Anda di halaman 1dari 3

CATATAN REFLEKSI

TARIKH

2 APRIL 2015

1. ISU / PERKARA YANG DIFOKUS


TAJUK : SAINS HAYAT / MANUSIA
SKSP :
3.1.1 Menyatakan manusia bernafas menggunakan hidung, trakea dan peparu melalui
Pemerhatian menerusi pelbagai media.
3.1.2 Melakar laluan udara semasa menarik dan menghembus nafas.
3.1.5 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.

2. ANALISIS ISU/PERKARA YANG DIFOKUS


2.1 Kekuatan

Sepanjang menjalankan pengajaran, saya sedar bahawa saya dapat mengurus


dan mengawal bilik darjah dengan tersusun dan berkesan. Hal ini demikian kerana saya
telah menggunakan pelbagai cara dan cue untuk mengawal keadaan dalam bilik
darjah. Sebagai contoh, saya telah meminta murid-murid untuk mengangkat tangan
sebagai tanda sudah bersedia atau sudah siap melakukan lembaran kerja. Apabila saya
mendapati bahawa murid-murid mula berbual-bual semasa sendiri atau kurang
memberikan fokus kepada pembelajaran, saya akan bertepuk tangan atau bertanya
beberapa

soalan

untuk

mendapatkan

perhatian

mereka.

Oleh

itu,

dengan

menggunakan cara-cara seperti ini, saya percaya bahawa keadaan murid-murid akan
lebih terkawal dan dapat menumpukan perhatian mereka terhadap apa yang telah kita
ajar.
Selain itu, saya juga sedar bahawa saya berupaya untuk mewujudkan
komunikasi yang berkesan dan interaksi dua hala dengan murid dengan baik. Daripada
pemahaman yang lepas, saya sedar bahawa komunikasi yang berkesan dapat
menghasilkan iklim pembelajaran yang kondusif dan murid-murid akan lebih aktif dalam
proses P&P . Oleh itu, semasa mengajar, saya sering mengutarakan soalan-soalan
yang sesuai dengan tahap kognitif murid-murid kepada mereka.

Pelbagai teori, kaedah, dan teknik juga saya aplikasikan semasa menjalankan
pengajaran tersebut. Antaranya ialah teknik penyoalan, semasa saya bertanya soalan
terhadap murid-murid saya. Selain itu, kaedah pembelajaran koperatif juga telah saya
gunakan apabila saya meminta murid-murid berbincang untuk melakar laluan udara
melalui model manusia yang mereka lukis. Malah, saya turut menggunakan pengajaran
ekspositori apabila saya bersyarah dan memberitahu murid-murid tentang proses
pernafasan manusia. Saya juga mengaplikasikan teori pembelajaran behavioris, apabila
saya meminta murid-murid bertepuk tangan apabila murid-murid mampu menjawab
soalan dengan betul sebagai satu usaha untuk memotivasi murid-murid agar mereka
terus aktif dalam pembelajaran. Situasi ini memberikan satu iktibar yang amat penting
kepada saya bahawa sebagai seorang guru yang berkaliber dan dedikasi, kita perlulah
bijak mengaplikasikan pelbagai teori, kaedah, dan teknik semasa mengajar supaya kita
dapat menyampaikan kandungan pengajaran kita dengan sempurna di samping muridmurid tidak bosan dengan pengajaran kita.
Kefasihan dan kelancaran bahasa yang ada pada diri saya juga membantu saya
menyempurnakan pengajaran pada hari tersebut. Penggunaan pelbagai media bahan
bantu mengajar, iaitu slaid-slaidpower point dan juga model, serta lembaran kerja yang
menarik yang telah saya gunakan semasa menjalankan pengajaran juga membolehkan
murid mengekalkan minat dan motivasi mereka terhadap pelajaran, menyebabkan
mereka sentiasa melibatkan diri secara aktif sepanjang proses P&P, dan membolehkan
mereka lebih mengingati kandungan pembelajaran yang telah kita ajar. Oleh itu, BBM
dan juga lembaran kerja juga memainkan peranan dalam pelaksanaan pengajaran
yang berjaya dan berkesan.
2.2 Kelemahan
Walaupun saya dapat melaksanakan pengajaran saya dengan agak berjaya, tetapi saya
mendapati bahawa murid-murid seakan-akan tertekan dan kurang riang semasa saya
mengajar. Pada masa itu saya tertanya-tanya kepada diri sendiri: Adakah saya terlalu garang
atau tegas semasa mengajar? Adakah murid-murid tidak dapat mengikuti apa yang sedang
saya ajar? Selepas melihat semula proses pengajaran saya menerusi rakaman video, saya
mendapati dan sedar bahawa rupa-rupanya unsur humor atau kecindaan semasa mengajar
masih kurang dalam diri saya. Hal ini demikian kerana saya mendapati bahawa saya agak
serius dan tidak senyum semasa mengajart. Keadaan ini mungkin menyebabkan murid-murid

beranggapan bahawa saya ialah seorang guru yang garang, kurang ramah, sukar didekati, dan
tegas orangnya.

3. CARA PENAMBAHBAIKAN
Untuk mengatasi masalah kekurangan unsur kecindaan atau humor semasa mengajar, saya
sedar bahawa saya perlulah sentiasa senyum dan mempamerkan riak wajah yang ceria kepada
murid-murid. Hanya dengan ini murid-murid akan berasa bahawa gurunya adalah seorang yang
ceria dan mudah didekati. Selain itu, saya juga boleh mencari atau memikirkan beberapa
jenaka lawak yang boleh dikongsikan bersama di kelas semasa rehat atau ketika perantaraan
antara

peringkat

pengajaran.

Dengan

berbuat

demikian

murid-murid

mungkin

akan

beranggapan bahawa guru tersebut mempunyai unsur kecindaan yang amat tinggi.
Pada pengajaran seterusnya , saya juga akan berusaha untuk melakukan pergerakan dari
satu tempat ke satu tempat, dengan kadar yang sesuai. Hal ini demikian kerana saya percaya
bahawa pergerakan yang terlampau banyak juga kurang sesuai kerana ia boleh dianggap
sebagai satu gangguan kepada murid-murid. Oleh itu, memiliki sedikit pergerakan di dalam bilik
darjah nescaya mampu menarik perhatian murid dan menyebabkan mereka fokus kepada
pembelajaran tanpa berani melakukan apa-apa perkara yang tidak berkaitan dengan pelajaran.

________________________
Tandatangan Pelajar/ Guru Pelatih

Anda mungkin juga menyukai