Anda di halaman 1dari 26

1

PENDAHULUAN

Bismillahirrahmanirrahim,

Segala puji ke hadrat Allah SWT, Maha Pengasih dan Maha Penyayang kepada
semua hamba-Nya. Selawat dan salam buat rasul junjungan Nabi Muhammad s.a.w,
keluarga baginda dan para sahabat penghuni Firdausi sepanjang zaman.

Kecemerlangan dan kegemilangan sesebuah sekolah terletak pada perancangan


dan aplikasi yang jitu. Menurut pengarang Effective Local Management of Schools,
Kami nampak keperluan bagi rancangan strategik untuk sekolah sebagai sesuatu yang
amat penting. Justeru sebagai salah satu unit di sekolah ini, Pusat Sumber Sekolah juga
mempunyai perancangan strategik bagi mamastikan kesinambungan kecemerlangan
tanpa henti.

Berperanan sebagai pusat maklumat dan bahan bantu pengajaran pembelajaran


untuk seluruh sekolah, pusat sumber sekolah ini bermottokan Khazanah Informasi
Anda. Segala jenis bahan bercetak dan bukan bercetak yang terdapat di pusat sumber
semuanya adalah koleksi untuk membantu guru, pelajar serta semua staf di sekolah untuk
mendapat informasi yang tepat dan terkini.

Kecemerlangan dan kemenangan yang dicapai oleh pusat sumber sekolah


sebelum ini termasuklah Anugerah Pusat Sumber Cemerlang peringkat kebangsaan yang

2
diterima baru-baru ini adalah natijah perancangan strategik yang dijana oleh guru-guru,
pembantu dan pengawas PSS. Segala gerak kerja dan program dapat dijalankan dengan
sempurna serta mendapat sambutan yang menggalakkan.

Adalah diharapkan pusat sumber sekolah terus berperanan sebagai wahana ke


arah kecemerlangan pelajar samada dari segi jasmani, emosi, sahsiah dan intelektual.
Semoga segala perancangan yang dirancang untuk 2007 dapat dilaksanakan dengan
jayanya.

Sekian. Terima kasih.

Hilmi Mohamed
Penyelaras PSS

RANCANGAN TINDAKAN 2007 (mulai Januari 2007)

PENGENALAN UNIT
Pusat Sumber Sekolah SM. Teknik Keningau ditubuhkan pada tahun
1981. Pada ketika itu lokasinya adalah bersebelahan dengan bilik guru. Walau
bagaimanapun bilangan guru yang semakin bertambah menyebabkan bilik guru
memerlukan pengubahsuaian dan ia melibatkan bilik PSS. Oleh itu pada tahun
1996, PSS terpaksa berpindah dan menumpang di bangunan katering.
Keprihatinan pihak pentadbir tentang pentingnya PSS sebagai penjana
kecemerlangan akademik telah membawa era baru kepada PSS SM. Teknik
Keningau.
Perpindahannya ke bangunan baru pada bulan Mei 2001 membuktikan
kesungguhan pihak pentadbir untuk mewujudkan sebuah PSS yang ceria,
canggih dan mampu membantu meningkatkan kecemerlangan akademik sesuai
dengan moto "Khazanah Informasi Anda". Ruang belajar yang luas boleh
menampung seramai 150 orang dalam satu waktu dan ini memberi peluang lebih
ramai pelajar untuk menggunakan perkhidmatan PSS.
Pembukaan rasmi Pusat Sumber Sekolah yang baru telah disempurnakan
oleh pengetua SM. Teknik Keningau, Pn. Siti Aisa Hj.Maidin pada 27 Julai 2001.
Pada awal penubuhannya bilangan buku di PSS hanyalah berjumlah 1050
buah sahaja. Walau bagimanapun sikap keprihatinan pentadbiran pada ketika itu
telah berjaya menambah bilangan buku melalui sumbangan daripada PIBG serta
Dewan Bahasa dan Pustaka. Di samping itu PSS juga telah melanggan majalahmajalah seperti Dewan Masyarakat, Dewan Siswa dan sebagainya.
Setelah berusia 20 tahun lebih, kini koleksi PSS telah bertambah menjadi
lebih kurang 12,000 nashkah. Walau bagaimanapun bilangan ini adalah tidak
mencukupi dan tidak seimbang dengan nisbah pelajar. Oleh itu pihak PSS

4
dengan kerjasama pihak pentadbiran sedang berusaha untuk menambah
bilangan buku sehingga mencukupi nisbah yang diperlukan pada tahun hadapan.

