Anda di halaman 1dari 23

ABSTRAK

Mata pelajaran Sains merupakan subjek yang menuntut ketekunan murid untuk menghafal dan
memahami banyak fakta, istilah, konsep, definisi, nama-nama saintifik, melabel dan sebagainya.
Satu kaedah yang sesuai dan menepati cita rasa dan kebolehan murid masa kini perlu dicari agar
proses pembelajaran berlaku dengan baik. Dalam kajian ini, penggunaan peta minda mudah
( Pemudah ) adalah sesuai ke arah memudahkan pembacaan serta memudahkan otak membuat
analisis untuk menghasilkan sesuatu yang bermakna. Reka bentuk kajian adalah secara kualitatif
dan kuantitatif. Seramai 4 orang murid Tahun 6 Mumtaz dari Sekolah Kebangsaan Taman Rakan,
Kajang telah dipilih sebagai responden kajian ini. Instrumen yang digunakan ialah Ujian Pra dan
Ujian Pos, pemerhatian, soal selidik, temu bual, hasil kerja murid dan lembaran kerja. Hasil
analisis data menunjukkan peningkatan pada nilai min ujian iaitu dari 71.25 kepada 100.
Berdasarkan analisis borang pemerhatian, soal selidik dan temu bual, penggunaan peta minda
( Pemudah ) berupaya meningkatkan kemahiran murid menghasilkan peta minda mengikut
kreativiti sendiri serta meningkatkan daya ingatan murid tentang tajuk sifat-sifat jirim.
Keputusan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan peta minda ( Pemudah ) berjaya dalam
meningkatkan ingatan murid dalam tajuk yang telah dipelajari.

ABSTRACT

1.0

PENDAHULUAN
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ( 1993 ) mendefinisikan pengajaran dan
pembelajaran berasal dari satu kata dasar yang sama iaitu ajar yang bermaksud
petunjuk yang diberikan kepada orang lain dan pengajaran bermaksud segala yang
berkaitan dengan mengajar atau mengajarkan seperti caranya, sistemnya dan lain-lain .
Pengajaran merupakan aktiviti dan tugasan yang diusahakan oleh guru dan para
pelajarnya. Pengajaran ini adalah dirancang secara sistematik dan teliti untuk
melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing,

menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi
memperoleh ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan.
Umumnya Pembelajaran merupakan proses memperoleh ilmu pengetahuan atau
kemahiran . Mengikut Robert M. Gagne ( 1970 ) dalam the Condition Of Learning,
pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat
dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan. Mengikut
Woolfolk ( 1980 ) dalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran dilihat
sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan
yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru.
Pembelajaran Sains sekolah rendah telah mengalami transformasi secara
berperingkat dari masa ke semasa untuk memenuhi keperluan guna tenaga profesional di
dalam bidang Sains dan teknologi di Malaysia. Isu kemerosotan minat para pelajar
terhadap bidang Sains di semua peringkat pendidikan sering menjadi isu utama yang
dibincangkan oleh pakar pendidikan di negara kita. Masalah ini dikatakan berpunca
daripada sikap para pelajar itu sendiri yang menganggap subjek Sains adalah subjek yang
sukar kerana banyak fakta dan konsep yang perlu diingati dan difahami.
Guru memainkan peranan yang penting untuk mengikis pandangan negatif para
pelajar terhadap mata pelajaran Sains bermula dari peringkat sekolah rendah. Proses
pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti supaya dapat menarik
minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains. Guru perlu mempelbagaikan kaedah
penyampaian supaya kemahiran yang ingin disampaikan mudah difahami oleh murid.

Masalah pembelajaran Sains dapat diatasi sekiranya para guru sentiasa mencari kaedah
dan teknik yang terbaik untuk memastikan objektif pembelajaran mencapai matlamatnya.

