Nesamalar (2016) pendekatan menggunakan muzik telah digunakan oleh pengkaji untuk
menguji daya kreativiti pelajar untuk mengimbas semula perkara yang telah dipelajari dan
pembinaan semula pengetahuan baru di dalam diri kanak-kanak. Selain itu, psikomotor
juga di latih melalui permainan yang dimiliki oleh kanak-kanak bagi meningkatkan kreativiti
mereka terhadap penyelesaian masalah seharian mereka. Pendekatan ini boleh
dilaksanakan melalui terapi yang bersifat kesenian untuk menjadikan sesi bimbingan
menjadi lebih kondusif dan menarik, disamping kaunselor berpeluang menganalisis klien
dengan lebih mendalam bagi membantu dalam meningkatkan kreativiti untuk
menyelesaikan masalah.

Seterusnya, bagi meningkatkan keberkesanan perkhidmatan bimbingan kaunseling


dan proses pembelajaran berlaku, teori ini menekankan murid dilatih untuk berkongsi ilmu
yang dimiliki kepada orang lain. Hal ini kerana, melalui pendekatan konfusius menekankan
murid yang telah mempelajari ilmu dengan mahir dikehendaki berlatih untuk mengajarkan
dan menyebarkan ilmu berkenaan. Hal ini, akan meningktkan kreativiti pelajar seperti di
dalam kajian kes berkenaan murid berkongsi pengalaman mereka tentang kehidupan dan
pandangan melalui penceritaan semula instrumen dengan cara mereka tersendiri.
Menurut Mohd Hazim Mokhtar (2016) perkara ini akan melatih murid agar lebih aktif dan
kreatif untuk menyampaikan maklumat serta berpeluang mengukuhkan ilmu pengetahuan
mereka melalui mengajar dengan orang lain. Konsep ini amat ditekankan di dalam teori
konfusius kerana murid yang telah mahir di arahkan menyebarkan pengetahuan kepada
orang lain agar semua orang di dalam dunia mampu memiliki ilmu yang sama dan
menggalakan perkembangan ilmu berlaku. Perkara ini, adalah salah satu kaedah yang
baik untuk dilaksanakan di dalam bimbingan kelompok supaya kanak-kanak itu sendiri
berinteraksi sesama sendiri serta memberikan nasihat kepada orang lain berdasarkan
pengalaman yang dimiliki oleh dirinya sendiri (Zuraidah Abdul Rahman, 2004).

5
Dalam teori konfusius juga sangat menekankan pembinaan nilai moral serta tingkah
laku yang positif di dalam kehidupan seharian manusia. Hal ini ditunjukan melalui konsep
teori ini terhadap tingkah laku manusia bersifat semulajadi adalah baik dan suka terhadap
keindahan. Dalam meningkatkan kreativiti kanak-kanak, nilai moral amat penting bagi
memastikan kemenjadian individu yang syumul, tidak hanya tertumpu kepada keupayaan
berfikir semata-mata tetapi mampu menjalinkan hubungan sosial yang positif dan
melaksanakan perkara yang positif (Norliza Jaafar, 2014). Perkara ini boleh dijalankan
melalui penerapan nilai melalui penceritaan dalam kaedah bercerita, muzik yang
dinyanyikan dan pergerakan yang berunsurkan kesopanan dan mempunyai maksud. Hal
ini kerana, kaedah belajar sambil bermain amat ditekankan di dalam proses P&P serta
bimbingan di dalam kaunseling. Penerapan nilai ini amat penting di dalam sesi bimbingan
oleh kaunselor kerana menurut teori konfusius perkara yang penting di dalam proses
pembelajaran adalah nilai kehidupan manusia yang positif. Penekanan teori ini terhadap
penerimaan manusia secara semulajadi harus dipraktik oleh kaunselor dalam membantu
klien supaya hubungan yang jelekit mampu dibina.

6
3.0 Kesimpulan

Pendekatan konfusius sangat mementingkan penerapan nilai moral di dalam kehidupan


manusia. Oleh itu, sebagai kaunselor yang kompeten, individu harus mempunyai
pengalaman yang lengkap dengan teknik yang pelbagai bagi membantu klien dalam
menanggani isu dalaman serta luaran (Zuraidah Abdul Rahman, 2004). Selain itu,
kaunselor harus bnyak memberikan klien kebebasan untuk mencari celik akal dan tidak
bersifat autokratik terhadap kehidupan klien. Penerimaan tanpa syarat juga amat
ditekankan dalam pendekatan ini kerana latar belakang dan isu yang dibawa oleh klien
harus diterima kaunselor dengan penuh kesediaan untuk membantu. Kesimpulannya,
kaunselor harus mempunyai sifat yang amat prihatin untuk membantu klien dengan penuh
semangat dan kaunselor menggunakan teknik yang menarik untuk menjadikan
perkhidmatan kaunseling menarik dan kondusif.

7
RUJUKAN

Abin Syamsuddin Makmun. (2005). Classroom management: Methods and techniques for
elementary and secondary teachers. Prospect Heights: Waveland Press.

Brophy, J. E. & Willis, S. L. (1981). Human development and behaviour. New York: St. Martin's
Press.

Devi. & Mazarina. (2016). Perilaku murid yang maladaptif di sekolah. Jurnal pendidikan, 14.

Drisoll. (1994). Educational Research: An Introduction. New York: Longman. Inc.

Haliza Hamzah. & Noy Nesamalar. (2016). Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku.
Selangor: Oxford Fajar.

Jamaludin Ahmad. (2014). Kaunseling Untuk Siapa?. Serdang: Universiti Putra

Melati Sumari et. al. (2014). Teori kaunseling dan psikoterapi. Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya.

Mohd Hazim Mokhtar. (2016). Budaya dan Pembelajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia.

Muhd Mansur Abdullah dan Siti Nordinar Mohd. Tamin. (1993). Pengantar Kaunseling. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Norliza Jaafar. (2014). Perkembangan Kanak-Kanak. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn.
Bhd.

Zuraidah Abdul Rahman. (2004). Pengenalan kaunseling kelompok. Selangor: IBS Buku.

Anda mungkin juga menyukai