Latar Belakang Pelajar

Secara umumnya Sekolah Menengah Teknik Keningau menawarkan dua aliran


iaitu aliran kejuruteraan dan vokasional. Pelajar yang belajar di sekolah ini adalah pelajar
lulusan PMR dan mendapat keputusan yang baik terutama sekali pelajar di aliran
kejuruteraan. Ini disebabkan tuntutan subjek pada aliran tersebut yang memerlukan daya
intelektual yang bukan calang-calang. Sementara bagi aliran vokasional, rata-rata
pelajarnya berada di tahap sederhana. Oleh itu pembelajaran aliran vokasional banyak
menekankan aspek kemahiran untuk menyediakan pelajar dengan realiti apabila tamat
belajar nanti.

Walaupun bukan sekolah berasrama penuh, hampir 90% pelajar tinggal di asrama.
Sementara 10% lagi, kebanyakannya dari Keningau adalah pelajar harian. Datang
daripada pelbagai latar belakang tetapi paling ramai daripada keluarga yang
bependapatan rendah dan sederhana. Disebabkan latar belakang mereka yang tidak
menyumbang kepada kondusi pembelajaran yang selesa menyebabkan motivasi untuk
belajar adalah sangat rendah. Tambahan lagi pendedahan kepada pengetahuan umum
adalah sangat terhad. Ini disebabkan kekurangan sumber dan minat.

5
Berbeza sedikit dengan pelajar asrama yang datang dari seluruh Sabah, walaupun
dari keluarga di padalaman, peraturan ketat dan suasana ceria asrama banyak memberi
motivasi kepada mereka. Segala aktiviti harian mereka mesti dibuat berdasarkan jadual
yang telah ditetapkan. Sedikit sebanyak minda pelajar akan berubah daripada lembap
kepada aktif. Namun begitu tidak dapat dinafikan, mereka tidak dapat meninggalkan cara
kehidupan yang sudah biasa dilalui di kampung. Ini menyukarkan sedikit proses
pembelajaran mereka kerana corak pemikiran mereka yang masih ketinggalan jika
dibandingkan dengan pelajar di sekolah Bandar. Di samping itu masalah disiplin sudah
tentu tidak dapat dielakkan sebagai penghalang kepada pembentukan sahsiah diri pelajar
yang memerlukan kepada modal pembangunan insan. Di sinilah terletaknya peranan
pusat sumber sekolah.

Visi Pusat Sumber Sekolah

Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti bagi


melahirkan warga sekolah yang berwawasan,
berwibawa, bermaklumat dan berketrampilan ke
arah warga celik IT.

Misi Pusat Sumber Sekolah


Pada tahun 2010 PSS berjaya:
meningkatkan penggunaan perpustakaan
melalui teknologi maklumat
memupuk tabiat pembelajaran kendiri
mendidik pembacaan dan penyelidikan melalui
pencarian dan penggunaan maklumat secara
sistematik
mengimplementasi hasil pembacaan dalam
alam realiti.

Matlamat Pusat Sumber Sekolah


1. Menghayati visi dan misi pusat sumber oleh semua AJK
kerja PSS.
2. Memajukan organisasi pusat sumber yang teratur, sistematik,
cekap dan berkesan.
3. Membina kepimpinan yang professional.
4. Mewujudkan budaya sepakat yang berlandaskan toleransi
dan hbormat menghormati.
5. Pemajuan program pendidikan.
6. Memberi fokus kepada penggunaan bahan Bantu mengajar
dalam aktiviti P&P.
7. Meningkatkan perkhidmatan pusat sumber.
8.