2.0

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran


Saya merupakan guru yang berpengalaman dalam mengajar Sains sekolah rendah
selama 18 tahun. Sepanjang pengalaman lepas, saya mendapati beberapa orang murid
terutamanya dalam kumpulan sederhana dapat menjawab soalan yang dikemukakan
semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Tetapi apabila murid-murid
dikehendaki untuk melengkapkan dan menjawab soalan-soalan dalam buku latihan atau
lembaran kerja tentang topik-topik yang telah mereka pelajari mereka tidak dapat

menjawab soalan dengan tepat dan betul. Saya berasa amat kecewa dan bingung. Saya
merasakan yang saya telah memberikan penerangan yang sebaik mungkin dan
memberikan nota yang lengkap selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlaku.
Menurut Prof. Khalid Mohamad Nor ( 2005 ), daya ingatan mempunyai kesan penting ke
atas prestasi pelajaran. Saya percaya bahawa murid-murid dalam kumpulan sederhana
tersebut tidak dapat mengingat kembali konsep atau fakta yang telah dipelajari semasa
membuat soalan latihan dan lembaran kerja. Hal ini menunjukkan mereka tidak ingat
akan fakta yang diajar dan menyebabkan mereka tidak dapat menjawab soalan latihan
tersebut.
Saya telah menghadapi banyak masalah pada setiap pengajaran Sains. Saya telah
membuat refleksi terhadap setiap proses pengajaran dan pembelajaran yang saya
jalankan. Saya telah membuat post mortem dengan mengemukakan beberapa soalan
terhadap pengajaran saya termasuk : Perlukah saya menukar kaedah dan teknik
pengajaran saya selama ini untuk meningkatkan kefahaman dan ingatan murid dalam
konsep Sains yang diajar ? Adakah teknik dan kaedah yang saya gunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran tidak sesuai untuk kelompok murid sederhana ? Adakah
kaedah dan teknik yang saya gunakan tidak menarik perhatian murid ? Apakah langkah
dan cara yang sesuai bagi mengatasi masalah murid sederhana ini ? Menerusi persoalanpersoalan tadi yang timbul dalam benak fikiran saya selama mengajar murid dalam
kelompok sederhana untuk memudahkan mereka memahami dan mengingati fakta-fakta
tentang keadaan bahan, membantu saya untuk mencari jalan penyelesaian. Saya telah
banyak berbincang dengan guru-guru senior bagi mengatasi masalah ini. Kebanyakan
guru senior mencadangkan saya untuk membuat nota ringkas atau menggunakan

PowerPoint. Guru-guru tersebut menyatakan melalui kaedah tersebut murid lebih mudah
untuk mengingat dan memahami fakta Sains yang disampaikan oleh guru.
Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini saya telah mengambil keputusan dengan
menulis nota ringkas tentang keadaan bahan dan kemudian, murid menyalin ke dalam
buku latihan. Namun, mereka tetap menunjukkan reaksi yang mereka kurang berminat
dan lebih bertindak pasif berbanding dengan respon yang mereka tunjukkan pada awal
sesi pembelajaran iaitu melalui eksperimen tentang sifat-sifat jirim. Bagi mereka, aktiviti
menulis sangat membosankan dan mereka menulis kerana dipaksa oleh guru.
Jadi, alternatif terakhir saya fikirkan ialah menayangkan tayangan video atau
PowerPoint untuk menguatkan lagi pemahaman dan ingatan mereka terhadap tajuk ini.
Akhirnya, ternyata mereka dapat menunjukkan reaksi keterujaan mereka memahami dan
mengingat konsep yang diajar. Dan apabila ditanya mereka mengangguk menandakan
mereka memahami konsep yang diajar. Untuk mengukuhkan lagi kefahaman mereka,
saya mengambil keputusan untuk menjalankan sesi ujian berkaitan topik sifat-sifat jirim.
Setelah saya memeriksa jawapan murid ada sebilangan murid yang masih menunjukkan
hasil yang kurang memberangsangkan. Mereka ternyata menghadapi masalah dalam
mengingat fakta dalam topik sifat-sifat jirim iaitu sukar untuk mengingat sifat jirim
pepejal, cecair dan gas.
Saya bimbang, ini kerana kegagalan murid untuk menguasai topik ini merupakan
sesuatu yang sangat merugikan. Ini kerana topik ini merupakan antara soalan yang sangat
popular dikemukakan dalam peperiksaan UPSR. Jika murid-murid dibimbing untuk
menguasai tajuk ini dengan betul, saya merasakan masalah ini boleh diatasi. Saya risau

