Anda di halaman 1dari 2

CONTOH ULASAN PBD

A. MURID CEMERLANG
1. Seorang yang tekun dan berkeupayaan menyiapkan tugasan yang diberi dengan baik, mampu
menguasai dan memahami apa yang diajar oleh guru dengan baik dan berfokus, berpotensi tinggi
untuk lebih cemerlang. Tingkatkan usaha.
2. Seorang yang bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Kreatif, Rajin
bertanya dan mencari penyelesaian sendiri. Selamat Berjaya
3. Seorang yang fokus, kreatif, berfikir di luar kotak dan berpotensi tinggi untuk lebih cemerlang. Anda
Terbaik!!
4. Anda seorang yang mempunyai motivasi yang tinggi dan minat terhadap dan pembelajaran di dalam
kelas. Anda mampu mencapai lebih kecemerlangan dengan sikap proaktif di dalam kelas.
Awesome!!
5. …………suka meneroka pengetahuan baru dalam Sains, kreatif dan berfikir di luar kotak. Dia selalu
memimpin rakan kumpulan menjalankan aktiviti projek mudah. Terbaik!!
6. …. Murid yang suka bertanya dan mampu mencari penyelesaian sendiri, hormat pada guru & suka
membantu rakan-rakan.
7. …………merupakan seorang murid yang suka belajar, aktif dan rajin dalam pembelajarannya. Dia
selalu bertanya tentang perkara yang kurang difahami dalam pembelajarannya. Dia boleh
berkomunikasi dengan baik dan bekerjasama dengan rakan-rakannya. Tahniah!!!
8. Seorang yang rajin menyiapkan tugasan serta boleh berkomunikasi dengan baik dan mudah
bekerjasama dengan rakan-rakannya. Anda Calon murid cemerlang!!
9. Seorang yang rajin dan bersemangat dalam tugasan yang diberi, mampu memahami apa yang diajar
oleh guru dengan baik dan membantu rakan lain. Good Job!!
10. Seorang yang tertib & berdisiplin menyiapkan tugasan yang diberi , boleh berkomunikasi dengan
rakan sekelas dan berpotensi tinggi untuk cemerlang.
11. Tahniah anda Terbaik dalam pembelajaran & sahsiah, Kekalkan momentum & sahsiah demi
kejayaan yang gemilang. Excellent!!!!
12. …………merupakan seorang murid yang suka melontarkan idea kreatif & rajin dalam
pembelajarannya. Dia boleh bekerjasama baik dengan rakan-rakannya.
B. MURID PENCAPAIAN SEDERHANA (PERTENGAHAN)
1. Seorang yang tekun menyiapkan tugasan yang diberi , boleh berkomunikasi dengan rakan sekelas
dan berpotensi tinggi untuk lebih cemerlang.
2. Seorang yang positif dalam menyiapkan tugasan yang diberi , suka berkomunikasi dengan rakan lain
dan berpotensi tinggi untuk Berjaya
3. merupakan seorang murid berpotensi kerana proaktif dan rajin dalam pembelajarannya. Teruskan
Usaha anda, Kejayaan milikmu.
4. Seorang yang positif dalam menyiapkan tugasan yang diberi , boleh bertoleransi dengan rakan lain
dan berpotensi tinggi untuk berjaya
5. Seorang yang rajin dan bersemangat dalam tugasan yang diberi, berminat untuk belajar dan boleh
mencapai kejayaan dengan usaha gigih.
6. …. Seorang murid yang suka bertanya, berani, menunjukkan kesungguhan untuk belajar, hormat
pada guru & suka membantu rakan-rakan.
7. …………merupakan seorang murid berpotensi kerana suka belajar, aktif dan rajin dalam
pembelajarannya. Teruskan Usaha anda, Kejayaan milikmu.
8. merupakan seorang murid berpotensi berjaya dalam pembelajarannya. Teruskan Usaha anda,
Kejayaan milikmu.
9. Seorang murid yang menunjukkan kesungguhan untuk belajar, hormat pada guru & suka membantu
rakan-rakan. Teruskan usaha supaya dapat meningkatkan prestasi
CONTOH ULASAN PBD

10. …….ialah seorang yang rajin dan bersemangat selalu bertanya tentang perkara yang kurang difahami
dalam pembelajarannya, mesra dengan rakan sekelas.
11. merupakan seorang murid yang kreatif dan mempunyai aura positif. Tekadkan semangat &
Teruskan Usaha anda, Kejayaan milikmu.
12. Prestasi yang baik walaupun selalu hilang fokus pembelajaran, Semoga potensi sebenar dapat dijana
demi kejayaan kamu. Selamat Berjaya.

C. MURID BERPOTENSI (LULUS TAHAP MINIMA)


1. ……….menunjukkan perkembangan yang baik walaupun agak perlahan. Rajin bertanya guru & rakan
sekelas jika tidak faham dan teruskan usaha supaya dapat mencapai kejayaan yang lebih baik
2. Prestasi yang baik walaupun agak perlahan dalam pembelajaran, Semoga potensi sebenar dapat
dicungkil demi merealisasikan kejayaan kamu. Selamat Berjaya.
3. …menunjukkan kesungguhan untuk belajar , rajin bertanya namun perlukan usaha lebih untuk lebih
cemerlang. Anda Boleh!!
4. …..seorang murid yang berpotensi namun memerlukan bimbingan berterusan, Tingkatkan usaha dan
semangat . Semoga Berjaya!!
5. …..seorang murid yang menunjukkan minat tinggi untuk belajar namun memerlukan usaha gigih
berterusan, Tingkatkan usaha dan semangat . Semoga Berjaya!!
6. ….. memerlukan bimbingan berterusan untuk meningkatkan prestasi dalam pembelajaran.,
Tingkatkan usaha dan jangan putus semangat. Anda boleh Berjaya!!
7. …..ialah murid yang baik, namun selalu hilang fokus semasa proses pembelajaran, Anda boleh
berjaya , dengan belajar bersungguh-sungguh. Anda Boleh!!
8. Seorang murid yang berminat untuk belajar namun memerlukan usaha secara kosisten , Tingkatkan
usaha dan semangat . Semoga Berjaya!!
9. merupakan seorang murid yang unik, berpotensi besar, namun memerlukan perhatian & bimbingan
berterusan. Percayalah pada Diri sendiri, Anda boleh Berjaya!!!
10. ialah seorang yang bersemangat & positif, namun perlukan cetusan minda , galakan berterusan
untuk mencapai kejayaan. Usaha lagi!!
11. Belajar kenali potensi diri, Ketahuilah ada sinar kejayaan, namun Gandakan usaha & bulatkan tekad.
Anda Boleh Berjaya!!!
12. Pelajar yang positif , berani mencuba, tidak putus asa, Teruskan sikap ini, pasti kejayaan menanti
anda !!!!

Anda mungkin juga menyukai