Menambahkan penggunaan media dalam P&P.

Objektif Pusat Sumber Sekolah

1. Membantu warga sekolah mendapat dan menggunakan


maklumat secara mudah, cepat dan berkesan untuk memenuhi
kehendak mereka.
2. Membantu merapatkan jurang kecekapan, kemahiran dan
penguasaan maklumat antara warga sekolah berdasarkan tahap,
kebolehan, lokasi dan keadaan setempat
3. Membantu warga sekolah meluaskan sumber maklumat tanpa
batas dan sempadan.

10

ANALISIS DALAMAN
Kekuatan Pusat Sumber Sekolah

Kekuatan yang terdapat di SM Teknik Keningau yang berupaya membantu pelajar


di dalam kecemerlangan akademik dan sahsiah ialah prasarana dan infrastruktur yang
terdapat di sekolah. Antara prasarana yang disediakan di Pusat Sumber ialah bilik
bacaan, bilik APD dan bilik bahan bantu mengajar yang dilengkapi dengan penghawa
dingin. Koleksi bahan yang terdiri daripada bahan bercetak dan bukan bercetak yang
berjumlah lebih kurang 11 ribu judul sangat membantu warga sekolah.

Suasana persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif banyak meransang


pembelajaran pelajar. Dipenuhi taman informatif, laluan maklumat, pokok ilmu,
papan maklumat dan pelbagai sudut informasi bagi memastikan pelajar menjadi
individu informatif.

Nama SM Teknik Keningau kini setaraf dengan sekolah sains dan sekolah
berasrama penuh kerana telah merangkul pelbagai anugerah di peringkat negeri
mahupun kebangsaan. Secara tidak langsung ia menjadi faktor untuk ibu bapa
menghantar anak mereka ke sekolah ini dan tidak ragu-ragu dengan keupayaan guruguru untuk mendidik anak mereka.

11
Guru-guru AJK kerja pusat sumber pula hampir keseluruhannya memiliki ijazah
sarjana muda sekurang-kurangnya serta memiliki pengetahuan dan kepakaran dalam
bidang masing-masing. Semua AJK Kerja PSS yang terdiri daripada penyelaras PSS,
guru-guru pembantu, pembantu PSS dan pengawas PSS telah dilatih dan diberi kursus
serta pendedahan tentang cara pengelolaan pusat sumber terutama pengelolaan bahan.
Mereka juga terdiri daripada golongan kreatif yang mampu merealisasikan pelbagai
aktiviti dan program.

Pelajar merupakan aset yang penting. Datang daripada pelbagai kaum dan taraf
hidup, mereka mewujudkan budaya bersatu padu dan sistem sosialisasi yang
berpaksikan tujuan yang sama iaitu menuntut ilmu. Minat membaca yang dipupuk
dalam diri mereka berjaya dikembangkan lagi di sekolah ini. Pelbagai bahan bacaan
seperti majalah, suratkhabar, buku fiksyen dan bukan fiksyen mampu meransang
minat membaca pelajar. Di samping itu, tahap disiplin pelajar yang agak baik banyak
membantu dalam menjayakan program yang dijalankan oleh bidang. Sistem merit
demerit menggalakkan pelajar menjadi lebih berdisiplin terutama dalam membantu
guru melaksanakan aktiviti.