hal ini jika tidak diatasi akan menyebabkan pencapaian akademik dalam mata pelajaran
Sains akan lebih merosot.
Situasi ini mendorong saya untuk mencari punca dan alternatif lain yang boleh
digunakan untuk meningkatkan penguasaan murid dalam topik sifat-sifat jirim. Ternyata
terdapat murid yang menghadapi masalah kesukaran untuk mengingat fakta Sains.
Sekiranya masalah ini dibiarkan berlarutan, lama-kelamaan ia boleh menimbulkan
perasaan bosan untuk belajar seterusnya menjurus kepada kemerosotan prestasi mereka
dalam subjek Sains.
Rentetan daripada masalah ini, satu inovasi atau penggunaan idea baru mestilah
dilakukan oleh saya agar dapat menimbulkan minat murid dalam menguasai topik sifatsifat jirim. Saya juga berharap dengan kaedah dan teknik yang dilakukan, kekeliruan
murid dalam memahami dan mengingati sifat-sifat jirim dapat segera diselesaikan. Murid
juga dapat menguasai fakta penting dalam topik ini dengan mudah dan menyeronokkan.
Selain itu, diharapkan kaedah dan teknik yang akan digunakan boleh diaplikasikan dalam
topik-topik subjek Sains yang lain.

3.0

Refleksi Nilai pendidikan


Kegagalan seseorang murid mengingat semula sesuatu fakta akan menjejaskan

jawapan pada soalan yang diberikan. Inilah yang menghantui murid-murid menjelangnya
hari peperiksaan. Topik pembelajaran yang mempunyai fakta atau formula memaksa
murid menghafal fakta tersebut. Proses menghafal inilah yang kerapkali tercetus situasi
tertekan. Ia terjadi oleh sebab terlalu banyak fakta yang perlu dihafal yang

mengakibatkan mereka mudah terlupa. Situasi ini berlaku oleh sebab proses hafalan yang
dilakukan tidak mengikut kaedah yang tertentu. Ramai murid yang menghafal fakta tanpa
memahami topik yang mereka pelajari. Inilah punca yang menyebabkan mereka mudah
lupa fakta-fakta yang mereka telah hafal.
Panduan berikut mampu menyelesaikan masalah yang dinyatakan di atas.
Pemahaman terhadap topik yang dipelajari amat penting dalam proses pembelajaran.
Dalam subjek yang berkaitan dengan Sains, asas teori dan jalan penyelesaiannya harus
difahami terlebih dahulu dan ia perlu dikaitkan dengan topik-topik pembelajaran yang
lepas.
Isi pembacaan perlu dipilih. Ini dapat dilakukan dengan cara menggaris kata kunci
yang memandu ke arah isi pembelajaran. Catatan harus dibuat selepas isi-isi pembacaan
dikenal pasti dan digariskan. Kaedah yang sesuai dilakukan untuk memudahkan murid
membaca semula isi yang telah dipilih adalah dengan membentuk pelbagai lakaran
seperti lakaran peta minda, peta konsep dan berbagai-bagai lagi bentuk pengurusan
grafik.
Hafalan pada fakta-fakta tersebut berlaku pada tiga tahap. Pertama ketika
pembacaan dan pemilihan isi. Kedua, ketika berlakunya proses lakaran dan ketiga adalah
pada akhir lakaran iaitu ketika membaca semula lakaran yang telah siap dibuat.
Dalam hal ini hafalan bukan hanya ditumpukan pada satu tahap sahaja tetapi ia
berlaku di sepanjang proses pembelajaran. Kaedah ini mampu mengurangkan tekanan
ketika belajar mata pelajaran Sains.

4.0

Sorotan Literatur

4.1

Literatur Berkaitan
Melalui tinjauan masalah yang telah dikenal pasti, saya telah merumuskan
beberapa masalah dan halangan pembelajaran yang dialami oleh murid-murid dalam
kumpulan sederhana ini terhadap tajuk keadaan bahan.

Kebanyakan murid dalam

kumpulan sederhana ini tidak dapat mengingat fakta yang diajar oleh guru. Mereka
mudah lupa kemahiran yang telah dipelajari disebabkan mereka tidak suka membaca nota

