Anda di halaman 1dari 3

A.

MURID CEMERLANG

1. Seorang yang tekun dan berkeupayaan menyiapkan tugasan yang diberi dengan baik, mampu
menguasai dan memahami apa yang diajar oleh guru dengan baik dan berfokus, berpotensi tinggi untuk
lebih cemerlang. Tingkatkan usaha.

2. Seorang yang bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Kreatif, Rajin
bertanya dan mencari penyelesaian sendiri. Selamat Berjaya

3. Seorang yang fokus, kreatif, berfikir di luar kotak dan berpotensi tinggi untuk lebih cemerlang. Anda
Terbaik!!

4. Anda seorang yang mempunyai motivasi yang tinggi dan minat terhadap pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Anda mampu mencapai lebih kecemerlangan dengan bersikap proaktif di
dalam kelas. Awesome!!

5. …………suka meneroka pengetahuan baru dalam Sains, kreatif dan berfikir di luar kotak. Dia selalu
memimpin rakan kumpulan menjalankan aktiviti projek mudah.

6. …. Murid yang suka bertanya dan mampu mencari penyelesaian sendiri, hormat pada guru & suka
membantu rakan-rakan.

7. …………merupakan seorang murid yang suka belajar, aktif dan rajin dalam pembelajarannya. Dia
selalu bertanya tentang perkara yang kurang difahami dalam pembelajarannya. Dia boleh berkomunikasi
dengan baik dan bekerjasama dengan rakan-rakannya.

8. Seorang yang rajin menyiapkan tugasan serta boleh berkomunikasi dengan baik dan mudah
bekerjasama dengan rakan-rakannya.

9. Seorang yang rajin dan bersemangat dalam tugasan yang diberi, mampu memahami apa yang diajar
oleh guru dengan baik dan membantu rakan lain.

10. …………merupakan seorang murid yang suka melontarkan idea kreatif & rajin dalam
pembelajarannya. Dia boleh bekerjasama baik dengan rakan-rakannya.

B. MURID PENCAPAIAN SEDERHANA (PERTENGAHAN)

1. Seorang yang tekun menyiapkan tugasan yang diberi , boleh berkomunikasi dengan rakan sekelas dan
berpotensi tinggi untuk lebih cemerlang.

2. Seorang yang rajin dan bersemangat dalam tugasan yang diberi, berminat untuk belajar dan boleh
mencapai kejayaan dengan usaha gigih.

3. …. Seorang murid yang suka bertanya, berani, menunjukkan kesungguhan untuk belajar, hormat
pada guru & suka membantu rakan-rakan.

4. …………merupakan seorang murid berpotensi kerana suka belajar, aktif dan rajin dalam
pembelajarannya. Teruskan Usaha anda, Kejayaan milikmu.

5. …….ialah seorang yang rajin dan bersemangat selalu bertanya tentang perkara yang kurang difahami
dalam pembelajarannya, mesra dengan rakan sekelas.
C. MURID BERPOTENSI (LULUS TAHAP MINIMA)

1. ……….menunjukkan perkembangan yang baik walaupun agak perlahan. Rajin bertanya guru & rakan
sekelas jika tidak faham dan teruskan usaha supaya dapat mencapai kejayaan yang lebih baik

2. …menunjukkan kesungguhan untuk belajar , rajin bertanya namun perlukan usaha lebih untuk lebih
cemerlang. Anda Boleh!!

3. Seorang murid yang berpotensi namun memerlukan bimbingan berterusan, Tingkatkan usaha dan
semangat . Semoga Berjaya!!

4. Seorang murid yang menunjukkan minat tinggi untuk belajar namun memerlukan usaha gigih
berterusan, Tingkatkan usaha dan semangat . Semoga Berjaya!!

5. ….. memerlukan bimbingan berterusan untuk meningkatkan prestasi dalam pembelajaran.,


Tingkatkan usaha dan jangan putus semangat. Anda boleh Berjaya!!

6. …..ialah murid yang baik, namun selalu hilang fokus semasa proses pembelajaran, Anda boleh berjaya
, dengan belajar bersungguh-sungguh. Anda Boleh!!

Antaranya ialah :

1. Tahniah atas kejayaan anda yang cemerlang. Teruskan berusaha bersungguh-


sungguh untuk terus mencapai kecemerlangan pada masa akan datang dengan penuh
gemilang.

2. Tahniah diucapkan atas pencapaian dan prestasi yang cemerlang. Tingkatkan usaha
untuk terus cemerlang dalam segala bidang pada masa akan datang.

3. Anda lakukan yang terbaik. Syabas diucapkan di atas pencapaian yang baik.
Teruskan berusaha bersungguh-sungguh demi sebuah kejayaan yang s

4. Usaha tangga kejayaan. Tahniah di atas pencapaian yang baik. Moga terus berjaya
dengan prestasi cemerlang.

5. Tahniah, anda memiliki pencapaian yang baik. Namun begitu, tingkatkan usaha
untuk mencapai prestasi yang cemerlang.

6. Anda seorang yang berpotensi untuk menjadi seorang yang berjaya. Tingkatkan
usaha, fokus kepada matlamat untuk mencapai kejayaan. Yakin anda boleh!
7. Anda seorang yang rajin dan berpotensi menjadi orang yang berjaya. Tingkatkan
usaha untuk mencapai prestasi lebih cemerlang.

8. Anda pasti berjaya sekiranya anda berusaha bersungguh-sungguh kerana anda


memiliki potensi yang sangat baik. Tingkatkan usaha untuk mencapai kejayaan lebih
cemerlang.

9. Keputusan anda berada di tahap sederhana. Tingkatkan usaha untuk mencapai


prestasi yang cemerlang.

10. Usaha anda telah menunjukkan hasil yang baik. Gandakan usaha anda untuk
mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.

11. Tingkatkan usaha. Pasti keputusan anda lebih baik dan cemerlang.

12. Usaha mesti berterusan demi menjamin keputusan yang lebih baik di masa akan
datang.

13. Tingkat usaha. hargailah masa dan penuhi masa dengan belajar bersungguh-
sungguh demi masa depan yang cerah.

14. Kebolehan anda boleh digilap lagi. Teruskan usaha untuk menggengam kejayaan
di masa akan datang.

15. Anda seorang yang berpotensi untuk berjaya, Tingkatkan keyakinan diri dan
teruskan usaha bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan lebih cemerlang.

Anda mungkin juga menyukai