12

Kelemahan Pusat Sumber

Lokasi sekolah yang berada di pedalaman dengan jarak perjalanan 100 km lebih
setelah merentasi banjaran gunung membuatkan cara memperolehi bahan agak susah.
Kedai-kedai yang ada di Keningau tidak dapat menampung keperluan bahan PSS
terutama sekali bahan bacaan. Selain itu harga yang agak mahal disebabkan kos
pengangkutan menyebabkan jumlah bahan yang dapat dibeli cumalah sedikit sahaja.
Selain itu, penyebaran bahan-bahan teknologi terkini yang melibatkan bahan
bantu mengajar agak lambat diterima kerana masalah perhubungan. Contohnya
suratkhabar hanya diterima pada waktu lewat petang. Kemudahan ICT juga masih
berkurangan di pusat sumber. Walaupun mempunyai talian internet percuma,
bilangan komputer yang terdapat di PSS sangat terhad menyebabkan pelajar terpaksa
berebut untuk mengakses internet.
Lokasi PSS di dalam sekolah yang terletak di tingkat 3, blok kejuruteraan menjadi
antara faktor ia kurang dikunjungi oleh warga sekolah. Mereka mengatakan lokasinya
terlalu jauh dan banyak mengambil masa untuk sampai ke PSS. Guru dan pengawas
mempunyai terlalu banyak tugas lain hingga sukar untuk memberi sepenuh perhatian
kepada kerja-kerja di PSS.

13
Dari segi sikap, pelajar mempunyai motivasi yang sedikit kerana kurang
pendedahan tentang dunia luar terutama berkaitan prospek dan cabaran hidup masa
depan pelajar. Tabiat malas membaca dan membelek buku menyebabkan mereka
tidak suka mengunjungi PSS. Sikap malas dan cuai dalam pelajaran juga sukar
ditangani dalam jiwa pelajar kerana kurangnya perasaan ingin bersaing dalam bidang
akademik.

Peluang Pusat Sumber Sekolah

Sesungguhnya pihak pentadbir memberi peluang seluas-luasnya kepada Pusat


Sumber untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan membaca serta
pelaksanaan P&P. Peruntukan yang agak besar jumlahnya disediakan untuk perolehan
bahan bantu mengajar, peralatan, pelaksanaan projek dan lain-lain lebih-lebih lagi
jika ia sangat membantu dalam meningkatkan kualiti sekolah dan pelajar. Kerjasama
pihak pentadbir sememangnya memberi ruang kepada bidang untuk merancang
aktiviti dengan lebih berkesan dan lancar.

Di samping itu, AJK Kerja PSS diberi akses kepada semua unit di sekolah kerana
semua unit diletakkan di bawah PSS. Latihan dan kursus berkenaan PSS sentiasa
disediakan kepada AJK Kerja. Pihak pentadbir juga seboleh mungkin cuba
menambah prasarana di Pusat Sumber seperti komputer, LCD, alat pandang dengar
dan lain-lain lagi.

14

Walaupun begitu banyak peluang disediakan, semuanya terserah kepada guru


dan pelajar untuk memaksimakan peluang yang diberikan.

Ancaman Pusat Sumber Sekolah

Cabaran yang paling serius dihadapi oleh pusat sumber ialah kerjasama pelajar
dan guru dalam menjayakan kempen membaca terutama program Nilam. Melibatkan
pelajar dalam program membaca yang merangkumi seluruh sekolah sangat susah. Ini
kerana pelajar tidak melapor kembali bacaan mereka dalam rekod Nilam. Begitu juga
dengan program SEMAI. Sangat sukar untuk memastikan pelajar membaca pada
masa yang sama setiap hari.

Penjagaan buku di PSS memerlukan perhatian yang lebih. Kes-kes kecurian buku
selalu berlaku di PSS. Walaupun pengawas memeriksa keluar masuk pelajar tetapi
gejala kecurian buku sukar dikesan tambahan buku bersaiz kecil. Masalah ini boleh
mengurangkan koleksi bahan.

Kemudahan mencari maklumat adalah sangat terhad kerana hanya satu komputer
sahaja boleh digunakan untuk akses bahan. Selebihnya mereka terpaksa
menggunakan rak katalog.

15

ANALISIS LUARAN
Sosio ekonomi
Tahap sosio ekonomi di Keningau masih berada di tahap sederhana sesuai dengan
lokasinya di pedalaman Sabah. Rata-rata pelajar yang belajar di sekolah ini datang
daripada keluarga yang susah dan sederhana. Oleh kerana status ekonomi yang tidak
memberansangkan ini, maka motivasi pelajar untuk belajar juga di tahap sederhana.
Kesungguhan dan iltizam mereka terhadap ilmu tidak sehebat usaha mereka untuk
mendapat duit. Ini menjadi faktor kepada kelemahan pencapaian pelajar.