yang diberikan. Kajian saya berfokus kepada teknik mengingat ( menghafal ) yang
mudah mengikut kumpulan sasaran iaitu murid-murid sederhana ini.
Menurut pakar-pakar psikologi yang menjalankan kajian berkaitan dengan ingatan
manusia, menunjukkan bahawa setiap hari kita sentiasa menjalani proses mengingat.
Biasanya daya ingatan manusia terbahagi kepada ingatan jangka pendek dan ingatan
jangka panjang. Apa pun sebagai seorang guru, bagi membantu murid-murid
memperbaiki daya ingatan beberapa kaedah pengajaran dan pembelajaran mengingat
harus diterangkan dan dapat diaplikasikan mengikut kesesuaian.
Manusia banyak belajar dan bergantung pada penglihatan. Walaupun kita
mendengar dan membaca, apa yang didengar dan dibaca biasanya divisualkan dalam
pemikiran untuk mendapatkan konsep atau makna yang lebih jelas. Oleh itu, berdasarkan
masalah yang dihadapi oleh murid kumpulan sederhana ini, saya mengambil inisiatif
untuk melaksanakan kajian bagi meningkatkan daya ingatan murid kumpulan sederhana
bagi menguasai fakta Sains dalam tajuk sifat-sifat jirim dengan menggunakan kaedah
peta minda.
Peta minda telah digunakan sejak berzaman untuk tujuan pembelajaran,
percambahan fikiran, ingatan, pemikiran visualisasi dan penyelesaian masalah oleh para
pendidik, jurutera, pakar psikologi dan orang ramai secara umumnya. Peta minda
diperkenalkan oleh Tony Buzan pada tahun 1960an membantu pelajar mencatat nota
dengan ringkas dan berkesan.
Information is structured in a way that mirrors exactly how the brain functions-in
a radiant rather than linear manner. A Mind map literally maps out of your thoughs,

using associations, connections and triggers to stimulate further ideas. They extract your
ideas from your head into something visible and structured.
Pandangan beliau dipersetujui kerana melalui peta minda yang dihasilkan, orang
ramai dapat memperbaiki daya konsentrasi, pemahaman, dan mengaktifkan fungsi keduadua belah otak. Apabila konsep Sains difikir dalam bentuk tulisan dan lukisan, kedua-dua
belah otak diaktifkan dan dapat mengingat konsep dan fakta Sains tersebut.
Menurut Som dan Mohd Dahlan ( 1998 ), alat berfikir merupakan instrumen yang
dapat membantu kita menggunakan minda dengan lebih sistematik dan berkesan. Dengan
menggunakan alat berfikir ini, idea-idea yang disampaikan akan menjadi lebih tersusun,
jelas dan mudah difahami. Yang tercakup dalam alat berfikir ini ialah, soalan dan
penyoalan, pengurusan grafik, CoRT, dan peta minda.
Semua pelajar harus didedahkan dengan ilmu pengetahuan bagaimana untuk
menggunakan alat berfikir. Dengan menguasai penggunaan alat berfikir, pelajar dapat
menggunakannya bukan sahaja dalam pengajaran dan pembelajaran, malahan juga dalam
situasi harian. Sehubungan dengan perkara ini, guru perlulah mengaplikasikan kemahiran
menggunakan alat berfikir ini dalam pengajaran dan pembelajaran mengikut keperluan
dan situasi yang sesuai.
Penggunaan peta minda lebih mudah untuk dirakamkan dalam ingatan jangka
panjang. Poh Swee Hiang ( 2006 ) berpendapat, peta minda membantu mencatat nota
dengan pantas dan mengelakkan pengulangan perkataan. Nota tersebut wujud sebagai
satu gambaran mental yang lengkap, bermakna, dan senang diingati. Pada pandangan
Azizah Abdullah ( 2000 ) tentang penggunaan peta konsep dapat memudahkan pemikiran

pelajar, membantu mengukuhkan daya ingatan, dan mengingati fakta-fakta penting yang
kemudiannya boleh dihuraikan dengan baik.
Menurut Tee et al. ( b ) ( 2009 ), peta minda adalah suatu lakaran yang
mempunyai tajuk atau tema di bahagian tengahnya dan beberapa garisan yang
dikembangkan dari sekelilingnya untuk menggambarkan idea-idea penting serta cabangcabang kecil ini sebagai huraiannya. Peta minda adalah sangat sesuai digunakan untuk
membuat nota pada sesebuah topik untuk suatu mata pelajaran berdasarkan prinsip
penggunaannya. Selari dengan tujuan peta minda iaitu ia membolehkan pelajar mencatat
nota dengan mudah serta mengingat sesuatu dengan mudah di samping menggabungkan
serta menyeimbangkan kegunaan otak kanan dan otak kiri semasa belajar.
Peta minda bertujuan untuk mengubah nota yang ditulis secara liner kepada
bentuk imej yang boleh diingati sampai bila-bila. Murid tidak perlu membaca dan
membawa bahan yang tebal sebelum menghadapi peperiksaan tapi cukup sekadar sehelai
kertas yang merangkumi semua maklumat yang sedia untuk dikeluarkan. Beberapa kajian
lepas mendapati bahawa penggunaan kaedah peta minda dalam pengajaran dan
pembelajaran dapat meningkatkan pencapaian murid-murid dalam sesuatu mata pelajaran
(Altablig bt Ali 2006, Asma binti Ishak 2005, Rusilah Jais et. al 2004, dan Sim Ah Hock
et. al 1997).
Keberkesanan peta minda ini telah diakui oleh pelajar cemerlang SPM 2006,
Nadia Rohani Malik Panter-Brick, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nurul
Ittifaq, Besut, Terengganu. Beliau mendapat pangkat 1A dalam kesemua 14 mata
pelajaran yang diambil dalam peperiksaan tersebut. Pejabat Pendidikan Daerah Besut

