Anda di halaman 1dari 1

Ruj. Kami : IPGKKB: 100-12/45 JLD.

4 ( )
Tarikh : 28 Januari 2019

Encik Awang bin Abdullah,


Pensyarah Penasihat,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2019/2020,
Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu,
Kelantan

Tuan/Puan,

LANTIKAN SEBAGAI PENSYARAH PENGIRING PROGRAM LAWATAN PENANDA ARAS DAN


BAKTI SISWA

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi (JPP) 2019/2020


Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu akan mengadakan program Lawatan Penanda Aras dan
Bakti Siswa di sekitar Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.

3. Program ini merangkumi diskusi ilmiah di IPG Kampus Raja Melewar dan IPG Kampus Ilmu
Khas. Program ini bertujuan supaya JPP dapat berkongsi idea dan bertukar fikiran tentang pengurusan,
kepemimpinan dan hal-hal lain berkaitan pendidikan bersama-sama pimpinan di kampus tersebut.

4. Butiran program adalah seperti berikut :

Tarikh : 13-15 Februari 2019


Hari : Rabu hingga Jumaat
Tempat : IPG Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan
: IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur
: Bukit Batu Putih
Bil. Pelajar : 8 orang lelaki, 19 orang perempuan
Masa bertolak : 6.00 Petang (13/2/2019-Rabu)

5. Oleh itu, sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan dilantik menjadi pensyarah pengiring untuk
program di atas yang akan diadakan selama 3 hari 2 malam.

Kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

………………………………….
HJ HASHIM BIN DERAMAN P.S.K (Kelantan)
Pengarah,
Institut Pendidikan Guru,
Kampus Kota Bharu,
KELANTAN.

Anda mungkin juga menyukai