Anda di halaman 1dari 7

SCE3143

1.0

PENGENALAN KAJIAN

1.1

Pembuangan Sampah-sarap
Sampah sarap ( municipal solid waste ) dianggap sebagai bahan yang tidak berguna
dan tidak mendatangkan sebarang faedah, malah boleh mendatangkan mudarat jika
disimpan. Dengan itu, selalunya sisa-sisa tersebut dibuang dan dilonggokkan di tempattempat pembuangan sampah sama ada menggunakan teknik pembuangan yang betul
atau sebaliknya. Sampah boleh dikategorikan kepada dua, iaitu sampah domestik dan
sampah bukan domestik ( Ridwan Lubis, 1994 ). Sampah domestik adalah bahan-bahan
buangan yang dibuang dari rumah atau dapur. Contohnya seperti botol, kaca, tin
aluminium, beg plastik, kertas, pakaian buruk dan juga sisa makanan. Sampah bukan
domestik pula adalah bahan-bahan buangan yang terhasil dari industri, tapak
pembinaan, pekedai atau pasar dan pejabat. Bahan-bahan buangan ini terdiri daripada
pelbagai jenis termasuklah sisa jualan, sisa pembuangan dan sisa proses pengilangan.
Di Malaysia, terutamanya kawasan penduduk bandar menyumbang sekurangkurangnya 1.5 kilogram pembuangan sampah setiap hari, berbanding 0.8 kilogram bagi
penduduk luar bandar. Angka ini terus meningkat dengan pertambahan penduduk dan
tahap rakyat yang semakin baik. Pembuangan sampah sesuka hati bukan sahaja akan
menjejaskan kesihatan manusia bahkan juga turut mengancam hidupan laut. Oleh itu,
semua pihak haruslah berganding bahu mencari jalan penyelesaiannya dengan secepat
mungkin sebelum masalah ini menjadi semakin serius.
Rakyat Malaysia sering membuang sampah tidak kira tempat, asalkan ada
kesempatan. Natijahnya, kita dapat melihat di mana-mana sahaja ada sampah tidak kira
di rumah, pejabat, kedai, tepi dan dalam sungai dan seumpamanya. Hal ini kerana
adanya sikap tidak bertanggungjawab sesetengah masyarakat yang membuang sampah
di merata-rata tempat. Keadaan ini bukan sahaja mengotorkan alam sekitar dan jika
dibiarkan ia akan menyebabkan keadaan sekeliling berbau busuk dan seterusnya
menarik perhatian haiwan perosak seperti tikus dan lalat di mana haiwan ini turut
merupakan pembawa penyakit seperti taun. Tambahan pula, takungan-takungan air
seperti di tempat pembuangan sampah telah menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.
Keadaan ini mendorong kepada penyebaran penyakit demam denggi yang boleh
membawa maut kepada manusia.

SCE3143
Selain itu, masalah pembuangan sampah turut mencemarkan keindahan dasar
laut dan seterusnya menjejaskan kehidupan hidupan laut. Menurut laporan Program
Alam sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau dikenali sebagai UNEP telah
menyatakan bahawa berlakunya kematian di kalangan hidupan laut seperti penyu, ikan,
burung, ikan lumba-lumba dan anjing laut adalah disebabkan oleh tertelan barangan
plastik. Kajian juga telah menganggarkan bahawa di seluruh dunia sebanyak seratus
ribu ekor mamalia laut dan penyu mati setiap tahun disebabkan oleh sampah plastik.
Kejadian ini telah mengganggu keseimbangan ekosistem akuatik.

Rajah : Pembuangan sampah-sarap di dalam sungai

Rajah : Pembuangan sampah-sarap di tepi jalan


2

SCE3143
2.0

Pelaksanaan Kajian
Penggunaan semula produk termasuklah mempelbagaikan penggunaan bahan dalam
mengekalkan bentuk asalnya atau sebagai alternatif dengan atau tanpa perubahan.
Dalam kebanyakan situasi, bekas-bekas terpakai boleh digunakan semula sebagai
pengganti terhadap pembelian produk baru. Sebagai contoh, kita boleh mengecas
semula bateri yang boleh dicas semula sekerap mungkin bagi mengelakkan pembaziran
sisa pepejal berbanding bateri yang tidak boleh dicas semula. Seterusnya, ia dapat
memastikan kita dapat mengurangkan sisa pepejal serta memelihara sumber asli
semula jadi.

2.1

Penghasilan Bekas Pensel dari Gelung Tisu


Apabila tisu dapur habis digunakan, kebiasaannya gelung kertasnya akan dibuang.
Terlintas di kotak fikiran mengapa tidak menghasilkan sesuatu benda yang berfaedah
dari gelung kertas tersebut. Gelung kertas yang berbentuk silinder dan keras itu boleh
dijadikan sesuatu untuk diguna semula mengikut kreativiti.
Idea ingin membina produk ini bertambah kuat apabila memerhatikan
kebanyakan murid sering tidak mempunyai peralatan asas yang lengkap untuk belajar
seperti pemadam, pensel, pembaris dan pensel warna. Terdapat juga murid-murid yang
sering tertinggal alat tulis di dalam meja apabila meninggalkan kelas. Apabila
dihimpunkan alat tulis tersebut jumlahnya agak banyak.

2.2

Bahan yang diperlukan


1.

2 buah gelung tisu

2.

Kain flanel

3.

Gam kain

4.

Zip

5.

Jarum

6.

Benang

SCE3143
2.3

Langkah-langkah menghasilkan bekas pensel dari gelung tisu


Langkah 1
Ambil kedua-dua gelungan tisu dan potong salah satu dengan ukuran 1/3 daripada
panjang asalnya.

Langkah 2
Potong sehelai kain flanel kepada dua bahagian berbentuk segi empat. Panjang dan
lebar kain yang dipotong perlu sama dengan panjang dan lebar kedua-dua gelungan
tisu.
Kedua-dua helaian kain flanel tadi dijahit dengan zip.

SCE3143
Langkah 3
Jahit bahagian tepi kain flanel tadi.

Langkah 4
Selepas itu, masukkan kedua-dua gelungan tisu ke dalam kain flanel yang siap dijahit.

SCE3143
Langkah 5
Gunting kertas tebal menjadi 2 bentuk bulat untuk menutup bahagian atas dan bawah
bekas pensel yang berlubang.
Bentuk bulat tersebut boleh ditampal dengan kain flanel.

Langkah 6
Langkah terakhir, jahit bahagian penutup bawah dan atas.

SCE3143

Rajah : Bekas pensel dari gelung tisu

Anda mungkin juga menyukai