(23 Mac 2007) melaporkan, Nadia yang bercita-cita menjadi seorang doktor pakar
menggunakan kaedah peta minda Tony Buzan bagi memudahkannya mengulang kaji dan
menghafal pelajaran.
Minda kita berfungsi atas 3 asas utama iaitu pertama gambaran ( image ).
Minda kita merakam segala apa yang kita lihat, rasa dan bau dalam bentuk imej. Kita
menghidu bau durian maka akan terpaparlah imej durian dalam minda. Segala bentuk
rakaman ini tersimpan dalam minda di sebelah kanan atau minda separa sedar dengan
begitu rapi dalam bentuk imej dan maklumat. Rakaman ini boleh dimainkan semula
sekiranya diperlukan pada bila-bila masa.
Kedua, Singkatan ( Headline ). Apabila membaca akhbar, kita akan lebih
mengingat tajuk utama yang ringkas daripada isi kandungan di dalamnya. kita boleh
mengingat 95 % tajuk utama berbanding kandungannya. Tajuk utama ini mesti ringkas,
padat dan mewakili isi teks. Contohnya tajuk utama adalah Gempa Bumi . Kita tidak
perlu membaca keseluruhan teks kerana perkara ini serupa dan kita telah membaca
berkaitan perkara ini sebelumnya. Cuma kalau kita ingin tahu lebih lanjut mungkin
beberapa ramai yang terlibat, kerugian dan tempat berlaku. Perkara yang lain kita sendiri
boleh mengimaginasikan.
Ketiga, Hubungan atau rangkaian . Contoh, saya ingin membeli sebuah kereta
Toyota. Minda saya mula membayangkan jenis dan bentuk yang diminati. Saiz spotrim
yang diperlukan dan lain-lain. Saya mula membiarkan minda saya menganalisis apa yang
dikehendaki secara berterusan bukan paksaan. Ia akan berkait dalam bentuk rangkaian

dan imej. Berfikiran jenis ini akan menjadikan minda kita berfikir secara bebas dan
berangkai-rangkai seolah-olah tiada habisnya.
Ketiga-tiga huraian di atas menunjukkan cara membuat peta minda adalah serupa
sebagaimana otak kita berfikir. Kombinasi antara gambar, tajuk dan rangkaian yang
digunakan di dalam peta minda sama seperti 3 cara otak kita berfungsi.
Peta minda dapat diaplikasikan ke atas individu, keluarga, pendidikan dan situasi
perniagaan, mencatat nota, sumbang saran ( dalam mana-mana idea dimasukkan ke
dalam peta berjejarian dari pusat, di mana pengumpulan dan pengorganisasian dilakukan
pada tahap seterusnya ), merumuskan, mengulang kaji dan menjelaskan pemikiran secara
umum. Sebagai contoh, seseorang dapat sambil mendengar kuliah dan mencatat nota
dengan menggunakan peta minda untuk isi dan kata kunci terpenting. Seseorang juga
dapat menggunakan peta minda sebagai suatu teknik memori atau mengeluarkan idea
yang kompleks. Peta minda juga digalakkan sebagai suatu kaedah untuk digunakan
bersama ketika sesi mencetuskan kreativiti berasaskan pensel warna.
Peta minda dapat dilukis dengan menggunakan tangan, sama ada sebagai nota
kasar . Peta minda adalah satu teknik menggrafik yang sungguh berkuasa di mana ia
mampu membekalkan kunci universal ke atas membuka potensi pemikiran seseorang.
Peta minda mengikat kepelbagaian kemahiran berhubung penggunaan korteks yang
melibatkan perkataan, imej, nombor, logik, muzik, warna, kepekaan ke atas ruang dengan
berkesan. Selain itu, ia juga memberi kebebasan kepada individu menjelajahi kemampuan
otak yang tiada batasan. Peta minda boleh diaplikasikan dalam semua aspek kehidupan di