Dasar Kerajaan
Galakan dan sokongan yang diberi oleh kerajaan terutama Kementerian Pelajaran
Malaysia banyak membantu dalam pelaksanaan aktiviti PSS. Melalui peruntukan dan
sokongan yang diberikan, semua aktiviti dan program PSS dapat dijalankan dengan
lancar. Selain itu, dasar kerajaan yang menekankan aspek ilmu banyak memberi
inspirasi dan dorongan kepada masyarakat guru dan pelajar untuk memcapai
kecemerlangan.

16

Harapan Masyarakat

Sesuai dengan nama Sekolah Menengah Teknik, kebanyakan ahli masyarakat


meletakkan persepsi yang tinggi bagi sekolah ini. Kebanyakan mereka menyangka
pelajar di sekolah ini adalah pelajar terpilih dan cemerlang. Oleh itu mereka
mengharapkan kejayaan yang cemerlang bagi pelajar tersebut. Sedangkan hakikat
sebenarnya, kebanyakan pelajar sekolah ini berada di tahap sederhana walaupun
mereka dipilih untuk belajar di sini. Usaha mendidik mereka memerlukan keringat
yang bukan sedikit. Untuk merealisasikan harapan masyarakat tersebut, sepenuh
usaha telah diberikan oleh guru-guru, namun keputusannya terpulang kepada pelajar
sendiri.

17

Pelaksanaan

Matlamat/ Sasaran

Sistem Organisasi PSS

Perancangan / Aktiviti
Struktur organisasi yang jelas
Perancangan yang teliti akan dapat
membantu meningkatkan kualiti
perkhidmatan
Semua aktiviti dijalankan mengikut takwim
Semua guru PSS dan KTBM mempunyai fail
meja .
Program orientasi yang teratur bagi AJK
baru.
Menyediakan agihan tugas guru
Kerjasama sepenuhnya daripada AJK Induk
dan AJK Kerja

Pengurusan Pengawas yang Pencalonan dan pemilihan pengawas tidak


sistematik dan teratur

ada unsur pilih kasih


Perlantikan mengikut prosedur
Perjumpaan bulanan
Pemantauan disiplin dari semasa ke
semasa

Keceriaan Pusat Sumber


(berkonsepkan dalam taman)

Membuat kata-kata hikmat atau helaian


informasi dengan tema tertentu di kawasankawasan tertentu samada luar dan dalam
PSS termasuk di pondok PIBG dan Pondok
Tajau

18
Menambah pokok bunga di dalam pasu
untuk diletakkan di luar PSS
Melukis corak-corak pada tiang dan bim
Melukis mural pada dinding ruang
perpustakaan
Mewujudkan lebih banyak hentian ilmu di
kawasan sekolah
Papan pameran surat khabar di kantin
sekolah
Menambah bilangan ikan dalam akuarium di
ruang perpustakaan
Mewujudkan Taman Burung
Megubah kedudukan kerusi meja,
kedudukan sudut akhbar dan sudut
pameran mengikut keperluan
Laluan Ilmu di semua laluan di sekolah

Pembangunan Koleksi

Menyenaraikan keperluan mengikut


keutamaan
Menyemak dan mengemaskini bahan PSS
seperti buku, majalah, carta, CD, vidoe tape,

Keselamatan PSS

Mempunyai bilangan alat pemadam api


yang sesuai dengan kedudukan PSS
Kit pertolongan cemas lengkap
Pelan keselamatan di sudut strategik
(arahan bila berlaku kecemasan jelas)

Peralatan/ kemudahan

Menambah bilangan printer, komputer


projektor slaid

19
Alat hawa dingin
Meja karel digunakan secara maksimum

Mewujudkan Sudut-sudat

Ruang pameran guru cemerlang

Pusat Sumber

Ruang akhbar secara maya


Sudut komputer
Galeri sejarah sekolah
Sudut pembelajaran kendiri yang lebih
banyak