mana ia mampu meningkatkan pembelajaran dan pemikiran seseorang individu, justeru


menggalakkan perkembangan diri.
Terdapat banyak kegunaan peta minda. Peta minda berfungsi sebagaimana otak
berfungsi-di mana ia tidak berfungsi secara linear. Ingatan adalah dalam bentuk saling
berkait dan tidak linear. Sebarang idea mungkin mengandungi beribu hubung kait dengan
otak. Selain itu, peta minda membolehkan hubung jalinan disimpan dan dipertingkatkan
dalam pemikiran.
Minda mengingati kata kunci dan imej dan bukannya ayat. Peta minda hanya
menggunakan kata kunci dan imej, justeru membenarkan maklumat yang banyak
dimasukkan ke dalam sehelai kertas. Oleh sebab peta minda bercirikan visualisasi dan
memperlihatkan hubung kait antara kata kunci, maka ia adalah lebih mudah diimbas
kembali berbanding nota berciri linear.
Mencatat bermula dari pusat kertas membenarkan seseorang mencatat ke semua
arah berbanding dari hujung atas kiri. Pengurusan peta minda menggambarkan
bagaimana otak manusia mengurus idea. Peta minda adalah mudah dirujuk. Pada masa
yang sama, merujuk secara berulang mengukuhkan ingatan. Cara ternaik dalam membuat
rujukan

adalah

dengan

melakukan

imaginasi

ke

atas

kandungan

peta

minda.Kemudianbaru merujuk kembali kepada peta minda jika terdapat sebarang


kekaburan. Individu dapat mengingat pada perkara yang mudah dilihat. Peta minda
membenarkan individu mencatat kata kunci yang mudah dilihat secara visual dengan
berkesan.

5.0

Fokus Kajian / Isu Keprihatinan


Bahagian ini menghuraikan tentang tinjauan masalah yang berkait dengan
pengalaman saya dan relevan kepada keperluan murid. Instrumen yang digunakan untuk
meninjau masalah tersebut turut dihuraikan dalam bahagian ini.

5.1

Tinjauan Masalah
Kebanyakan murid menganggap mata pelajaran Sains itu sesuatu yang sukar dan
rumit. Keadaan ini telah menyebabkan mereka menghadapi masalah untuk menjawab
soalan latihan, lembaran kerja atau soalan peperiksaan sumatif atau formatif. Sebelum
langkah seterusnya diambil dalam proses melaksanakan kajian ini, saya telah membuat
tinjauan masalah yang dihadapi oleh kumpulan sasaran tersebut. Tinjauan masalah ini
bertujuan memahami masalah yang dihadapi oleh murid. Tinjauan dilakukan melalui dua
jenis instrumen berdasarkan objektif yang ingin disasarkan iaitu :
a)

Analisis dokumen
Dokumen yang dipilih untuk dianalisis adalah ujian Pra bagi topik sifat-sifat jirim
( Lampiran A ). Saya mengedarkan kertas ujian kepada murid untuk menguji
tahap penguasaan mereka dalam topik sifat-sifat jirim yang telah mereka pelajari
semasa berada di tahun 5. Saya menganalisis ujian tersebut untuk menilai tahap
penguasaan dan ingatan murid terhadap topik tersebut. Saya mula mengenal pasti
masalah apabila melihat murid-murid kumpulan sasaran tidak mencapai 80%
markah dalam menjawab soalan ujian tersebut.

b)

Soal selidik
Untuk lebih mendalami masalah utama yang dihadapi oleh murid serta mengenal
pasti punca utama mereka tidak menjawab soalan pra ujian dengan cemerlang,
saya menggunakan instrumen soal selidik ( Lampiran B ). Terdapat 10 item yang
perlu dijawab oleh murid dengan menandai jawapan di ruangan yang disediakan.
Saya memberi penerangan bagi setiap item agar murid-murid memahami

kehendak soalan. Sesi soal selidik dijalankan di tempat yang selesa dan senyap
supaya responden dapat menjawab soalan dengan telus. Hasil daripada soal
selidik dianalisis oleh saya.
5.2

Analisis Tinjauan Masalah


Berikut merupakan analisis bagi tujuan masalah yang dilakukan oleh saya terhadap murid
atau responden Tahun 6 Mumtaz tentang topik sifat-sifat jirim :
a)

Analisis Dokumen
Berikut merupakan analisis keputusan berdasarkan pencapaian murid dalam Ujian
Pra seperti di lampiran A :
Murid / Responden
Responden 1
Responden 2
Responden 3
Responden 4

Markah /21
14
16
15
15

%
67
76
71
71

Daripada analisis keputusan Ujian Pra di atas, saya dapat mengenal pasti
bahawa murid-murid tersebut menghadapi masalah mengisi tempat kosong
dengan sifat-sifat bagi jirim yang diberikan. Peratusan lulus yang di bawah 80%
ini menunjukkan bahawa murid masih tidak menguasai topik ini dengan baik. Ini
disebabkan oleh kegagalan murid mengingat fakta Sains berdasarkan topik
berkenaan. Justeru, saya akan menggunakan kaedah peta minda dalam membantu
murid mengingat fakta tentang sifat-sifat jirim, sekali gus dapat meningkat
penguasaan mereka dalam mata pelajaran sains.

b)

Soal selidik
Saya menggunakan 10 item bagi tujuan menjalankan soal selidik ini seperti di
Lampiran C. Berikut merupakan analisis data bagi setiap item dalam borang soal
selidik yang dijalankan :

Bil
1
2
3
4

Item
Saya minat mata pelajaran Sains
Pengajaran cikgu membosankan
Bimbingan yang cikgu beri mencukupi
Penerangan cikgu mudah difahami
Saya berasa sukar untuk menghafal

Ya ( % )

Tidak ( % )

5
fakta
Saya selalu mengulang kaji pelajaran di
6
7
8

rumah
Saya selalu lupa apa yang cikgu ajar
Saya membuat nota sendiri
Saya membuat rujukan lain selain nota

9
10

yang cikgu berikan


Belajar Sains itu menyeronokkan

Jadual 1 : Analisis Borang Soal Selidik

Buat analisis

6.0

Objektif Kajian/Soalan Kajian

6.1

Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan berpandukan objektif-objektif berikut iaitu :
6.1.1

meningkatkan kemahiran murid menghasilkan Peta Minda Mudah ( Pemudah )


berdasarkan nota yang diberikan.

6.1.2

meningkatkan kemahiran murid-murid menghasilkan Peta Minda Mudah


( Pemudah ) bagi topik sifat-sifat jirim.

6.1.3

meningkatkan kebolehan murid mengingat fakta bagi topik Sifat-sifat Jirim


dengan menggunakan kaedah Peta Minda Mudah ( Pemudah ).

6.2

Soalan Kajian
Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan kajian berikut :
a)

Adakah murid dapat menghasilkan Peta Minda Mudah ( Pemudah ) yang menarik
dan tepat berdasarkan nota yang diberikan ?

b)

Bagaimanakah penggunaan kaedah Peta Minda Mudah ( Pemudah ) dapat


meningkatkan kebolehan murid mengingat sifat-sifat jirim ?

7.0

Kumpulan Sasaran
Seramai 4 orang murid Tahun 6 kumpulan sederhana dari Sekolah Kebangsaan
Taman rakan, Kajang menjadi kumpulan sasaran kerana menghadapi masalah
dalam mengingati fakta tentang topik sifat-sifat jirim. Saya ingin mereka dapat
mengingati fakta dan konsep Sains dalam topik sifat-sifat jirim. Responden terdiri
daripada 2 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan kumpulan sederhana.
Kesemua murid tersebut ialah murid yang kurang aktif dan tidak memegang apaapa jawatan di sekolah. Kebanyakan mereka datang dari keluarga sosioekonomi
sederhana. Mereka tidak akan menjawab soalan atau membantu guru secara
sukarela. Murid ini terdiri daripada murid-murid yang tidak mempunyai masalah

disiplin. Murid-murid ini juga merupakan murid yang rajin dalam melaksanakan
tugasan atau latihan yang diberikan. Walaupun begitu prestasi akademik mereka
kurang memuaskan dalam mata pelajaran sains.

Anda mungkin juga menyukai