Memantapkan pengurusan

Makmal komputer "Auto-Cad"

bilik-bilik Khas dan sedia ada

Makmal komputer Perdagangan

mewujudkan bilik baru

Makmal Kimia
Makmal Fizik
Makmal Sains
Bilik Kaunseling
Bilik Kontekstual
Perpustakaan Asrama
Bilik SAL
Bilik Dokumentasi

Pengautomasian PSS

Memastikan automasi sentiasa berfungsi


dan memuaskan pengguna
Mewujudkan rangkaian talian untuk bahan
PSS

Rancangan memperolehi

Membuat gerai jualan sempena acara

20
sumber kewangan

tertentu di sekolah
"Fruit request" sempena hari guru
Jualan bunga sempena BDBD
Tayangan
Sumbangan daripada PIBG
Jualan penanda buku pada hari-hari
istimewa seperti BDBD, menjelang
peperiksaan SPM, Hari Jadi, Hari Guru
Jualan Kad Hari Raya

Perkhidmatan multimedia seperti


percetakan, pengimbasan, salinan cakera
dan lain-lain

Latihan Perkembangan Staf

Memastikan semua guru PSS yang baru


dilantik tahu cara memproses buku dan
sistem yang digunakan di sekolah.
Memastikan guru yang pergi berkursus
memberikan kursus dalaman.
Memberi kursus Pengurusan Pusat Sumber
kepada AJK Kerja yang baru

Aktiviti Galakan Penggunaan

Minggu Pusat Sumber Sekolah

PSS

Bulan Membaca
Pameran unit/ kursus/ persatuan
Anugerah Pembaca Terbanyak Setiap Bulan
Program celik buku
Program Nilam
Program Semai
Pertandingan Membaca Berita
"Info Hunt"

21
Mencari muka surat yang hilang
Ulasan buku
Pokok Ilmu
Hentian Ilmu
Pameran Berfokus di dalam kelas
Pameran mini di PSS
Mini perpustakaan di dalam kelas
Mini perpustakaan di rumah pelajar dan
guru
Kursus menjilid
Speed Reading
Aktiviti Bidang/Panitia

Program Bahasa Inggeris


Pertandingan Pidato
Hari Patriotik
Klinik matematik
Buletin matematik
Program Bijak Sifir
Gerak gempur
Minggu Bahasa
Minggu Sains dan Matematik
Bulan Kemanusiaan
Minggu Teknik dan Vokasional

Program Peningkatan Pelajar

Program Mentor Mentee

(SPM)

Program Padu
Ceramah Kerjaya
Program Motivasi
Seminar Peperiksaan SPM
Kursus Kemahiran Belajar

22

Pengurusan dan Pentadbiran


Sebuah Pusat Sumber yang baik dan berfungsi memerlukan pengurusan dan
pentadbiran yang cekap dan sistematik. Oleh itu semua Ahli Jawatankuasa Induk
dan Kerja hendaklah tahu tentang tugas dan peranan masing-masing. Selain
daripada itu pengembelingan tenaga serta kerjasama yang jitu dari semua warga
sekolah khususnya panitia, mampu membantu
pengajaran

dan

pembelajaran

melalui

mempertingkatkan kualiti

strategi-strategi

tertentu

yang

direalisasikan oleh program-program Pusat Sumber yang dirancang dengan


sistematik.

Keceriaan
Aspek keceriaan akan terus menjadi agenda utama PSS untuk 5 tahun akan
datang kerana ia mampu menarik penguna untuk terus mengunjungi PSS. Setiap
tahun kedudukan susunan rak, kerusi dan meja akan diubahsuai agar tidak
membosankan para pengguna.

Pembinaan Koleksi
Koleksi

bahan adalah aspek yang paling penting dan menjadi nadi yang

menghidupkan sesebuah Pusat Sumber.

Dalam rancangan 5 tahun fasa

pertama, PSS telah berjaya menambah koleksi bahan bercetak seperti yang
telah dirancang iaitu sebanyak10,437.. Walau bagaimanapun bilangan ini
masih tidak seimbang dengan nisbah pelajar melalui pekeliling terkini yang
telah dikeluarkan kan oleh KPM iaitu 1:15. Pihak pengurusan telah berusaha
untuk mencapai bilangan buku seperti yang ditetapkan tetapi tidak berjaya
kerana kekurangan buku-buku yang sesuai dipasaran untuk peringkat menengah
atas kerana SM.Teknik hanya menawarkan pelajar Tingkatan empat dan lima
sahaja.

23
Oleh itu dalam rancangan lima tahun Fasa ke-2, AJK terus menekankan kepada
pembinaan koleksi termasuk alat bantu mengajar seperti CD, carta, transperansi
dan sebagainya bagi memenuhi keperluan pengguna yang terus meningkat.
Berikut adalah rancangan pembinaan koleksi PSS bagi 5 tahun bagi bahan
bercetak, bahan bukan bercetak dan peralatan perkakasan. Pelunjuran
penambahan koleksi buku setiap tahun yang dicadangkan di bawah adalah
berdasarkan keperluan sekolah setelah merujuk buku Dasar Pemilihan dan
Panduan Pembinaan Koleksi Bahan Bacaan PSS terbitan BTP, KPM, 1990.

Bahan bercetak
2006

2007

2008

2009

2010

JUM.

Buku Bukan Fiksyen ( B.Malaysia)

200

220

250

270

300

1240

Buku Bukan Fiksyen ( B.Inggeris )

120

150

170

200

220

860

Buku Fiksyen ( Bahasa Malaysia )

150

170

200

220

250

990

Buku Fiksyen ( Bahasa Inggeris )

100

120

150

170

200

740

Jumlah keseluruhan

3830

Bahan bukan bercetak

2006

2007

Kaset video

2008

2009

2010

13 unit

20 unit

25 unit

160

200

250

15 unit

20 unit

25 unit

90

Slaid
Transperansi
VCD
kit
Bahan permainan
Catur

Sahibba

Monopoly

24
Scrabble

25

Strategi Meningkatkan Prestasi

1. Memastikan semua AJK Kerja PSS diberi pendedahan tentang pengurusan PSS.
2. Melantik pelajar yang betul-betul berminat untuk menjadi pengawas pusat
sumber.
3. Menambah koleksi bahan yang menarik hati warga sekolah untuk berkunjung ke
PSS.
4. Mengadakan kelas kemahiran literasi maklumat kepada semua pengguna PSS.
5. Mengatasi masalah pelajar yang malas membaca dengan mempelbagaikan aktiviti
galakan membaca.
6. Mengadakan perbincangan di kalangan guru setiap masa bagi mengatasi masalah
di pusat sumber.
7. Sentiasa memberi penghargaan dan galakan kepada pelajar yang menunjukkan
prestasi yang membanggakan dan memberi peransang serta motivasi kepada
pelajar yang lemah untuk berjaya.
8. Membantu panitia menyediakan bahan bantu mengajar dengan bantuan pihak
pentadbir.
9. Mengadakan program-program yang boleh menggalakkan pelajar mengunjungi
pusat sumber seperti tayangan, cabutan bertuah dan lain-lain.
10. Menggunakan pendekatan mengenalpasti pelajar yang kurang minat membaca
dan memberi motivasi pada pelajar tersebut.

26

Penilaian Pusat Sumber


Faktor Penentu Kejayaan

Penilaian ke atas keberkesanan semua strategi yang dirancang dibuat berdasarkan


beberapa kaedah. Penilaian ke atas pelajar dibuat berdasarkan semakan buku Nilam dan
analisa pinjaman. Selain itu, kekerapan penggunaan bahan yang terdapat di pusat sumber
juga menjadi penilaian penggunaan PSS. Selain itu penilaian juga akan berdasarkan
susun atur perabot, kemudahan, pelaksanaan program dan lain-lain.

Anda mungkin juga menyukai